You dont have javascript enabled! Please enable it!
Connect with us

Umum

Kak Long kalau balik kampung mesti nak minta bilik aircond, katanya anak – anak tak tahan panas

Published

on

Bila balik kampung ramai – ramai, dia mesti berebut nak jugak duduk bilik adik bujang sebab ada aircond. Terp4ksalah adik beralah kalau tidak masam muka balik rumah mentua. Pernah ibu minta nak buat bilik tu dijadikan sebagai bilik untuk pengantin, kak long terus marah – marah sampai tak nak balik tidur rumah mak kat kampung…

#Foto sekadar hiasa, Assalamualaikum..

Keluarga kami besar, ada ramai adik beradik. Yang aku nak luah ni pasal kak long aku ni. Kak long ni memang jenis berIagak queen dalam family kami. Sejak kecil, kami kena dengar cakapnya, tak boleh meIawan. Kalau tak, kami kena marah, kena pukuI. Bukan ibu tak marah dia bersikap macam tu tapi kak long ni jenis suka member0ntak dengan parents kami. Bila dah beranak je, dah kurang sikit member0ntak dia sebab dia dah tau nak beranak tu s4kitnya. Baru sedar peng0rbanan ibu sangat besar.

Dah dewasa dan kahwin, dia masih lagi menunjukkan sikap suka mengarah dengan adik – adik dia. Kalau balik kampung nak bilik khas untuk dia je. Bilik nak yang ada aircond. Dulu alasannya anak dia paling ramai, anak – anak tak boleh tidur panas dan macam – macamlah alasan. Dah dia ajar tidur dalam aircond je memang la macam tu. Padahal dia juga yang tak boleh panas nak aircond memanjang. Sekarang yang lain pun dah ramai anaknya, masih sama je. Kalau adik – adik tidur bilik tu, walaupun dia yang sampai lewat kat kampung, kak long akan halau keluar siapa yang tidur bilik tu walaupun bilik kosong yang lain ada. Hak1katnya bilik tu bukan bilik dia pun tapi bilik adik bujang. Kesian adik bujang kena mengalah keluar dari bilik sendiri bila dia balik. Berpindah randah, tak boleh tidur bilik sendiri.

Advertisement

Walaupun ada bilik lain yang kosong, dia tetap nak bilik yang tu je. Kalau ibu suruh adik – adik guna bilik tu sebagai bilik sanding atau bilik berpant4ng, memang bermasam muka la dia tak dapat tido bilik tu, siap salahkan adik – adik yang guna tu sebagai penyebab dia tak nak balik tido di rumah parents kami, demand tak nak bilik lain dengan bermacam alasan. Ada kami kisah? Ko tak balik lagi senang dari dok buat perangai meny4kitkan hati ibu ngan abah. Dah la tidur pasang aircond 24 jam walaupun tak ada orang dalam bilik, lepas tu tinggal bil elektrik melambung. Bila ada yang bising pasal bil meIambung, baru nak terhegeh – hegeh tinggal duit bil. Katanya la dia bayar. Tapi bila tanya ibu, ibu cakap mana ada bayar. Tapi tak tahu la kot dia bayar kat abah, abah tak cakap kat ibu.

Bukan tu saja, bila kak long balik kampung, nak harapkan dia tolong masak, tolong basuh pinggan? Memang tak la! Jarang – jarang sekali dia tolong masak dengan basuh pinggan. Tu pun takat basuh pinggan sendiri je, tak ada nak tolong basuh periuk belanga lain, dah la orang tolong masak. Katanya dia balik kampung tak nak masuk dapur sebab dah penat dok dapur seharian dekat rumahnya. Habis orang lain masuk dapur masa balik kampung je ke? Masa tak balik kampung tak masuk dapur gitu? Adik – adik dengan ibu ni h4mba ko ke nak tolong masak, hidang untuk ko dan family ko? Pinggan anak – anaknya pun dilambak dalam sinki je dengan saki baki makanan lagi. Meja bersepah berterabur baki anak dia makan. Common sense mana?

Pernah ibu yang tolong kemas semua sebab kebetulan tak ada sape ada kat rumah masa tu nak tolong, sampai ibu nak pitam kepenatan wei! Bila ibu membebeI kat dia cakap dia kepenatan sebab tu dia tinggal pinggan dan dapur bersepah, dia sentap, merajuk nak balik rumah mentuanya. Muka masam. Ibu kecik hati wei. Ibu pernah sump4h ko ni macam binatang tak reti nak diajar disebabkan sikap ko yang suka mengarah, demand bilik, nak jadi raja je bila balik kampung. Ko sedar tak? Ko ingat ibu diam selama ni sebab dia tak kisah? Dia kisah tapi dia tak nak ko bertambah derh4ka bila ko menjawab dengan dia. Ko tak fikir ke bisnes laki ko merudum mungkin sebab tak berkat, sebab benda – benda macam ni je?

Anak – anak dia pun dok harapkan orang lain tolong jaga. Pernah dia biarkan anaknya meIasak kat luar, orang lain yang ada anak kecik yang jaga anak – anak dia, dia pulak pergi masuk tidur dalam bilik. Ko rasa? Dah la anaknya lasak bukan main lagi, degil, sebelum ni suka pukuI – pukuI sepupu dia yang lain, asyik nak g4duh je. Bila org lain tegur, marah anak – anak dia, sentap pula. Dah ko tak reti nak kawal anak ko, tak reti nak larang anak ko, biar je anak buat suka hati, so jangan nak marah la kalau orang lain tolong marah. Takkan nak biar je. Kami pun ada had sabar okay. Nasib baik sekarang ni anaknya dah baik skit. Kalau tak, memang pening! Pernah juga dia sampai rumah kami dari rumah mentuanya, tengok makanan tak ada, dia bising cakap anaknya lapar belum makan. Padahal masa tu ibu je ada kat rumah. Adik – adik yg lain tak ada. Banyak cantik muka ko. Masak la sendiri! Ko ingat ibu ni maid kamu ke?

Advertisement

Kalau diikutkan banyak lagi la sikap dia yang kami tak suka bila dia balik kampung. Nak tegur? Memang tak boleh la. Bukan tak pernah tegur. Pernah je tapi dia memang jenis tak boleh ditegur. Memang sentap memanjang le. Ibu pula selalu pesan, tak ape la perangai dia buruk pun, dia sebenarnya baik orangnya, bukan jenis berkira dan akan tolong adik – adik bila dalam kesusahan. Tapi takkan sebab itu, dia boleh buat sesuka hati je bila balik kampung??? Ya, sebab fikirkan dia ada budi kepada kami la, kami banyak bersabar dan mengalah.

Kepada semua kakak – kakak, abang – abang atau sesiapa je, tolonglah jangan bersikap begini bila balik kampung. Orang lain ada perasaan, orang lain ada had sabar dan orang lain pun penat. Bukan anda je. Kampung bukan tempat untuk korang balik berehat dan bukan untuk memperh4mbakan orang lain untuk anda. Lepas tu, tak payah la nak demand bilik paling selesa untuk anda setiap kali balik kampung. Bergilirlah dan redha la kalau kena tidur bilik lain pun. Redha la kalau tak ada aircond.

Lain lah kalau kamu sendiri yang bina bilik tu guna duit sendiri. Kalau dah rasa anda je yang guna aircond dan meningkatkan bil letrik rumah parents, tolonglah tinggal duit dekat parents korang. Tahu nak duduk selesa tapi menyusahkan parents nak bayar bil letrik mahal. Kalaupun rasa tak guna aircond atau tak guna banyak elektirk pun, tinggal la duit juga dekat parents bila dah nak tinggalkan kampung. Ingat parents korang tak habis banyak belanja ke nak suap korang anak beranak meIantak? Dah la orang tolong masak, tolong hidang, tolong kemas balik, nak makan free lak?

Parents memang la tak berkira, tak cakap apa. Tapi fikir – fikirlah sendiri. Orang lain pergi tidur rumah hang, pasang aircond 24 jam, makan kena berhidang, tau pula bising. Lagi satu, orang lain pun ada perasaan. Nanti menantu – menantu lain rasa ibu kita pula yang pilih kasih bila kamu saja yang dapat tidur bilik tu. Nak ke kamu jadi punca menantu lain terasa? Dan, jangan ingat orang lain redha jadi “maid” tak bergaji kamu ye. Tolonglah ada sikap bertimbang rasa dan sedarlah ye. – Adik kecewa

Advertisement
Advertisement

Copyright © 2024 Media Cite Heboh