Kak ipar m4ki mak sebab tak pandai jaga anak dia. Tak sampai 6 bulan dia datang ‘jilat ludah balik’

Abang dan isterinya buat emak bukan setakat seperti pembantu rumah, tetapi macam kuIi, suruh emak jaga anak – anak mereka. Kami kecewa sebab kak ipar m4ki hamun emak kerana tak setuju cara emak layan makan minumnya semasa pantang. Dia siap bersump4h tak akan jejak kaki ke rumah mak tapi tak sampai 6 bulan dia datang balik..

#Foto sekadar hiasan. Memang tepat pepatah Melayu yang menyebut dalam setandan kelapa bukan semuanya baik, paling tidak ada sebiji yang komeng. Inilah yang terjadi dalam keluarga kami. Dibesarkan dalam keluarga sederhana bertaraf kampung, kami lima beradik yang sulung lelaki, 4 orang lagi perempuan.

Kami dapat rasakan, emak ayah terlalu sayang dan manjakan abang, apa aja yang dia hendak pasti dapat. Sedangkan kami yang perempuan terp4ksa bersabar menunggu giliran, terutama kalau hendak minta duit saku. Abang selalu lebih, kami kadang kala terp4ksa bawa bekal kerana emak tak cukup duit.

Kerana emak selalu ikut cakap abang dan ini terbawa bawa hinggalah abang besar. Tak mahu sekolah tak boleh p4ksa. Kadang kala saya tengok emak ayah lebih takutkan abang dan terp4ksa ikut kehendaknya. Per4ngai ini terbawa – bawa hinggalah abang berkahwin.

MaIangya abang buat emak bukan setakat seperti pembantu rumah, tetapi macam kulinya menyuruh emak menjaga anak – anaknya. Kami adik beradik lain sudah lama memendam rasa tentang per4ngai abang sejak kami masih bersekolah lagi tetapi apakan daya, kerana emak sangat sayang, takut dan tunduk pada abang hingga tak berani menegur kekasaran sikap abang, termasuk ayah..

Saya tak kata emak ayah saya saja, tetapi terdapat juga sesetengah ibu bapa di kampung yang dibuIi oleh anak – anak mereka dengan menghantar anak – anak dan suruh emak ayah mereka jaga, alasannya tak ada pembantu rumah, susah dapat, pembantu mahal dan sebagainya.

Hingga terp4ksalah si emak ayah menjaga anak – anak mereka. Maka jadilah emak ayah macam orang beranak kecil, bukan setakat membasuh ber4k k3ncing cucu, tetapi melayan kerenah cucu zaman cyber yang tak boleh ditegur dan dinasihati.

Tak cukupkah mereka jaga kita hingga dewasa, tapi diulang tugas jaga anak – anak kita pula? Sedangkan kita bersenang lenang balik ke rumah segalanya tersedia, contoh paling jelas abang saya dengan isterinya yang pentingkan diri sendiri.

Dari kecil emak tak pernah marah abang, kami yang perempuan pantang silap sikit dengarlah emak membebel lepaskan kemarahannya. Sebaliknya kami akan dengar along marahkan emak kalau emak lupa beri makan ayam kesayangannya atau tersalah basuh bajunya hingga terlekat warna baju lain.

Cuba bayangkan hampir 15 tahun selepas tamat SPM along tak pernah bekerja, makan minum dan duit sakunya ibu yang beri, kerjanya duduk bersembang di kedai kopi dan balik larut malam. Emaklah yang terpisat – pisat terp4ksa bangun buka pintu bila along balik malam hari.

Kadang – kadang tu bila balik nak makan pulak terp4ksalah emak siapkan makanannya. Emak takutkan along lebih daripada takutkan ayah. S4kitnya hati kami adik beradik Allah saja yang tahu, kami kesiankan emak terp4ksa bekerja kilang bantu ayah tampung hidup kami.

Jam 4 pagi emak bangun buat nasi lemak untuk jualan di kilang sebagai tambahan duit sayur. Tapi bila dapat duit along mintak. Habis SPM, kami 4 orang anak perempuan melanjutkan pelajaran dan seterusnya bekerja di bandar.

Tinggallah along dengan adik perempuan yang masih belajar. Ketika itu kerenah along menjadi – jadi, berIagak macam orang bekerja, pakaian nak yang berjenama, emak terp4ksa ikut sebab takut along tengking. Ayah pernah marahkan along, tetapi dia Iawan ayah bertekak.

Bila cuti semester, kamilah yang tarah rumput bersihkan laman dan longkang, bantu emak buat nasi lemak dan kuih jualan. Saya memang meluat dengan sikap pemalas along, tapi saya larat nak nasihatkan emak, sebab emak lebih ikut cakap along.

Setelah kami bekerja, kami beri emak duit supaya dia tak susah belanja dan tak berjualan lagi kerana dah tua, tetapi hidup along pulak yang sem4kin mewah dan jadi lebih pemalas. Baru lima tahun lepas dia mula bekerja, tapi tak tetap, sebab pemalas.

Bila dah bekerja ingatkan senanglah emak, tapi satu masalah baru timbul dah ada girlfriend lepas tu bil telefon pulak mencecah lebih RM300 sebulan. Bila dapat amaran nak p0tong telefon emak cari kami, terp4ksa kami pulak selesaikan.

Sedangkan telefon tu penting untuk kami bertanya khabar emak dan ayah. Kami selalu ajak emak dan ayah datang ke rumah kami, tapi emak tak mahu katanya nanti along susah nak makan. Kadang – kadang tu kami kecil hati dengan emak terlalu pentingkan along, hinggakan tak nampak kesusahan dan perasaan kami.

Itu cerita along sebelum kahwin, dah kahwin lagi teruk per4ngainya. Along cuma lulus SPM tapi isterinya ada diploma, itu kami tak kisah, tetapi masalahnya along yang gaji tak seberapa ini kena tanggung isterinya, kerana isterinya kena tanggung ibu bapa dan adik beradiknya yang masih belajar.

Bila tak berduit emaklah tempat along minta bantuan. Masa baru kahwin, mereka duduk rumah emak, tapi tak lama isteri along ajak pindah sebab tak suka adik saya. Bila dah pindah tak nampak muka isterinya datang ke rumah kami, benci sangat dia pada kami adik beradik, tapi bila dia mengandung, dia balik duduk rumah emak.

Tapi bila dalam pantang dia pindah semula duduk dengan emaknya, alasannya tak suka cara emak layan makan minum dia masa dalam pantang. Kami tak kisah dia pindah tapi kami keciwa sebab dia m4ki hamun emak kami kerana tak setuju cara emak layan makan minumnya semasa dalam pantang.

Kami ‘hangin’ bila dapat tahu dia menghamun emak, terutama bila dia tuduh emak tak tahu jaga anaknya. Bila along duduk rumah mertua, baru mereka tahu per4ngai along, akhirnya mereka suami isteri pulak berg4duh, baru mereka tahu gaji along tak seberapa.

Nak beli susu dan lampin pun tak cukup, isteri along balik duduk rumah emak. Memang dia muka tebal tak malu langsung dengan emak yang pernah dim4ki hamunnya dulu. Nak jadikan cerita baru 2 hari balik rumah emak, saya pulak balik kampung.

Isteri along terk3jut dan malu terp4ksa jilat ludahnya balik. Kerana masa pindah dulu dia bersump4h tak akan jejak rumah emak. Tapi tak sampai 6 bulan datang menjilat balik. Masalah besar mereka tak ada orang nak jaga anak, emaknya tak mahu jaga kerana upah yang diterima tak seberapa.

Sementara gaji isteri along dihabiskan untuk adik – adiknya yang masih belajar atas permintaan ibu bapanya. Kami adik beradik syak isterinya takkan kekal duduk rumah emaknya, sebab dia kena tanggung adik beradik dan ibu bapanya, mana nak cukup duit untuk belanja anaknya, lainlah kalau duduk rumah emak saya, makan minum dan jaga anak dia semua percuma.

Lagi teruk tak payah jaga anak dan tak perlu masak, makanan tersedia di meja. Saya pernah bersuara minta along cari pembantu jaga anaknya, sebab emak dah tua lagi pun dia terp4ksa buat jualan untuk tambah duit belanja pasar, sebab along sekeluarga tinggal bersama emak.

Tapi along pekakkan telinga. Bila cakap banyak dia meng4muk. Duduk dengan emak mereka boleh relak, boleh balik malam lepas mandi terus makan sebab emak dah hidangkan makanan, lepas makan main – main dengan anak sejam dua lepas tu tidur.

Pinggan makan sendiri pun tak mampu nak basuh. Apa lagi nak cuci pakaian atau berkemas bilik. Emaklah memasak, mengasuh cucu, cuci pakaian kemas rumah semuanya. Emak di dapur dari subuh sampai jam 11 malam baru tidur.

Setiap kali balik kerja mereka mengaduh penat, apa mereka fikir emak duduk rumah goyang kaki? Saya tak dengar cerita orang, saya lihat sendiri bila sesekali balik ke kampung. S4kitnya hati! Saya pernah suruh along suruh cari pembantu atau hantar anaknya ke rumah pengasuh, katanya saya tak faham dia susah.

Susah! Kami tinggal di KL lagi susah belanja hidup tinggi, gaji pembantu pun tinggi. Tapi kami tak mahu susahkan emak, kami jaga anak – anak sendiri. Biar susah macam mana sekali pun. Kami tak mahu bebankan emak ayah.

Along bukan tak tahu kesusahan emak, tapi dia tak mahu susahkan isteri dan dirinya. Sejak remaja lagi dia mahu segala permintaannya ditunaikan. Tak dapat meng4muk, kami sibuk belajar dia ponteng sekolah. Bila adik – adik masuk kolej dan universiti, dia melepak kat warong kedai kopi.

Ayah dan emak tak boleh tegur dia meng4muk berhari – hari. Sekarang bila umur pun dah dekat 40 tahun,tapi dia masih mahu dibantu. Bila ayah tegur dia boleh bertengkar dengan ayah balik. Sebulan dua tak tegur ayah. Emak memang tak berani bersuara.

Alasannya minta emak duit konon gaji tak cukup, tapi bab berlagak kalah pegawai besar, beli tv nak flat screen 42 inci. Lepas tu ajak kawan datang rumah tengok tv besar dia mampu beli. MaIangnya bil utiliti dan telefon emak yang bayar.

Raya tahun lepas, saya bertekak dengan along, sebab tak tahan tengok kerenah along suami isteri mengh4mbakan emak. Untung emak sabarkan saya, kalau tidak tentu along merengkok dalam penjara. Saya ‘hangin’ tengok along suami isteri tidur petang berjam – jam anak lepas kat emak suruh jaga.

Saud4ra mara datang mereka tak layan, emaklah kelam kabut melayan tetamu sambil menjaga anaknya yang lasak tu. Sapa boleh sabar! Kadang – kadang hati kecil saya berkata inilah akibatnya kalau anak terlalu dimanjakan sejak kecil, bila dah besar tak boleh dibentuk, dah jadi buluh.

Ayah pulak tak mahu menegur, akhirnya emak dan ayah sendiri susah. Sampai tua terp4ksa ikut kerenahnya. Ayah memang baik, masa along kahwin dulu ayah yang tanggung, dari duit hantaran hinggalah buat kenduri. Begitu jugak buat akikah anaknya, semua ayah keluar belanja, along lepas tangan.

Bila tetamu beri sumbangan along masuk poket sendiri. Lepas kami bertekak dulu along pindah rumah, saya fikirkan senanglah emak. Tak jugak dia masih hantar anak suruh emak jaga. Makan malam rumah emak dan masih minta emak duit untuk buat belanja alasannya tak cukup duit.

Kalau hari cuti di rumah emaklah mereka suami isteri berlengkar, alasan penat. Apa dia fikir emak tak penat ke? Along tetap keluar masuk rumah emak sesuka hati. Bila pindah rumah dia angkut perkakas dan barangan rumah emak sesuka hati, sikit demi sikit.

Sedangkan kebanyakan barang rumah termasuk perabut kami adik beradik perempuan yang belikan. Tapi along tak peduli, habis pinggan mangkuk dan barangan hiasan yang cantik – cantik kami belikan untuk emak dia ambil.

Dia mahu rumahnya cantik. Ini macam punya orang pun ada! Emak tak berani tegur takut kena tengking dan jerkah along. Saya fikir sepatutnya anak lelaki keluar kampung dan membantu ibu bapanya, tapi zaman cyber semua dah terbalik, anak lelaki menyusahkan emak ayahnya.

Anak perempuan pulak yang membantu dan menyenangkan kehidupan kedua ibu bapanya. Akhir kata, saya berharap sangat jika along dan isteri maupun keluarga isterinya membaca rencana ini berubahlah, kasihanilah emak dan ayah sementara mereka masih ada, jangan lagi h4mbakan emak ayah.

Horm4tilah mereka kalaupun along tidak mahu kenangkan bakti serta jasa emak ayah selama ini yang menanggung along. Kalaupun along tak bagi emak duit konon susah, itu tak jadi hal asalkan along tidak bebankan emak dengan masalah along.

Berilah ruang kepada emak dan ayah berehat semoga mereka panjang umur dan tidak risau dengan kedatangan along bawa pelbagai masalah. Jika itu dapat along lakukan itu sesuatu yang amat berharga buat emak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.