Sebulan selepas kahwin aku dapat tawaran kerja, pada masa itu suami minta aku serahkan semua gaji aku dekat dia. Katanya lebih mudah. Hingga sekarang tahun ke-6 kahwin gaji aku sudah meningkat RM6000, semua duit aku masih lagi diserahkan kepada suami. Aku cuma ada RM500, aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi….
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hai semua. Aku sebenarnya tak tahu nak luah kat mana. Penat aku search laman kaunseIing untuk aku tanya menda – menda hal ehwal rumah tangga, tapi semua macam susah nak dapat respon.
Aku harap ada la yang sudi berikan sepatah dua kata komen macam mana nak stop jadi isteri yang bod0h.
Aku berkahwin dengan suami aku atas pilihan keluarga. Tahun ini masuk tahun ke 6 kami berkahwin. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebulan selepas berkahwin aku terima tawaran kerja yang pertama.
Gaji aku yang dua ribu cuma ketika itu semua aku serahkan kepada suami kerana katanya kita boleh gabungkan gaji dan beli apa yang kita suka.
Aku naif waktu itu, maka aku serahkan semuanya. Tapi alhamdulillah waktu itu, nafkah masih berjalan seperti biasa.
Masuk tahun ke 2 berkahwin, aku tukar pekerjaan. Alhamdulillah gaji naik sikit dari 2000 ke 2500. Macam biasa, aku diminta serahkan semuanya sehingga aku cuma ada seratus dua sahaja di dalam tangan.
Aku masih okay, masih bod0h dan terus positif kononnya ingin membantu suamiku membayar segala macam bil dan bayaran bulanan. Nafkah masih berjalan, jadi ketika itu, aku masih merasa cukup.
Hari ini, masuk tahun ke 6 perkahwinan, aku sudah berada di tahap yang agak selesa. Suamiku masih di tempat yang sama dengan gaji yang sama. Katanya untuk kestabilan dia harus stay di situ.
Sedangkan aku, bertungkus lumus kerja dan cari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih tinggi supaya aku ada baki lebih selepas semua gajiku diserahkan padanya.
Gaji aku kini mencecah 6000. Tetapi, atas dasar ehsan dan permintaan, aku terp4ksa serahkan hampir kesemua gaji tersebut sehingga yang tinggal sekarang cuma 500 sahaja untuk aku.
Nafkah juga sudah tidak diendahkan kerana katanya aku sudah banyak lebihan duit. Kalau tak cukup minta padanya. Gaji aku, tapi akhirnya masih perlu meminta – minta nafkah. Kadang dimarah lagi katanya aku boros.
RM500 baki gaji aku itu sajalah aku berjimat untuk ulang alik ke tempat kerja, bayar makan, parking bulanan dan apa – apa melibatkan kerja aku. Sehingga aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi.
Bila aku suarakan hak aku, suamiku mula berang. Katanya komitmen kami tinggi. Dia perlukan sokongan dari aku untuk sama – sama bayar komitmen.
Tapi.. apa yang aku nampak, kehidupan suamiku lebih mewah walaupun gajinya separuh dari gajiku sedangkan aku, gaji tinggi tetapi diserahkan padanya.
Kadang – kadang mampu bawa bekal sahaja ke tempat kerja sementara tunggu gaji lagi. Aku dah mula rasa tak reda. Dah mula rasa diperguna.
Suami aku baik. Sangat baik. Dia banyak sediakan semua kelengkapan rumah untukku dan anak – anak. Dibelikan aku macam – macam. Tapi aku tahu semua itu datang dari gajiku juga. Tapi aku masih bersyukur. Bod0hkan aku.
Ketika aku berpant4ng di kampung, aku masih serahkan gaji pada suamiku. Hidupnya bahagia di sana seakan lelaki bujang, berjimba bersama kawan, sedangkan aku, nak upah orang datang mengurut pun fikir sepuluh kali.
Suamiku juga pernah kant0i menyimpan video – video Iucah dan berjanji tidak akan ulangi. Tetapi aku masih merasa dia masih melayan semua itu.
Tapi aku tetap berdoa supaya dia insaf dan betul – betul stop semua itu. Aku betul – betul terhina bab tu, tapi entahlah. Kenapa aku masih bod0h?
Dia juga perok0k. Aku menangis merayu – rayu minta dia berhenti merok0k dan aku katakan aku sanggup bunvh diri jika dia tidak mahu berhenti.
Alih – alih aku pula dipersalah. Katanya terlalu mem4ksa untuk dia berubah, Tak ingat Tuhan menda begitu pun nak bunvh diri.
Marah – marah aku dan mula merajuk tidak ingin bercakap denganku lagi. Last – last, aku yang minta maaf dan janji tak akan p4ksa apa – apa dalam hidupnya. Aku masih berdoa supaya dia berubah. Haha, bod0hnya aku.
Suamiku juga ramai kawan yang bujang dan suka prov0k suamiku untuk cari scandaI. Dasar kawan tak guna dan aku minta suamiku stop berkawan dengan mereka. Aku minta pilih antara aku atau kawan, dan dia pilih kawan. Hahaha, sekali lagi, aku bod0h.
Aku mula alami simptom depr3ssion. Rasa hidup tak berguna, kerja kuat tapi tetap miskin. Gaji banyak tapi tak guna asyik kena kebas.
Bulan lepas, aku cuma transfer separuh sahaja gajiku padanya, kataku biar aku bayar yang lain sendiri. Alih – alih disuruh aku bayar semuanya sehingga habislah gajiku. Terp4ksa minta semula yang aku dah beri padanya. Sekali lagi, bod0hnya aku.
Bulan ini, aku dah tekad, aku tak kan transfer apa – apa lagi. Aku bayar yang aku mahu bayar sahaja. Apa lagi berg4duh lah kami dan sehingga saat ini aku mula rasa aku hanya dim4nipulasi dan diperbod0h oleh suami sendiri.
Tuan tuan dan puan puan, aku tidak tahu apa perlu aku lakukan untuk fokus tentang diri sendiri. Aku penat fikirkan dia.
Buat masa ini, bukan sebab kukuh untuk berpisah kalau semata bab gaji. Dan aku pun tak nak berpisah. Aku cuma nak cari bahagia aku sendiri.
Cuma aku tak tahu bagaimana. Aku kalau boleh dah malas nak ambil tahu apa – apa tentang suamiku, tapi fikirkan anak – anak yang sedang membesar, aku cuba juga jadi terbaik walau kadang – kadang semua itu palsu cuma.
Aku dah malas nak fikir. Nak masak, nak jaga anak, nak buat kerja. Aku nak bahagiakan diri sendiri sahaja. Aku penat jadi orang bod0h dan terus diperbod0h.
Dan sekarang aku pun tak tahu apa lagi fungsi aku sebagai isteri. Entahlah.
Next week, aku dah nak start jumpa doktor untuk depr3ssion. Aku dah penat menangis sebab jadi bod0h. Aku nak bahagia dan aku tak nak fikirkan sesiapa lagi termasuk suamiku. Dia pilih kawan. Aku pilih bahagiakan diriku.
Doakan aku kuat. Dan mohon kata – kata semangat untuk perempuan naif, bod0h dan hampir nak giIa macam aku ni untuk terus berjuang untuk diri sendiri.
Aku fikirkan anak – anak sahaja waktu ini. Apa lagi aku nak harapkan. Selebihnya, aku harap aku boleh m4ti cepat bawa anak – anakku bersama.
Tapi jap, aku kena taubat dulu sebab ngumpat suami aku kat sini dan aku kena ganti puasa dulu. Aku harap esok – esok, kalau ditakdirkan aku m4ti, aku dapat m4ti dengan anak – anak dalam husnulkhotimah. Aamiin. Okay. Itu aje. Terima kasih guys! Doakan aku. – Mia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Humaira Yasmin : Gaji puan adalah hak puan. Komitmen rumah tangga yang wajib (makan minum, tmpt tinggal, dll) adalah taaggungjawab dia. Urusan rumah dan anak adalah tanggungjawab bersama. Hak gaji puan adalah hak mutlak puan melainkan sebelum puan kerja dulu, puan ada perjanjian ngan dia (sebagai balasan puan kerja, puan kena tolong bayar komitmen), ingat nafkah tu tetap dia punya tanggungjawab. Ramai betul terlepas bab ni.
Puan kena usaha dari segi tanya kepada orang lebih arif, try pergi kaunseIing keluarga, bincang hati ke hati dengan suami dan macam – macam cara lain. Tapi semua tu kena ada dia sekali bukan puan sorng je. Tapi lepas semua dah puan cuba tapi takde effect, puan fikir lah masak – masak. Kalau dalam Islam nak didik isteri pun suami ada caranya dan last sekali faham – faham la. Saya doakan yang terbaik untuk puan. Hidup bukan untuk dizaIimi.
Azila Ahmad : Mia, akak rasa Mia dah tau apa yang patut Mia buat. Cuma Mia tak ada kekuatan nak buat apa yang Mia patut buat.
Cadangan akak :
1). Mia pergi pejabat agama. Buat laporan yang suami ambik duit Mia secara kekerasan. Off course mereka akan arrange kaunseIing. Tak per… yang penting ada laporan bertulis.
2) Selepas tu Mia jangan serahkan gaji Mia kepada suami Mia lagi. Mia cakap Mia akan ambik alih semua perbelanjaan rumah. Setiap perbelanjaan yang Mia bayar, cuba buatkan secara online transfer supaya ada bukti bayaran dari akaun Mia. Bukti ini penting.
3). Korek balik bukti yang Mia transfer ke suami selama ini. Beri bukti ke pejabat agama.
4) Apa kesudahan di pejabat agama tu, belakang kira. Pastinya mereka akan atur kan kaunseIing. Masa ni Mia tunjukkan semua bukti. Sah – sah suami akan dipersalahkan. Suami akan dinasihatkan. Langkah berikutnya, atas hati Mia sendiri, nak bercerai ke tidak. Yang penting dengan gaji RM6000 tu, Mia jalani hidup Mia.
Iman Property : Salam, saya pun no komen hal nih. Walau baik mana lelaki. Kalau dia tidak memahami konsep tangungjawab dia. Bagi saya dia gagal. Kos – kos basic seperti rumah , makan dan keperluan pendidikan anak sepatutnya jatuh pada lelaki untuk diuruskan dengan duit lelaki itu sendiri. Kalau tak cukup barulah jika isteri ada beIas kasihan untuk membantu. Saya lebih percaya pada rezeki Allah swt. Pada lelaki yang bergeIar suami. Layanlah isteri, anak, ibubapa anda seadanya. Maksud saya, kalau ada hanya RM10 lebih dari semua kos, berikanlah atau beli hadiah yang pada isteri, anak, ibu bapa walaupun harga RM2.10. Buat mereka gembira. Insyaallah allah akan ganti dari sumber lain yang tak didug4.
Mei Lin : Husband macam yang puan dapat ni, elok tolak dalam Iombong je, beli barang untuk puan tapi guna duit gaji puan, tu bukan baik namanya, itu set4n. Suami puan jadikan puan depr3ssed so puan nak bahagia macam mana. Husband yang patut bagi nafkah yang datang dari gaji dia, bukan bagi nafkah dari gaji puan. Silap besar tu, tolong la jadi bijak puan. Sayang suami ikut rentak tapi kalau dah suami macam tu, pergi la pejabat agama untuk tebus taIak. Dia tak jalankan tanggungjawab dia pon. Malah buat puan 4akit lagi ada la, semoga Allah sentiasa meIindungi puan, aminn
Hasnita Noor Hassan : Dulu akak pun macam tu, walau tak serah semua gaji tapi tak kisah pakai duit kak nak bayar tu bayar ni. Tapi sampai satu hari i tak kerja. My mak mertua (arwah) cakap i dan anak – anak perabih duit anak dia bila tengok i beli sekotak coco crunch untuk anak – anak. Itu adalah tsunami. Sejak hari tu i jadi berkira dengan suami sampai sekarang. Hati yang terIuka walau dah sembuh tapi parut ada. Sekarang kalau dia minta RM5 pun i tetap minta dia bayar balik sebab nama pun meminjamkan. Duit gaji tu titik peluh Puan jadi jangan lah naif sangat. Kesian diri sendiri, sampai depr3ssion. Tak akan ini yang puan nak dalam hidup puan?
Luth Aman : Ex laki aku macam gini laa dulu, gaji aku 2 kali ganda dari dia. Tapi sebabkan konon nak tolong dia, sampai diri sendiri kais pagi makan pagi. Nak beli tudung RM10 pun kena pikir banyak kali. Dia hidup bukan main mewah lagi beli barang itu ini. Bila tegur cakap tak bersyukur sebab atas izin dia aku dapat kerja. Sekarang dah 5 tahun dah aku jadi single mom. Dia satu sen nafkah pun tak bagi tapi aku bahagia sangat sekarang dengan anak – anak.
Nak makan apa, boleh beli, nak pegi bercuti 2,3 kali setahun pun tak ada masalah. Boleh menyimpan duit lagi setiap bulan. Dulu masa hidup dengan dia, usahkan nak menyimpan siap negative lagi ada. Puan berdoalah banyak – banyak dan apa pun keputvsan puan, biarlah keputvsan tu yg memetingkan diri puan dahulu. Sayangi diri sendiri. Saya doakan semua urusan puan dipermudahkan.