Saya berkahwin dengan seorang ustaz hafaz al-Quran. Sepanjang perkahwinan kami, dia seorang yang rajin membantu kerja rumah dan membantu memasak seperti siang ikan, pot0ng bawang. Tapi segalanya berubah selepas dia dapat tawaran mengajar Al-Quran dari rumah ke rumah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya inginkan pandangan dan kata – kata yang positif dari kawan – kawan. Rasa sekarang ni dah hampir rebah dan hilang hala tujuan.
Tiga tahun yang lepas saya berkahwin dengan seorang ustaz hafaz al-Quran yang diperkenalkan melalui kawan. Saya pada waktu itu bekerja di luar dari semenanjung Malaysia dan dia mengikut saya berhijrah ke tempat saya bekerja kerana pada waktu itu dia belum ada kerja tetap.
Sepanjang perkahwinan kami, dia seorang yang rajin membantu kerja rumah dan membantu memasak seperti siang ikan, pot0ng bawang. Banyak kerja rumah kami buat bersama. Dan saya sebagai isteri cuba jadi yang terbaik untuk membantu dia mencari kerja dan plan untuk memulakan perniagaan di semenanjung kerana kami ingin pulang bekerja di semenanjung.
Sehingga la pada suatu hari, selepas 6 bulan kami berkahwin dan pada waktu tersebut saya mengandung sebulan, kami dapat offer untuk mengajar al-Quran dari rumah ke rumah. Bermula dari situ dia kenal dengan seorang anak angkat polis, saya nama kan dia sebagai A di rumah dia mengajar. A merupakan ‘drvg pvsher’ dan dia offer kepada suami untuk beli sy4bu melalui dia. Tapi rasa hati saya dia ada juga ‘approach’ si A untuk mendapatkan bekalan.
Apabila dia menjadi ket4gih kepada sy4bu semula baru saya tahu yang suami merupakan pen4gih dad4h sebelum berkahwin dan dia cuba untuk berhenti daripada mengambil sy4bu dan ahli keluarga mereka tidak bagitahu kepada pihak saya sebab mereka juga yakin yang semua itu akan hilang selepas berkahwin.
Rentetan dari kejadian berjumpa dengan si A, bermula lah mimpi ngeri dan cerita sedih dalam hidup saya. Saya yakin ramai yang mendambakan perkahwinan yang seronok sehingga ke akhir hayat. Sepanjang 6 bulan pertama perkahwinan saya, saya sangat bersyukur dan gembira sangat kerana Allah berikan peluang untuk saya punyai keluarga dan suami kerana saya ni agak pemalu untuk bergaul dengan lelaki dan saya pernah terfikir adakah saya tidak akan kahwin kerana sifat tersebut. Sewaktu remaja saya tidak bercinta kerana mengharapkan cinta selepas kahwin. Tetapi panas tidak sampai ke petang.
Sepanjang 2 tahun lebih saya mencari tempat berubat, ada yang sampai mencecah RM10k untuk rawatan selama 2 minggu dan pelbagai jenis cara dan jalan digunakan untuk membantu suami. Namun, hanya seminggu sahaja suami dapat kawal dan bertahan selepas itu dia akan mencari bekalan semula. Apabila dia mendapat bekalan, perangainya akan berubah menjadi ganas dan akan menyebakan memudar4tkan terutama kepada anak yang masih bayi.
Akhir sekali dengan bantuan keluarga, dia melepaskan saya dan dia ada bagitahu nak usaha dan berazam untuk elakkan diri untuk tidak mengambil sy4bu. Semasa kami suami isteri berjuta kali dia bersump4h dan berjanji tetapi dia masih ambil barang tersebut. Saya faham benda ni melibatkan bahan kimia di otak, tidak mudah bagi dia. Dia pernah bagitahu di luar sana, mereka nak kenalkan dad4h kepada orang dengan cara bagi cuba secara percuma, selepas tu mereka akan jadi regular customer dengan mereka.
Sekarang kami sudah berpisah. Jauh di sudut hati bermacam – macam perasaan bercampur aduk. Kadang sedih, marah, kecewa, malu, hilang harapan. Bermacam – macam persoalan di fikiran saya untuk berjalan men3mpuh jalan kehidupan seorang diri untuk membesarkan anak dan tambahan anak saya perlukan rawatan susulan di hospitaI kerana ‘congenitaI’ issue.
1- Kawan – kawan saya masih ramai yang belum tahu kami berpisah. Ini untuk kurangkan gosip dan fitnah timbul dan mudahkan untuk saya fokus pada kerja. Adakah perlu saya bagitahu pada mereka?
2- Adakah perlu saya berterus terang pada saud4ra mara jika mereka bertanya, sebab saud4ra mara juga tidak mengetahui. Saya rasa sangat malu dan rendah diri, sebab saya boleh dikatakan budak baik dan pendiam dari kecil dan scorer dalam pelajaran. Tidak sangka ujian kehidupan terjadi kepada saya seperti ini. Namun saya yakin, sesuatu terjadi tidak sia – sia dan Allah tahu apa yang terbaik untuk saya.
3- Adakah ada ‘support group’ untuk ‘single mother’ untuk saya join?, kadang – kadang perasaan sedih, rendah diri, sunyi, depr3ssion, takut, nerv0us macam – macam timbul dalam diri saya. Ada hari yang saya rasa kuat dan happy dengan kehidupan sekarang tetapi nama apabila berhadapan dengan ‘trigg3rred issues’, saya akan jadi down semula.
4- Saya sedih juga anak saya membesar tanpa mendapat kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah.
Tolong, saya perlukan input dan komen yang positif dan membina. -sumayyah-
Komen Warganet :
Chu Kar Lap : Betul dah tindakan kamu berpisah dengan pnagih. Kalau rasa jumpa sesetengah orang akan peningkan kepala dengan macam – macam soalan, elakkan terus sosiaI media. Tak pun tak mengapa untuk keluar dari group yang serabut tu untuk rehatkan otak. Untuk kekuatan dalaman, kuatkan berdoa dan solat tahajud. Tak apa anak tak ada bapa, ,cukuplah awak ada Allah dan keluaga yang menyayangi, ambik berat tentang awak dan anak. InsyaAllah, awak boleh.
Rafidah Zainun : Dont give up. Anak – anak tu kekuatan kita. Bercerai tu bukan har4m dan dalam kes ni awak tak salah. Tak perlu malu. Kalau orang nak mengata, biar je diorang mengata sampai penat, kita pun dapat pahala. Lebih baik anak – anak membesar tanpa bapa dari membesar dengan bapa seorang pen4gih dad4h.
Nor Liza Hamid : Sis percayalah semua manusia diuji dan diduga oleh Allah mengikut tahap kemampuan masing – masing. Dalam surah al-insyirah Allah sebut 2 kali. setiap kesusahan ada kesenangan. Sabar dan solat, berg4ntung sepenuhnya dengan Allah, awak akan lega.
υπηρέτης του Αλλάχ : Bukan nak cakap tak ada yang boleh bebas dad4h selepas ket4gih tapi amatlah kurang. Rasanya perpisahan tu adalah yang terbaik. Pasal orang bertanya tu lebih baik tutup mulut, tak perlu terangkan pada sesiapa. Cukuplah keluarga sendiri tahu kerana gosip akan tersebar dengan pantasnya. Percayalah, di pihak yang benar sekali pun kita, pasti akan dikecam. Langkah terbaik tutup mulut. Orang tanya hanya senyum. Aku dah merasa, aku tegakkan kebenaran kena kecam, aku tutup mulut tetap kena kecam tapi lebih baik tutup mulut sebab apabila tak ada cerita sebenar diketahui, lagi sedikit info untuk kaki kecam ni sebar cerita.
Dah ada anak memang akan rasa kekurangan dalam membesarkan anak apabila tiada suami di sisi tapi insyaAllah keluarga ada, akan bantu untuk ringankan beban. Yang penting jangan tinggal solat, minta pada Allah agar diberi jalan untuk tempuh hidup hari-hari. Set dalam minda, ujian kita ni, seberat mana kita tanggung, ada lagi orang yang tanggung ujian yg lebih berat. Semoga hari – hari puan dibukakan pintu kesenangan pada puan insyaAllah
Ahsanùl Husnā : Saya juga janda dan ibu tunggal anak satu.
1. Selepas bercerai memang agak tenang, tapi mesti akan terfikir apa kata orang. Masa saya bercerai hanya mak ayah dan 2 orang kakak yang tahu. Sampai suatu masa adik nak kahwin, saya bagitahu pada semua, adik dan ipar duai yang saya dah bercerai (sebab bila kenduri ramai sed4ra mara datang, mesti akan ada yang tanya mana suami). Jadi lepas tu family terdekat dah tak tanya kenapa tak balik rumah suami, mana suami. Family jauh pula? Lama – lama dorang tahu sendiri melalui keluarga terdekat. Saya tak kisah sebab percaya dengan keluarga sendiri.
2. Lepas dah terangkan pada family, family banyak yang bagi semangat. Kemudian baru rasa kuat nak hadapi pertanyaan orang lain (kawan – kawan dan kawan sekerja) tentang bekas suami. Untuk kawan – kawan tak perlu bagitahu melainkan kalau mereka yang bertanya. Tapi ramai yang jenis nak tahu sahaja, bukan nak ambil berat bagi semangat ke apa.
3. Kadang – kadang malas nak bersoal panjang, orang tanya suami kerja, pjj ke dengan suami, suami datang ke tak (sebab saya pjj sebelum bercerai dulu). So saya terus jawab saya dah bercerai. Dorang pun diam dah tak banyak tanya.
4. Ada masa memang kita kena terus terang tentang status, jangan rasa takut kena kecam atau orang pandang rendah dan sebagainya. Sebenarnya itu yang m4kin menguatkan kita dan orang sekeliling akan lebih faham keadaan kita.
5. Saya pun mencari support group untuk ibu tunggal tapi tak jumpa lagi. Bila kawan – kawan tahu saya dah bercerai, Selalu juga jadi tempat luahan masalah kawan – kawan yang nak bercerai, yang dlm proses, yang dah rujuk kembali. Semoga confessor terus kuat membesarkan anak. PM saya kalau sudi nak berkongsi lanjut. Semoga dalam jagaan Allah.
Hasliza Shariff : Salam dik sumayyah, Akak harap adik terus kuat ya. Saat adik rasa down, ingat adik masih ada anak yang masih kecil, yang masih perlukan kasih sayang dari ibunya. Terus kuat demi si kecil.. Banyakkan bersabar, InsyaAllah ada hikmah di sebalik dugaan yang diberikan. Macam pengalaman akak sendiri, berpisah sedari anak umur 10 bulan, hidup bersama dengan bekas suami pun tak sampai 2 tahun.. Berpisah atas sebab kewangan dan ada sebab lain lagi.
Lepas berpisah akak pindah balik kampung, nasib akak baik sebab seminggu lepas pindah along datang cari ex di rumah lama tu. Sekarang anak pun dah 12 tahun. Alhamdulillah hidup dengan anak sem4kin dipermudahkan olehNya. Bila duduk sorang – sorang akak bersyukur sangat sebab akak fikir, Allah uji sikit ja pada akak tapi Dia beri lebih dari apa yang diuji. Allahuakbar. Sebak rasa. Sayangnya Dia pada h4mbaNya yang kerdil nie. Moga adik sumayyah terus kuat ya.. Aamiin.
Marry Anne : Nasihat saya kalau dah jadi ibu tunggal, fokus pada anak dan kerja yang penting. Tidak perlu hebohkan benda yang tidak penting. Banyakkan solat dan memohon kepada Allah supaya dimudahkan rezeki dan segala urusan. Cuba kalau ada masa sertai group belajar agama. Yang penting sekali elakkan diri dari terpengaruh dengan group – group yang sedang berluasa di FB. Semua tu buang masa.