Ibu dan ayah selalu sibuk sampai aku selalu tidur rumah pengasuh. Macam – macam aku buat dekat rumah pengasuh, aku gunting semua langsir, semua haiwan peliharaan dorang ‘hilang’ aku kerjakan. Tapi pelik pengasuh langsung tak marah, jentik aku. Sehinggalah satu hari aku ikut ibu shopping, ibu ambik 2 troli..
#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca sekalian. Banyakkan kisah tentang sikap pengasuh ada yang baik, ada pula yang jaga sambil lewa. Paling teruk yang bagi kesan buruk pada anak asuhan. Sengaja aku nak share 1 cerita mengenai pengasuh aku ketika aku kecil dulu.
Memandangkan ade yang suri – suri dalam ni menjadi pengasuh dan juga ibu bapa yang hantar ke pengasuh. Terpulang ape saja anggapan atau komen dari pembaca semua aku terima. Yang mana baik kita jadikan teladan, yang mana tak baik boleh diperbaiki.
Begini ceritanya, aku ada 4 orang adik beradik. Abang, akak dan adik. Kiranya aku yang no 3. Dari kami semua baby lagi ibu aku dah hantar kami ke pengasuh. Pengasuh aku, kami adik beradik memang panggil mereka mak dan ayah.
Anak pengasuh yang perempuan kami panggil akak. Jadi nampakkan macam mana akrab dan rapatnya kami sampai kami boleh gelar keluarga pengasuh dengan panggiIan tu? Setiap pagi, sebelum hantar abang dan akak aku ke sekolah ibu akan hantar aku ke rumah pengasuh.
Ibu tak mandikan aku pon setiap pagi. Memang aku akan mandi rumah pengasuh terus. Jadi rutin aku setiap pagi, ayah iaitu suami pengasuh akan bawak aku pergi ke kedai kopi. Kedai tu pulak banyak jual jajan tora – tora tu.
Memang aku selalu paw benda tu dengan ayah. Bila balik dari kedai, aku ikot ayah pegi kerja. Ayah kerjanya buruh kasar buat rumah orang. Tapi selalunye sampai tengahari je aku dekat situ sebab dah penat main pasir jadi aku nak balik tidur.
Jadi ayah layankan je aku setiap tengahari hantar aku balik semula ke rumah mak. Selalunya sebelum pukuI 6 petang ibu dah datang nak ambil aku dah. Abang dan kakak balik sekolah naik bas kadang – kadang petang jugak baru sampai di rumah pengasuh.
Jadi begitulah rutin kami adik beradik di rumah pengasuh. Memandangkan aku masa kecil pengasuh memang tatang aku bagai minyak yang penuh. Tak bagi sesiapa pon budak – budak kampung buIi aku, padahal aku la yang buIi dorang.
Aku sangat nakal dulu. Ayah ade bela kambing, selepas ade kambing aku dah tak ikut dah ayah pergi kerja. Aku kawan dengan kambing tu. Ayah cakap kambing tu garang takot nanti dia tendang tapi aku tak peduli, masih jugak usik kambing tu.
Mungkin kambing tu tau aku budak dia layankan je walaupun aku tabur serbuk kunyit dekat dia. Lepas dari tu, ayah jual semua kambing – kambing dia sebab risaukan aku, takut kambing tu naik giIa. Jadi ayah buat kolam ikan pulak tapi tak sampai beberapa bulan ikan – ikan semuanya m4ti.
Ayah cerita aku sampai terjun dalam kolam tu sebab nak mandi sama – sama dengan ikan tu. Dan aku siksa ikan tu. Ini memang aku tak ingat langsung apa yang aku buat.. kikikiki. Ada satu masa tu aku jumpa gunting, aku gunting langsir – langsir dekat rumah pengasuh tu. Haishhh..
Kalau nak cerita memang banyak la kisah – kisah kenakalan aku. Ayah dan mak tak pernah skali pon marah atau jentik aku walaupun aku ni buat benda pelik – pelik dekat rumah diorang. Walaupun aku punca haiwan – haiwan peliharaan mereka m4ti. Aku punca harta benda mreka rosak.
Mereka tak pernah cerita keburukan aku dekat jiran – jiran malah selalu cakap aku ni masih anak kesayangan mereka. Pernah sekali tu aku pancitkan tayar basikal anak jiran aku, maknya datang jumpa ayah marah – marah aku tapi ayah masih backup aku dan bayar ganti rugi.
Dekat sini aku nak cerita bukan pasal kenakalan aku pada pembaca tapi korang boleh fikir tak kenapa mereka masih layan aku baik walaupun per4ngai aku memang teruk bebenau lah? Apabila aku meningkat dewasa aku dah bersekolah, masa aku darjah 6, setiap bulan, selepas ibu ambil aku dari rumah Mak, ibu akan bawak aku pegi shopping barang dapur.
Sampai 2 troli ibu ambil, rupanya 1 troli tu adalah barang untuk dihantar ke rumah pengasuh. Tau tak apa yang ibu aku shopping? Shampoo, sabun, ayam, daging, udang, ketam, coklat, keropok, bawang, milo, susu, koko crunch dan segala barang masak tak kiralah barang kering atau barang basah. Barang mandian dan banyak lagi.
Semua tu ibu aku bagi dekat pengasuh. Dan waktu nak serahkan barang tu ibu aku akan serahkan sekali duit asuhan dan ibu akan cakap, “ni ada lebih sket buat belanja kalau dia nak beli apa – apa.” aku tak tau la kan berapa jumlahnya.
Jadi aku terfikir, mungkin selama ni mak dan ayah tak pernah marah mahupon jentik kami sebab ibu pon tatang pengasuh macam keluarga sendiri. Mak dan ayah manjakan kami adik beradik macam anak sendiri sebab ibu pun manjakan mereka juga.
Mak selalu cakap kalau teringin nak makan apa – apa cakap je mak masakkan nanti. Duit belanja sekolah agama pun selalu mak bagi banyak. Rupanya semuanya dari ibu. Ibu tau anak – anaknya nakal, jadi ibu memang akan bagi extra duit belanja untuk menampung kerugian harta benda pengasuh yang aku rosakkan.
Ibu aku bukan bagi tu sahaja, setiap kali ibu dapat bonus dekat tempat kerja, pengasuh pon akan dapat bonus. Setiap kali hari raya atau raya haji, memang ibu akan hadiahkan sepasang baju kurung dan baju melayu untuk mak, ayah dan akak dapat sama iaitu anak pengasuh.
Jadi dekat sini ape aku nak nyatakan adalah tindakan ibu aku buat semua tu bersebab. aku pernah tanya dekat ibu kenapa ibu kena beli semua tu? Jawapan ibu, “ingat nak jaga korang adik beradik senang ke? MentaI kena kuat.
Dengan pemberian yang tak seberapa tu akan buat mereka gmbira. Gembira bila pandang korang, gembira bila jaga korang. Kalo korang nakal pon mereka boleh tutup mata dengan kenakalan korang tu. Mereka akan jaga dengan kasih sayang. Takde pukuI, takde d3ra anak ibu.
Biarlah ibu berk0rban asalkan anak – anak ibu sihat dan gembira. Hidup persekitaran yang bahagia dan ceria. Dan anggap jela semua tu sedekah. Mereka pon bukan orang senang. Tak akan miskin ibu, kalau ibu bersedekah”.
Gitu la jawapan ibu, pedas lagi padat. Sebab tu la pengasuh tak ambil anak asuhan lain. Hanya fokus pada kami 4 bradik iaitu anak – anak ibu sahaja. Pengasuh memang jaga kami semua macam anak sendiri. Ajar mengaji ajar adap ajar hormat orang dan macam – macam lagi ilmu dunia akhir4t.
Pada aku jumlah yang diberikan oleh ibu sebenarnya tak setanding dengan kasih sayang, ilmu serta kesabaran yang dicurahkan. Disebabkan dengan kebijaksanaan ibu lah kami sebenarnya dididik dengan baik. Ibu waktu siang sibuk kerja, ayah kandung aku plak selalu outstation jadi memang kami tak rapat.
Bila malam selalu dah tido, jadi memang kami adik bradik tak dapat perhatian sepenuhnya dari ibubapa kandung aku. Jadi pada ayah dan mak la kami menumpang kasih. Mengadu segala masalah kami. Sampaikan aku boleh bermalam berminggu – minggu berbulan siap boleh join bercuti bersama pengasuh lagi.
Walaupun ibu dan ayah kandung aku selalu sibuk tapi aku tahu mereka kerja kuat untuk menampung dan beri kesenangan untuk kami 4 beradik. Sekarang kami 4 beradik semua dah besar dah kahwin dah ada anak. Untuk pengetahuan suri – suri sebelum kami semua berkahwin kami mesti akan kenalkan dulu pasangan kami pada pengasuh.
Kalau mereka suka dan berkenan baru kami teruskan hubungan tersebut. Sampai sekarang pertalian kami tak pernah putvs dan sekarang kami ganti tempat ibu. Masih teruskan pemberian kami yang tak seberapa. Aku bersyukur kerana memiliki 2 mak dan 2 ayah.
Tapi kini aku hanya memiliki 2 mak sahaja sebab Allah lebih menyayangi 2 hero kesayangan aku tu. Harap kepada ibubapa yang bekerjaya yang hantar anak mereka ke rumah pengasuh, hargailah pengasuh anak kita. Layanlah mereka dengan baik seperti keluarga sendiri.
InsyaAllah mereka juga akan layan anak kita seperti anak mereka sendiri. Kepada pengasuh, jika dapat ibubapa yang baik maka hargailah dan jaga anak – anak mereka dengan baik sebagaimana mereka layan kamu dengan baik.
Jika sebaliknya, berlapang d4da lah. Ingat dapat pengasuh yang baik juga adalah salah satu rezeki dan dapat ibubapa yang baik juga adalah satu rahmat. Maka mainkanlah peranan kedua – dua beIah pihak supaya masing – masing dapat habuannya. Masing – masing bahagia. Anak – anak pon bahagia..
Tak dapat beri banyak beri sikit pon jadi la, tak dapat bagi sikit cukuplah sekadar ucapan terima kasih. Itu pon dapat menggembirakan hati. Maaf andai penulisan aku ni ade yang buat salah faham dan terguris hati. Yang baik jadikan teladan dan yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Akma – KSR
Komen Warganet :
Nur Sabrina Kamarull Zaman : Saya tak ramai pengasuh cuma ada 3 sahaja. 1st jaga sekejap saja anak sulung masa baby then dia surrender sebab dia ada anak kecil juga susah katanya nak handle. Jadi jiran kesian tengok ibu muda macam saya ni tercari – cari pengasuh.
Mereka amik ngasuh anak sulung saya tu dan anak no 2 saya. Memang rapat panggil maktok dan tokwan. Kami rapat sehingga kini masih berhubung walau dah 14 tahun berlalu. Pengasuh seterusnya bila kami berpindah tahun 2010 sampai sekarang masih rapat walau dia dah tak ngasuh anak – anak saya sejak 2013 sebab saya full time housewife dah. Walau sekejap cuma, tapi ukhwah tu berkat sebab sama – sama give and take sesama kami ketika berurusan dulu.
S Hazirah Tajul Rahim : Ni dinamakan pengasuh yang mendidik. Pengasuh bukan lah sahaja sebagai pengasuh semata – mata bak kata sesetengah orang yang tak memahami jiwa seorang pengasuh yang mendidik, tapi ibu bapa pengganti semasa ibu bapa anak asuhannya perlu ke tempat kerja.
Kalau dulu – dulu pengasuh takde ambil kursus / seminar berbulan – bulan hingga berjaya lulus exam, bersijil dan sebagainya tapi masih ada yang jiwa mereka mampu mendidik anak asuhan mereka. Sekarang, pengasuh yang berkualiti adalah lahir dari pelbagai kursus dan seminar yang dihadiri hingga lulus exam tertentu, yang juga berjiwa besar untuk membantu mendidik anak asuhan mereka seawal usia masih bayi. Thanks for sharing this sis.
Mazlina Bt Mat Rabi : Besar jasa pengasuh pasa ibu – ibu bekerja. Pengasuh saya mainkan peranan yang penting dalam career saya. Kalau takde pengasuh yang baik, macam mana nak kerja kan susah hati pula fikirkan anak – anak macam mana.
Bila dapat pengasuh yang baik, saya senang nak tinggalkan anak kadang – kadang saya outstation, malam baru sampai ke station balik. Jadi pengasuh tolong jaga anak dulu. Sekarang pengasuh dah pass baton kat anak dia. Jadi anak saya yang bongsu, dapat pengasuh baru, rumah yang sama.
Kiranya mereka dah asuh anak – anak saya sejak 13 tahun (start anak sulung). Sebab tu bila Raya, saya akan cuba hadiahkan pengasuh saya kain pasang atau tudung. Tahun ni saya bagi handbag bukan untuk dia je tapi untuk pengasuh yang lama dan adik beliau sekali sebab tinggal dekat – dekat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.