Aku ketua di tempat kerja dan mempunyai 3000 anak buah. Ramai anak buah yang mesej cerita masalah sehinggalah ada seorang wanita janda anak 3 mesej aku. Bila tengok profile, memang cantik. Lepas 6 bulan, dia minta pinjam duit nak repair rumah. Sebagai boss mestilah aku tolong..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin, mohon siarkan la kisah saya ni. Saya juga terpanggil untuk menggunakan platform (beberapa) yang ada ini, bagi meluahkan rasa kecewa, marah dan paling penting sebagai pengajaran kepada semua lelaki di luar sana.
Ini berkenaan kisah saya yang jatuh hati kepada seorang janda anak tiga. Saya lelaki dan sudah berkahwin. Kisah bermula pada pertengahan tahun 2019 apabila saya berjaya lulus peperiksaan dan dinaikkan pangkat. Pangkat yang dipegang ini membolehkan saya mengetuai lebih 3,000 orang pekerja.
Sebagai seorang pegawai muda berusia awal 30-an, saya menjalankan tanggungjawab dengan kerap mengunjungi cawangan – cawangan organisasi saya yang beroperasi di seluruh Malaysia. Saya mula dikenali oleh ramai kakitangan.
Ada mula yang menelefon dan Whatsapp untuk berkongsi pelbagai masalah kerja dan kehidupan. Selepas beberapa bulan pada satu petang saya ditelefon dan menerima mesej daripada seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan pembayaran elaunnya.
Disebabkan profil Whatsapp beliau menampakkan wajah seorang Wanita bertudung dengan wajah yang cantik dan lawa, terdetik di hati saya untuk bersembang pelbagai perkara. Setelah dua bulan berlalu, perbualan saya dengan wanita ini menjadi sangat kerap.
Perbualan kami pada awalnya lebih ke arah kesusahan hidupnya sebagai ibu tunggal. Beliau telah diceraikan oleh beberapa orang suaminya sebelum ini atas sebab yang saya tidak diceritakan begitu jelas. Ungkapan seperti ‘I love you’ dan ‘rindu awak’ sudah mula muncul.
Malah, video call menjadi rutin kami setiap malam ketika isteri dan anak – anak saya tiada di rumah atau telah tidur. Saya merasakan telah dapat menawan hati wanita ini kerana kerap mengambil berat berkenaan diri dan anak – anaknya.
Setelah Hampir enam bulan kemudian pada satu petang wanita ini menghantar mesej kepada saya untuk meminjam duit daripada saya sebanyak RM300 atas alasan membaik pulih rumah. Wanita ini masih tinggal dengan keluarganya.
Sebagai seorang pegawai muda yang mempunyai pendapatan yang selesa. RM300 tidak menjadi halangan, kerana memikirkan dia adalah staf dan paling utama, saya telah jatuh hati kepadanya. Dari situ bermula kisah konflik perhubungan dengan wanita ini.
Hampir dik4takan setiap minggu wanita ini ingin meminjam duit. Kadang – kadang, setiap hari saya akan terima mesej daripadaya seperti ‘Awak pinjam RM50 boleh, adeh!!’. Pernah ada satu kali, wanita ini mahu meminjam ratusan ringgit kerana mahu membuat rawatan kosmetik kerana mendakwa mulutnya s4kit.
Saya yang mula merasa tidak selesa, menegur wanita ini bahawa kes4kitan itu bukannya teruk dan lebih baik duit digunakan untuk perkara penting. Hampir seminggu wanita ini tidak menghubungi saya dan tidak membaIas mesej. Mungkin merajuk.
Setelah satu minggu, barulah dia membaIas mesej. Pada penghujung perbualan itu, seperti biasa dia memohon meminjam sedikit wang. Bagi memujuk beliau, saya memberikannya duit tanpa berfikir panjang. RM150 jeee..
Sejak itu sudah menjadi kebiasaan, setiap perbualan akan berakhir dengan transaksi wang. Saya merasakan keadaan ini sangat teruk apabila gaji bulanan RM4,000 dirasakan tidak cukup. Malah, bayaran hutang kereta saya sedikit terlewat kerana ketiadaan wang untuk saya lagi.
Paling teruk, saya terp4ksa meminjam duit isteri dan adik beradik sendiri atas pelbagai alasan tanpa mereka mengetahui perkara sebenar. Ada situasi, dia sengaja blok saya di Whatsapp dan saya bagaikan orang giIa cuba menghubungi dia dengan pelbagai cara.
Wanita ini hanya unblok pada waktu – waktu tertentu untuk berbual seketika dan memohon meminjam sedikit wang dan kemudian blok. Setiap kali ada peluang, saya akan cuba berbual dengannya dengan bersungguh – sungguh dengan harapan untuk memujuk dan mengambil hatinya semula. Tentu sekali dengan memberikan dia sedikit wang.
Pada bulan – bulan terakhir saya berhubung dengan dia, saya memberikannya hampir RM800 dan sebelum diblok, saya sempat menghantar mesej kepadanya dengan menyatakan, “Tak perlu nak blok – blok, ingat saya ni kilang duit??”. Kemudian itu, dia sudah tidak blok saya.
Pada awal tahun 2022 lepas, sewaktu bulan Ramadan, saya melakukan transaksi terakhir kepadanya dengan memberikan sejumlah wang. Dan sejak itu, saya tekad tidak mahu menghubungi beliau lagi. Dan entah bagaimana, tekad itu menjadi realiti.
Saya tidak menghubungi dia, dia pun tidak menghubungi saya. Apabila saya cuba mengintai Whatsappnya, dia tidak mem-blok saya lagi. Perhubungan kami menemui titik noktah. Perhubungan kami tidak sesekali melibatkan s3ksual atau sentuhan walaupun kerap berjumpa.
Apabila ada masa terluang, saya cuba menyemak kembali transaksi dan hadiah yang diberikan, saya membelanjakan kira – kira RM25,000 tanpa satu pinjaman itu dibayar semula. Ia merupakan satu penyesalan yang amat sangat, atas keb0dohan sendiri.
Saya harap kesalahan saya diampunkan. Oleh itu, saya menasihati para suami atau lelaki – lelaki di luar sana carilah wanita yang memahami kita. Cari wanita yang berilmu dan ada pendidikan. Jika mahu cari janda sekali pun, fikir panjang. – Yang bernama lelaki.
Komen Warganet :
Shuhada Kamaruzaman : Begitulah lelaki.. tak perlu dinasihat.. hanya perlu tunggu biar terhantuk. Baru kena buku dengan ruas. Untung ada isteri boleh pinjam – pinjam lagi. Bersyukurlah Allah bagi rezeki isteri, anak – anak dan pekerjaan yang bagus. Jaga keluarga bukan sibuk nak menggatal. Sekian..
Juanz Aziz : Tak perlu nasihat lelaki, kitorang kat luar ni ok je maintain tak habis kan duit pada orang lain, sebab kitorang ingat lafaz takIik masa akad nikah dulu. Awak tu perlu nasihat diri sendiri. Ingat bini kat umah.
ENa RAkinah : Cara cakap macam gaji 14k, rupanya 4k haha.. Lepas tu ada hati selingkuh dengan janda beranak pinak.. eeeuwwww baru dinaikkan darjat sikit, terus lupa diri, gagal lorh dengan sedikit ujian doniaaa!.. Sepatutnya cerita ini berakhir dengan “isteri saya telah mendapat tahu dan telah meninggaIkan saya, saya dibuang kerja dan diisytihar muflis” titik!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.