Ayah tiri janji nak besarkan kami sebab anak – anak dia pun dah besar. Orang kata mak bertuah dari duduk rumah usang pindah rumah batu. Tapi sebenarnya kami hanya duduk dalam stor. Kecil, gelap. Kami tak boleh makan sama, bermain, malah melintas. Akhirnya mak suruh kami balik kampung dan sekali lagi hidup kami berubah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca – pembaca setia. Nama saya Nur Syazwan. Saya ada baca sebelum ini tentang kisah anak tiri yang dipinggirkan. Sama seperti kisah hidup saya. Saya juga mempunyai dua orang adik beradik, saya terbayang semula pengalaman pahit yang pernah saya adik beradik lalui hampir 20 tahun lalu.
Biarpun dah lama tetapi segalanya masih segar diingatan. Ayah saya meninggaI dunia, kerana s4kit leIah pada usia yang masih muda. Kerana ayah bukan orang senang, maka emak terp4ksa balik ke kampung tinggal dengan nenek.
Oleh kerana mereka pun bukan orang senang, maka hidup kami memang susah. Lagi pun nenek ada anak – anak lain yang belum bekerja dan berkahwin. Disebabkan kehidupan yang susah emak terp4ksa bekerja kilang. Pendapatan taklah banyak tapi bolehlah menampung makan minum dan pakaian kami.
Nak harapkan datuk nenek sebeIah ayah memang tak ada. Kerana setelah ayah meningg4I umpama terputvslah hubungan mereka dengan kami. Saya kenal mereka sebab emak bawa jumpa bila Hari Raya. Kalau nak harapkan mereka datang menjengok kami memang tak ada.
Entah apa sebabnya kami tak tahulah. Adik beradik ayah tak ambil kisah pun masalah hidup kami, agaknya mereka ada tanggung jawab sendiri. Nak harapkan duit nafkah atau duit raya dari mereka semua memang tak ada. Setakat datang dan dapat makan itulah sahaja yang ada, nak balik naik bas pun kena guna duit sendiri.
Pendek kata mereka tak membantu langsung. Bila saya dah bersekolah darjah empat dan emak dah menjanda kira – kira tiga tahun. Orang pun datang nak meminang emak. Mulanya emak tak mahu, sebab lelaki tu dah tua dan dah ada anak yang besar – besar malah ada sebaya emak, kata emak tentu mereka boleh uruskan rumah tangga dan ayah mereka sendiri.
Tetapi des4kan dari saud4ra mara suruh emak kahwin memang banyak. Pelbagai alasan diberikan. Kata mereka anak – anak orang tua tu dah besar dan bekerja, tentu tak ada masalah dia nak tolong besarkan kami. Lagi pun orang tua tu bersungguh – sungguh nak bantu emak, nak besarkan kami. Itulah cerita yang saya dengar.
Akhirnya emak berhenti kerja kilang dan berkahwin dengan orang tua itu yang umurnya dekat 50 tahun. Mula – mula kahwin memang tak nampak masalahnya, semua ok, saya dapatlah duduk di rumah batu kalau sebelum ini di rumah kayu yang usang milik nenek di kampung, sedangkan di rumah baru ini dekat dengan bandar.
Banyak orang mendakwa emak bernasib baik, boleh hidup senang. MaIangnya itu cuma sangkaan, hidup kami lebih susah dari kisah sebelum ni. Mula – mula seorang anak tiri emak pindah duduk di pekan, lepas tu anak bongsunya.
Sedangkan rumah sewa mereka tak jauh sangat dari rumah ayah mereka. Lepas mereka pindah hubungan ayah tiri dengan kami mula tak menyenangkan dari gembira kepada duka Iara. Mula – mula saya lihat emak selalu menangis.
Setiap kali anak – anak tiri ayah datang bersama anak – anaknya, emak mesti menangis, ayah tiri kami langsung tak mahu makan bersama, nak tengok TV pun dia tak suka bersama kami seperti dulu. Malah bercakap dengan kami pun dia tak mahu, apa lagi nak bertanya khabar.
Lepas tu mak suruh kami makan di dapur tak boleh lagi makan di meja di tempat makan. Yang boleh cuma ayah tiri kami dan anak – anaknya sahaja. Emak pun tak makan bersama. Masa bila emak makan kami tak tahu, sebab sibuk menguruskan makan minum, rumah dan dapur sahaja, terutama ketika anak cucu tirinya datang.
Lepas tu emak pindahkan kami di bilik kecil dekat dapur yang dahulunya store, tapi emak bersihkan jadi tempat tidur kami. Tidurlah kami dua beradik dalam gelap dan ketakutan, sebab di belakang memang tak ada cahaya lampu.
Kata emak, anak – anak ayah tiri kami nakkan bilik kami menumpang tu untuk cucu – cucunya bila mereka datang. Tapi kami tak pernah tengok pun cucu – cucunya tidur di bilik itu. Namun bilik tu mesti bersih dan kami tak dibenarkan tidur.
Bukan itu sahaja, malah kami tidak dibenarkan melintas, berjalan – jalan, bermain apa lagi kalau hendak menonton tv. Memang tidak dibenarkan, dulu masa mula- mula pindah kami seronok juga dapat menonton tv dengan ayah tiri dan emak sekali, tetapi cuma beberapa bulan aja.
Banyak perubahan berlaku yang kami tak tahu apa sebabnya, apa yang emak beri tahu itulah sahaja, kata emak, kalau kita hidup menumpang di rumah orang buatlah cara menumpang, bukan nak jadi tuan. Kalau dah dapat makan pun dah baik.
Oleh kerana tidak menonton tv kami selalulah belajar bersama. Emak membantu, sebab emak selalu ada di dapur, cuma di ruang tamu yang besar itu ayah tinggal sendirian, termenung dan dia akan ceria bila anak cucunya datang menjengok.
Apabila saya naik darjah lima saya lihat keadaan emak sem4kin teruk, sem4kin kurus, dan emak jarang balik jumpa datuk dan nenek di kampung. Kalau ada pun masa Hari Raya. Sebab emak sibuk menguruskan makan minum anak – anak tiri di rumah.
Saya masih ingat lagi emak di dapur sampai tengah malam, dan kamilah menolong mencuci pinggan mangkuk atau menyapu di dapur. Sebab anak – anak tiri emak selalu merungut dapur rumah mereka tak sebersih ketika ibu mereka masih ada dahulu.
Setelah habis darjah lima emak beritahu dia nak hantar saya dan adik duduk dengan nenek di kampung. Kata emak saya kena jaga adik, ajar dia sekolah supaya pandai, kalau pandai sekolah boleh dapat kerja dan boleh hidup senang.
Adik menangis kerana kena duduk kampung, saya pun sedih, sebab nenek pun susah, dah tua. Kata emak kalau ada duit nanti dia hantar pada kami. Lima bulan kemudian datuk meningg4I dunia nenek diambil oleh adik emak tinggal di pekan.
Dan bermulalah episod baru dalam hidup saya adik – beradik. Saud4ra sepupu emak bawa saya tinggal bersamanya. Katanya dia kesian kami tak ada tempat nak berteduh. Emak nak pujuk suaminya bawa kami tinggal bersama, tetapi tidak ada jawapan.
Malah waktu datuk meningg4I pun suami emak tak datang menziarah. Kami pindah ikut Makcik Yan, kata makcik Yan saya kena bantu dia berniaga kedai runcit, sebab anak – anaknya dah besar dan duduk asrama, ada dah masuk U, jadi tak ada siapa nak bantu.
Katanya upah saya cuma makan kami dua beradik, tapi dia berjanji akan sekolahkan kami sampai mana kami mampu. Saya tak ada pilihan. Walaupun saya dapat tawaran belajar sekolah berasrama tingkatan satu, tapi emak tak mampu.
Lagi pun kalau saya ke asrama siapa nak jaga adik yang baru masuk darjah empat. Tapi saya dah nekad kalau lepas SRP saya nak masuk sekolah asrama. Jadi saya pujuk adik belajar rajin – rajin, manalah tahu dia dapat sekolah berasrama selepas ujian penilaian darjah lima waktu itu.
Nasib menyebeIahi kami, bermula adik ke sekolah berasrama tingkatan satu lepas itu saya mengikut masuk ke tingkatan empat. Kami bersyukur makcik Yan mengotakan janjinya, dia tak kedekut membiayai belanja ke sekolah berasrama, dan usahakan kami dapat biasiswa.
Dia bantu kami macam anak – anaknya sendiri. Saya bersyukur, kami berjimat – jimat berbelanja dan saya berazam untuk terus belajar hingga masuk U. Kami dapat gaIakan dari anak – anak makcik Yan. Bila cuti sekolah kami balik ke rumah makcik Yan bantu dia berniaga, paling tidak dapat tempat untuk tidur, makan dan duit saku dari jualan ABC yang saya buat.
Saya juga bersyukur dengan susah payah kami adik beradik bersatu, saling membantu ketika saya melanjutkan pelajaran ke U. Budi makcik Yan juga terlalu banyak untuk kami baIas. Kini kami sudah pun bekerja dan berkeluarga.
Saya ambil emak duduk di rumah saya setelah suaminya meningg4I dunia. Sebab anak – anak tirinya berebut harta, setelah duit simpanan KWSP ayah mereka dihabiskan. Kini tiap – tiap bulan kami beri sagu hati dan mengunjungi makcik Yan di rumah anaknya, kedainya terp4ksa ditutup sebab tak ada anak – anak nak uruskan kerana mereka semua bekerja.
Hubungan kami dengan keluarga makcik Yan macam adik beradik, mereka bukan setakat berjawatan tinggi tetapi berbudi bahasa. Berbeza dengan anak – anak tiri emak, bukan sahaja tidak berjaya dalam pekerjaan, sebab suka bertukar – tukar kerja, ada yang bercerai berai.
Ada pulak nak jadi bisnesmen tapi duit ayah mereka saja yang habis. Bila duit dah habis, tanah tergadai rumah yang tinggal jadi rebutan. MaIangnya geran rumah masih di bank. Bila saya lihat semua ini saya jadi begitu insaf, kekayaan tidak kekal selamanya kalau tidak dijaga dengan baik.
Ada antara mereka datang jumpa saya minta tolong luluskan kontrak perniagaannya, bukan tak mahu tolong tetapi tak ada kuasa besar. Kesian memang kesian bila harta dan wang tak ada, sebab mereka tak pernah hidup susah.
Pada saya kekayaan tak kekal, beramal jariah, saling tolong – menolong boleh membawa keberkataan. Tuhan tak sia – siakan budi, wang ringgit orang yang rajin membantu. Ada baIasannya, kalaupun kita tak kaya, tapi anak – anak kita tak susah.
Pada saya kerana niat baik makcik Yan suka membantu dan tolong orang susah seperti saya dua beradik, Allah berkati hidup anak – anaknya. Dia tak kedekut. Amal jariahnya Allah sahaja yang tahu. Allah akan membaIas budi orang yang suka membantu orang susah.
Kekayaan ayah tak kekal selamanya. Allah sahaja yang tau, Dia yang memberi dan Dialah yang berhak menariknya. Emak sebelum ni ters3pit antara suami dan anak sendiri. Namun nak jadikan cerita saya kini diberkati Allah bekerja tak lah berpangkat tinggi, tetapi boleh membuat keputvsan. Sebab itu anak – anak tiri bapak tiri saya dulu datang jumpa saya, tapi sukar untuk saya membuat keputvsan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.