Saat isteri tengah sarat mengandung, kawan baik isteri dedah gambar isteri berpeIukan dengan lelaki lain

Dengan pengakuan dia begitu seluruh tubuh badan saya bergetar. Saya tak sampai hati nak tinggalkan isteri sebab dia sekarang tengah sarat mengandung anak kami 4 bulan. Lagipun dia dah minta maaf dengan saya dan dah ciuum kaki dan tangan saya atas kesalahannya.

#Foto sekadar hiasan. Salam min.. saya baru je kahwin. Kisahnya berberapa hari yang lalu saya dapat mesej wasap dari seorang kawan baik isteri tentang gambar isteri sedang berpeIukan dengan lelaki lain dalam bilik. Ya allah.. hanya tuhan yang tahu betapa terkejutnya saya dan s4kit sangat hati ni.

Mengapa isteri sanggup buat benda terkutuk tu di belakang saya. Rupanya semasa tempoh pertunangan kami dia pernah berz1na dengan seorang lelaki tu. Benda ni saya dah tanya pada isteri. Tapi mula – mula dia tak mengaku tapi selepas saya tunjukkan gambar tu sebagai bukti akhirnya dia mengaku bahawa selama kami bertunang dia pernah curang dengan saya selama sebulan dengan lelaki tu.

Dengan pengakuan dia begitu seluruh tubuh badan saya bergetar dan menangis sedih kecewa dengan isteri, sampai hati dia buat begitu kat saya. Nak marah, pukuI dia pun tak boleh sebab benda tu dah terjadi dan sudah berlalu.

Apa yang keluar di mulut saya masa tu hanya istighfar menyebut nama Allah. Kerana saya takut hilang sabar dan tak sanggup nak naik tangan dekat dia. Iya la, suami mana yang tak kecewa bilamana dapat tahu isteri dia buat benda terkutuk tu.

Hanya Allah yang tahu betapa s4kitnya hati ini. Segala harapan dan cita – cita saya nak jadikan dia isteri yang terbaik h4ncur berkecai. Segala semangat saya untuk meneruskan hubungan ini h4ncur bagai dihimpit langit dan bumi.

Sekarang saya tekad nak ceraikan dia walaupun sejujurnya hati saya masih sayang kat dia. Dalam masa yang sama, saya tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab isteri saya sekarang tengah sarat mengandung anak kami 4 bulan.

Lagipun dia dah minta maaf dengan saya dan dah ciuum kaki dan tangan saya atas kesalahannya. Dia merayu agar saya tak tinggalkan dia. Dia kata dia sayang saya tapi saya dah patah hati dengan dia. Kasih sayang saya dengan dia dah bertukar dengan kebencian berserta perasaan marah.

Kepercayaan saya terhadap dia pun dah takda. Persoalannya di sini adakah perlu saya meneruskan hubungan ini ? Minta nasihat sahabat – sahabat di luar sana… Insha Allah mana yang baik saya terima.

Sambungan… Salam min, saya yang aritu kongsi kisah isteri saya terlanjur semasa tempoh pertunangan kami. Selepas kami kahwin 9 bulan baru tau yang si isteri pernah curang semasa bertunang dulu. Alhamdulillah Syukur kepada Allah!

Berkat komen negatif dan positif oleh sahabat – sahabat dalam ni. Saya ambik mana yang komen baik – baik je. Setelah saya fikir masak – masak tentang hal ni. Akhirnya saya telah membuat keputvsan akan menceraikan isteri selepas bersalin nanti.

Sebab dia sekarang tengah sarat mengandung 4 bulan lebih. Walaupun perit dan berat saya menerima segala kes4kitan ini. Tipu la kata yang saya tak sayang isteri. Memang masih sayang kat dia. Tapi saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Dan lagi satu berkenaan anak dalam kandungan dia tu saya akan buat ujian DNA test. Sekiranya anak tu adalah anak saya. Insha Allah saya akan ambik anak tu dan akan diserahkan kepada ibu bapa saya. Sebab saya tak nak budak tu ikut per4ngai mak dia.

Memang perasaan ini dah benci, marah, patah hati, tawar hati dekat dia. Semangat nak kerja pun dah takde. Dah 6 hari saya duduk rumah je memikirkan benda ini. Memang pahit ditelan ujian ini buat saya. Segala harapan untuk isteri dan anak dah lebur hilang begitu sahaja semenjak kejadian ini.

Akhirnya dari saya, korang yang ada pasangan tu baik pompuan atau lelaki bersikap jujur la ikhlas dan setia dengan pasangan anda. Kejujuran keikhlasan dan kesetian adalah kunci utama dalam kebahagian dalam sesuatu hubungan.

Komen W4rganet :

Anis Farhah : Lelaki kalau curang mesti perempuan akan maafkan walaupun banyak kali ulang benda yang sama macam yang saya baca cerita – cerita kat page ni la tapi kalau perempuan yang curang, lelaki mesti nak ceraikan terus, tak boleh nak maafkan walaupun kejadian macam tt cerita ni pun sebelum kahwin bukannya masa kahwin dia duk berz1na.

Lepas tu dah nak bercerai sibuk nak ambil anak, hakik4tnya masa mengandung, masa nak melahirkan, masa berpantang perempuan yang rasa pelbagai alahan dan s4kitnya. Pendapat saya buat solat istikharah abang untuk nak buat tindakan yang seterusnya. Dalam setiap rumahtangga mesti akan ada ujian.

Rosslina Hassan : Part curang ni siapa yang diani4yai pasti akan merana sepanjang hidup. Meskipun boleh memaafkan tetapi tidak mungkin boleh melupakan. Apa pun alasan bagi kecurangan, persoalannya, kenapa perlu mengkhi4nati pasangan masing – masing?

Apabila kita gagal untuk menerima kekurangan, gagal untuk saling melengkapi , apalagi gagal untuk memuliakan sesama pasangan maka kita memilih untuk curang. Masalah boleh settled dengan berbincang antara 4 mata, meluahkan apa yang perlu diperbaiki tetapi penceraian juga yang kita pilih. Nak buat macam mana eek dah jodoh takat tu, begitulah pengakhirannya. Wasalammm….

Khairunnisa Abu Bakar : Jika dia memang dah bertaubat sebelum kahwin dengan awak, awak tiada hak menghukuum dia. Perkara jadi sebelum dia bergelar isteri, jika benar dia megandungkan anak awak dan awak ceraikan dia tu dah dikira mengani4ya.

Kesian isteri dan anak tu, tapi semuanya terpulang pada awak, jika dah tak mampu untuk bersama lagi, lepaskan cara baik tetap la jaga maru4h dia dan keluarga dia macam mana pun dia tetap ibu kepada anak awak. Janganlah awak nak pisahkan anak dengan ibu, zaIim.. Awak tiada hak menghukuum jika isteri tu sudah bertaubat. Ini pandangan saya, awak mintalah petunjuk dari Allah, buat solat istikharah.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?