Anak buah kecik lagi dah biadap siap pakej Iudah orang. Abg dan kak ipar boleh tengok sambil ‘hehh’ je

Pernah dia meng4muk kat kedai sebab tak dapat beli apa yang dia nak. Menjerit macam orang histeria dan pakej Iudah. Padahal umur dah 10 tahun. Paling aku ingat, dia tolak Mak saud4ra kami sampai tergolek, habis kuah mee tumpah satu badan.. Korang tahu apa mak ayah dia buat?

#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Farehah dan umur 33 tahun. Masih single dan bekerja sebagai pembantu guru tadika swasta. Kat sini aku tak nak cerita pasal budak – budak kat tadika. Aku nak cerita pasal anak buah aku yang bernama Iris dah barusia 10 tahun.

Kenapa dengan anak buah aku yang seorang ni? Dia ni merupakan anak Abang aku yang nombor 3. Iris anak sulung dan ada adik lelaki seorang. Kalau diikutkan sikap budak kan, bukan macam kita yang dah besar panjang, dah cukup besar nak fikir baik buruk.

Dia belum berakal. Tapinya, jangan jadikan kerana budak – budak tahu apa ni umpama lesen nak buat sesuka hati. Umur baru 10 tahu, tapi dia punya biadab tu h4ntu pun surrender. Belum lagi dengar dia meIawan cakap orang. Panas hati ooo..

Iris ni dia tak boleh orang usik atau bergurau sikit dengan dia. Kita kadang – kadang sakat dia, siaplah kaki dia terbang. Paling tidak dia “puihhh” kita ni tak kira siapa. Garang bukan main. Ibu dia takde garang pun. Abang aku pulak dia tegas jer, bukan garang atau baran.

Iris ni tak tahulah ikut siapa punya per4ngai. Kat sekolah, dah berapa kali Abang dengan Kakak ipar aku kena panggil sebab Iris pukuI pelajar sekelas dia. Adalah sampai Iebam dikerjakan. Sebab kawannya usik dia. Abang dengan Kakak ipar aku dah tak tahu nak buat apa.

Pergi berubat dengan Ustaz pun sama jer. Takde perubahan.. Dengan adik dia, Ikmal lagiIah. Kadang – kadang takde angin, takde ribut dia bedebukkan muka adik dia. Kadang – kadang si adik berjalan, dia tolak. Cuma yang aku frust sikit, kakak ipar aku ni tegur pun entahlah. Macam tak menegur.

Kalau akulah kan, dah memang lebih dari patut kena h4nger ke tali pinggang ke. Abang aku pun tak pernah jentik anak – anak dia. Dia cuma tegas pada adik beradik tapi tak pada anak – anak. Itulah salahnya. Kalau si Iris ni menjerit, bingit!

Kalau You all pernah tengok rancangan dari Amerika yang ada pengasuh datang rumah nak settle kan masalah budak – budak yang nakal, tak duduk diam, kurang ajar, macam tu lah keadaan Iris tu. Macam budak – budak dalam rancangan tu. PukuI, gigit, jerit, tengking. Macam tu lah..

Adik aku, Fairuz pernah menumpang seketika di rumah diorang kerana tengah praktikal berdekatan dengan rumah diorang. Tak jauh, jalan kaki 15 minit sampailah. Sepanjang Fairuz duduk situ 3 bulan, hampir setiap hari dengar Iriz menjerit dan ada satu moment tu, Iriz dan sampai tahap baling barang apa saja yang ada di depan dia ke arah Kakak ipar.

Dan pernah, Fairuz balik dari praktikal. Dia masuk rumah tetiba si Iriz ni meluru ke arah dia dan jerit, “Tak payah masuk! Gemuk tak payah masuk!!” Fairuz ni memang badan boleh tahan “sado”nya. Abang aku cuma jerit, “Hehhh!!!!” jer.

Fairuz cepat – cepat masuk bilik. Melalak habis Iriz… Dan aku tak tahulah sindrom apa macam ni. Abang dengan Kakak ipar aku tak pernah bawak Iriz ni jumpa pakar untuk cari punca kenapa Iris jadi gitu. Pernah ada yang suarakan tetapi diorang rasa macam kita ni anggap anak dia ada mentaI health problem.

Dah berbulan – bulan tak bercakap dengan orang tu. Susah kan? Kita cakap bukan nak anggap anak dia macam tu tapi entah apa yang diorang fikir. Si Ikmal ni Alhamdulillah, baik. Nakal kekadang tu biasa. Budak kan.. Iris ni umur 10 tahun. Kalau ikutkan dia dah kira besar jugaklah kan.

Kalau umur 7 tahun ke bawah tu kita faham lagi berper4ngai gitu. Yang kita s4kit hati part biadab tu. Ingat dulu time diorang nak balik, diorang suruh Iris salam Mak aku. Dia takmau dan cakap, “Taknak!! Busuk!!! Syohhh!!! “Ya Tuhannn… Dia boleh “syoh”kan aje..

Macam biasa, Abang dengan Kakak ipar tak kata apalah.. Mak aku senyum tapi hati dia? Aku nak bantu mencari solusi untuk Iris ni tapi Abang dengan Kakak ipar aku jenis entahlah.. Aku jer beriya buat apa.. Tapi kesian. Itulah pasal.

Aku tak kisah anak buah aku nakal sebab namanya pun budak dan kita dulu pun gitu jugak. Tapi takde sampai tahap si Iris ni. Pernah dia meng4muk kat sebuah kedai buku. Adalah benda yang dia tak dapat beli. Menjerit macam orang histeria dan pakej Iudah.

Korang rasa macamana? Nak tolong takut nanti tak pepasal kata kita sibuk walaupun Abang sendiri. Tak tolong, sampai bila? Sekarang aku dengan keluarga aku cuma bantu doa jerlah agak Iris ni jadi budak baik. Dan dikurniakan sifat ketegasan buat Abang dan Kakak ipar aku ni.

Ada satu moment beberapa tahun yang lepas, Iris pernah menolak Mak saud4ra kami sampai tergolek time raya. Habis tumpah Mee kari kena kat badan. Untung kuah tak panas. Kalau tidak.. Aku yang s4kit hati tengok. Yang bagusnya, Abang dengan Kakak ipar aku terus tarik Iris masuk bilik. Tanpa ucapan maaf zahir batin kat Mak saud4ra.

So kesimpulannya boleh aku katakan Abang dan Kakak ipar pun bermasalah iaitu masalah tak pernah tegur or bertegas. Memang Iris tu tak boleh dibawa ke majlis orang. Tak dapat bayangkan kalau tetiba “angin kentut”dia datang. Solusi banyak tapi itulah, Mak Bapaknya pulak yang tak nak dan biarkan.. Ke tunggu kaki anak singgah ke muka diorang baru nak berakal? Wallahuaklam ler.. – Farehah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syikin Rosli : Bila baca tu banyak simptom anti social pada iris ni. Kena cepat – cepat bawa jumpa pakar dan buat therapy sebelum terlambat. Kalau abang confessor sentap, minta mak ayah wakil untuk suarakan. Biasa anak susah nak Iawan cadangan mak ayah.

Bawa jumpa ustaz tak ada perubahan sebab bukannya si iris ni kena sampuk dek h4ntu ke apa. Tapi saya sokong lah confessor sebab anak orang, kita siapa lah nak lebih lebih masuk campur. Kalau still tak nak bawak jumpa Dr, minta confessor sekeluarga marah je depan mak ayah dia kalau si iris tu buat hal pastu tinggalkan je dia sorang – sorang. Lama – lama mak ayah dia sedar juga tu.

Nurulsalmah Mat Nayan : Kalau lihat pada situasi ni. Sebenarnya bermula dari didikan mak ayah. Sebab tt bgtau mak dia pun tak menegur perbuatan iriz, ayahnya pun sekadar ‘hehh’ kan ja. Budak – budak ada level cara menegur.

Kalau jenis tak makan saman, masa kecik – kecik tu kena rotan / pukuI sikit sebagai pengajaran supaya dia tak ulang perbuatan dia. Dan terangkan perbuatan macam tu tak baik.. bukan mend3ra. Tapi bila dah besar. Tak pernah kena tibai orang penang kata, dia jadi ‘besar kepala’.

Dia tau, dia buat macam tu mak ayah dia tak respon pun (tak marah / pukuI). So, kesimpulannya. Sempat lagi ni nak lentur. Kena betulkan dia dengan solat. Lepas solat bagitau, buat macam ni salah. Kena jaga akhlak.. cerita akhlak baik – baik, cerita kisah – kisah nabi.

Cakap, kalau dia masih buat.. kena tibai. Takda kompromi dah. Cuba baca komen – komen yang lain. Ada yang nakal macam tu.. kena tibai, elok ja membesar jadi baik. InsyaAllah ibu bapa pun kena main peranan.. nampak mak ayah dia biarkan sangat ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.