Tengah suap anak, suami datang bagi surat poIigami. Bila isteri dah sign terus kena halau sebab nak duduk dengan isteri baru

Saya berpakat dengan bibik menyelinap masuk dalam rumah. Saya ambil semua sijil penting untuk kegunaan peguam. Semua geran tanah, geran kereta saya ambil. Nasib baik nama masih belum tukar. Sebelum lari, saya letak kamera kecil dan alat pendengaran bolehlah rakam yang diorang ini bermaksi4t..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. nama saya Kiki, bukan nama sebenar. Sebenarnya saya pernah baca kisah tentang isteri kena halau sebab suami dia nak kahwin lain, masa tahun 2020. Tapi, pada tahun 2023 ini saya teringat dekat sis Rosnah tu.

Saya doakan sis sentiasa bahagia dengan anak – anak. Kawan saya pun baru kena halau dengan suami dia disebabkan nak bermadu. Saya tak tahulah madu dia siapa sebab dia tak nak beritahu nama bakal madu dia. Kawan saya yang dikenali sebagai Babe ini first dia sedih sangat – sangat baru kawin 5 tahun dan baru nak rasa kesenangan si suami pula nak bermadu sebab wanita itu susah dan senang dengan dia.

Saya peliklah dengan suami dia ini. Masa susah isteri yang banyak bantu suami dia bagi duit .Kadang – kadang terp4ksa bahagi dua duit sebab nak bayar duit sewa dan duit keperluan anak – anak. Lepas suami ini dapat kerja tetap dan dapat naik pangkat terus dia berkenalan dengan kawan pejabat dia.

Babe ini dia sedih sangat sampai mak mertua dan bapa mertua kata biarlah suami kawin baru. Babe ini sentiasa busy dengan business dia sampai dia tak layan suami. Sedangkan kawan saya ini walaupun penat dialah jaga anak – anak dan layan suami dengan baik.

Si suami mana ada nak jaga anak – anak. Asyik – asyik busy dengan kerja. Rupa – rupanya dia ada wanita lain. Masa kena kant0i itu Babe ini menangis sepuas – puasnya. Dia sedih sangat sampai macam nak bvnvh diri. Suami dia langsung tak pujuk.

Dia macam suami Rosnah inilah. Bulan 12 tahun lepas haritu, suami dia tekad nak berpoIigami. Jadi, masa itu Babe sedang bagi makan dengan anak – anak. Suami dia terus bagi surat kebenaran poIigami. Babe terus badmood.

Malam itu dia menangis walaupun si suami baring sebeIah dia. Pada esoknya dia call saya nak luahkan perasaan. Dia tak sign surat berpoIigami itu. Jadi saya nasihat dia jangan mengalah dan Iawan sehabisnya. Saya suruh dia buat pilihan bukan saya.

Sebab saya pon tak kawin lagi takut – takutlah saya dianggap menghasut Babe untuk bercerai. Lepas beberapa hari selepas kejadian luahkan perasaan. Saya call dia sebab nak tahu keputvsan dia apa. Masa saya call dia. Babe kata dia dah sign surat berpoIigami itu.

Lepas sign rupanya suami suruh dia keluar juga masa awal bulan 1 tahun 2023. Si suami nak duduk rumah ini dengan bakal isteri baru dia. Wey, aku dengar s4kitnya hati aku. Aku ingatkan dia nak bercerai ke atau Iawan hak dia dekat mahkamah.

Rupanya, just sign dan tak tuntut hak dia. Masa saya nak melawat dia. Dia kata dia tak duduk dah rumah itu. Dia duduk rumah sewa. Masa saya sampai dekat rumah dia. Ya Allah!!! Sedihlah saya tengok dulu duduk rumah besar sekarang duduk rumah kecil.

Business dia pon macam slow down. Babe ini walaupun dah kurus dia tetap semangat. Anak – anak dia suami dia jaga sebab dia dah tak larat nak jaga sebab kena depr3ssion. Saya sedih sangat. Masa dulu saya susah dia tolong saya.

Babe ini anak yatim piatu. Dia ingat boleh kongsi sayang dengan mak dan ayah mertua. Rupanya MasyAllah tak tahulah nak kata apa. Ini sekarang dia tengah naikkan balik business dia. Saya tak puas hati. Saya suruh dia tuntut hak dia sebagai isteri.

Saya sanggup bagi beratus ribu untuk dia. Dia kata dia sudah tawar hati dengan suami. Sedihnya. Saya adalah follow ig si suami durj4na itu. Puh dia keluar dengan bakal isteri baru dia weyh. Saya tak tahulah nak kata apa.

Saya sebagai kawan saya tak sanggup tengok dia sengsara. Jadi saya upah peguam saya bantu kawan saya Babe tuntut hak dia. Masa saya siasat rupanya dia kena halau masa akhir bulan 12 tahun lepas haritu lagi. Bukan awal bulan 1 tahun ini. Geram je saya sekarang ini.

Saya suruh dia tuntut harta sepencarian. Hak bergiir dan nafkah dia dan anak – anak. Babe kata tak apalah ini takdir aku. Fuhh!!! S4kit hati aku Babe kata gitu. Saya apa lagi t4mpar muka dia. Saya cakap, “engkau b0doh!!! Takdir boleh diubah dengan doa.”

Babe terk3jut tengok saya. Sebab saya t4mpar dia. Babe terus jerit dan halau saya. Sedihlah. Kawan baik sendiri halau saya. Kepada pembaca terima kasih kerana membaca luahan saya ini. Nanti ada masa saya cerita balik sebab ending dia best giIer!!!

Maaf ayat berterabur sikit. Babe yang suruh saya taip. Dia sekarang tengah move on. Jadi dont worried maybe next week saya akan kembali. – Kiki (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Assalamualaikum semua, nama saya Kiki, bukan nama sebenar. Kepada sesiapa yang baca luahan saya ini. Saya minta maaflah awak semua saya bukanlah penulis novel atau pandai menulis karangan yang mantap.

Tapi, sayalah orang paling benci buat karangan termasuklah Babe kawan saya. Hahahahahahaha!!!!!! Sebab itu dia suruh saya menaip dan ceritakan pengalaman dia kepada anda semua. Okay saya sambung cerita Babe ini.

Masa dia halau saya dari rumah sewa itu. Saya tak balik dulu. Saya pergi ke tingkap nak hendapnya si Babe ini. Dia menangis teresak – esak. Saya tengok sahajaIah dia menangis walaupun saya tak tahu nak buat apa masa itu. Then, saya balik ke rumah saya.

Start dari situ saya berjanji akan tuntut keadilan bagi Babe saya. First, plan saya ialah hantar Babe pergi jumpa dengan kaunseling bagi semangat dekat dia semula. Second, duit kena banyak beb sebab kau terp4ksa bagi “Rasu4h” kepada pihak – pihak yang tertentu.

Ketiga, engkau kena ada connection dengan pihak berkuasa walaupun engkau buat salah but ada duit semua settle. Keempat, engkau Iawan dengan orang berduit but b0doh. Jadi, kes ini senang je settle. Hahahahaha!!!!!

Pada esoknya, saya pergi jumpa dengan Babe di rumah sewa. Babe buka pintu dengan pakai telekungnya. Saya tengok telekung dia Allah basah weyh. Saya yakin dia memang luahkan semuanya dekat Allah. Saya berbincang dengan dia pasal nak hantar dia pergi berjumpa kaunseling.

Babe apa lagi dia kata setuju terus. Masa itu saya genggam tangan dia. Saya cakap dekat dia. “Aku Kiki berjanji dengan nama Allah SWT aku akan baIas orang yang menzaIimi kawan aku Babe dan aku berjanji akan menjadi mak angkat yang baik kepada anak – anak engkau Babe”.

Itu ucapan yang saya keluarkan dari mulut sendiri. Airmata kami berdua mengalir dengan d3ras weyh. Kalau anda semua tengok macam drama melayu itu lah. Siap kami berdua berpeIuk – peIuk dan menangis teresak – esak dengan hidung tersumbat.

Engkau rasa saya boleh nafas ke masa itu. Kalau teringat balik kata – kata saya dekat dia ini macam nak gelak pula sekarang. Ini aku menyesal tolong dia. Babe selalu cuIik mak aku pergi jalan – jalan ke Thailand dengan anak – anak dia, menyampah saya.

Macam saya pula anak angkat mak saya sendiri. Hahahaha!!!! Nama suami Babe saya panggil dia H4ntu dan si gedik saya panggil Petai. Jadi, saya susun plan semua baru saya boleh bertindak. Jangan ikut em0si anda semua relaks. Hahahaha!!!!

Sekarang, saya suruh pembantu saya hantar dan amik Babe pergi kaunseling. But, saya hantar pembantu perempuan kalau lelaki takut lah si jantan itu buat tuduhan yang isteri dia ini nusyuz. Second, saya buat plan nak masuk rumah Babe yang besar itu.

Nak amik sijil dan surat yang penting. Sebab peguam saya yang suruh perIukan surat tertentu. Jadi, saya apa lagi terp4ksa menyelinap masuk ke dalam rumah besar itu. Masa nak pergi menyelinap itu saya lupa terbawa kucing nama Cici.

Saya dahlah terp4ksa parking kereta jauh dari rumah H4ntu dengan terbawanya Cici ini. Aduhai!!! Ini cerita betul – betul tau bukan lawak saja – saja. Saya pon terp4ksa bawak Cici menyelinap masuk rumah si H4ntu itu. Cici saya sumbat dia dalam beg. Lantaklah dia.

Yang pasti jangan tinggal dalam kereta. Nanti dia terber4k ke habis kereta kesayangan saya pula berbau. Orang nak pergi spy dia pula termasuk dalam kereta. Issshshhshshhs… budak ini degil. Saya dengan berpakaian gelap, ber facemask dan bercermin mata terp4ksa lah panjat panggil yang tinggi itu.

Tapi, dalam masa yang sama terp4ksa kena elakkan diri dari CCTV. Kalau tak kena tangkap pula dengan si H4ntu itu. H4ntu itu tahu saya kawan baik dengan Babe. Tapi, dia tak tahu yang saya ini sanggup buat apa sahaja demi Babe.

Masa nak menyelinap itu. Saya lalu ikut pintu belakang. Memang tiap – tiap hari bibik Linda akan buka pintu. Bibik Linda ini boleh cam bau perfume saya jadi saya dah mesej dia sebelum nak menyelinap masuk rumah H4ntu itu.

Bibik Linda saya nak datang ke rumah H4ntu. Jangan beritahu tau dekat H4ntu sebab nak menyelinap tau. Masa saya masuk ikut pintu belakang bibik Linda kata H4ntu tak ada dengan Petai. Jadi inilah masanya saya masuk ke dalam rumah.

Masa saya masuk itu. Ternampak pula baju – baju si Petai tersidai dekat bilik khas untuk sidai baju. Tak guna Petai. Ishhhhhh.. Sabar!! Saya terfikir lah juga yang diorang bermaksi4t ke tak but itu d0sa diorang dengan Allah pandai – pandai engkaulah nak taubat.

Lepastu, saya cepat – cepat lari ke arah bilik H4ntu sebab nak cari dokumen penting. Masa tercari – cari itu saya nak terber4k weyh. First time, kau nak menyelinap rumah orang and jadi spy. Macam nak terber4k sebab nervous tau. Macam but “Mission Impossible”. hahahaha…

Lawak betul saya masa itu. Dahlah bawak Cici masa spy… Geram pula saya ini. Saya sambung pencarian saya. Berpeluh saya cari dokumen itu. Akhirnya, saya jumpa juga dokumen penting. Contohnya, dokumen rumah, surat beranak anak – anak Babe, geran tanah, geran kereta dan semualah dokumen penting.

Saya apa lagi bawak semua dokumen itu masukan dalam beg. Masa nak masukkan beg itu. Saya keluarkan lah Cici. Sebab nak masukkan surat dokumen itu sebab berat dan banyak juga. Dah selesai masukkan dokumen itu.

Satu masalah timbul. Si Cici k3ncing dan ber4k dekat atas katil H4ntu. Saya rasa macam nak marah sebab tinggalkan bukti semasa spy rumah orang. Jadinya, terp4ksalah saya bukan pintu bilik dan tingkap supaya tak ada orang syak siapa pencurikan.

Maybe orang boleh fikir orang dalam rumah yang rompak. Jadi masalah itu dah selesai. Saya apa lagi terus larilah. Sebelum lari itu, saya dah letak kamera kecil dan alat pendengaran bolehlah rakam yang diorang ini bermaksi4t ke atau nak plan apa lagikan. Jadi yang itu semua saya dah selesaikan.

Kepada anda semua. Saya minta maaf memang “RASU4H” itu kotor. But, anda kena tahu apabila pihak sebeIah nak main kotor saya terp4ksa keluarkan perbuatan yang kotor supaya saya dan Babe tak masuk longkap atau penjara.

Kami berdua budak baik. Jadi, tak pernahlah nak terfikir masuk longkap atau penjara, hahahahaha!!!! Lepas dah selesai menyelinap tu. Saya terus balik rumah nak berehat. Saya call peguam yang dokumen saya dah dapat. Jadi, okaylahkan.

Malam itu juga, bibik Linda call saya. Si H4ntu dan Petai marah – marah. “Siapa buka pintu bilik dan tingkap sampai ada t4hi kucing dekat atas katil”. H4ntu pun marah – marah bibik Linda. But, bibik Linda pun senyaplah.

Lepas tu Bibik Linda cerita semua dan marah – marah saya sebab semua kerja saya. Saya cakaplah nanti saya angkut bibik Linda kerja semula dengan Babe. Dont worried. Bibik Linda sedih sebab dia tak suka Petai dalam rumah ini walaupun belum kawin tak elok dia masuk keluar dalam rumah yang belum jadi suami isterikan.

Saya jumpa dengan peguam semua harta masih nama Babe. Alhamdulillah!!!! Peguam pon dah tengok surat poIigami itu. Jadi bila saya tengok tak ada perjanjian pasal harta sepencarian jadi okaylah. Sekurang – kurangnya harta Babe masih hak Babe dan anak – anak.

Rumah besar itu sebenarnya dah hibah si suami kepada Babe. But, saya pelik kenapa dia halau Babe dari rumah tersebutkan. Hmmmm… Jadi, Babe kena amik masa juga nak sembuh. Bulan 2 haritu barulah dia ada kekuatan nak buka kes dan tuntut semua hak dia.

Babe kata dekat saya yang selama ini kita tak boleh memberi harapan yang tinggi kepada suami tetapi perlulah memberi harapan yang tinggi kepada Allah SWT. Time ini saya suka giIa baru nampak per4ngai sebenarnya Babe.

Hahahaha!!!! Padam muka kau H4ntu dan Petai. Babe buat tuntut harta sepencarian, hak giliran dan hak anak – anak dia. Anak Babe ada 2 orang. Seorang lelaki baru umur 3 tahun dan seorang perempuan baru 1 tahun.

Waktu awal bulan 2 itu saya dan Babe pergi ke rumah H4ntu itu sebab nak jumpa anak – anak Babe. Rupa – rupanya anak – anak Babe semua dicampak ke kampung. Mak mertua dan ayah mertua yang jaga. Babe kata mak mertua dan ayah mertua baik tapi tak tahulah kenapa baginya anak jantan tu kawin satu lagi.

Malaslah nak amik tahu. Masa sampai kampung itu Babe terus je amik anak – anak dia tanpa ada berbincang. Mak mertua dan ayah mertua terus bagi je. Sebab anak – anak Babe semua rindu Babe. Jadinya, mak dan ayah mertua Babe tak sanggup nak pisahkan anak – anak Babe dengan mak kandung dia kan.

Anak – anak Babe terus tinggal dekat rumah sewa itu. H4ntu dan Petai masa ini busy sikit nak kawin kan busy persiapan kawinkan. Memanglah awal – awal wangi nanti akhir – akhir busuk juga akan muncul. Anda semua ingat tak.

Saya letak kamera dan alat pendengaran dalam bilik itu. Yes, diorang berbuat maksi4t dan diorang masih belum menjadi suami isteri yang sah. Saya dan peguam dah siasat yang diorang ini tak kawin dekat Thailand atau mendaftar perkahwinan di Malaysia.

Jadi, kita boleh saman juga diorang kerana berbuat tak senonoh di dalam rumah Babe. Time to action. Peguam dah hantar semua surat kepada H4ntu dan Petai untuk keluar dari rumah tersebut. Satu, H4ntu itu dah hibahkan rumah kepada Babe jadi H4ntu kenalah cari rumah baru kepada Petai. Padam muka engkau berdua!!!!!

Banyaklah juga kes – kes yang Babe kemukakan. Semua kes yang dikemukan semua Babe menang dan akhirnya rumah besar itu jadi milik dia dan rumah sewa sekarang Petai yang duduk. Hahahaha!!!! Engkau nak main – main ke dengan aku… kata Babe…. Hahahhahaha!!!!!

Babe dengan H4ntu tak bercerai pun but dia buat syarat H4ntu balik rumah sebulan 3 hari je duduk. Hari lain itu duduklah rumah dengan Petai. Yes, walaupun Babe menang H4ntu kawin juga dengan Petai. But, rumah sewa lah bukan rumah besar.

Dia kalau nak senang dengan H4ntu susahlah dulu bukan senang dulu. Padam muka dia!!! Kereta, rumah dan anak – anak semua Babe dapat. H4ntu pula terp4ksa g4ntung kerja sebab Babe dah report perbuatan tak senonoh H4ntu dan Petai dekat HR.

Boss syarik4t itu terus hantar surat g4ntung kerja kepada H4ntu dan Petai sebab menjatuhkan nama baik syarik4t. Walaupun dah jadi suami isteri mereka terp4ksalah kena denda. Hantu akan ulang alik rumah Babe dengan menaiki moto buruk je.

Semua kereta milik Babe. Babe kan business dan kereta itu semua just hadiah but nama kereta tetap nama Babe. Ini sekarang Petai mengandung. Si H4ntu minta duit dekat Babe nak belikan susu anak, baju baby dan katil baby.

Babe tak tolong pun dia buat tak dengar pon. Semua duit H4ntu Babe amik terus masuk dalam bank anak – anak untuk masa depan. H4ntu tak kerja sekarang dan saya nampak dia kusut giIer!!! Dia jadi serabut sebab dia tak kerja.

Yes, H4ntu dan Petai kawin masa akhir bulan 2. Diorang terp4ksa kawin cepat sebab si Petai mengandung. Babe tak menangis dan sedih. Diorang sesuai lah bila penz1na kawinlah dengan penz1na. Mesti anda semua marah dekat Babe yang terp4ksa bermadu bukan berpisah.

First, Babe tak nak anak – anak jadi str3ss dan tak sayang ayah dia. Babe juga tak nak anak – anaknya kehilangan bapa kandung. H4ntu sejak – sejak jatuh terlingkup semua ini baru ada masa nak bermain dengan anak – anak.

H4ntu jaga anak – anak. Kadang – kadang mandikan anak, bagi anak makan. Hal ini kerana, dia tak bekerja.. hahahaha!!! Jadi dia ada masa lah jugakan. Walaupun dia duduk rumah 3 hari tapi dia akan balik rumah besar nak jaga anak – anak dia lepastu kalau ada Babe dia terus keluarlah.

Sebab syarat duduk 3 harikan. Contohnya, nak tidur ke nak makan ke nak mandi ke. Then, sekarang ini Babe happy giIer dengan anak – anak. Kadang – kadang balik juga balik kampung saya dan kampung mak dan ayah mertua dia.

Babe ini baik giIer tak tahulah saya dia ini. Yang pasti dia bahagia sekarang. Si Petai pun tak kerja dia duduk rumah sewa itu. Kadang – kadang saya tengok muka dia macam cengkunglah juga sebab kena bayar saman lagi kena cari kerja lagi kena cari duit untuk bersalin dan bakal anak sulung dia lagi.

H4ntu kalau balik rumah besar dia tak tidur sama dengan Babe sebab Babe dah buat syarat tidur kena asing. Kalau nak bersama Babe je yang boleh tertentukan. Babe sekarang sedang merancang hamil. Dia takut termengandung sebab tr4uma dia kena halau dengan suaminya.

But, saya dengar dari pekerjanya Babe nak tuntut cerai fasakh sebab dia tak nak dah duduk dengan H4ntu. Babe adalah juga mesej saya yang dia nak bercerai tapi anak – anak macam mana diorang perIukan kasih sayang ayah diorang.

Babe ini anak yatim piatu. Dia tak nak anak – anak dia kehilangan bapa atau ayah untuk anak – anak. Saya nasihat lebih baik cerai masa anak – anak kecil lagi sebab bila anak – anak kecil ini diorang tak fikir pasal kenapa bapa dan mak diorang bercerai.

Babe pon terp4ksa tuntut cerai fasakh. Dan akhirnya, diorang bercerai dengan taIak satu. Alhamdulillah. Diorang bercerai secara baik. Pada bulan akhir 3 jugalah. Babe sempat bermadu dalam berapa hari sahaja. Itu dia rasa happy giIer!!!

Dia dah bebas dari jantan tak guna. Alhamdulillah..Syukur.. Sekarang ini saya pula yang busy dengan business and single. ahahahahahahh!!!! Kepada sesiapa yang kata saya gagal BM. Mak cik saya ini lulus BM SPM tau. Itu pon dapatlah “A” bahasa melayu. But, buat karangan itu teruklah.

Sekarang saya baru nak amik PHD. Jangan marah saya. Saya str3ss ini. Dah lah sunyi orang semua dah berkahwin saya ini tengah nak sambung belajar dan cari jodoh lagi. Haahhahahahahah!!! Kepada wanita semua anda kena ingat pesanan Allah SWT dalam Al-Quran. “Kerana Aku Berjanji, Aku akan memberi cahaya terang di antara kegelapanmu” (QS. Al_Ahzab : 43).

Percayalah kepada Allah. Anda diuji kerana Allah tahu anda semua kuat. Kalau ada sesiapa meny4kiti hati anda diorang juga akan dibaIas dengan perbuataan yang mereka lakukan. Jadi, jangan give up kepada wanita di sana.

Saya pon dari br0ken family dan anak tunggal ibu saya. Arw4h bapa saya sampai tak nak bagi IC masa nak daftarkan saya dekat JPN. Jadilah wanita yang kuat. Itu sahaja.. – Kiki (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.