Saya rimas mak mertua suka datang rumah mengejut, siap ada kunci rumah kami. Dia datang konon nak tolong kemas

Mertua datang tak diundang, cuma bagitau dekat suami (bukan tanya), tau – tau je dah sampai depan rumah. Dorang ada kunci rumah, bila – bila boleh datang dan balik. Kadang – kadang tidur sini sampai 3 hari. Normal ke macam ni? 

#Foto sekadar hiasan. Salam min, tolong hide profile saya. Saya cuma nak meluah. Saya baru 8 bulan kahwin. Saya pindah kerja dari jauh ke KL sebab ikut suami. Sekarang saya dan suami sewa dengan kakak ipar, dia ada rumah baru yang dia taknak duduk, jadi dia sewakan dekat kitorang.

Rumah mertua kat johor, tapi mertua akan datang rumah kami ni 2-3 kali seminggu sampai saya takda masa nak rehat langsung. Atas alasan nak tolong siapkan rumah baru walaupun kami lebih selesa buat sendiri. Normal ke macam ni?

Mertua datang tak diundang, cuma bagitau dekat suami (bukan tanya), tau – tau je dah sampai depan rumah. Dorang ada kunci rumah, bila – bila boleh datang dan balik. Kadang – kadang tidur sini sampai 3 hari. Bila datang tu, macam – macam di complain.

Cara saya masak, cara saya urus rumah semua tak kena. Semua kena spotcheck dan tegur sampai ke bilik kami berdua dan barang – barang dalam peti sejuk. Semua gerak geri saya kena perhati. Hujung minggu bangun 8 pagi pun di cakap lambat.

Saya taktau dah nak buat macam mana. Saya drive jauh lebih kurang 45 minit ke kerja setiap hari, balik saya terus masak pastu layan suami lagi. Kemas rumah, hal – hal baju semua 80% saya settlekan. Barang rumah dan dapur pun saya belikan guna duit sendiri sebab suami selalu busy.

Saya tak pernah kurang ajar dengan mak mertua walaupun masa awal kahwin macam – macam dia kata depan muka saya sampai saya tr4uma bila dengar dia nak datang atau nak balik rumah dia. Asyik terngiang dengar suara dia.

Semua yang saya krbankan dan buat dalam rumahtangga kami tapi mak mertua masih ingat saya tak buat kerja rumah dan anak dia terpaling rajin. Dia suri rumah tapi harapkan saya yang kerja full time ni jadi macam suri rumah jugak.

Dah 3 kali cuba berbincang dengan suami tapi mesti akan g4duh. Bila saya cakap dekat suami saya rasa sesak kalau dorang datang selalu, suami tak pernah faham saya. Bila saya cakap saya nak rehat tanpa dorang sebab semua benda saya buat, suami cakap saya ungkit dan ingat saya tak ikhlas buat semua.

Saya nak balik kampung saya setiap 3-4 bulan pun susah, selalu suami takda masa atau mak mertua dah booking siap – siap. Pernah plan vacation dengan suami  pun kena cancel sebab mak mertua nak datang. Sejak kahwin, tak pernah sekali pun kami jalan – jalan kecuali pergi honeymoon.

Malah waktu birthday saya pun tak pergi mana – mana sebab mak mertua suruh balik johor. Pernah sekali kami tengok wayang masa dorang dalam perjalanan, mak mertua meng4muk dan tak jadi tidur rumah kami, terus book airbnb.

Mak mertua boleh agak saya tak suka dia datang selalu, dia akan buat ayat sedih macam saya halau dia, “yela ibu kan sekarang macam orang luar lah.” Saya penat min. Saya penat nak fahamkan suami dan keluarga dia  yang mental saya tak kuat bila selalu diziarah mak mertua saya.

Kalau lah awal – awal dia terima sayang sebagai menantu dengan baik, kot la saya boleh selesa nak rapat dengan dia dan manja macam dengan mak sendiri. Tapi ni tak, awal – awal saya selalu kena h1na sampai saya tak boleh buang perasaan yang saya tak suka dia.

Macam mana saya nak p4ksa diri saya enjoy kehadiran dia bila sebenarnya saya tersiksa? Saya sedih sangat dengan hidup saya sekarang. Masa saya dekat kedah, saya ada segala – galanya, kerja best, kawan – kawan semua best, selalu jalan – jalan, happy sangat.

Bila datang pindah sini, cuma ada suami. Saya selalu sedih, dah tak yakin nak buat apa – apa sebab selalu kondem, daripada extrovert terus jadi introvert. Genuine friends, listener pun dah takda.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?