Ayah suruh aku lawat pakcik, tapi aku masih berd3ndam. Masa kami susah miskin puas kena h1na RM1 pun susah nak hulur

Aku d3ndam dengan semua saud4ra yang dulunya pandang  h1na kami, langsung tidak jenguk, hulur duit RM1 jauh sekali sebab takut jatuh miskin. Takut nak melawat bimbang kena hulur duit. Kalau kami datang terus sorok makanan takut habis. Bila dah senang, semua nak mendekat? Semua add friends kat facebook..

#Foto sekadar hiasan. Hai, Tom kembali lagi. Kali ni, aku nak cerita pasal keluarga aku. Keluarga aku miskin, miskin sebab gaji ayah aku tak sampai RM1000 pun dengan adik beradik aku yang ramai (7 orang). Bayangkan, kecik – kecik semua nak sekolah kan.

Walaupun kami hidup miskin, tapi kami tidak meminta – minta dengan orang. Alhamdulillah masih cukup makan minum. Mungkin sebab duduk di kampung. Ada tanam ubi, sayur, ulam – ulaman. Bela ayam. Padi je kami tak tanam hahaha.

Asbab kemiskinan kami, semua saud4ra mara menjauhkan diri daripada kami sekeluarga. Tak ada yang datang melawat pada hari raya. Hari – hari biasa lagiIah jauh simpang malaik4t 44 kan walaupun semua duduk dalam 1 negeri, 1 daerah sahaja.

Masa aku kecil, aku tak faham semua ni, setiap kali raya aku akan ajak mak ayah untuk pergi ke rumah saud4ra mara. Sebab pada masa ni lah aku boleh kumpul duit banyak – banyak untuk bayar yuran sekolah atau beli barang sekolah.

Kalau dapat RM100 rasa macam bahagia sangat hidup, pada zaman tu (90-an), duit RM100 sangatlah besar nilainya. Ibu aku pernah kata “asyik kita je lawat rumah orang, orang tak datang pun rumah kita”. Sampai ibu bapa aku agak tidak gemar untuk ke rumah saud4ra mara.

Mereka juga selalu memandang dengan pandangan semacam atas bawah tengok kami adik beradik yang rapat – rapat usianya. Mereka tidak sukakan kami. Ibu aku selalu bercerita (masa ni aku dah bekerja dan dah dewasa) ada makcik aku yang sentiasa memerli ibu kerana miskin – miskin pun nak anak ramai.

Sehingga lah 15 – 20 tahun berlalu. Semua adik beradik aku berjaya masuk universiti, berjaya mendapatkan kerja yang bagus. Ada yang berjaya kerja dalam sektor kerajaan dan ada juga swasta. Ada juga yang menjadi pakar.

Ini semua mungkin hasil dari didikan ibu bapa aku yang sangat mementingkan pendidikan walaupun hidup miskin. Kerana hanya dengan pendidikan sahaja kita dapat ubah nasib kita. Lagipun zaman dulu bukan ada tiktok kalau ada tak payah lah aku belajar kan baik jadi influencer je haha (gurauuuuu)

Masih jelas dalam fikiran aku, buku latihan pun aku pakai yang tahun lepas punya. Kira sambung je yang ada muka surat yang kosong. Belanja harian? Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, ibu akan bekalkan makanan untuk kami.

Segala susah – payah kami tanggung bersama – sama. Dari kecil sampai nak masuk kerja, kami hidup susah. Aku sendiri sekarang sudah dapat bekerja dengan pendapatan kategori M40. Kakak dan abang aku yang lain pun semua M40 dan T20 (yang dah tua).

Aku bukan nak cerita sangat pasal kategori kekayaan ni. Dah macam kaunter Sumbangan Tunai Rahmah dah hahahaha. Yang aku nak cerita kat sini, bermula dari adik beradik aku yang lebih tua dah kerja best, mula lah saud4ra mara nak mengaku kami ni sed4ra mereka kan.

Pada 1 hari raya yang mulia, ada sorang sed4ra ni dari jauh melaung nama kakak aku yang merupakan seorang engineer minyak. Tak masalahnya, dalam ramai – ramai kami berjalan macam itik serati ni, kenapa nama kakak aku sahaja yang diserunya? Kenapa tidak nama ibu aku yang merupakan kakak iparnya?

Kakak aku hanya mengangkat tangan pura – pura senyum. Pastu, kami terus mengumpat. Kakak aku kata, masih dia ingat bahawa sed4ra yang tu lah yang tidak mahu menolongnya masa dia nak masuk universiti. Bukan tolong pinjam duit pun, nak tolong printkan borang je.

Yelah dah nama pun miskin, mana ada komputer petak kotak besar tu. Kedai cyber cafe pun jauh. Ok, berbalik dengan tajuk cerita aku perlu ke menziarahi orang s4kit? Ceritanya pak saud4ra aku jatuh s4kit. Kebetulan jarak rumahnya tak jauh dengan rumah aku menetap sekarang (bukan rumah di kampung).

Ayah aku selalu menasihati aku untuk melawatnya. Ayah aku kata penting untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Melawat orang s4kit juga boleh masuk syurga katanya. Aku kata, “takpelah banyak lagi amalan masuk syurga yang lain”.

Aku bukannya apa, cuma d3ndam jeeeeeee. Ye, aku berd3ndam. Aku d3ndam dengan semua sed4ra mara yang dulunya memandang h1na kami, langsung tidak menjenguk, hulur duit RM1 jauh sekali sebab takut jatuh miskin.

Takut nak melawat bimbang kena hulur duit. Kalau kami datang terus sorok makanan takut habis, yelah ramai kan. Padahal kami sendiri tak pernah putuus bekalan makanan kat rumah. Itulah keburukan hidup miskin, semua orang mahu menjauh.

Tapi kenapa apabila dah senang, semua mahu mendekat? Semua add friends kat facebook dan cuba menegur? Jangan kata sudah insaf ya. Sebagaimana kalian menganggap kami tidak wujud 1 ketika dahulu, sebegitulah kami anggap kalian sekarang.

Maaf, tidak perlulah pembaca semua nasihatkan supaya memaafkan, lupakan sengketa lama. Aku bukannya nak bongkak dengan nikmat kekayaan yang Allah bagi. Tapi kenapa sekarang? Kenapa bukan dulu? Kemarahan yang masih terpendam.

Kalau boleh aku tak nak ada apa – apa kaitan dengan mana – mana pakcik makcik aku. Biarlah jiran – jiran je aku anggap saud4ra mara. Walaupun sama – sama hidup miskin, tetapi sangat prihatin dengan kami sekeluarga.

Setiap kali raya, aku masih melawat sed4ra mara aku dengan ibu ayah sebagai tanda hormat ibu ayah. Dan sebab mahu menjaga air muka mereka. Tapi untuk aku pergi sendiri melawat sorry to say, aku tak akan pergi. Ibu aku sendiri lebih suka duduk di rumah saja ketika hari raya dan makan kerepek depan tv.

Mungkin dia sendiri dah jemu zaman dulu selalu dikecam, dih1na kerana hidup miskin. Aku mempunyai ramai anak saud4ra. Aku bertekad dalam hati sesekali tidak akan membiarkan mereka berasa tersisih. Anak – anak saud4ra di sebeIah isteri aku kebanyakan dari keluarga sederhana.

Tapi aku tak akan ulang perbuatan yang sama kepada mereka. Aku selalu belikan mereka hadiah setiap kali balik kampung. Cukup dengan mainan kedai rm2 atau makanan, sudah membuatkan mereka gembira. Akhir kata, jangan contohi sikap aku yang berd3ndam.

Aku sudah maafkan mereka sebenarnya, tapi aku lebih selesa hidup sekarang seperti tak ada sed4ra mara. Biarlah hati aku pun tak terIuka apabila terkenang balik peristiwa lama. Kisah yang aku coretkan ni sikit je sebenarnya banyak lagi benda jahat yang diorang buat.

Hidup miskin orang benci. Tapi janganlah jadi miskin h1na yang hanya harapkan bantuan orang tapi jadilah miskin terpelajar, bermaru4h yang boleh ubah nasib keluarga atas nama pendidikan. Sekian, – Tom (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Dee Ya : Kalau ikutkan, memang baik pergi melawat orang s4kit tapi saya faham, rasa s4kit hati tu saat kita miskin tapi takde sape pandang. Awak tak payah la pergi melawat. Dia pun tak pernah datang rumah awakkan. Kalau ayah awak nak pergi, biar je dia pergi. Menyampah dengan orang yang nak berbaik dengan kita sebab kita dah ada keje yang elok.

M.A : Dia kan.. Bila kita miskin tak berduit, semua orang menjauh, tapi bila kita senang, orang yang tak pernah kenal pun nak berkawan. Lumrah dunia. Saya pun pernah rasa lebih kurang yang awak rasa. Masa kecik, rumah kami papan, buruk, bocor sana sini, kalau hujan bukan luar rumah je hujan, dalam rumah pun hujan.

Sepupu saya cakap “eh rumah kau buruk ah, dah nak r0boh”. Sed4ra mara nak datang pun jarang, yelah tak selesa rumah buruk. Nak duduk atas lantai pun geli. Tapi bila kami dah dewasa, rumah tu pun dah diganti dengan rumah baru, eh ramai pulak yang asyik datang bertunggu bertangga macam taknak balik.

Asal hari cuti je ada je sed4ra mara datang lepak berjam – jam. Lepas tu diorang kata kitorang adik beradik sombong. Dia tak tau kami masih ingat lagi sombongnya mereka dulu. Ambik masa juga untuk melupakan perasaan d3ndam tu.

Harap awak juga dapat melupakan d3ndam tu suatu hari nanti. Omputeh kata, take the high road. Don’t stoop to their level by doing what they did. Moga awak lebih tenang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?