Memang betul rumah tu mak buat guna duit yang kakak bagi masa kerja dulu. Tapi sekarang bila dah kahwin, kakak haIau mak keluar dari rumah. Pakaian mak yang ada dalam almari habis diselongkar.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta tolong hide profil saya ye. Saya sebenarnya nak luahkan tentang perangai kakak saya ni.. Dia merupakan kakak sulung sulung tau dan dah berkahwin. Dia tinggal dengan mak saya tapi sekarang ni mereka ada masalah. Saya rasa kakak ni dah kira macam anak derh4ka dan saya pun dah benci dengan dia sekarang.
Ada sebab saya cakap macam tu. Mak saya merupakan ibu tunggal, bapa saya dah lama meninggaI dunia ketika itu umur saya baru 7 tahun. Untuk pendekkan cerita, rumah yang mak saya tinggal sekarang ni memang kakak sulung yang bagi duit dan suruh mak buat rumah ni.
Yang menjadi masalah, sejak akhir – akhir ini mereka ada salah faham dan berg4duh besar antara kakak dan mak. Cuba bayangkan, ada ke patut kakak saya suruh mak keluar dari rumah tu, sedangkan mak saya dah tua. Mak saya sampai menangis sebab habis almari pakaian mak, kakak saya selongkar dan suruh mak keluar dari rumah tu. Saya tak boleh nak buat apa sebab saya sekarang duduk jauh di perantauan bersama suami saya..
Saya ingatkan kakak saya boleh jaga mak yang dah tua dan uzur tu tapi dia buat musvh pulak. Mak saya cakap, masak pun kena asing – asing, kesian sangat dekat mak. Mak saya bagitahu selagi dia belum m4ti dia tak pindah keluar dari rumah tu. Sedangkan dulu masa kakak saya bujang dia la yang jadi anak kesayangan mak saya.
Sekarang memang tak patut sangat dia haIau mak sendiri dari rumah. Mentang – mentanglah rumah tu buat guna duit yang dia kirim dengan mak masa keja dulu. Bila dah kahwin dapat tinggal sekali akhirnya mak yang dihaIau dan dibuat musvh.
Komen Warganet :
Sofia Sarlinie Shukri : Mak aku ada 2 bijik rumah dari aku kecik lagi. Aku ada 2 adik beradik sahaja. Dari kecik mak aku memang dah selalu cakap, rumah yang ni untuk kakak, rumah yang tu untuk aku. Bila aku besar sikit, aku pulak selalu pesan kat mak. Jangan sesekali letak nama anak – anak atas rumah – rumah yang dia ada tu selagi dia hidup.
Nak wasi4tkan, pegi amanah raya sahaja. Jangan sampai anak rasa rumah tu hak dia sedangkan mak tu masih hidup. Aku tak cakap sebab aku 2 beradik akan tergamak buat macam tu. Tapi kadang anak – anak mungkin okay, takut bila kahwin nanti lain pulak ceritanya sebab pasangan hasut dan sebagainya.
Banyak sebenarnya kes macam TT ni berlaku dalam masyarakat kita. Aku memang tak nak sebesar kuman pun risik0 atas mak aku jadi pengemis dekat rumah sendiri bila dia tak berdaya nanti. Dan tahun lepas, aku hadiahkan mak aku rumah 3 tingkat lebih selesa dari rumah yang dia ada sebelum ni. Aku pulak “menumpang” mak aku kat rumah tu sebab mak aku takut tinggal berdua je kat rumah besar besar.
So kesimpulannya, ambiklah iktibar. Esok lusa kita – kita ni pun beringat, sayang anak cemana pun selagi kita hidup jangan terus “namakan” rumah yang ada dekat anak – anak. Takut nanti kita yang jadi pengemis di usia tua di rumah sendiri. Memanglah dah m4ti nanti rumah tu kita tinggal juga. Masalahnya sebelum m4ti meniti usia tua tu takkan nak kena haIau dari rumah sendiri?
Hazirah Hj Hamzah : Apa kata awak bawa mak awak tinggal sekali, baru tau macam mana. Bukan apa, mak saya pun selalu g4duh – g4duh, bising – bising pasal kakak sulung saya yang duduk dekat.. Tapi bila saya balik lama, saya duduk sana, baru saya faham. Banyak dah kakak sulung sekeluarga berk0rban.
Tapi biasa lah anak yang duduk dekat ni selalunya mak tak nampak peng0rbanan dan kebaikan. Hat duduk jauh tu la dia nampak bagus dan baik. Sebab yang dok jauh tu mulut manisss, yang dok dekat ni tak berapa pandai nak mulut manis.. Tapi s4kit mak bapak, dialah yang jaga.
Norsila Abdul Rahman : Saya pernah hadap situasi ni, selepas arw4h ayah meninggaI, emak dihaIau sebab katanya ni rumah abah. Emak menangis – nangis call saya. Saya pujuk emak dan call adik untuk selesaikan masalah ini. Alhamdulillah, masing – masing baik sekarang dan masih tinggal bersama. Salah faham kekadang punca utama jika tidak diselesaikan. Kita yang duk jauh ni perlu adili dengan baik umpama tarik benang dalam tepung. Akak doakan tt pon akan dapat selesaikan masalah ni dgn baik.
Fatin Zulaikha : Bila jadi anak kesayangan mesti akhirnya tak boleh harap langsung jaga mak atau bapak yang selalu tatang dia bagai minyak yang penuh. Anak kesayangan yang dulu disanjung tak boleh dibangga pun sebenarnya.
Yang tak jadi anak kesayangan lebih mat4ng dan boleh berfikir tu mak ayah kita walaupun tak jadi anak kesayangan waktu dulu. Kalau aku la kak, aku memang dah pergi tamp4r muka kakak kau tu. lepas aku dah tamp4r, aku yang suruh dia keluar dari rumah mak aku tu.
Puan As Coway : Kisah ni lebih kurang je dengan kisah keluarga mertua baru – baru ni.. Buruk – buruk mak tu, dia tetap mak kandung. Masa anak – anak kecik sanggup berlapar untuk kenyangkan perut anak – anaknya. Tapi bila dah kahwin, mengharapkan duit mak plak nak tanggung mereka. Mak pun harapkan duit bantuan je. Sekali mak tu jatuh s4kit, segala benda nak diungkit, sampai tolong belikan makanan mak pun habis diungkit.
Bila mak haIau anak sendiri keluar dari rumah, mulalah salahkan orang lain. Sekarang mak mintak kami tinggal sama – sama.. Bagi saya tak susah pun jaga orang tua. Makan org tua tak banyak mana pun. Tapi sekarang saya sebagai kakak ipar pulak yang dipersalahkan. Itulah nasib jadi kakak ipar, hanya nampak salah je..