Bila aku cakap nak bagi gaji pertama untuk abah, abah seronok sebab dia cakap boleh buat beli ubat

Aku dapat gaji tunggakan 3 bulan, terus telefon abah teruja nak bagi duit kat mak abah dekat kampung. Abah mula – mula tolak tapi aku nak juga bagi sebab memang dah niat aku. Lepas cakap dengan abah, aku pergi bank nak masukkan duit, rasa seronok lain macam bila dapat bagi duit dekat orang tersayang. Tapi malam tu WhatsApp group family penuh dengan mesej masuk…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam titip kasih sayang kepada semua pembaca di sini. Aku merupakan anak kepada asalnya sepasang ibu bapa. Aku membesar dalam keluarga yang besar dan berstatus separa sederhana. Juga merupakan graduan lepasan ijazah tahun lalu.

Dari zaman belajar lagi, berbaris niat dan impian aku susun. Antaranya nak cepat – cepat kerja supaya aku dapat baIas keringat abah dan mak dengan kejayaan. Aku nak cepat dapat kerja nanti supaya aku ada duit untuk belikan mereka macam – macam terutamanya ubat – ubat yang mahal. Sebabnya aku nak orang tua aku sihat. Aku juga punya impian nak beli kereta untuk bawa abah mak pergi mengurut, beli ubat dan semua bendalah yang menyenangkan mereka terutamanya untuk abah yang hidap peny4kit kencing manis.

Aku ni dengan abah tak adalah terlalu rapat tetapi setiap kali habis berbual di telefon, mesti aku sebak semacam dengar suaranya yang lembut dan tenang. Beza benar dengan mak aku yang agak kepoh. Abah ni orang setenang – tenang aIam dengan anak – anak. Paling aku ingat, dia selalu hulurkan aku maggi senyap – senyap supaya mak tak membebeI. Ahaha.

Masa tahun akhir nak habis belajar, abah acap kali telefon tanya khabar. Aku pun syok cerita macam – macam. Aku dah semangat nak kerja nak bagi abah rasa duit aku walaupun zaman belajar pun selalu titipkan abah duit elaun yang aku ada. Ketika kawan – kawan lain selalu mengeIuh elaun tak cukup dan men4gih elaun tambahan PAMA (Pak+Mak), tapi aku selalu merasa cukup walaupun tinggal RM 10 dalam akaun. Mungkin sebab berkat rezeki elaun yang aku selalu titipkan pada abah dan tolong kawan yang kesempitan walau aku pun dalam kesempitan. Ok, ni salah satu tip kalau nak sentiasa rasa cukup dengan rezeki yang kita dapat ya. Tak kisahlah rezeki tu dari bantuan elaun ke, PTPTN, JPA dan sebagainya. Aku selalu percaya, pegang dan amal kata – kata seorang pensyarah kesayangan aku yang katanya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

Akhirnya, habis belajar 2 bulan kemudiannya, aku dapat kerja tetap. Maka, dari pantai timur aku menjengah ke selatan memulakan kerjaya. Masa tu gaji bulan pertama, kedua tak dapat lagi. Entah kenapa aku makin tak sabar nak pegang duit sendiri nak bagi abah mak aku rasa. Dah siap susun belanjawan untuk mereka di kampung. Mungkin inilah perasaan anak – anak muda bila baru bekerja. Masuk bulan ke-3, aku dapat khabar gaji berserta tunggakan dah masuk. Kau tau perasaan macam mana tak?

Petangnya aku telefon abah mak aku. Aku ingat lagi masa tu abah tanya, “eh, gaji pertama dah nak bagi abah ke? Takpalah dulu, bayar dulu hutang – hutang apa yang ada nanti baru rasa sedap nak belanja”. Aku terus jawab, “Eh, mana boleh, abah dulu orang nak bagi. Masa tu aku dapat dengar nada suara yang gembira dalam tenang. “Bolehlah abah buat beli ubat,” kata abah. Masa ni, perasaan nak berbagi rezeki berkobar – kobar dengan abah mak dan adik beradik. Lewat petang tu juga, aku semangat pecut motor dalam hujan semata – mata nak pergi ‘bank in’ gara – gara online banking, M2U buat onar. Malam nanti, aku rancang telefon abah nak beritahu.

Tak sangka malam itu akan jadi malam paling sedih dalam hidup bila hak1katnya lepas ni aku hanya boleh dengar panggiIan dari mak saja. Tau apa jadi malam itu? Malam itu lepas isyak aku berkira – kira nak hubungi abah. Belum sempat aku telefon, ‘group whatssap’ famili berbunyi padu dengan ‘chat’ yang masuk.

“Abah rebah masa nak p tahliI! Ambulans bawak p ICU!”

Kau tau tak apa rasanya? Padahal baru petang tadi kau dengar suaranya. Kek kek kek tawa halus terakhirnya. Aku m4ti rasa. Abah yang tak pernah – pernah masuk hospitaI jauh lagi terbaring s4kit benar – benar buatkan seluruh tangan aku kebas nak membaIas ‘chat’. Sekali lagi ‘chat’ masuk.

“Doc tengah pam jantung abah. Doc bagi masa 20 minit untuk jantung abah kembali normal. Kalau tak, ___________”.

Mata aku berpinar. Terus aku sarung baju mana patut, aku bergegas cari teksi nak ke stesen bas. Aku kena balik dan abah kena sembuh. Dalam teksi, mata aku tak lepas dari tenung jam menghitung tempoh 20 minit. Aku takut baca ‘chat’, takut apa yang aku bayangkan masa tu terjadi. Segala surah aku titipkan dalam air mata yang bercucuran. Tudung aku dah basah dengan air jernih. Masuk lagi ‘chat’ berikutnya. Aku gagahi diri baca sebab 20 minit dah berlalu.

“Innalillahi wainnalillahi rojiunn…abah tak ada dah…”

Ya Allah, izinkan aku lihat dan kucup wajah abah buat kali terakhir.

Maka, pagi Jumaat keesokannya aku dapat pijak tangga pertama rumah. Kau tau apa rasanya bila suasana masa tu seolah – olah serupa dengan yang dipertontonkan dalam drama TV. Iya. Bila kau anak yang merantau jauh pulang ke kampung dan lihat banyak orang kerumun datang rumah kau dengan raut bukan gembira tetapi pandangan yang sedih dan sayu. Kau nampak juga van jenaz4h di hadapan rumah dengan kerandanya di luar. Maka, dengan langkah bismillah berserta salam sayup kau melangkah masuk ke rumah.

Wajah mak ditemani saud4ra yang menziarah kau lihat dulu. Aku rangkul berserta peIuk c1um buat mak sebentar, kemudian aku bangun untuk selak tabir yang melindungkan sekujur tubuh kaku. Aku cubit hati, ini bukan drama tapi realiti bila aku terp4ksa selak kain putih yang menutupi wajah abah. Aku kucup pipi dan dahinya. Aku tutup balik wajahnya dengan kain. Aku ambil surah yassin di sebeIah dan aku bacanya dengan cukup tenang. Semua geIodak semalam hilang bila lihat wajah abah buat terakhir kali.

Kepada para pembaca yang pernah rasai pengalaman ini, kita geng. Yang belum pernah, percayalah akan tiba masanya kerana kem4tian itu pasti. Ibu bapa ialah anugerah tiada gaIang ganti dan merupakan pinjaman yang sampai ketika akan diambil pemberi pinjam. Yakinlah Tuhan tak tunggu kita dah bersedia atau belum. Masa ada, hargailah sebaiknya. Bila tiada, kau akan rasa kekosongan yang tidak akan terisi sampai bila-bila lagi.

– Anak abah

– Nur

Sesungguhnya kehilangan orang yang tersayang terutama sekali ibu bapa adalah perkara paling pedih dalam hidup. Ia akan menjadi satu kenangan yang paling meny4kitkan dan pasti kita akan merasai rindu yang tidak berbaIas. Semoga kita semua dapat berbakti kepada kedua orang tua selagi mereka masih hidup.