Bila ada staff mengandung, aku kena cover kerja dorang. Asyik cuti, tak larat kerjalah. Aku plak yang kena jaga bini orang

Tahun ini kerajaan mula waartakan cuti bersalin 98 hari, m4kin ramailah yang merancang nak mengandung. Ramailah staff yang nak mengandung pada waktu yang sama. Yang jadi m4ngsanya pekerja lelaki dan yang bujang. Tolonglah, kalau rasa tak mampu nak bekerja bila hamil, berhenti..

#Foto sekadar hiasan. Aku minta maaf awal – awal kalau apa yang aku luahkan ni menyinggung perasaan sesiapa tapi aku mohon, tolonglah fikirkan sejenak kalau kalian berada di tempat aku. Aku faham wanita mengandung ada banyak keistimewaan, tapi jangan sampai menindas orang lain terutamanya rakan sekerja.

Tolonglah letak sekejap diri anda di tempat orang lain juga, fahami perasaan orang lain juga daripada asyik minta orang lain faham keadaan korang. Dalam syarik4t aku, pekerja lelaki tak banyak. Pekerja perempuan lebih ramai.

Dan sebab ni syarik4t lama dan kukuh, kebanyakan mereka dari zaman bujang sampai berkahwin kerja di sini. Makanya tak ramai staff yang bujang. Jadi isu bila staff perempuan ramai yang mengandung pada waktu yang sama.

Dan tahun ini pula kerajaan mula waartakan cuti bersalin 98 hari, maka m4kin ramai lah yang merancang untuk ikut mengandung juga. Masalah bermula dari awal mengandung lagi, bukan waktu cuti bersalin sahaja. Mari aku ceritakan kenapa aku tak puas hati.

Awal mengadung, akan ada fasa alahan. Tak boleh buat kerja lama – lama. Mereka akan banyak ambil cuti s4kit. Kalau datang kerja pun, akan banyak rehat. Selalunya fasa ni ambil masa dalam dua hingga tiga bulan. Ada juga yang dari mula sampai nak cuti bersalin pun tak boleh buat kerja sangat, sebab alahan orang lain – lain, tak sama katanya.

Kita kena faham mereka. Kemudian, cuti bersalin. Lepas habis cuti bersalin, akan selalu ambil cuti sebab anak tak sihat, masalah pengasuh, dan lain – lain lagi. Maka, yang jadi m4ngsanya aku dan staff bujang yang lain. Tapi aku nak fokus ke arah aku sebab ni confession aku.

Aku ada anak kecil juga, bini aku pun tengah mengandung. Sebab ramai pekerja perempuan tak boleh kerja sebab alahan, ada yang cuti bersalin, cuti jaga anak, aku terp4ksa cover kerja dorang. Departmen aku ni kerja spesifik sikit, nak train orang baru sangat rumit dan perIukan sijil khas.

Bila aku kena cover kerja mereka, ya, ada dapat imbuhan atau elaun lebih. Tapi sampai satu tahap, duit ni dah tak berbaloi dengan apa yang aku hadap. Balik rumah, dah lewat. Penat. Cuti hari minggu terp4ksa kerja, hilang masa dengan anak – anak.

Isteri kat rumah pun penat jaga anak – anak, aku kena take over bagi dia rehat. Tak apa, sebab tu isteri aku. Yang str3ss bila kat tempat kerja nak kena jaga bini – bini orang, siapkan kerja – kerja orang, nak jaga bini sendiri lagi.

Aku penat! Kesian kat anak – anak aku. Nak berjalan cuti sekolah tapi tak boleh, tak cukup staff nak cover kalau aku yang lelaki ni pun cuti. Aku sampai tengok muka anak – anak, rasa nak menangis kesian. Dah berapa banyak kali cuti aku ditolak sebab alasan tak kukuh katanya.

Kalau nak cuti sebab anak tak sihat, dik4ta pula yang isteri aku kan suri rumah. Kenapa perlu aku yang cuti? Sekarang ni baru nak masuk bulan tiga. Tapi aku dah burn out sangat. Aku jadi risau kalau ada lagi yang join nak mengandung sebab m4kin ramai yang bermasalah nak bekerja. Tolong lah.

Kalau rasa tak mampu nak bekerja bila hamil, berhenti supaya company boleh ambil staff baru yang bujang. Bagi la suami korang yang jaga korang, bukan kami para lelaki kat tempat kerja ni. Aku penat nak layan kerenah rakan sekerja yang mengandung.

Aku pun ada isteri, anak – anak kat rumah yang perIukan kudrat dan perhatian aku. Korang yang pilih nak mengandung, nak ada anak. Jangan libatkan orang lain. Kenapa orang lain asyik nak kena faham korang? Bila mengandung, alahan kuat, tak larat kerja, tolonglah berhenti dan bagi suami korang yang handle.

Jangan serabutkan kepala suami orang lain. Bincanglah dengan suami korang. Tolonglah jangan aniaaya orang lain. Kesian la kat kami yang nak kena cover kerja anda. Tolonglah. Kami ada keluarga dan anak bini jugak.

Kesian la kat anak – anak aku. Aku rela dikecam asalkan ada yang terbuka hati bila baca confession aku ni dan fikir dalam – dalam, rancang betul – betul sebelum mengandung dan jangan susahkan orang lain. – Mr Anon (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

AR Anin : Faham isu burn out. Faham juga isu mengandung. Faham juga pe’el manusia yang over react dan over acting. Faham juga take advantage. Dalam isu ni, sepatutnya nawaitu masing – masing. Kalau mengandung tapi niat nak malas – malas kerja dan berlakon lemah, tunggulah aliran kifarah tu.

Mungkin kena pada masa depan dibuat balik oleh orang lain atau pada anak. Kalau betul lemah dan susah kawal hormon ups and down, tapi rakan sekerja lelaki tak ada empati, maybe kifarah kepada wife lelaki tu semula.

Kalau masing – masing tau tanggungjawab, keberkatan, tak timbul isu ni. Ingatlah, kita ni mengandung zuriat kita, buat baik pasti zuriat akan jadi benih yang baik. Kalau sebaliknya, semoga zuriat kita tak diduga untuk d0sa – d0sa kita. Permudahkan urusan orang, Allah pasti akan mudahkan urusan kita.

Nuriz Ashikin : Lohh.. ni bukan masalah perempuan hamil. Ni masalah management company kau. Tambahlah pekerja. Kalau bila ada staff yang cuti, then staff lain yang backup tu rasa terbeban, maksudnya workload sedia ada kau tu memang dah banyak.

Kat company aku, kitorang diberi kerja yang bukan sampai tahap maksimum. So bila ada colleague yang cuti, kitorang backup. Tapi tak rasa terbeban pun. Btw wife kau pun pernah pregnant. Dia memang tak keje ke? Memang tak penah susahkan sesape masa pregnant?

Iera Wan : Wow..  saya tak pernah mengandung lagi tapi pernah kerja dengan orang mengandung. Satu department preggy 2 – 3 orang tapi takde plak rasa kena buIi dengan preggy mommies. Ade momies tengah pantang pon buat keje.

Tak semua orang macam tu. Tolong jangan pukuI sama rata. Like semua ibu tak layak kerje? Bende boleh seat n discuss. Jangan plak isu u bawak hari ni jadi dekat anak perempuan u besok. Kat korea company taknak amik ibu bekerja sebab dia ibu yang ade anak. Jangan sampai Malaysia jadi macam tu. Solution ade kalau cari.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.