You dont have javascript enabled! Please enable it!
Connect with us

Umum

Dah 8 tahun kahwin, saya masih tak ada rasa cinta dekat suami

Published

on

Suami langsung tak ada sikap toleransi. Semua benda akan salahkan saya. Bayangkan kalau pergi mall, ramai orang, saya disalahkan. Hujan pun saya disalahkan. Orang lain parking kereta tak betul pun, saya jugak yang salah. Itu belum part dia marahkan anak – anak. Sampai satu tahap dia tolak kepala anak – anak sebab kotorkan kerusi sambil keluarkan kata kesat..

#Foto sekadar hiasan. Saya perkenalkan dulu diri. Nama di beri Azi (bukan nama sebenar) berumur 30-an dan berkerja dalam bidang pr0fesional. Sudah berkahwin hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.

Sebenarnya apa yang bakal saya ceritakan tak pernah saya ceritakan kepada sesiapa. Rahsia hati yang dah terlalu lama dipendam dan disimpan.

Saya berkahwin setelah perkenalan singkat melalui orang tengah. Hanya sebulan berkenalan melalui membaIas email sahaja terus setuju untuk bernikah. Jujur, hati waktu tu yakin benar dialah lelaki yang boleh bimbing saya untuk menjadi lebih baik.

Advertisement

Saya tak pernah bercinta dan tak pernah tahu perasaan bercinta tu bagaimana. Tapi saya masih ingat suatu masa dulu sewaktu kolej saya pernah terbaca satu kisah tentang seorang isteri yang meminta cerai dari suaminya sewaktu anak – anak sudah besar dan berjaya.

Alasannya? Tiada rasa cinta. Hanya sayang. Dia bertahan selama ini kerana anak – anak. Kini anaknya sudah besar, dia rasa tanggungjawabnya sudah habis.

Jadi di usia lanjut tu, dia minta cerai dari suaminya. Menangis suami dia memujuk tapi dia tetap pendirian, masih mahu bercerai. Akhirnya mereka bercerai.

Kenapa saya ceritakan kisah ni? Sebab saya risau sangat saya akan jadi seperti perempuan itu. Dah hampir 8 tahun berkahwin, tapi saya masih gagal cintakan suami saya. Saya masih tak tahu macam mana perasaan orang bercinta.

Advertisement

Sewaktu kami baru saja bernikah, pertama kali kami berpimpingan tangan sewaktu photosho0t..

Saya rasa kosong.

Sewaktu malam pertama..

Saya rasa kosong.

Advertisement

Tak rasa apa – apa.

Sewaktu honeymoon bersama..

Saya rasa kosong.

Tiada rasa bahagia seperti pasangan lain,

Advertisement

Tiada rasa cinta berputik seperti pasangan lain.

Ketika orang lain berasa gembira bila ‘bersama’,

Saya menangis teresak – esak sehingga lebam mata,

Kerana saya tak rasa apa – apa langsung,

Advertisement

Tiada perasaan seronok,

Tiada perasaan sayang,

Tiada perasaan cinta,

Kosong. Gelap. Hanya beban.

Advertisement

Lelaki ni pilihan saya.

Jawapan kepada istikharah saya.

Tapi kenapa saya gagal ada perasaan untuk dia?

Sudah hampir 8 tahun. Sayang tu ada. Tapi cinta? Geleng kepala. Beban ni terlalu berat untuk saya. Dah beratus – ratus kali saya rasa nak bercerai. Dah berkali – kali rasa seperti mahu bunvh diri. Tapi hanya perasaan yang saya simpan dalam – dalam.

Advertisement

Saya cerita sedikit tentang suami. Bukan nak menyalahkan tapi saya rasa mungkin punca kenapa susah sangat cinta tu nak berputik. Sewaktu saya setuju untuk berkahwin dengannya, kami berdua masih status pelajar. Dia adalah presiden di persatuan besar di universitinya.

Memandangkan saya juga sejenis yang ‘0utsp0ken’, saya mencari suami yang berkepimpinan dan boleh memimpin saya. Sebab itulah saya rasakan dialah orang yang paling tepat untuk saya. Dia solat, berusrah dan belajar agama.

Apa yang menyebabkan saya kecewa adalah kerana dia baran orangnya. Tak boleh nak hadap str3ss langsung. Asal ada benda kecil yang dia tak suka, dia akan start marah – marah dan meng4muk. Contohnya bila kami dating ke mall, tengok – tengok ada orang ramai kat mall, dia serabut.

Mulalah marah – marah tak tentu pasal. Saya pulak disalahkan sebab pilih ke mall tu. Banyak lagiIah. Pendek kata, ‘str3ss toIerance’ dia amatlah lemah.

Advertisement

Senang trigg3red dan meng4muk. Tapi tak pernahlah dia pukuI saya atau keluar kata kesat. Cuma kata – kata yang menyindir dan menyalahkan yang saya dengar. Bila anak buat salah sikit je, contohnye kesat tangan kot0r kat kerusi, terus meng4muk.

Tolak kepala anak. Kata anak bod0hla semua. Padahal benda kecil je. Nanti kerusi tu saya pun yang bersihkan, bukan dia pun. Selalu sangat macam tu. Keluar kata kesat pada anak. Tolak – tolak kepala anak. Padahal salah anak kecil sangat – sangat.

Lagi satu, hingga sekarang, saya tak rasa yang kami boleh berbincang elok – elok tentang apa – apa pun. Semuanya saya yang perlu buat keputusan sendiri. Dia malas fikir.

Bila hasilnya tak cukup baik, dia akan salahkan saya. Semua salah saya. Kalau hujan pun saya salah. Ramai orang pun saya salah. Orang parking entah apa – apa pun saya salah. Entahlah.

Advertisement

Waktu saya nak beli kereta saya ajak dia sebab keputusan besarkan. Nak beli kereta pertamakan? Tapi bila pergi beli kereta, dia buat endah tak endah. Suruh saya buat keputusan sendiri. Bila dah beli dan loan approved semua, barulah salahkan saya kenapa tak survey lagiIah.

Kenapa pilih kereta tu lah. Kenapa ni. Kenapa tu. Bla bla bla.. Waktu tanya pendapat tak cakap apa – apa. Bila dah confirm mulalah keluar hujah macam – macam nak kata saya salah. Hmmm..

Saya pun perasan dia mak1n lama mak1n kurang tolong saya buat kerja rumah. Kami berdua kerja. Tapi kebanyakan kerja saya yang buat. Dia akan buat satu kerja, lepas tu lepas tangan. Kalau sehari tu dia dah tolong lipat baju, simpan baju dan kerja – kerja lain dia tak tolong dah.

Kira macam dia dah menyumbang untuk hari tu. Mak1n lama saya mak1n penat. Semua benda saya uruskan. Dari memasak, mengemas, membersih, uruskan anak sekolah, ajar anak buat kerja sekolah, ajar mengaji, ajar solat. Semualah.

Advertisement

Bukan tak ada yang baik. Dia sebenarnya pemurah tapi tak pandai uruskan kewangan. Jadi hutang banyak. Saya faham dan kami bahagikan beban kewangan. Dia bayar separuh bayaran bulan rumah dan 2/3 bayaran anak – anak. Bil elektril, bil air dan wifi dia bayar.

Tapi barang dapur, susu, pampers, barang rumah semua saya. Rumah saya bayar separuh. Anak – anak saya bayar 1/3. Saya faham keadaan dia. Kalau dia ada duit memang dia tak kedekut.

Dia juga boleh terima kalau saya tegur. Kami dah banyak kali heart to heart. Dah banyak kali saya luahkan apa yang saya rasa (kecuali saya tak pernah bagitahu saya tak cinta kan dia). Dia ada berubah. Tapi, masih baran terutamanya kepada anak – anak.

Entahlah.. Saya rasa kosong. Saya sedih suami tak boleh jadi bestfriend saya. Saya masih rasa kekok nak berbincang dengan dia. Saya tak rasa suami membimbing saya. Saya tahu suami saya masih baik. Tak pukuI isteri. Tak minum ar4k atau jvdi. Tak main perempuan.

Advertisement

Tapi saya sedih sebab saya tak mampu cintakan dia. Dah 8 tahun kami bersama. 8 tahun. Tapi masih tiada cinta. Saya buntu. Dah puas saya menangis dan berdoa supaya Allah hadirkan rasa cinta tu. Tapi masih gagal.

Saya tak mahu jadi seperti wanita itu. Saya mahu bahagia. Doakanlah saya di pertemukan jalan keluar. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya.

Isteri yang tak pandai mencintai, – Azi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Advertisement

Fadzilah A Kadir : Maaf cuma pandangan saya saja… cuba puan berjauhan dengannya dalam seminggu ke. Balik kampung tanpanya atau bawa anak – anak saja makan angin… mungkin masa tulah perasaan rindu dan kasih akan timbul. Mungkin puan cuma tidak bersamanya diwaktu siang sebab masing – masing bekerja… apabila malam dan hari cuti pastinya puan bersama hadap mukanya…

InsyaAllah kekadang bila kita berjauhan, masa tulah perasaan rindu akan datang di hati masing – masing dan itulah salah satu tanda kita saling mencintai…

Dalam berumahtangga ni… perasaan sabar dan tolak ansur adalah asas kerukunan rumahtangga… kalau puan mampu buat, ajak suami pergi ke program – program motivasi yang banyak dianjurkan sekarang ini.

Che Ainun Nasihah Ismail : Suami confessor memang t0ksik orangnya. Luaran nampak hebat, dalaman hanya yang terdekat tau betapa siksanya berpasangan dengan orang begini.

Advertisement

Mungkin orang lain berpesan supaya bersabar saja disebabkan ‘kehebatannya’, pernah menjadi presiden bagai. Tapi si confessor tau betapa siksanya jiwa hidup dengan orang yang mentaIIy abus1ve begini. Lambat laun, confessor boleh kemurungan dek t0xic relationship begini.

Buat confessor, carilah bahagia sendiri. Kalau masih nak bertahan disebabkan fikirkan anak – anak dan sebagainya, haruslah terima yang mungkin confessor sendiri akan tersiksa jiwa sampai ke akhirnya dan bersedialah untuk berk0rban bahagia dan perasaan sendiri demi anak – anak mahupun sebab – sebab lain.

Puan Zuera : Mungkin tak ada rasa cinta sebab suami tu panas baran.. Salah orang benda lain, tapi suami tetap salahkan awak.. Awak rasa str3ss dan meIuat… Doa banyak banyak pada Allah agar hati suami tu lembut, tak panas baran…

Boleh amalkan zikir Ya Aziz.. Ya Jabbar… Ya Mutakabbir…

Advertisement

Baca dan hembuskan ke ubun ubun suami sewaktu suami tidur. Hembuskan di tapak tangan, & letakkan di atas dad4 suami sambil baca doa “ya Allah, lembutkan hatinya sepertimana Engkau lembutkan besi”

Fauziah Sulaiman : Saya pun lebih kurang awak jer…tapi dia sayang anak lebih..diorang ni konon jenis perf3ctionist.. bab menyalahkan bini, mengutuk, h1na.. biasa le.. memuji susah sekali… tapi saya syko balik..

saya cakap.. kalau pukuI bini.. esok dlm kubvr mala1kat pukuI awak habis habisan… kalau berkira.. dal m kubur Allah berkira denga awak.. saya suka amalkan surah yassin.. kalau dapat hari – hari baca.. 4 qul, doa syifa.. tiup kat air 2-3 jag, baca doa yassin.. hilangkan kesusahan, semua surah tu saya hadiah tuk mak ayah suami anak diri saya, dan muslimin dan muslimat.. khamis malam jumaat pun ok jer.. hari –  hari suami dan anak minum air yassin saya… nak hilangkan baran… itu satu peny4kit tu..

sebelum tu baca fatihah dan selawat hadiah tuk Rasulullah saw keluarga dan sahabat.. in Shaa Allah… untuk cinta dan sayang baca lah doa yang ustazah bagi… hembuslah kat ubun ubun masa urut urut kepala dia, badan ke, kaki ke… saya pun keje.. anak lagi.. memang penat. .tapi buat jugak… somi pun ade kate dia sayang saya sebab saya suka urut dia…

Advertisement

ubat yang lain untuk sayalah bersabar memang kene banyak, redha, berk0rban perasaan, ini semua ujian Allah.. perasaan cerai tu.. hasutan sya1tan… yang suka manusia bercerai berai… kuatkan hati puan.. ingatlah sesungguhnya hidup m4ti ku hanya untuk Allah…

Rara Ghaz : Dear confessor, awak sedang berada dalam satu situasi yang sangat t0xic akibat sikap suami awak.

Kalau rasa nak bercerai, cuba bincang dengan suami. Kalau dia terk3jut & terus berubah secara drastik itu menunjukkan dia memang menghargai awak.

Tapi kalau dia terk3jut dan marah, atau mungkin mengugut, atau mungkin tak kisah – maka teruskanlah untuk berpisah. Jangan siksa diri.

Advertisement

Orang boleh kata macam – macam… awak tak bersyukur la, awak tak cukup berdoa la, awak demand la… sebab yang kata tu tak duduk dalam kasut awak.

Advertisement

Copyright © 2024 Media Cite Heboh