Suami jerkah aku masa pantang. Dia layan aku macam lelaki. Sedangkan aku ni perempuan yang emosinya kena dijaga

Lepas balik kerja dari awal kahwin sampai sekarang, suami akan main Facebook. Tengok video yang lawak – lawak. Pada satu hari, masa aku tengah menyusukan anak, aku mintak tolong dia pakaikan aku stokin. Masa tu dia tengah baring dekat bawah. Aku tak boleh tunduk s4kit Iuka jahitan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Boleh panggil aku Sakura. Mula – mula sekali nak berterima kasih dekat admin sebab sudi siarkan confession aku. Aku nak bercerita mengenai keputvsan aku dalam memilih suami dan impaknya kepada hidup aku sekarang.

Aku berkenalan dengan suami 8 bulan sahaja dan disebabkan aku tak nak kenal lama – lama takut mengundang d0sa, aku setuju bernikah dengan dia. Sepanjang perkenalan 8 bulan, dia kelihatan seperti orang yang berkeyakinan, pandai bercakap dan rajin mencari rezeki.

Dan yang penting dia nampak macam orang yang bertanggungjawab. Faktor utama aku pilih dia sebagai suami ialah aku tengok dia ada ciri – ciri sebagai suami yang bertanggungjawab. Aku pilih dia sebagai suami aku walaupun aku takde perasaan kat dia.

Ohh untuk pengetahuan semua, suami aku rupa biasa – biasa, pekerjaan pun biasa – biasa. Gaji aku 3 kali ganda lebih besar dari gaji suami aku. Nak dijadikan cerita, kami pun bernikah. Ok, orang selalu kata masa awal – awal nikah semua bahagia kan tapi tak bagi aku.

Awal pernikahan pun aku dah tersiksa. Rupanya suami aku ni jenis orang yang tak pandai berkomunikasi hati ke hati. Komunikasi kan penting dalam hubungan, jadi aku selalu cuba untuk berkomunikasi dengan dia. Tapi respon dia setiap kali aku cuba untuk slow talk ialah dia diam, termenung merenung dinding atau pun buat kelakar.

Aku rasa macam ‘Am I a j0ke to him?”. Aku terfikir adakah suami aku ni ada masalah mentaI yang menyebabkan dia tak faham perbincangan antara suami dan isteri atau sebarang perbincangan yang serius. Satu lagi apabila kami berg4duh, memang suami aku akan mendiamkan diri dan melarikan diri.

Dia macam tak nak bersemuka berbincang mengenai masalah kami. Setiap kali memang aku akan start dulu perbincangan, pernah je dia 3 hari tak bercakap dengan aku sebab eg0 tak nak bersemuka dengan aku. Akhir sekali aku bersemuka dengan dia sambil nangis tu pun dia buat muka selamba.

Lepas tu aku mengandung. Aku ingatkan per4ngai dia akan berubah rupanya sama je weh. Aku ada minta tolong dia gosokkan kaki dan belakang aku. Gosok ya bukan urut sebab dia malas urut aku! Pernah sekali tu dia kata “awak tak urut saya pun”.

Masalahnya aku tengah s4kit masa mengandung sekarang, dia boleh pusing kat dia pulak. Sepanjang aku pregnant, tak sampai 5 kali pun dia urut aku. Untuk pengetahuan semua, masa mengandung berat aku naik 18kg ya, sampai kaki pun bengkak dari usia kandungan 6 bulan.

Boleh bayang tak macam mana keadaan aku tanpa belas ihsan suami. Lepas balik kerja dari masa awal perkahwinan sampai sekarang, dia akan main Facebook. Tengok video content creator yang lawak – lawak. Dia akan terbaring sampai ke tengah malam tinggal aku sorang – sorang terkial – kial cuba nak berbual dengan dia.

Bila aku tanya soalan, kali ke-5 baru dia jawab sebab dia utamakan handphone dia lagi berbanding aku. Aku rasa sangat kesunyian selepas bernikah dengan dia. Ok cerita klimaks dia semasa aku berpantang. Lvka jahitan aku besar ya, ambil masa sejam untuk jahit dan Iuka aku 2 bulan baru sembuh (mungkin sebab aku str3ss) .

Pada satu hari, masa aku tengah menyusukan anak, aku mintak tolong dia pakaikan aku stokin. Masa tu dia tengah baring dekat bawah (ada toto). Dia kata kejap lah sambil teruskan main phone. Kaki aku kesejukan sampai berdenyut – denyut masa tu dia tak peduli, aku tak boleh pakaikan sendiri sebab Iuka aku s4kit sangat dan aku memang tak boleh tunduk.

Aku rasa tersiksa sangat masa tu dan mengalir air mata aku. Aku berpantang kat rumah mentua, lagiIah aku rasa alone sangat. Ok bilik kami kat tingkat 2 dan ruang tamu kat tingkat bawah jadi aku akan duduk dalam bilik je dengan baby.

Mak mertua aku akan ambil baby dan turun ke bawah bersama dia pada waktu petang. Tinggallah aku keseorangan dalam bilik tu tanpa baby, tanpa suami. Aku rasa macam nak mer0yan je masa tu sebab hormon orang selepas mengandung kan kurang stabil.

Oh ye aku menangis hari – hari ya pada waktu asar sebab masa tu lah aku ditinggalkan keseorangan. Aku bukan tak nak turun ke ruang tamu untuk jumpa orang lain tapi Iuka aku masih belum sembuh, tak kan aku nak turun naik tangga.

Aku pun bagitau suami aku tak boleh ke dia teman aku pada waktu petang, suami aku kata “Dah tu takkan nak saya duduk 24 jam dalam bilik ni, saya pun nak jumpa orang lain”. Macam tu dia kata kat aku. Dia langsung tak kisah pasal mentaI aku selepas bersalin ni.

Aku berpantang di rumah mentua sebab mentua aku janji dan jaga aku dan baby. Rupanya nak jaga baby je. Sama lah dengan suami aku. Aku rasa b0doh sangat sebab aku tak lari dari situasi tu masa tu. Aku mandi air panas dalam seminggu macam tu je, lepas tu dah takde orang kisah aku mandi air sejuk ke air panas.

Kat rumah mertua takde heater, jadi kena jerang air dulu untuk mandi. Sebenarnya banyak lagi yang terjadi tapi biar aku pendam je lah. Sekarang aku dah nampak yang kalau aku jatuh s4kit, suami aku tak kan nak jaga aku.

Bukti dia tengok lah macam mana dia layan aku masa aku berpantang. Pakaikan stokin pun tak nak, urut jauh sekali. Nak teman kan aku pun tak. Aku dah ambil keputvsan nak berpisah dengan dia tapi dia tak nak lepas kan aku.

Dia tak rasa dia bersalah, dia rasa semua yang dia buat dah betul. Dia pernah ya jerkah aku masa aku tengah berpantang, dia tak faham em0si aku pada masa tu. Dia terlalu strict dan layan aku macam aku ni lelaki yang tiada em0si.

Sedangkan aku ni perempuan yang em0sinya kena dijaga lepas berpantang wei. Memang aku takde kenangan indah pun dengan suami aku. Kalau berpisah esok pun, tiada kenangan manis yang akan bermain di minda. Aku dah tak boleh hormat dia sebagai suami.

Aku ingat dia boleh bimbing aku untuk lagi dekat dengan Allah. Tapi dia mengaji pun tak, aku dah pernah ajak ya. Sekejap je mengaji lepas tu main phone balik. Aku pernah beli buku agama, tu pun dia perli aku. Katanya beli saja, baca nya tak.

Nak harap dia bimbing aku jauh sekali, jadi aku beli lah buku. Tu pun dia perli aku kata aku tak baca. Aku baca tapi slow lah. Takde lah habiskan 1 buku sehari. Dia tak bawa any positive impact dalam hidup aku. Dia tak bimbing aku ke jalan Allah, dia selalu subuh gajah, mengaji pun tak.

Itu je yang aku pandang. Rupa dah takde, harta jauh sekali. Aku rasa tiada sebab lagi untuk aku stay dengan suami yang tak menghargai aku. Sampai sekarang dia masih dengan phone dia dan tak bercakap mesra dengan aku sebab dia terlalu utamakan phone.

Masa makan pun dia senyap je, tak bercakap dengan aku tapi main phone. Kalau korang terfikir mungkin sebab per4ngai aku ke dia jadi macam ni, tak ya. Dari awal perkahwinan memang dia dah utamakan phone berbanding isteri depan mata.

Dan dia tiada belas ihsan terhadap isteri, dia layan macam aku ni lelaki, macam robot. Kadang – kadang aku rasa hubungan aku dengan dia ni macam urusan bisnes. Do whats need to be done, no feelings involved. Jadi tujuan aku tulis confession ni ialah untuk beri peringatan kepada all singles out there, kalau berkenalan dengan orang baru, pastikan kau tahu macam mana dia komunikasi masa korang berg4duh.

Masa tu boleh tengok diri sebenar dia, macam mana dia layan kau. Aku masa kenal dengan husband dulu tak pernah berg4duh and yes, for me that’s a big mistake. Aku buat keputvsan untuk bernikah dengan dia terlalu cepat tanpa kenal dia betul – betul.

Aku sekarang berumur 28 tahun, anak kami 9 bulan. Boleh tak all single mothers out there bagi semangat untuk aku jadi single mom? Apa yang perlu aku sediakan untuk jadi single mom? Whats the hardship so I can be prepared.

Aku sangat rasa sunyi selepas aku bernikah dengan dia dan semua benda rasa tak kena sejak aku hidup dengan dia. Jangan kata aku tak bersyukur sebab aku dan banyak telan benda pahit dan dah bersabar 2 tahun lebih hidup dengan dia.

Aku tak nak sia – siakan hidup aku lagi. Aku ready untuk maintain good relationship dengan dia sebab anak tapi aku dah tak boleh hidup bersama dia sebagai seorang isteri lagi. Aku rasa aku ini hanya isteri di atas kertas, ada untuk dia bagi duit, jaga anak itu sahaja.

Dia tak bagi perhatian dan kasih sayang kepada aku pun. Aku tulis confession ni semasa aku sudah tawar hati dengan dia. Mungkin kalau aku tulis masa aku tengah str3ss masa berpantang tu, lagi banyak cerita sedih yang keluar.

Aku rasa suami aku tidak menunaikan nafkah batin kepada aku, tiada perhatian, tiada kasih sayang, tiada bimbingan agama. Aku pergi mana – mana pun selalu berseorangan. Aku tak minta emas berlian pun daripada dia sebab dia tak kan mampu, aku hanya minta kasih sayang dan perhatian dari seorang suami. Please help me! I just want to be happy! – Sakura (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nourfa Meli : Then you should go kalau m4kin rasa benda ni m4kin merosakkan em0si dan mentaI you. Prepare apa patut macam cari rumah sewa or beli kereta baru. Persediaan lepas bercerai i think. Daripada you asyik terfikir fikir dan ganggu kerja you.

You muda lagi baru 28, once you dah m4kin berumur lagi ramai anak lagi you berkira – kira. Apa yang saya cakap based on my family prob. Anak dah besar besar nampak jurang mak ayah macam ni, lagi perit and kosong anak you akan rasa.

Amirah Razak : Jalan terakhir mungkn confessor boleh ajak suami pergi kaunseling. Selepas tu kalau tiada perubahan, confessor solat istikharah, minta petunjuk dri Allah. Dan kalau hati yakin untuk berpisah, Islam tidak melarang. Semoga dipermudahkan urusan confessor. Big hug for u.

Suriati Saadon : Kesian ya.. aku ni Jenis bila baca aku yang rasa. Aku yang rasa pun sesak je d4da apalagi puan yang tanggung. Takkan hidup kita ni nak bertahan dengan perkara yang tidak buat kita sem4kin menumbuh??

Akak umpama biji benih yang tidak diberi ud4ra.. air… matahari.. perhatian.. sentuhan.. Semoga akak paham dan semoga bahagia milik akak. Kuatkan semangat bangun tahajud.. istikharah.. hajat.. tunggula Allah akan bagi petunjuk ok.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.