Memang tak nafikan Mira sangat cantik. Tapi permintaan dari Mira dan keluarga memang tak masuk akal. Keluarga Mira buat permintaan nak buat majlis kahwin di 2 – 3 tempat tapi minta Amir tanggung sampai RM30K! Mereka bagi tempoh untuk Amir kumpul duit sebelum majlis kahwin. Tapi ini yang Amir lakukan yang menyebabkan semua orang terk3jut..
#Foto sekadar hiasan. Aku harap admin approve confessor ni sebab ini iktibar berguna untuk yang belum berkahwin supaya jangan perjvdikan masa depan dengan orang yang salah.
Ini bukan cerita aku tapi kenalan aku. Aku gelarkan yang lelaki ni Amir dan perempuan tu Mira lah yer supaya senang nak cerita, ini hanya nama samaran jer.
Ok, si Amir ni memang sedang mencari calon nak buat isteri sebab umur dia pun dah cecah 30 tahun. Dia pun suka budak – budak. Kerja pulak memang dah masyuuk sesangat. Jadi kalau ikutkan, banyak aje pramugari – pramugari kat airport tu duk mengorat dia tapi untuk buat bini dia nak cari perempuan yang bajet muslimah, tak ligat sangat dan yang boleh duduk rumah je lepas kahwin. Bab duit memang jangan risau, duit belanja, shopping dan spa ke dia tapau semua. Apa yang penting duduk rumah jaga anak dan jaga dia je.
Kisahnya bermula bila satu hari dia ternampak seorang perempuan ayu tolong mak dia jual nasi lemak. Jadi bermula dari haritu, kalau dia tak ada tugas kena terbang dan ada kesempatan je memang dia asyik singgah beli nasi lemak kat situ. Dan oleh sebab dia ni pakai kereta harga ratus ribu memang tak susahlah dia nak mengayat. Parking depan gerai, bakal mak mertua senyum sampai telinga.
Tup – tup lepas 3 – 4 bulan tengok – tengok dah bertunang si Mira dan Amir. Serius benarlah dia dengan perempuan tu. Untung benar jadi perempuan cantikkan dan perempuan tu memang cantik orangnya.
Tapi konfIik bermula masa diorang dua – dua keluarga nak bincang untuk majlis kahwin. Sepatutnya kahwin sebelum puasa hari tu tak silap. Dan macam diorang ni dua – dua orang KL. So si Amir ni cakap lebih baik buat sekali je majlis, jimat sikit dan bolehlah dia buat besar – besaran kat hotel ke.
Lagipun yang perempuan tu memang mak ayah orang KL. KL means keluar rumah je dah nampak KLCC dari jauh, bukan duk Banting, Sepang, Sabak Bernam ke. Jadi elok buat sekali je kan. Tapi yang bakal mak mertua dan bakal ipar duai si Amir tak setuju.
Diorang nak buat juga dekat rumah diorang dengan tambahan 1 atau 2 lagi kenduri dekat kampung halaman belah nenek – nenek diorang. Yela, masa nikah nilah nak tunjuk kat semua orang yang anak dar4 dia walau belajar tak tinggi sangat tapi boleh kahwin dengan orang kaya. Bakal menantu fly sana fly sini, banyak duit, berharta dan segak bergaya pulak tu.
So si Amir cakap boleh buat kenduri seperti yang diminta. Kemudian keluarga perempuan tu pun mintak duit untuk kenduri tu semua dari si Amir sebab katanya diorang pun tak ada duit. eh eh, ingat diorang ada duit sampai nak buat kenduri 2-3 tempat.
Rupanya nak paw si Amir jugak. Amir pun cakap bolehlah dia bagi berapa belas ribu macam tu kot selebihnya diorang tambahlah. Tapi diorang tak puas hati dan cakap mana cukup camtu. Seboleh – boleh Amir kena bagi RM20-30 ribu untuk cover kenduri kend4ra. Hmm banyak cantik diorang, yang majlis grand kat hotel tu si Amir tu jugak nak keluar berpuluh ribu. Bukan kongsi – kongsi duit pun. Ko bajet anak ko doktor, lawyer, model atau instafamous ke nak kena keluar dekat RM100k untuk kahwin.
Amir pun tak puas hatilah sebab dia dah banyak keluar duit sebab dia baru beli rumah yang harga nak cecah dan dah cecah jutaan RM kat Selangor ni. Punyalah nak bagi anak bini selesa lepas kahwin nanti. Maksudnya si Mira ni cuci kaki je kalau kahwin dengan dia. Tak perlu susah tolong mak jual nasi lemak dah.
Akhirnya tak ada kata putvs sebab family Mira nak jugak buat kenduri banyak – banyak. Mungkin dia fikir kalau jemput orang taman atau kampung datang hotel nanti tak ramai yang datang. So kenalah jugak buat dekat semua tempat supaya semua orang boleh datang kenduri dan tengok bakal menantu diorang. Punyalah nak show off. Maka terbongkarlah cerita – cerita yang sebelum ni yang diorang ade mintak duit si Amir untuk buka bisnes lah. Belum apa – apa dah mintak itu ini, buruk perangai.
So diorang dua – dua pihak berkeras dengan keputvsan masing – masing. Keluarga Amir cakap buat 1 tempat, keluaga Mira cakap kena buat kat banyak tempat. Akhirnya keluarga si Mira bagi tempoh beberapa bulan untuk Amir kumpul duit.
Korang nak tau apa?? Jeng – jeng… Dalam proses bertenang untuk kumpul duit tu, tiba – tiba si Amir decide putvs tunang!! Hambek ko, Amir cakap belum apa – apa dah tunjuk beIangnya, esok dah kahwin mahu bengkok dia jadi mesin ATM Mira dan keluarga si Mira.
Famili Mira pujuk – pujuk dan runding pun Amir tetap tak nak dah dekat Mira. Jadi mungkin Mira sekarang sedang menangis tak berlagu dek kempunan duk rumah mewah, bercuti ke luar negara dan bajet princess pergi spa, shopping LV. Tamak sangat akhirnya langsung tak dapat apa. Kira okeylah si Amir tak kisah pun Mira dan keluarga Mira siapa berbanding dengan status dia.. Alih – alih nak minta lebih – lebih.
Moral of the story: Sesiapa yang ada dan situasi camni ke atau adik beradik camni ke, tolong jangan jadi bod0h. Orang gaji sebulan berpuluh K macam si Amir pun tak tahan, ko ingat kalau gaji RM 2 – 3 ribu tahan ke kalau orang jadikan ko mesin ATM.
Lainlah kalau memang dari awal susah senang bersama tapi ni semua lelaki yang sediakan, banyak cantik. Tolong janganlah kahwin kalau pasangan atau keluarga pasangan korang macam ni. Selepas kahwin kita perlu simpan duit nak beli rumah lah, anak sekolah. Kalau asyik kena paw sampai ke tua tak boleh menyimpan.
Last – last botak kepala. Aset pun tak ada. Macam mana nak bahagia kalau bakal bini tu gaji besar ada pelajaran tak ape, ni belajar tak tinggi mana. Memang tak bantu sumbang duit, harap muka je cantik. Jadi jangan jadi bod0h, perempuan kat luar banyak. Tolong jangan hadap sangat dengan puak – puak pengikis ni. Tak jadi kahwin tak teruk mana pun berbanding bercerai bila dah ada anak. Tolong jadi cerdik macam si Amir yer..sekian. – Harapan Bangsa
Komen Warganet :
Nik Nabilah : Amboi, sudah lebih nampak. Kita kena ukur baju di badan sendiri dik non oiiii. Pihak lelaki dah nak sponsor majlis tu kira baik dah. Ni banyak pulak yang dimintanya sampai nak buat kenduri dekat 2 – 3 tempat. Nak sponsor sampai RM20 – 30k.
Kalau macam tu memang botak k0yak tahap rab4k poket aiiiih
Iddiha Diha : Hahahaa melebih – lebih pulak, orang dah bagi betis nak peha pulak. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tak usah meminta lebih, memalukan diri aje.