Tiba – tiba suami cakap dia dah jumpa pencuri tu. Hp dengan duit memang tak dapat tapi kamera tu boleh dapat balik. Pencuri tu mintak RM50 kalau nak kamera tu balik. Dan memang kamera tu dapat balik. Pelik dan ajaib. Pencuri ni geng dengan suami aku ke. Aku layankan je, kumpul bukti.
#Foto sekadar hiasan. Hai, Nama aku Mira, aku bukanlah dari family yang senang. Habis sekolah je dah bekerja. Bukan tak pandai tapi bukan rezeki aku. Mak bapak aku takda duit untuk bagi aku sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, nak kata spm teruk pun tak.
Sebab aku dapat B dalam semua mata pelajaran. Kira ok lah kan, bagi orang miskin serba kekurangan macam aku ni. Masa umur aku masih muda lagi masih mentah umur 18 tahun, aku silap pilih kawan lalu mengandung anak luar nikah.
Lelaki yang sepatut bertanggungjawab entah ke mana. Dipendekkan cerita, bila jadi kes macam ni, aku kena buang keluarga dan mereka letakkan aku dekat keluarga angkat yang kononya nak tolong jaga. Rupanya keluarga angkat aku tu ada agenda lain nak jual anak aku.
Aku ni boleh katakan ada rupa juga, jadi anak aku memang comel sangat. Jadi semua orang nak anak aku jadi anak angkat. Tapi entah macam mana, mak aku tiba – tiba berubah fikiran ambik aku balik. Masa aku mengandung sampai bersalin memang aku sorang – sorang je, lelaki tu pun sampai sudah tak datang jenguk apalagi nak bertanggungjawab.
Lepas pantang, aku terus cari kerja. Alhamdulilah dapat kerja kerani. Jadi dapatlah aku tanggung anak yang comel. Nasib baik mak aku nak tolong jaga baby. Mana tak nya, anak aku tu comel sangat. Selepas 2 tahun, aku jumpa seorang lelaki.
Dia kerja kerajaan, seorang cikgu. Pada mulanya, semua ok. Jadi aku pun berkahwin. Kata lelaki tu dia terimalah aku seadanya dengan anak. Awal je berkahwin. Semua okay. Tapi seminggu lepas tu. Mak mertua call nak pinjam duit sebanyak rm6k.
Katanya dia ada hutang kat orang. Tapi aku ni jenis cakap terus terang. Aku kata mana nak dapat duit banyak macam tu. Jadi tak boleh tolong. Tapi suami aku desak giIa – giIa suruh keluarkan duit semua. Cuba bayangkan sampai aku kena pukuI.
Suami p4ksa untuk tolong mak dia. Boleh macam tu? Akhirnya aku pun keluarkan duit simpanan aku sedikit. Aku bagi dalam rm1k je. Itupun suami liat nak bayar. Tapi jenis aku, selalu ingatkan, jenis cakap je. Hutang wajib di bayar.
Ambil masa yang lama baru selesai. Beberapa bulan lepas tu, aku mengandung. Dahlah mengandung, barang asyik hilang je. Yang kelakarnya, duit hilang, hp hilang tapi hilang kat dalam rumah. Tak pernah seumur hidup aku duk rumah sendiri barang hilang.
Hp hilang, kamera hilang pelik kan? Tapi aku bukan jenis yang b0doh. Aku tahu laki aku sendiri yang dajaikan aku. Mana tak nya. Barang hilang, suami aku pun hilang. Suami kata nak gi kedai jap. Macam mana nak ada bukti kan.
Jadi aku buat – buatlah tanya bila suami balik. “Eh gi mana tadi?” Suami cakap, “oh s4kit gigi cari ubat kat kedai.” Lamanya pergi kedai.. Aku pun mulalah mengadu cakap barang dengan duit semua hilang. Ada pencuri masuk ke.
Lalu suami aku pun acah – acahlah cari pusingkan tilam semua. Konon cari barang. Pastu aku macam buat muka poyo, macam lah aku tak tau kau yang mencuri. Aku pun macam relax je. Seminggu lepas kes kejadian acah – acah pencuri masuk rumah, aku cakap sayangnya gambar – gambar kat dalam kamera tu hilang.
Tiba – tiba suami cakap dia dah jumpa pencuri tu. Hp dengan duit memang tak dapat lah. Tapi kamera tu boleh dapat balik. Tapi pencuri tu mintak RM50 kalau nak kamera tu balik. Aku pun kelintong lah laki aku. Aku suruh dia bayar dulu, nanti aku bayarlah balik.
Memang tak la aku nak bayar balik kan. Akhirnya, aku pun dapat balik kamera tu. Pelik dan ajaib. Kamera yang kononnya dicuri dapat balik. Pecuri ni geng dengan suami aku ke. Hahahaha. Jadi kejadian mencuri duit hilang ni selalu jadi.
Aku tengok je. Layankan sebab tengah mengandungkan. Kadang – kadang str3ss juga aku ni. Pantang duit letak kat luar hilang je. Ada lah sekali tu, balik kampung mak aku bagitau, dia nampak suami tengah punggah beg tangan. Tapi aku diam je buat b0doh.
Bila anak kedua aku bersalin, alhamdulilah semua okay. Tapi suami aku tak ada pun, seronok lepak dengan kawan – kawan tengok tv. Suami hantar je kemudian terus balik. Nanti dia datang melawat 30 minit dan keluar balik dengan kawan – kawan.
Mak aku lah yang temankan kat hospitaI. Sebenarnya banyak kes suami aku ni buat. Contohnya mengurat anak d4ra dekat wechat. Bersayang – sayang dengan bekas kekasih. Buat akaun fb lain buat acah – acah alim untuk mengorat awek lain. Banyak kali kant0i.
Tapi aku buat diam je. Pada masa yang sama, aku sebenarnya kumpul bukti. Lepas habis pantang, aku pasang lawyer mintak cerai. Surat sampai kat suami. Terk3jut lah tak ada angin, takda ribut tetiba mintak cerai. Datang lah mahkamah, buat – buat acah alim si suami ni. Konon dia tak bersalah.
Alhamdulillah, akhirnya bercerai juga. Senang sebab pasang lawyer. Tak payah cakap apa – apa. Lawyer semua ada di pihak kita. Lepas keluar dari mahkamah, si suami yang dah jadi bekas suami terus cakap. “Eleh, kau tak boleh hidup tak ada aku. Kau tengoklah nanti.” Dan sekali lagi aku pun buat b0doh.
Tibalah masa bekas suami ni giIa taIak. Bila aku tak layan, kita Iawan hak anak. Masa tuntut hak anak, banyak keluarga memburukkan aku dan keluarga aku. Tapi aku dan keluarga relax. Yang lawaknya, bekas suami tuntut duit dari aku sebab kononnya dia yang jaga anak.
Jadi bermula lah episode ke episode. Bekas suami tak selalu datang ke mahkamah. Tapi yang datang bapak dia. Sampai orang semua cakap aku ni kahwin dengan siapa. Dengan bekas suami ke ataupun bapak mentua. Dalam proses penjagaan anak ni, banyak kena sabar.
Yang beIah bekas suami hantar memacam pelik – pelik bukan main lagi. Kadang – kadang rasa berat je nak gi mahkamah. Kadang – kadang rasa marah macam tak nak dah jaga anak. Kadang – kadang duk rumah sorang – sorang tapi waktu tidur ada orang ketuk pintu.
Macam ada orang jalan kat depan bilik. Benda – benda tu melintas. Orang mandi pepagi buta. Walaupun kita tahu tak ada siapa kat rumah. Tapi kena ingat kuasa tuhan tu lagi besar. Dalam proses mahkamah, bekas suami cuba nak buat berbaik, buat alasan nak jumpa.
Tapi jangan layankan buat b0doh je. Itu semua t4ktik. Aku pun tak tau niat dia baik ke tak. Jadi selesai kes mahkamah semua, pihak lelaki kena bayar nafkah setiap bulan, anak pun dia tak dapat. Yang buat aku terk3jut bekas suami aku badan kurus kering. Alasan makan hati.
Tapi bila tanya kawan – kawan dia, rupanya ambil d4dah. Itu diri sendiri cari masalah. Hari bertukar hari, makan bertahun. Sejak habis kes mahkamah, bukan setakat nafkah tak bagi, jenguk anak pun tak. Tapi aku relax, takde nak ser4ng, takde nak tanya – tanya.
Nanti macam – macam plak keluarga beIah sana canang. Biarlah, nanti kita tuntut kat padang masyar. Sejak itu, aku focus pada kerja. Jadilah sampai satu hari tu. Aku kenal dengan seorang jantan, kerja pun setakat executive.
Takda lah kaya tapi mungkin sebab dia tengok aku jenis yang bebiasa je setakat SPM. Bukan jenis yang nak vogue ala vasss, dia mula pandang serong. Mula – mula berkenalan okay je. Tapi bila dia tahu mira ni takde degree atau diploma terus dia reject aku.
Katanya makbapak nak cari yang setaraf ada degree lagipun keluarga taknak ibu tunggal. Kecik jugak hati aku ni kena reject dengan jantan. Sedangkan masa jantan ni susah, aku yang tolong support. Tolong buat macam – macam.
Lama juga aku nak pulihkan hati yang kena kutuk. Tapi aku ingat tuhan tu ada. Rezeki ada di mana – mana. Alhamdulilah, aku naik pangkat. Dari company yang pada mulanya famous kat Malaysia saja dah famous sampai ke negara US.
Dari setakat SPM alhamdulilah dia dah berjaya mengalahkan sahabat yang ada degree. Mungkin berkat usaha dan rezeki anak aku. Jantan yang kononnya nak cari anak d4ra cuba korek tips macam mana aku ni boleh berjaya.
Kadang – kadang mesej konon nak jumpa, nak belanja minum. Nak mintak maaf. Tapi sebenarnya itu alasan dan sekali lagi aku buat b0doh. Hari demi hari, anak aku pun membesar. Alhamdulilah ada rezeki lebih aku akan bawa family semua gi bercuti.
Aku okay je. Anak – anak aku pun tak tanya bapak dorang ke mana. Walaupun mereka semua dah sekolah. Mungkin cikgu mereka tanya mana bapak mereka. Tapi anak aku relax je cakap oh bapak saya dah kahwin lain. Sampai lah satu hari, aku dapat offer kerja kat luar negara, cawangan company yang aku kerja sekarang.
Pangkat tinggi dan semestinya gaji pun besar. Pada mulanya mak aku tak setuju sebab aku sorang kat sana, takde sesiapa yang tengok kan. Tapi aku yakinkan mak dan mak akhirnya setuju. Yang kelakarnya, bapak aku ingat aku dah jadi m4ngsa keldai d4dah.
Tapi alhamdulilah bukan. Memang company semua buat. Rezeki aku dapat balik Malaysia setiap tahun kadang – kadang 6 bulan sekali. Sebab semua ditanggung oleh company. Kesenangan aku dapat dihidu oleh saud4ra mara.
Biasalah kalau ada yang berjaya mesti ada yang tak suka, dengki. Mula mengungkit kisah lama, “alaa tak lama lagi buat per4ngai lagi, nanti dah mengandung balik lah Malaysia.” Ada saud4ra yang selalu kutuk kat fb, cakap aku tergamak tinggalkan anak semua. Ada siap tag d0sa besar tinggalkan anak kat ibu.
Ada bukan saud4ra mengaku sed4ra. Ada yang tak pernah ambil tahu atau tanya khabar dah ramai mula tanya khabar. Korek rahsia camne boleh kerja macam ni. Macam mana boleh kerja kat sana. Ada tanya khabar terus nak pinjam duit.
Ada suami orang tanya khabar. Bf orang nak berkenalan. Tunang orang cuba masuk line. Lawak tapi mungkin suami anda yang cuba bertanya khabar tu. Mungkin sebab anak – anak aku dah besar, boleh lah aku melawa sikit.
Duit pun dah banyak. Boleh lah shopping untuk diri sendiri. Maka ramai lah yang cuba try test line kat aku. Sedangkan dulu dorang kutuk aku. Sedangkan dulu dorang h1na aku. Ada sampai mesej aku cakap, “dulu aku reject kau sebab aku ingat kau nak jadikan aku pak sanggup.” Lawak.
Ada yang cakap tetiba tak bahagia dengan bini. Ada yang cakap, “kalau dari dulu aku tau kau senang macam ni dah lama aku kahwin dengan kau.” Jangan terk3jut tapi ada laki macam ni. Ingat lah zaman sekarang ramai laki nak kesenangan perempuan.
Ramai laki nak perempuan pandai cari duit. Inilah manusia inilah melayu. Bila kita senang sikit ada je komen negative bagi. Tapi aku tak dengar cakap orang. Lagipun aku planning nak balik Malaysia dalam masa setahun.
Bukan selama – lamanya duduk di bumi orang. Lagipun aku rasa, seronok mana pun kita di negara orang, lagi seronok dekat Malaysia. Makanan keluarga semua lagi best. Ada yang tanya kenapa aku tak bawa family pindah US terus.
Bukan aku tak nak tapi anak aku sendiri tak nak. Anak aku cakap malas nak start all over again. Setakat nak kumpul harta untuk kesenangan keluarga bersama apa salahnya. Ada ramai yang tak tahu pasal aku, nampak aku hanya buat kerja b0doh.
Percayalah, dalam buat b0doh aku, ada dalam hati sebenarnya terusik. Kadang – kadang ada kawan fb aku membahan kat fb. Status sengaja menuju kat aku. Kata aku desperate. Kata hidup dah macam matsalleh kat US. Nak dik4takan aku ni jenis social. Takde pula.
Aku bukan jenis kaki clubbing. Bukan jenis kaki lepak. Habis kerja duk rumah menghadap movie. Rata – rata gambar yang aku upload semua gambar pemandangan takda gambar diri aku pun. Kadang – kadang ada aku upload gambar diri sendiri tapi tak sampai beberapa jam lepas tu aku delete.
I keep my circle small. Tak perlu ramai kawan, cukuplah ibubapa keluarga kecil aku. Sedangkan aku yang tak buat apa – apa pun banyak difitnah. Banyak suara langau cuba memburukkan aku. Apa lagi yang cuba menghukuum kehidupan aku.
Ada yang kata sampai bebila aku tak akan kahwin sebab d0sa lampau. Ada yang kata aku tak akan jadi ahli syurga sebab membiarkan mak yang menjaga cucu. Tapi orang ramai tak tahu, sebab aku, kami sekeluarga sekarang hidup serba serbi ada.
Aku lah yang sponsor abangnya untuk kahwin bila abang nak kahwen. Aku lah yang tolong bayar semua keperluan rumah. Bila sampai satu tahap, orang semua tanya bila aku nak kahwin, ada yang kata aku memilih. Ingat lah perkahwinan bukan sesuatu yang ringkas.
PerIukan masa jiwa dan peng0rbanan. Aku siap cakap, “tak pelah mak, kalau takda jodoh asalkan mak dengan family semua ada dah cukup elok dah.” Rezeki orang lain – lain, bahagia orang pun lain – lain. Ada yang bahagia seorang diri, ada yang bahagia bersama suami tercinta. Ada yang bahagia tanpa semua.
Kita tak boleh nak cakap, “oh dia ada suami ada anak – anak, mestilah lah dia bahagia.” “Kau takde suami mesti tak happykan.” Ingat, harta, keluarga apa – apa yang kita ada di dunia ni bersifat sementara. Manusia boleh m4ti.
Harta tak bawa ke m4ti. Melayu lebih ke definisi cinta mesti bersifat dengan manusia. Jangan hukuum orang sesuka hati. Untuk ibu – ibu tunggal, aku harap anda terus bersabar. Ramai yang letakkan ibu tunggal ini desperate.
Takut orang nak dekatkan diri pada sejenis puak macam ni. Mereka takut suami mereka dir4mpas. Nasihat aku, Jaga diri jaga tingkah laku. Sedikit silap orang akan salahkan kita. Terus digelarkan janda miang. Walaupun lelaki dia yang gatal, kalau kant0i dengan bini mesti laki takut terus cakap “janda tu yang kacau abang.”
Cehh… Ingat aku hanya ada spm, tapi aku bukakan mata untuk setaraf kedudukan dan pemikiran dengan orang yang ada segulung ijazah. Aku tak kaya, tapi rezeki aku alhamdulilah cukup ada. Percaya pada tuhan. Bahagiakan ibubapa. Restu itu penting.
Sebenarnya banyak lagi dugaan aku. Panjang juga kisah aku tapi cukuplah sekadar ni. Mungkin ramai yang tertanya. Apa terjadi sekarang kat lelaki yang tak bertanggungjawab tu. Lelaki tu dah berkahwin lain ada anak juga.
Isteri dia tak tahu kewujudan anak aku. Lelaki itu masih berjaya menutup aibnya dan semestinya lelaki itu cuba nak suruh aku ada skandal dengan dia lagi. Adakah suami anda? Jeng.. jeng.. jengg.. Bekas suami pula, sejak bercerai nafkah tak diberi.
Hilang khabar berita. Ada orang cakap mungkin dia dah m4ti ada juga yang cakap mungkin dia dah kahwin. Tapi takde khabar selepas tu. Adakah dia suami anda juga?. Hahahahha… Yang pasti kita tak akan tahu. – Mira
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.