Kak ipar curang sampai check in hotel, sebelum abg lafaz taIak abg tukarkan nama rumah dan kereta kepada kak ipar

Abang baru je balik dari posting dekat Sabah, dia call aku nangis-nangis bila dapat tahu kak ipar curang. Dia cuba bagi ruang dekat kak ipar tapi cukup 6 bulan kak ipar failkan cerai. Pagi sebelum pergi mahkamah, kami terk3jut bila abang minta maaf dekat isteri dia. Abang sebut ni semua salah dia sebab..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Harap dapat siarkan kisah aku ni atau lebih tepat kisah tentang abang yang aku sayang. 2 tahun lepas abang aku akhirnya berpisah juga dengan isteri yang dia sangat sayang dan kasihi setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga.

Telah puas kami sekeluarga melihat air mata yang jatuh dan beribu usaha ikhtiar yang beliau lakukan demi menyelamatkan hubungan ini. Imbas kembali hubungan beliau bersama isteri tercinta yang aku panggil Hani. Lawa orangnya, kurus, putih, berpendidikan tinggi dan bekerjaya.

Seawal perkenalan tiada masalah besar yang melanda, abang memang menyayangi Hani sepenuh jiwa dan raga. Tidak pernah beliau berkira dari segi tenaga dan wang ringgit, malah tidak juga beliau merungut jika ada hari – hari tertentu Hani merajuk begitu lama, setianya beliau memujuk.

Beberapa bulan sebelum bernikah, abang mendapat tawaran memasuki TLDM, satu rahmat dan rezeki yang tidak terduga. Gembiranya kami sekeluarga mendapat perkhabaran ini, Hani pun tak terlepas rasa gembira dan syukur, ada benar kata – kata bahawa pasti adanya rezeki yang datang ketika kita sedang berusaha mendirikan rumahtangga.

Untuk tempoh awal kemasukan, abang telah dihantar posting selama 6 bulan, dalam tempoh posting tu abang tak dibenarkan balik, hanya kami dan Hani sahaja yang datang melawat. Oleh kerana tarikh nikah abang clash dengan tarikh posting, jadi Hani dan abang setuju untuk tangguhkan pernikahan diorang lagi 6 bulan.

Jadi semasa posting abang selalu pesan dekat aku tolong tengokkan Hani, apa yang tak cukup abang memang suruh aku belikan. Aku dengan Hani pun rapat , jadi kawan – kawan pun lebih kurang sama saja, dan dekat social media pun kitorang follow sesama sendiri.

Kemudian, masa abang dalam posting, Hani kant0i menggatal dan curang dengan seorang barista ni yang memang aku pun kenal, tapi aku tak panjangkan dekat abang pun. Alasan utama Hani sebab dia sunyi, tak biasa tak ada abang.

Aku hanya bagi nasihat dekat dia dan harap sangat dia boleh hentikan perbuatan dia dan setia dengan abang. Habis 6 bulan posting, diorang pun sibuk buat persediaan kahwin, hal kant0i tu sikit pun aku tak bukak mulut sampailah malam sebelum nikah tu rupanya Hani masih dating dengan barista tu.

Ini pun aku tahu dari kawan – kawan selepas abang selamat dah nikah. Mungkin Hani dah berubah lepas nikah? Takpelah, doa kitorang seluruh keluarga selalu untuk abang dan Hani. Happy sangat tengok abang bahagia dengan permaisuri hati.

Lepas kawin Hani ikut abang pindah ke Melaka. Abang sediakan cukup segalanya untuk Hani, rumah kuartes tu lengkap perabot ape semua, kereta pun dia belikan baru untuk mudahkan Hani bergerak dengan kereta kecik sikit.

Lepas kahwin abang memang suruh Hani tak payah kerja sebab masa tu abang tak dapat penempatan tetap lagi jadi kalau kena posting jauh – jauh bolehlah bawak Hani, kalau Hani kerja susah pulak kena pindah randah.

Jadi, sebab banyak sangat free time Hani pun saja – saja buat bisnes florist dan surpr1se delivery. Alhamdullilah laku jugak bisnes dia, aku yang tolong supply bunga – bunga dia tu dari KL. Dipendekkan cerita, setahun perkahwinan diorang alhamdulillah bahagia takde dengar masalah.

Abang dengan Hani okay saja dekat Melaka, bila abang posting nanti Hani balik rumah kitorang. Tapi rezeki anak belum ada. Masuk tahun kedua, abang kena posting ke Sabah dalam 4 – 5 bulan macam tu, jadi masa posting Hani pun rancak dengan business siap boleh join karnival, event besar setiap bulan, memang dia pun busy pergi sana sini.

Kitorang pun selalu melawat dia dekat Melaka, tolong apa yang patut. Setiap kali abang posting mesti abang akan tinggalkan belanja dalam 5k untuk perbelanjaan Hani, ye la risaukan tinggalkan isteri sorang – sorang. Satu hari ni, abang call aku waktu tengahari.

Siap suruh aku tinggalkan kerja sekejap ada benda nak cerita. Ni first time dalam hidup aku abang call desperately nak cerita sesuatu. Masa ni dia baru saja balik dari Sabah, dan ada dekat Melaka. Jadi dia call tu dengan menangis teresak – esak,

Abang dapat tahu yang Hani tipu dia dengan sorang lelaki ni, iaitu suami orang dan lagi sedih semua ni jadi bukan sebulan dua, rupanya dah 6 bulan sebelum abang pergi Sabah lagi. Abang cerita, dia tunggu 3 jam dekat KLIA tapi Hani tak muncul bila call rupanya Hani cakap tertidur.

Dia datang amik abang pun muka tak happy tapi abang masih layan isteri dia baik – baik, tak syak apa – apa. Abang punya rutin ni, bila balik dari posting mesti akan belanja Hani ni shopping kaw – kaw, cakap saja nak apa.

Kali ni abang belikan dia one set barang kemas Habib. Jadi lepas beberapa hari balik pun Hani masih tak berapa nak layan dia sangat. Sibuk keluar masuk settlekan bisnes dan yang teruknya siap tak balik rumah. Bila Hani balik, abang jadi polis pencen la tanya macam – macam tapi Hani tak layan dan mereka mula berg4duh.

Dari situ kant0i semua bila Hani mengaku dia dah tak ade hati dengan abang. Dia punya alasan masih sama sebab sunyi. Dia nak pasangan yang sentiasa ada dengan dia 24 jam, bila dia sedih dia tahu nak cari siapa tapi abang kan posting jauh, dia rasa terabai.

Paling tak boleh terima bila hubungan kotor Hani ni sampai ke bilik tidur, bersepah gambar Hani check in berdua dekat merata hotel. Abang cakap, ikut hati dia boleh panggil orang pukuI lelaki tu tapi dia tetap tak boleh ubah dalam hati isteri dia.

Jadi abang bawak Hani balik rumah mak ayah dia, depan mak ayah dia pun Hani masih berkeras, kalau kena pilih, dia akan pilih kekasih dia yang suami orang tu dari abang. Masa tu aku tak tahu hati abang dah h4ncur atau berkecai.

Hani dengan lelaki tu siap plan untuk bercerai dengan pasangan masing – masing kemudian dapatlah diorang kahwin. Beberapa bulan selepas kejadian, abang masih tak ceraikan Hani, dan kekasih Hani pun tiba – tiba tak jadi bercerai dan nak balik dekat isteri dia semula.

Abang tetap abang, dia terus doa doa dan doa semoga Hani berubah. Tak berkurang pun layanan dia. 3 – 4 bulan saja diorang elok kemudian Hani buat per4ngai balik. Kebetulan masa ni abang dapat naik pangkat dan duduk KL, akhirnya diorang amik keputvsan untuk tinggal berasingan tapi untuk abang ceraikan Hani tidak sama sekali.

Kali ni dia bagi ruang dan peluang dekat Hani. Cukup 6 bulan, Hani sendiri yang failkan perceraian dan kali ni, pertama kalinya mama bukak mulut nasihat dekat abang, “Jodoh ni rahsia Allah, walau hebat mana usaha kita jika sudah masanya untuk berpisah kita kena terima, mungkin ada yang lebih bahagia Allah nak beri”.

Pagi sebelum pergi mahkamah, abang minta maaf banyak – banyak dekat Hani, abang sebut satu – satu silap dan kurang dia, siap sebut ni semua salah dia sebab terima offer TLDM, tak adil untuk Hani kena tinggal selalu. Sikit pun dia tak sebut kekurangan Hani.

Kereta dan rumah abang dah tukarkan siap – siap nama Hani, begitu juga dengan perbelanjaan, abang risau kalau lepas bercerai Hani tak cukup duit nak hidup jadi dia transfer sesiap untuk Hani guna. Sedih sangat papa sampai tak boleh tengok abang pagi tu.

Selesai urusan perceraian, abang pindah duduk dengan kitorang sementara nak beli rumah lain dan amik masa yang lama untuk abang recover. Satu benda yang aku kagum dengan abang ni sifat sabar dia. Kalau aku, bukan kata sabar nak doakan orang yang camtu pun tak hingin tapi abang tak macam tu.

Dia percaya setiap orang berhak diberi banyak peluang sampai limit terakhir, walaupun dah bercerai pun dia masih berharap untuk rujuk semula dengan Hani. Ada orang cakap dia b0doh tapi tu la, kasut kita semua pun size lain – lain, jalan cerita tak sama. Untuk Hani, semoga kau menemui bahagia yang dicari – cari. – Ainul Zaida (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Zulhilmi Jol Hassan : Saya faham perasaan abang awak. Bila perempuan dah tiada hati pada kita, usaha lah macam manapun, susah untuk hubungan tu pulih seperti biasa. Ibarat kita satu langkah ke arah dia, dia pula akan dua langkah ke belakang. Saya faham perasaan tu.

Benda dah jadi, saya nak bebel panjang panjang pun takde semangat. Moga abang awak pulih hatinya, dapat maafkan diri sendiri, dapat ketenangan dalaman, dan dapat teruskan hidup seadanya.

Nia Addin : Baik yang sampai hilang logik ni. Isteri dah sampai tahap berz1na. Dan isteri yang mohon diceraikan. Ruginya bagi kereta dan rumah, yang senang isteri dan bakal suami barunya nanti. Betul harta tak dapat bawa ke m4ti, tapi harta yang ada itu boleh diberikan kepada orang yang lebih layak, disimpan untuk meneruskan kehidupan sendiri.

Sebab dalam keadaan sekarang, bukan semudah itu harta untuk dicari. Andai kelak jumpa pengganti yang jauh lebih baik, ataupun ada anak – anak nanti, merekalah yang lebih layak, bukannya seorang isteri yang curang.

Cik Siti : Untungnya kalo dapat jadi kakak ipar awak, kes abang awak macam kes abang saya dulu dengan ex tunang dia, jenis lapar perhatian lagi – lagi dari lelaki yang komen pic selfie dia, semua aktiviti dia kat fb saya pantau hahaha lepas tu bagitau mak, perempuan macam ni nak buat jadi isteri??

Memang tak lahh, lagi 5 bulan nak kawen dia mintak putvs dia dah tawar hati dengan abang, dia boleh cakap dia berkenan dengan supervisor tempat keje dia, abang saya sibuk keje cari duit hantaran untuk dia, dia main senang macam tu mintak putvs.

Sayalah orang paling happy even masa tu abang tengah frust menonggeng, Alhamdulillah abang saya jumpa pengganti dan tetap kawen pada tarikh yang dia nak dengan ex dia tu. Nak bagitau kadang – kadang Allah dah tunjuk per4ngai sebenar pasangan tu, tapi sebab sayangkan dia, kita tutup mata, dengan harapan dia akan berubah selepas kawen.

Manusia takkan berubah kalau bukan dengan kerelaan hati dia sendiri. Apa – apa pun solat istikharah tu penting untuk kita buat apa – apa keputvsan dalam hidup.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.