Mak sendiri cakap, ingatkan kahwin dengan engineer ni abang bolehlah bernafas sikit. Tapi sama je macam kahwin dengan suri rumah. Tak membantu langsung. Saya bangun tidur, tengok makanan pun tak ada. Mak dah lapar. Kakak ipar pergi kerja satu pun tak masak.
#Foto sekadar hiasan. Hi nama saya Auni. Nak cerita sikitlah mengenai kakak ipar yang pe’el kedekut t4hi hidung masin. Tahap kedekut dia tu bukan calang – calang kedekut. Sebijik beras pun berkira. Kakak ipar bukan kerja biasa. Engineer kot. Tapi semua abang kena tanggung.
Sejak mak s4kit, saya dan emak menumpang rumah abang. Sejak hari pertama memang kami makan dari food delivery je, susah betul nak rasa kakak ipar masak. Pernah sekali mak nak minum air, dalam peti ais apa pun takde. Alasan, sebab kakak ipar jarang masak.
Dia bekerja 6 hari, pukuI 8 malam baru nak balik rumah. Alasan sebab sibuk sangat dekat site. Tapi takkan lah site masih bukak malam – malam? Nampak sangat sebab tak suka mak tinggal kat rumah tu. Saya plak tengah tunggu panggiIan universiti.
Dalam masa ni, saya jaga mak. Nak harapkan kakak ipar? Kirim salam sajaIah. Kadang – kadang tak nampak kelibat langsung dalam sehari. Kalau mesej pun hanya tanya, nak makan apa? Nanti suruh abang beli. Alah apa salahnya belikan KFC sekali sekala kat mak?
Sampai baju mak pun malas nak basuh. Semua suruh hantar dobi. Yang bayar tu siapa kalau bukan abang? Abang cakap dalam rumah ni memang abang bayar semua. Sebab tu sampai nak simpan duit pun jarang – jarang. Taktaulah pe’el kakak ipar ni sampai tak boleh berkongsi langsung.
Mak sendiri cakap, ingatkan kahwin dengan engineer ni abang bolehlah bernafas sikit. Tapi sama je macam kahwin dengan suri rumah. Tak membantu langsung. Saya nak tanya sikit, memang kalau kawin isteri tak perlu nak sumbang apa – apa langsung ke?
Kalau macam tu buat apa kerja? Hujung minggu pun duduk dalam bilik. Keluar senyum sikit – sikit, lepas tu masuk balik. Tah apa yang dia buat sampai tak betah langsung nak borak dengan kami. Mak sendiri pun dah cakap, malas dah nak menumpang, orang tak suka nampaknya.
Hanya bila abang cuti je baru lah ada gelak tawa sikit. Bolehlah bawa mak jalan – jalan. Tu pun faham – fahamlah siapa yang bayar semua. Dia hanya join, makan malam angkat bntot terus. Tak rasa nak beramal sikit belanja mak makan.
Simpan duit banyak – banyak pun kalau tak ada rasa nak menderma takkan berkat rezeki tu mak cakap. Mak memang tak berkenan dengan dia sejak sebelum kahwin. Satu sebab orang utara. Jauh dari kampung kami. Kedua memang dia ni susah nak berborak. Asyik krik krik senyum je.
Lepas tu angkat kaki blah. Malas nak melayan mak lama – lama. Ni mak mentua kot. Saya bangun tengok makanan pun tak ada. Mak dah lapar. Kakak ipar pergi kerja satu pun tak masak. Haisshh kadang – kadang geram pun ada.
Oklah, nanti kalau nak saya sambung, bagitau ye. Geram tak habis lagi per4ngai ipar macam ni. Nak nasihat sikit, dah kahwin dengan anak orang tu, maksudnya kahwin dengan family dia jugak. Jadi pandai – pandailah bawak diri.. Apa salahnya kongsi sikit rezeki. Adeh.. Ok bye… – Auni (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Fatyn Molhit : Mak tu dah tua. Orang tua memang ada tak berkenan kat mata dia. Awak tu bakal pelajar U, ada akal iyerkan ajer masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jadilah pendamai. Abang tu kahwini isteri. Anak orang.
Ayah dia tak kahwinkan dia untuk mengh4mbakan diri untuk keluarga lain. Kalau bayarkan semua itu semua nafkah basic. Makan, pakai, tempat tinggal. Kalau nak bibik, hire lah satu. Awak pun bakal berkahwin dengan orang juga.
Masuk dalam keluarga orang juga. Awak nak ke diperlakukan macam tu? Kerja engineering ni bukan macam cerita tv. Mengarut semua tu. Ahad pun ada je kerja jalan. On roster. Lagi kalau yang tengah nak handover. Siap cuti kena beku lagi.
Farhana Joni : Kalau kerja habis pukuI 5, kalau kl, ada some yang balik after maghrib sebab jem, kalau balik pukuI 5 pun maghrib baru sampai rumah.. ntah la, dah menumpang tu tak sedar diri, kau kan tak buat apa – apa kata tolong masak untuk family abang ko tu.
Cakap sekarang senang dik, kau taktau bila kau kerja macam mana. Dah cakap kakak ipar pun engineer, ko ingat dia kerja separuh hari je ke. Apa salah abang ko bayar semua perbelanjaan? Memang tanggungjawab, terhadap isteri dengan ibu dia. Kita ni taktau nasib badan pada masa depan, bawak cermin diri sendiri sebelum duk rasa orang buruk.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.