You dont have javascript enabled! Please enable it!
Connect with us

Umum

Suami aku bila dengan anak bini langsung tak pernah nak ambil gambar, tapi kalau gambar dia dengan ‘hobi’ setiap saat ambil gambar

Published

on

Aku dah lama s4kit hati dengan perangai suami. Dia tak pernah nak ambil gambar sama – sama dengan aku dan anak. Tak ada pun dia nak ambil gambar sama – sama kalau ada majlis, anak membesar, anak ambil hadiah sebagai kenangan. Bila aku ajak dia serabut terus hilang. Kalaulah nanti aku dan anak – anak dah tak ada… 

#Foto sekadar hiasan. (Admin tolong hide id). Aku tulis sebab aku s4kit hati. Cuma nak meluah tapi tak nak menga1bkan suami.

Aku dah berkahwin dan telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata.

Awal perkahwinan dulu aku rajin ambil gambar kenangan dan simpan moment penting di fb dan instagram sebagai kenangan untuk kami sekeluarga.

Advertisement

Selepas 7 tahun perkahwinan, aku jadi malas dan langsung tak ambil apa – apa gambar kenangan.

Kenapa? Sebab suami aku.

Kalau kami ke majlis mana – mana, dia selalu hilang. Tak pernah nak ajak aku dan anak – anak bergambar sekali. Tak pernah rekod moment anak buat aktiviti, ambil hadiah atau apa sahaja kenangan anak di sekolah dan lain – lain. Tak pernah! Bukan aku tak ajak, aku selalu ajak, tapi dia macam serabut dan buat susah nak bergambar dengan aku dan anak. Selalu hilang.

Kenangan aku bersalin, anak membesar, anak masuk sekolah, kenangan di majlis – majlis, sambutan harijadi, buat aktiviti, dan lain – lain, tak pernah dia kisah untuk ambil dan simpan sebagai kenangan. Tak pernah dia rekod moment – moment indah aku dan anak aku masa kecil.

Advertisement

Yang aku s4kit hati, dia ada satu hobi. Setiap kali dia buat hobi dia, mesti ada gambar dia. Tak lupa nak ambil gambar dan simpan. Kenangan hobi itu yang berharga sangat pada dia.

Sedangkan gambar aku dan anak – anak tak pernah dia segigih macam dia nak buat kenangan hobi dia.

Aku pernah cakap, simpanlah gambar aku dan anak – anak, nanti kami dah tiada, ada kenangan. Dia tak pernah simpan di hati apa yang aku minta. Mungkin tak penting. Apa yang aku share di socmed pun dia jarang komen dan nak peduli tengok.

Aku s4kit hati tapi malas nak berg4duh, jadi aku meluah disini. Terima kasih semua.

Advertisement

Perkongsian yang dibuat oleh penulis ini mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Ada yang menganggap perkara ini adalah normal bagi kaum suami. Namun bagi seorang wanita kadang – kadang berasa kecil hati rasa seperi si suami tidak sayang dan hargai mereka.

Komen warganet :

Fatimah Ibrahim : Orang laki memang macam tu cik kak oiii, laki saya pun gitu gakk. 14 tahun kahwin mana pernah ajak bergambar. Kalau nak bergambar saya yang akan tarik dia barulahh dia join sekali.

Benda kecik gini cik kak nak ambik hati, jenis orang laki memang gitu. Kalau dah jenis tak romantikk gitulaa gayenya. Tapi apa yang penting selagi dia tak pergi bergambar dengan perempuan lain sudah. Kalau hat ni ye nak marah ke nak kecik hati.

Advertisement

Rizal Rodzuan : Lelaki umumnya tak suka gambar dengan pasangan, pasal yang paling dia sayang dia tak simpan dalam hp, tapi simpan dalam hati. Semua kenangan dengan ko dan anak – anak dia pandang, simpan dalam hati, jadi ko jangan ambil hati ya. Dia tangkap gambar hobi dalam hp pasal dia bukan suka sangat, mudah lupa so simpan kat hp je tak macam kenangan dengan korang.

Maria Wahab : Haah lelaki memang macam tu. Ada je yang jenis obses bergambar lebih dari isteri. Tapi terima jelaa kan tu dah lumrah, suami saya pon jarang ajak selfie, kita jelaa cipta kenangan lepas tu sent banyak – banyak gambar nanti dia up gambar yang tu jugak. Tak ada apa yang nak kecik hati sebenarnya, yang bukan jenis romantik normal laa kalau macam tu. Tapi dalam hati sygg anak bini dia, cuma dia tak pandai ungkap dengan perbuatan dan kata – kata.

Nadhirah Abd Latif : Kadang orang tengok benda ni macam hal kecik tapi bagi kita isteri benda tu paling bermakna. Bukan kita mintak, tapi andai salah sorang pergi dulu ada la kenangan yang dia boleh tengok dan ingat pada kita. Alhamdulillah suami saya memang suka bergambar dan phone dia pun penuh gambar saya. Saya doakan semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk tt dan anak-anak dan sentiasa dalam Iindungan Allah swt..

Hasanah Harun : Allah, Macam tu pun boleh jadi runsing, betul lah orang cakap prempuan ni compIicated sangat. Tak kan benda macam tu pun s4kit hati. Adoii mak, kalau ko dah m4ti pun bukan ko tau dia tengok gambar ko pun. Ada simpan dalam fb dah pun, nanti ko m4ti dia belek – belek lah fb tu tengok gambar. Aku pulak yang str3sss.. mana plak nak kontrol benda macam tu. Cuba laki ko plak kontrol tak suka ko upload gambar dalam fb tapi ko buat juga, macam tu lah dia. Macam – macam

Advertisement

Eida Oo Eida : SEPARUH lelaki zaman sekarang yang bergelar suami memang perangai macam ni bila dengan isteri dan anak – anak. Bila bab ambil gambar dengan kawan – kawan, minah – minah satu tempat kerja bukan main MELERET SENYUM SAMPAI KE TELINGA. Eh Boleh Pulak!

Bagi saya senang je sis..Bila dah bertahun menahan perasaan, block je dia dari segala media sosiaI yang dia ada. Hiburkan hati sendiri dan anak – anak je sudah. Bila Ikutkan sangat, sendiri juga jadi s4kit hati. I FEEL U sis. Bertabah je lah.

(Kalau nanti ada masa, cuba luahkan dekat dia habis – habisan, apa yang awak rasa. Jadi bila awak block dia, bagitau dia, dari ada tapi macam tak ada, baik tak ada terus. Tanya dia juga kenapa malu ke ada isteri macam awak. Malu ke dengan kawan-kawan dia. Tengok dia jawab apa)

Renungan… 

Advertisement

Tak Ramai Suami Nak Ambil Gambar Isteri,

Hargai Semua Yang Tersayang Bila Ada Disi.

Selalu yang kita lihat, yang rajin mengambil gambar ni isteri, ke sana ke mari dia akan sentiasa mengabdikan momen indah bersama. Lelaki ini kongsi, kenapa suami perlu sama – sama mengabdikan kenangan untuk masa depan.

Wahai para lelaki… Perasan tak… Bila kita membuka lembaran album foto – foto lama. Dari nenek moyang kita sendiri misalnya. Kita akan perasan satu perkara…

Advertisement

Betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga. Sikit – sikit snap. Sikit – sikit snap.

Percayalah, tak ramai suami yang tergerak hatinya ingin memfoto wajah isterinya. Ada tu tak TERLINTAS LANGSUNG. Aku sendiri mengaku, sering begini. Kita serupa.

Perasan tak, betapa rajinnya sang isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini?

Sedangkan, dia sendiri terlupa, wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama.

Advertisement

Satu hari nanti, apa yang paling kita kecewakan, album gambar famili kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu, tentang siapakah seorang wanita, yang berada di belakang kamera.

Ambillah fotonya. Biarlah betapa malunya dia, asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya.

Wahai para suami, Ada seorang wanita, yang patut kita berbangga dengan seIekehnya dia. Dialah ibunda kepada anak – anak kita.

Tetaplah terus menyimpan wajah itu. Biarkan rambut berserabut, tidak bersolek, atau dengan T-shirt buruknya itu, sebab… itu semua penting bagi anak – anak kita saat ketiadaannya kelak.

Advertisement
Advertisement

Copyright © 2024 Media Cite Heboh