Saat kak ipar sarat mengandung abang aku kahwin baru. Alasan dia, kak ipar mengandung tak mampu ‘layan’ dia

Aku kesian dekat kak ipar aku, dia redha sebab fikir anak – anak yang masih kecil. Apa yang isteri baru buat, pr0voke dia sabar je. Sehinggalah majlis aqiqah anak kedua, kak ipar tak jemput pun madu dia, tapi madu dia datang buat kecoh. Dekat situ jugak abang ceraikan kak ipar. Ayah aku Iempang abang, mak aku pitam..

#Foto sekadar hiasan Hi semua. Aku terasa nak kongsi  kisah abang aku. M4kin lama m4kin berani erkk penyondol – penyondol ni tanpa segan silu merosakkan rumahtangga orang lepas tu acah – acah baik. Cerita aku agak panjang tapi aku memang tengah berem0si sangat – sangat, nak luahkan kat sini lepas tengok kes bekas isteri kena balun sampai berjahit tu.

Nama semua aku guna nama samaran. Ayah dan mak aku kerja kerajaan, lepas tu mak aku jadi surirumah selepas aku lahir. Aku ada seorang jea abang, Razi. Jarak antara aku dengan abang aku 8 tahun. Mak ayah aku memang sayang betullll dekat abang aku sebab selepas 6 tahun kahwin baru dapat abang aku.

Mak aku pernah keguguran 2 kali sebelum dapat abang aku. Dan rezeki mak ayah aku dapat aku, anak perempuan sebagai anak kedua. Memang dari kecik aku nampak mak ayah lebihkan abang aku terutamanya mak aku tapi aku jenis hati kering sikit, jadi aku buat dek jelah.

Abang aku dilayan macam anak raja ya! Apa dia nak semua dapat. Study sampai Degree kat luar negara semua ayah aku tanggung. Aku pulak belajar kat sini jea. Aku memang tak rapat dengan abang aku. Abang aku pernah bercinta 3 – 4 kali lepas tu putuUs.

Semua alasan dorang putUus, dia mesti salahkan beIah perempuan. Bagi aku, abang aku bukan jenis alim mana pun tapi nak calon isteri alim – alim, cantik, berfikiran matang lah, open minded bagai. Nak dijadikan cerita, abang aku jatuh cinta dengan seorang perempuan ni.

Siti memang memenuhi semua kriteria yang abang aku nak. Dia tidak pernah bercinta sebab sibuk kerja. Siti kerja hospitaI. Abang aku dengan Siti bercinta dekat setahun kemudian bertunang pastu berkahwin. Selepas berkahwin, Siti duduk dengan kitorang.

Awal – awal Siti memang kekok sikit nak bersembang, masak – masak dan uruskan rumah. Tapi perlahan – lahan dia belajar sampai jadi ‘sempurna’. Selepas 2 tahun berkahwin, Siti mengandung. Abang aku suruh dia berhenti kerja konon – konon nak fokus jaga anak.

Siti ok je. Bila dah dapat anak, abang aku mula start complaint. Ada je cara Siti jaga anak yang abang aku tak puas hati. Tapi kitorang selalu je pert4hankan Siti. Abang aku macam tak suka sangat keluarga Siti datang melawat kecuali ada apa – apa majlis.

Kalau Siti nak keluar ke apa mesti kena berteman walaupun nak ke kedai dekat – dekat je. Siti jarang nak pakai mekap dan pakai pun menutup aur4t bukan jenis berfesyen bagai sebab abang aku tak suka dia berhias – hias. Aku rasa abang aku dah macam mengongkong.

Tapi aku diam sebab aku tengok Siti tak meIawan. Abang aku beli rumah sendiri sebab katanya nak privacy. Ok fine kitorang malas nak komen asalkan dia bahagia. Masa Siti mengandung anak kedua, abang aku dah mula buat per4ngai.

Masa Siti mengandung anak pertama, semua ok tapi bila anak kedua ni banyak isu. Air ketuban tak cukup, Siti low BP sampai pitam – pitam dan selalu munt4h sebab banyak makanan dia tak boleh nak bau apatah lagi makan.

Siti selalu ulang alik hospitaI. Mak aku selalu temankan Siti. Keluarga Siti pun ada jugak selalu melawat anak dia tapi abang aku selalu buat muka. Dorang buat tak tahu je dengan abang aku. Abang aku mula balik lambat, masa anak pertama A – Z kitorang yang uruskan.

Dia boleh sound Siti cakap lembik lah melayan sangat s4kit tu dan macam – macam lagi. Menyirap d4rah aku dengar. Masa ni, aku berg4duh dengan abang aku. Geram lak aku dengan per4ngai dia. Mak ayah aku pun berbuih mulut nasihatkan abang aku.

Siti tengah s4kit, jadi dia takde tenaga nak g4duh – g4duh. Ingatkan lepas kena tegur berubah per4ngai, tapi m4kin menjadi – jadi plak. Masa Siti mengandung 7 bulan, tiba – tiba abang aku nak berkahwin dengan bekas kekasih dia yang dulu tu.

Bila siasat, rupanya kant0i abang aku curang sebelum ni. Ni memang dasar lelaki anjirrr. Boleh pulak sibuk layan bekas kekasih dia dulu sampai terIanjur. Kemudian boleh siap cakap benda dah jadi, dah ditakdirkan itu jodoh dia.

Awek dia tu free hair, rambut kaler teh tarik, pakai s3xy dengan make up bagai. Kepala hangguk dia. Mentang – mentang Siti tengah s4kit mengandung jadi tak boleh nak layan dia, dia sempat celup sana sini erkk. Memang kitorang berg4duh teruk.

Baru mak ayah aku menangis tengok per4ngai durjana abang aku ni. Tapi kan Siti tetap tenang. Ya ampun, dia siap minta maaf sebab tak mampu nak layan abang aku. Dia siap bersetuju untuk poligami sebab dia fikirkan anak – anak.

Malah keluarga Siti pun baik – baik, dorang terima keputuusan Siti. Selepas Siti bersalin sampailah habis pantang, abang aku datang jenguk sekali dua jea. Sibuk layan penyondol tu nak beli rumah lah kereta lah apa bagai.

Memang abang aku mampu dari segi kewangan jadi sukalah peny0ndol tu. Kitorang memang boikot perempuan tu sebab dia sangat kurang ajar dengan kitorang, suka pr0voke Siti, pandai berlakon depan abang aku macam kitorang yang buIi dia.

Memang betul lah orang cakap kalau dah angau bercinta, buta hati mata. Abang aku berkahwin dengan perempuan tu masa anak kedua berusia 4 bulan. Majlis kahwin buat kecik – kecik, simple je sebab malu dekat orang.

Kitorang memang boikot langsung tak join sebab perempuan tu tak nak mintak maaf dan kami pun tak berkenan dengan cara dia. Selepas berkahwin pun dia macam ins3cure ke giIa aku tak tahu lah sebab hari – hari kacau kitorang.

Aku pernah naik kaki tangan la dengan dia sebab geram sangat. Kau dahlah peny0ndol pastu nak merajuk kitorang tak layan, kata kitorang buIi dia lah boikot dia lah. Duk canang dekat sana sini dia dianiaayai. Keluarga dia pun dua kali lima.

Masa anak kedua abang aku berumur setahun, kitorang g4duh teruk sebab perempuan  tu buat kacau kat majlis aqiqah. Memang Siti buat tak jemput dia tapi dia sibuk nak datang dengan abang aku pastu duk sindir – sindir. Ada je benda dia tak puas hati.

Siti meIetup masa tu sampai dia g4duh mulut dengan perempuan tu. Tup tap abang aku ceraikan Siti weh. Sampai hati dia, gembira perempuan tu sebab apa yang dia nak dia dapat. Aku sebenarnya nak kata sedih pun tak gembira pun tak.

Aku lega sebab akhirnya Siti bebas. Ayah aku Iempang abang aku selepas dia lafazkan cerai. Ayah aku memang cakap dia menyesal dapat anak dayus macam ni. Mak aku dah hampir nak pitam. Selepas beberapa hari, tiba – tiba abang aku datang nak rujuk balik.

Konon menyesal lah apa tapi Siti dah nekad nak cerai. Memang h4ncur jiwa hati dia. Keluarga aku memang sokong keputuusan Siti. Ayah aku kecewa sangat dengan abang aku. Naik turun mahkamah dekat 8 bulan akhirnya dua – dua bercerai taIak satu.

Masa dekat mahkamah memang abang aku ditemani perempuan tu dan keluarga ceIaka dia. Kitorang semua berdiri dengan Siti. Mak aku cakap dia tak akan maafkan abang aku selagi dia tak betul – betul menyesal bertaubat dan mintak maaf dengan mak ayah dan Siti.

Selepas bercerai, Siti duduk semula dengan keluarga dia. Aku, mak dengan ayah memang selalu melawat dia dan memberi sokongan. Kesian aku tengok mak ayah aku menangis – nangis mintak maaf dekat Siti dengan keluarga dia.

Siti tetap tenang. Aku respect dia betul sebab dia kuat dan tak melenting. Dia memang tuntut semua harta dan nafkah yang patut dia dengan anak – anak dapat. Dia start kerja balik, anak – anak kadang – kadang keluarga dia atau kami jaga.

Abang aku masih tengah angau bercinta jadi dia langsung tak ambik peduli pasal kitorang mahupun anak – anak dia. Bulan – bulan dia bank in kan duit. Mak ayah aku pun dah tak kisah pasal dia. Abang aku pindah duduk jauh dari kitorang.

Selepas 6 tahun camtu, tiba – tiba abang aku balik rumah mak ayah aku. Menangis apa bagai mintak maaf. Abang aku dah kurus kering, rambut serabai dan tak terurus. Mak aku kesian, jadi bagi dia masuk rumah. Ayah aku memang duduk bilik tak layan dia.

Rupanya, perempuan tu pernah keguguran anak (bukan anak dengan abang aku) sebelum ni. Tahun lepas, perempuan tu dapat anak tapi kant0i bukan anak abang aku. Perempuan tu dalam diam ada pasang 2 – 3 laki. Laki tu jumpa abang aku bagitau sebab dia beng4ng perempuan tu mungkir janji pasal isu duit.

Laki tu dah couple dengan perempuan tu sebelum dia kenal abang aku lagi. Tapi dorang sama – sama untuk ‘seronok’ bukan serius nak berkahwin. Abang aku je tak cerdik sebab berkahwin dengan dia. Laki tu cakap anak tu anak dia bukan abang aku.

Bila buat DNA test memang sah anak laki tu. Kau bayangkan lah perempuan tu punyalah per4ngai sampai boleh tidur dengan lelaki lain suka – suka. Dia t4rget nak kahwin dengan abang aku sebab abang aku ada duit dan dia tahu dia boleh control abang aku. Habis keluar semua cerita.

Abang aku siap buat test HlV nasib baik negatif. Tapi jiwa dia dah m4ti. Elok ada bini serba lengkap, kau buang termasuk dengan anak – anak dan mak ayah. Kemaruk sangat dengan cinta, gatal sangat sampai tak reti nak tundukkan pandangan dan control nafsu masa bini tengah mengandung.

Sibuk nak berz1na masa bini tengah bertarung nyawa lahirkan anak kau. Dah kant0i, salahkan takdir cakap poligami sunnah. Memang rasa nak mencarut je. Sekarang baru nak menyesal. Phuiii. Tuhan bayar cash dekat kau.

Rasakan satu persatu kes4kitan yang kau buat kena balik. Aku sikit pun tak rasa kesian ke apa dekat abang aku. Memang patut dia kena kifarah tuhan masa kat dunia nie. Nanti kat akhir4t nanti lagi teruk kau akan kena dipersoal.

Abang aku bukan kena b0moh ke guna – guna, dia memang dasar lelaki dayus. Mak aku cam mana sekalipun dah memang anak dia kan, jadi dia terima balik abang aku yang dah macam z0mbie hidup tu. Sebabkan dah banyak bukti jadi proses nak cerai dengan perempuan tu laju sikit. Terus bercerai taIak tiga.

Menangis – nangis perempuan tu sambil pegang kaki abang dan mak aku nak mintak simpati. Siap nak mintak duit nafkah. Dasar betina tak sedar diri. Mintak nafkah dekat bapak anak kau lah lagi nak berdrama sana sini. Bukti semua dah ada.

Perempuan tu ada banyak lagi kes polis mahkamah nak kena jawab. Selepas cerai, macam – macam jugak perempuan tu buat siap report sana sini tapi satu pun tak berjaya. Dia masih kacau kitorang siap panjat pagar rumah nak cuba masuk rumah.

Akhirnya  family dia datang angkut dia balik selepas kitorang cakap nak call polis. Buat masa sekarang senyap tak dengar apa – apa lagi pasal dia. Nampak dia dah macam orang hilang akal. Siti dan anak – anak dia alhamdulillah hidup bahagia.

Rezeki dia mencurah – curah selepas bercerai dan dia dah move on. Kami masih berhubung dengan dia dan anak – anak. Siti masih hormat mak ayah aku dan tak sesekali menyalahkan kami. Tapi aku bagitau mak ayah aku sebab manjakan sangat abang aku lah jadi sampai camni.

Sekarang ni sama – samalah tanggung akibatnya. Habis rosak hidup anak orang lain. Abang aku dah pulih sikit tapi nampak sangat jiwa hati dia dah m4ti. Ada rujuk pakar psiki4tri, ada jugak kena makan ubat. Abang aku cuba nak kembali semula dengan Siti tapi dah terlambat.

Siti izinkan dia jumpa anak – anak tapi hati dia memang dah tertutup untuk abang aku selamanya. Siti tr4uma nak berkahwin lagi. Dia hidup sekarang ni pun sebab anak – anak. Abang aku menangis melutut dekat dia pun dia tak layan.

Ayah aku pun nasihatkan abang aku untuk move on. Jangan kacau Siti dan anak – anak, cukuplah apa yang dia lalui sebelum ni. Be a real man and let her go. Abang aku ni haraplah yang dia boleh t3bus balik kesalahan dia semua dan jaga anak – anak dia elok – elok.

Aku selalu berdoa Siti dapat jodoh dengan laki yang baik – baik. Moga dia bahagia selalu dengan anak – anak. Kalau suami dah curang berz1na lepas tu dah kant0i baru nak kahwin dua, aku rasa lebih baik isteri pertama angkat kaki terus.

Suami nak berpoligami sebab kant0i curang berz1na rasanya suami itu akan terus adil ke dengan isteri pertama dan anak – anak. Lagi satu, kenapa tak ada hukuuman terhadap suami dan peny0ndol yang berz1na walaupun dorang dah berkahwin?

Laki – laki kat luar sana yang sibuk curang masa isteri tengah mengandung ke berpantang, kau tunggulah baIasan tuhan nanti. Kau ingat kau buat d0sa besar tu tak akan kena baIasan ke? Yang peny0ndol pun sama. Nikmat meny0ndol tu kejap jea weyh, bila – bila masa tuhan boleh tarik nikmat kau satu persatu. Aku doakan puak – puak ni semua pupus cepat – cepat. – Rara (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Ummu Asmaa : Alhamdulillah siti dah lepas dari manusia zaIim tu / abang kau dan syukur siti dapat mertua dan ipar yang baik walau laki macam s3tan. Ni hikmahnya hubungan mertua dan kau takkan putuus dengan siti dan anak – anaknya. Susah nak jumpa mertua dan ipar yang sokong menantu ni beruntung siti. Pasal bekas laki tak guna tu biarkanlah siti dah move on dan bahagia dengan hidupnya dan anak – anak.

Zulfah Saeed : Kes ni sama macam saya. Ex dah buang sebab betina tu tak nak bermadu. Waktu suami giliran rumah saya sengaja dia kiram video diorang habis berjim4k. Hahahahah bila saya meng4muk suami ceraikan saya. Takpe la kita tunggu dan lihat je kifarah yang dia akan dapat. Sampai m4ti saya takkan maafkan.

Airin Estrella : Untungnya siti dia diceraikan abang awak. Kebanyakan jenis per4ngai begini takkan buang yang pertama sebab bila dia jatuh tersungkur, dia ada tempat untuk berpaut pada isteri pertama. Apa isteri pertama boleh buat?

Kena terima, kena maafkan, kena jaga dan kena layan sesempurna yang boleh walau dulunya dia dilayan oleh suami seperti sampah, macam kain lap kaki sebab status dia masih isteri. Nampak tak? Dia simpan bukan sebab sayang tapi sebab nak guna bila dia susah nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?