Jaga, kemas rumah, basuh baju saya yang buat tapi isteri asyik cakap penat. Sekarang makan pun suruh beli

Saya dan isteri bekerja dan ada anak seorang berumur 1 tahun 6 bulan. Sebelum ni saya PJJ dengan isteri, sejak duduk serumah ni, isteri selalu mengadu penat. Masalahnya ungkapan penat tu seawal pagi, sesudah subuh dia cakap penat. Adakah ini malas..

#Foto sekadar hiasan. “Penatlah hari ni.” / “Penatnya.” / “Awak, saya penat lah.” / “Awak tak penat ke?” Demikianlah ungkap sang isteri saban hari, saban waktu. Asyik – asyik penat. Bukan hanya di penghujung hari, malah ungkapan “penat” sudah terluncur dari mulutnya seawal pagi sesudah subuh hari.

Sedikit latar belakang buat gambaran pembaca yang budiman, kami hanya ada tiga beranak, saya, isteri, dan anak lelaki yang berumur 1 tahun 6 bulan. Kami sebelum ini PJJ, namun setelah saya dapat bertukar tempat kerja ke negeri tempat isteri bekerja, maka bermulalah episod kami tinggal sebumbung.

Semuanya baik sahaja, kami tidak ada g4duh yang besar. Hubungan suami isteri juga baik, solat pun berjemaah. Cuma itulah, isteri selalu mengungkapkan yang dia penat. Yang saya sendiri tak tahu apa yang dia penat. Saya sendiri pun sampai jadi tak tahu nak beri respon yang bagaimana.

Sebab selain memasak dan menyusukan anak, urusan yang lain bermaksud kemas rumah, mandikan anak, tidurkan anak, basuh baju, sidai baju, lipat baju. Basuh pinggan mangkuk periuk kuali, sapu lantai, mop lantai, cuci bilik air, buang sampah, kemas bilik dan tempat tidur, semuanya saya dah buat. Ya saya buat sendiri.

Hantar, ambil anak ke / dari pengasuh pun saya yang buat. Tetapi itulah, saya tetap dihujani dengan rungutan daripada isteri bahawa dia penat. Mula – mula saya layankan juga, saya urutkan badannya setiap hari walaupun dia tak minta.

Saya ‘volunteer’ jaga anak dan bagi dia masa untuk keluar masa hujung minggu ‘me time’. Tetapi, tetap dia akan kata yang dia “penat” untuk tak buat apa – apa. Dia akan, tidur. Ya, tidur. Dan ungkapan “penat” yang tanpa henti saban hari saban detik daripada sang isteri ini sebenarnya telah dalam diam dan perlahan – lahan membuatkan saya jadi penat.

Niat baik saya membuat tugasan rumah pada awalnya adalah atas dasar tanggungjawab saya selaku ketua keluarga, suami, dan juga bapa, selain untuk memudahkan urusannya, dan mengurangkan bebannya. Namun kini saya rasa seperti diambil kesempatan oleh isteri atas segala kebaikan itu.

Balik kerja, isteri awal – awal dah beritahu yang dia penat. Jadi saya kata padanya, “Tak perlulah masak, saya beli saja dalam perjalanan balik kerja nanti.” Pada mulanya dia akan kata “Tak apa, dia masak.” Tapi sejak sebulan dua yang lalu, isteri sendiri akan ‘arahkan’ saya beli saja makan malam, sebab dia penat.

Sedangkan kalau untuk berbekal ke tempat kerja, rajin pula isteri bangun awal pagi untuk memasak. Dan isteri masak hanya untuk dirinya sahaja. Saya pernah bertanya kepada isteri, kenapa tak masakkan bekal untuk saya sekali, isteri jawab, “Awak kan keluar makan dengan kawan – kawan office.”

Hujung minggu, saya berhempas pulas menguruskan rumah yang saya percaya sama dengan aktiviti seperti mana keluarga lain, mengemas rumah, mendobi, dan lain – lain. Tapi tidak isteri saya, dia tak akan buat semua itu.

Dia hanya akan bangun untuk masak sarapan, kemudian sambung tidur. Segala aktiviti lain, saya yang buat dan selesaikan. Daripada menguruskan anak sehinggalah rumah dan pakaian, semuanya saya. Buntu saya. Anak kami baru sorang je.

Sehinggakan hari ini, sudah hampir setahun kami tinggal sebumbung, saya rasa m4kin tak gembira dan mencari – cari di manakah seronoknya tinggal sebumbung dengan pasangan itu jika hampir semua urusan hanya satu pihak sahaja yang melakukannya.

Saya sampai langsung berdoa agar biarlah saya ditukarkan ke tempat kerja yang jauh, agar kami kembali PJJ. Ada kawan yang kata, “Isteri kau baIas d3ndam tu masa PJJ dulu kau tak ada.” Entahlah. Sebab dulu masa PJJ bukannya isteri aku duduk seorang diri, dia duduk bersama keluarganya di rumah mentua saya. Jadi saya tak rasa dia buat semua kerja dekat rumah mentua.

Adakah dia benar – benar penat, atau apa sebenarnya? Saya pun tak tahu. Saya harap dia benar – benar penat. Dan jika penatnya berkait dengan exhausted / energy drained yang terlampau, saya dengan rela hati sanggup nak bawa isteri pergi terapi dan rawatan yang sepatutnya. Saya berharap sangat penat itu bukan berdalih bagi malas yang disembunyikan.. – Fared (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Asy Syu Ara Insyirah : Sebenarnya isteri waktu dia keseorangan jaga uruskan anak dulu, dia burnout. Jadi masa sekarang dia macam ada satu sifat yang di luar kawalan dan ada satu perasaan yang mendorong isteri macam taknak ambil port dah bahagian urusan dalam rumahtangga.

Bawalah isteri jumpa pakar kesihatan sebab apa yang dia lalui sebelum ni mungkin sebabkan dia jadi macam tu. Encik soft talk dengan isteri mungkin dia pendam sesuatu yang mungkin dia nak ada orang faham perasaan dia. Bukan soal urusan rumahtangga je, tapi lebih kepada kesihatan mental dia.

Siti Rahmah : Apakata awak belikan dia multivitamin b complex. Kadang – kadang perempuan ni rasa penat sebab dia kurang zat besi. Jadi dia akan cepat letih. Talking by experience saya amik executive b complex dari Blackmores. Memang cergas sikit badan. Atau kalau awak nak lebih kepastian, ajak isteri jumpa doc untuk diagnos kenapa dia selalu penat. Takut – takut ada peny4kit yang kita taktau.

Zarina Rahmat : First perempuan dan penat ni memang tak dapat dipisahkan. Sebab perempuan ramai yang kekurangan iron. Sebab kita tiap – tiap bulan period. So u belikan lah dia supplement yang multivitamin dan ada iron.

So nampak la kat situ u appreciate dan listen keluh kesah dia. Lepas tu perempuan ni pon tak boleh baca fikiran you. If you ada rasa tak puas hati, cakap direct je. Jangan nak berlapik – lapik. If you nak dia prepare food untuk bawak office, cakap la sebelum tido malam tu, “yang I nak u masakkan bekal untuk I boleh, I suka kalau u buatkn bekal I”. Weekend ajak la sam – sama buat keje rumah, bahagi tugas. Komunikasi is the key. Mulut jangan berat sangat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.