Angah beli sofa mahal harga 7k, sekali anak aku conteng dgn pensil. Sejak dari tu Angah berubah, mak perasan

Lepas kejadian itu, memang aku warning anak – anak jaga kelakuan kalau boleh jangan main dekat sofa baru tu. Tapi aku dapat rasa angah dah mula tak suka aku dan anak – anak datang rumah dia. Takut sofa dia kotor atau rosak. Mak perasan Angah berubah tapi tak sangka ini yang Angah buat..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Uda di sini. Coretan ni lebih pada nak meluah. Maaflah.. aku ni hanyalah surirumah. Tak ada kawan rapat nak luah. Jadi dekat sinilah medium aku guna. Aku merupakan anak ketiga dari 4 orang adik beradik.

Yang sulung Along si abang, Angah si kakak, dan Ucu adik lelaki. Hari ni aku makan kentang putar dengan coleslaw KFC tapi rasa pahit. Teringat dulu waktu kecik – kecik KFC la yang kita orang tuju bila waktu ayah gaji. Bila dah besar ada buat majlis makan – makan atau kumpul family kecil – kecilan pun KFC jadi pilihan. Mak suka KFC.

Ok mula dari Along. Along dah kahwin. Dari muda kita orang adik beradik tak berapa nak rapat dengan along sebab dia jenis buat hal sendiri. Rapat kat sini maksudnya tak ada nak borak – borak kosong sama – sama ke, keluar pergi makan sama – sama ke tu memang tak ada.

Seingat aku la memori macam tu dengan along memang tak ada. Along ni dari bujang memang tak ada nak hulur duit dekat mak ayah, belikan lauk pauk basah ke beras ke memang tak ada. Tapi aku dengar cerita dia belikan awek dia cincin emas.

Yelah waktu tu dia couple dengan anak jiran sebeIah. Memang la berita senang tersebar. Mak aku makan hati la jugak. Tapi jenis mak bapak style orang lama agaknya. Anak lelaki tak boleh ditegur, takut nanti lari gamaknya.

Jadinya bawaklah per4ngai tak jaga kebajikan mak ayah tu sampai sekarang umur nak masuk 40-an dah pun. Mak ayah makan ke tak, sihat ke tak, semua dia tak ambik tahu. Nak jejak rumah yang dia dibesarkan pun macam jijik je.

Setakat jenguk – jenguk dari beranda luar je kalau datang menyinggah. Bagi along cukup dia cuma jaga kebajikan anak bininya sahaja. Dapat pulak bini jenis dah kahwin bolot along ni jadi milik dia 100%. Along dah takde kena mengena dengan family lagi dah dibuatnya. Sepadan sangat.

Mak aku dah tahap tawar hati dengan along. Tawar hati sebab banyak sangat mengharap dekat along tapi akhirnya mak yang kecewa bila along berper4ngai buat tak endah. Mak aku ni bukan la berharap sangat duit anak – anak hulur tapi lebih pada nak perhatian dari anak – anak.

Mak aku pun ada pendapatan sendiri. Cukup banyak untuk sara diri dia sendiri tanpa susahkan anak – anak. Ada satu hari tu mak aku ni ternampak la bini along ni hulur satu beg plastik berisi KFC dekat makcik Bedah jiran dia.

Family along pergi makan – makan dekat KFC. Tapi along tak ingat pun nak tapaukan sikit untuk mak takat seketul ayam. Sedih betul mak aku waktu tu. Jadi angah yang turut nampak insiden tu cuba pujuk dengan belikan KFC lain untuk mak.

Mak jamah sikit je padahal KFC memang kegemaran mak. Kalau lah engkau tahu along, KFC yang paling berharga di hati emak bila engkau yang menghulurnya saat itu. Peliknya, along ni la antara anak kesayangan ayah tau.

Kalau along datang kemain sengih sampai telinga. Padahal orang tu datang kejap je nak hulur kasut buruk yang dia tak sampai hati nak buang tu jadi dia bagi la kat ayah. Entahlah cara asuhan orang dulu – dulu kot kalau anak lelaki sulung kemain dibangga – banggakan dalam keluarga.

Dan ayah aku kalau ikutkan tak berapa gemar dengan anak perempuan. Aku cukup pelik betul la pemikiran macam ni. Angah. Angah merupakan ibu tunggal dengan seorang anak. Angah ni kerja dalam sektor kerajaan dengan tangga gaji yang agak besar.

Kira angah ni memang tak ada masalah kewangan langsung la. Cukup mewah untuk sara keluarga kecil dia. Macam aku cakap ayah aku tak berapa gemar dengan anak perempuankan. Waktu awal dulu ayah memg tak suka dengan kelahiran angah. Siap suruh gugurkan lagi.

Ni mak aku la cerita tapi yelah bila angah dah dewasa dapat pulak kerja kerajaan, gaji masyukk selalu hulur dekat dia, jadi autom4tik jadilah angah anak kesayangan ayah haha. Mudahkan? Tapi angah kalau dengan family memang dia tak berkira.

Kita orang selalu buat makan – makan dekat rumah angah. Kongsi – kongsi beli bahan, masak sama – sama takpun beli KFC atau Pizza. Seronok betul walaupun tu je la muka yang ada dalam circle kita orang. Mak, angah dengan anak dia, dan family kecil aku.

Ucu akan join bila dia free. Tapi masalah sekarang angah dah berubah. Totally bukan angah yang dulu. Puncanya sebab apa pun aku tak tau. Aku, mak aku semua dia pulaukan. Mak kalau ikutkan sebelum ni banyak habiskan masa dekat rumah angah.

Masakkan untuk angah dengan anak – anak. Kemaskan rumah angah sebab mak tau angah jenis teliti. Jadi mak akan pastikan rumah angah sentiasa bersih bila angah balik kerja. Mak aku lah yang tolong tengok tengokkan anak angah bila angah kerja.

Dari anak angah baru lahir sampai sekarang umur 10 tahun mak aku yang tolong jagakan. Bayangkan rapatnya bonding mak dengan family angah. Baru – baru ni angah beli set sofa baru. Mahal. Dalam 7 ribu harga sofa tu. Ada satu hari tu anak aku terconteng pensel sofa baru angah.

Aku dah menggelabah dah. Nasib baik kesan contengan tu boleh dipadam. Waktu tu memang aku cubit – cubit terus la tangan anak aku walaupun kesian dok pikir anak baru setahun lebih berakal pun belum lagi. Lepas kejadian itu, memang kalau pergi rumah angah memang aku warning anak – anak dari awal jaga kelakuan kalau boleh jangan main dekat sofa baru tu.

Macam biasa sebelum balik dari rumah angah, kita orang akan kemas semula apa yang bersepah. Kenapa aku beria cerita pasal sofa? Sebab aku dapat rasa angah dah mula tak suka aku dengan anak – anak datang main dekat rumah dia.

Takut sofa dia kotor atau rosak. Mak aku mula dah perasan perubahan sikap angah. Mula – mula angah diamkan diri berminggu – minggu di rumah dengan alasan tak sihat. Angah dah mula tak bertegur dengan mak. Mak dibuat macam tak wujud.

Makanan mak masak tak disentuh lagi. Mak terasa hati. Mak rasa mak tak lagi diperIukan di rumah angah. Sampaikan bila raya haji pun tak ada anak yang datang jenguk mak ayah tanya khabar. Sampai nya hati korang.

Sampai sekarang mak tak tahu apa silap mak pada angah. Okay sekarang aku. Aku yang duduk dengan mak ayah. Aku sayang mak ayah walau aku tahu ayah tak anggap aku macam anak. Tiap kali aku lalu ayah mesti berpaling.

Benci sangat nak tengok aku ya. Rela ayah beralih tempat duduk asalkan jauh pandangan dari aku. Makanan aku masak atau belikan ayah tak akan sentuh. Anak aku ada dua. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ayah cuma ramah dengan anak lelaki aku je.

Kalau dengan anak perempuan aku dilayan sama macam aku. Kesian anak aku. Aku tau semua luahan hati mak. Kecewanya hati mak bila anak – anak perlakukan dia macam tu. Macam tak ada nilai di mata anak – anak. Aku tak boleh nak tegur along dengan angah.

Pendapat aku tak ada orang nak dengar. Kesian mak. Mak pernah bandingkan nasibnya dengan kereta kepunyaan along. Mak kata beruntung kereta along. Hari – hari along dok belek kereta. Lap – lap kereta. Tapi dengan mak ni tanya khabar pun tak pernah apatah lagi disentuh.

Naik kereta along pun mak tak pernah merasa. Waktu tu aku belum ada kereta tapi alhamdulillah mak aku ada rezeki lebih dia hadiahkan aku kereta. Kereta ni pun mak belikan bila angah dengan acu dah setuju. Boleh guna sama – sama.

Alhamdulillah acu adik lelaki aku jenis lembut hati. Layan mak baik – baik. Cuma kekangan kerja luar buat acu tak selalu dapat balik jenguk mak. Tak apa sebab acu kerap contact dengan mak. Dengan ada kereta sekarang aku boleh bawakkan ke mana je mak nak pergi.

Mak nak pergi kelas ngaji, aku hantarkan, nak pergi jalan – jalan aku bawakkan. Mak nak makan apa aku masakkan. Tapi itulah kadang – kadang sedap kadang – kadang pelik rasanya. Tapi air tangan mak la yang selalu aku dok cari.

Itulah yang aku mampu buat. Aku suri rumah. Nak baIas jasa mak ayah dengan beri duit, barang branded macam angah buat, aku belum mampu. Sekarang ni aku bawak diri dengan family kecil aku. Aku nak jaga mak.

Alhamdulillah aku ada suami yang boleh terima keluarga kucar – kacir aku ini seadanya. Aku kesian dekat anak – anak aku membesar dengan persekitaran macam ni. Doakan moga ada sinar pelangi dalam hidup aku ya. – aku (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nik Unggu : Sis, dah tentu sebagai mak ayah akan kenangkan anak sulung juga. Anak sulung la kawan pertama yang meneman mak ayah dan banyak lagi. As mak ayah pun dia sedar anak sulung pun ada jasanya juga tak dapat berdusta.

Jangan la pandang bab makan dan duit saja da jadi isu besar. Ada orang parents dia lebih suka kumpul solat berjemaah lagi. Dia tak heran yang lain sebab anak – anak pun tak sempurna. Anak pun ada hak untuk buat baik pada orang lain juga tidak la semua untuk kita, lain la anak sorang saja.

Tiba masa adik – adik pun berfungsi juga bukan cuma harap along saja, along pun manusia juga bukan la dinding takde perasaan. Hidup ni ada giliran, tidak semuanya hanya along saja. Adik – adik asyik harap along saja tak betul juga.

Fikir la kuasa Allah kebesaran Allah. Cuba la lihat orang lain, adik beradik dia meninggaI lagi tau. Lagi tak dapat kumpul – kumpul tapi sebab orang yang sedar akhir4t tu ada wujud, dia kembali tenang sebab nak berkumpul kat sana pula, in shaa Allah.

Love Pink : Emmm kalau bab budak – budak conteng – conteng sofa mahal tu, aku pun tak suka sangat – sangat. Bukan apa, aku sejenis yang tak boleh tengok benda bersepah @ kotor. Rasa s4kit sangat mata tengok. Nak kata takde anak kecik, aku ada je anak kecik tapi begitu la, ada sesetengah orang yang ada per4ngai macam tu. Bukan angah tu jenis kerek tapi maybe dia jenis tak suka tengok barang dia kotor.

Nik Unggu : Kalau ditimpa masalah, cepat – cepat cari ALLaH. Jangan risau terlalu lama. Kerisauan tak boleh selesaikan masalah. Tapi ISTIGHFAR & SELAWAT boleh. Baca je banyak – banyak. Inilah kuncinya. Pembuka pintu jalan keluar untuk apa jua kesulitan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.