Saya bagitahu ibu, saya nak kahwin satu lagi. Sekali ibu bongkar rahsia pasal isteri buat saya terkedu

Saya nekad untuk putvskan hubungan dengan kekasih tapi dia minta RM3000 sebagai ugvtan. Lepas saya bagi RM3000, dia minta lagi RM5000. Saya abaikan permintaan dia dan tak sangka dia betul – betul hubungi isteri saya. Malah dia siap tunjuk gambar kami pergi bercuti berdua. Isteri saya pengsan..

#Foto sekadar hiasan. Kisah – kisah seumpama ini sering terjadi dalam masyarakat kita sejak zaman dahulu kala lagi sehinggalah ke zaman yang serba canggih seperti sekarang ini. Kerana mendengar hasutan, terlalu fokus pada kekurangan pasangan, sengaja mengundang masalah dengan menjalinkan hubungan terIarang serta gagal mengawal nafsu adalah r4cun terbaik dalam menuju keh4ncuran rumahtangga.

Lapan tahun lepas, saya memiliki seorang isteri yang cantik, bekerjaya, kaya dan sukses. Akan tetapi semua itu adalah hasil dari usahanya sendiri sebelum berkahwin dengan saya. Saya adalah lelaki yang sangat – sangat bertuah kerana berjaya menambat hatinya walaupun sebelum ini sudah berpuluh – puluh lelaki cuba menyuntingnya sebagai seorang isteri.

Biarlah saya memanggilnya sebagai Hani sahaja di dalam coretan ini. Ketika menulis kisah ini, air mata saya jatuh berguguran, tidak dapat ditahan – tahan lagi. Anda akan tahu mengapa saya menjadi sangat sedih setelah membaca keseluruhan kisah saya ini.

Selepas setahun berkahwin, kami dikurniakan dengan seorang anak yang saya panggil Baby. Hani dan Baby adalah penyeri hidup saya, tetapi Hani sibuk kerja siang ke malam. Begitulah rutinnya setiap hari. Hani sangat aktif berniaga.

Pagi, bekerja di syarik4t guaman. Pada malamnya pula, Hani akan melakukan perniagaan onlinenya. Pada waktu itu wabak c0vd belum ada lagi, jadi tidak masalah untuk dia ke sana ke sini menguruskan perniagannya dan saya pula mengizinkan kerana faham akan kesibukan Hani.

Hubungan kami sangat – sangat bahagia sehinggalah Baby berusia dua tahun. Kawan mula menghasut dengan pertanyaan kepada saya, “kenapa balik kerja saja terus duduk di rumah, malam tak keluar, jarang baIas mesej di WhatsApp group?.”

Saya memberikan alasan bahawa saya sibuk menjaga anak, nanti lambat jemput anak dari rumah pengasuh, isteri tak ada dan sebagainya. Mula – mula saya tidak kisah apa yang mereka berkata tentang saya. Tetapi lama kelamaan saya termakan juga hasutan mereka yang kononnya Hani tidak mementingkan rumah tangga.

Nak dijadikan cerita, saya mula balik lambat, selalu memarahi Hani. Hani duduk diam sahaja, tak meIawan. Dia kata tak mengapa, nanti dia akan bayar lebih pada pengasuh. Di waktu malam, dia akan jaga baby walaupun terp4ksa pergi berjumpa dengan pelanggan.

Saya pula selepas itu asyik melayan media sosiaI seperti Facebook, sampailah terjumpa seorang perempuan ini. Kami berkawan selama 6 bulan. Bermula dari hai hello, bertanya khabar dan update status romantis dan video call.

Lelaki mana yang tak suka jika ada perempuan yang melayaninya lebih baik dari isterinya sendiri? Setelah sekian lama berhubungan secara maya, kami telah berjumpa secara sulit. Kami sering berjumpa tak kira masa seperti pada hari cuti dan selepas habis waktu kerja, malahan pada waktu bekerja pun kami akan berjumpa sehinggalah kami terIanjur sehingga ket4gih untuk melakukannya.

Saya berjanji akan berkahwin dengan perempuan ini, seorang janda yang tiada anak. Disebabkan saya terlalu kerap ponteng kerja kerana selalu sangat berdating, saya diberhentikan kerja. Saya tak tahu mengapa saya dah tak fikirkan lagi tentang kerjaya saya hanya kerana ingin sentiasa bersama perempuan itu.

Saya rasa cukup seronok dengan layanan yang dia berikan, tak seperti Hani yang kurang masa untuk melayan saya, terutama bab batin. Ketika saya pulang ke kampung, saya ceritakan pada ibu yang saya hendak kahwin lain.

Saya berikan alasan yang Hani terlalu sibuk dengan kerja. Saya fikir ibu akan menyokong saya, sebaliknya ibu berleter panjang sampai pekak telinga saya. Tak cukup dengan itu, apabila saya mempertahankan pendapat saya, ibu menghadiahkan penampar sekali.

“Isteri kamu sibuk bekerja mencari rezeki, kamu pula sibuk berfoya – foya dengan janda tu. Sebenarnya Hani yang selalu hantar wang belanja pada ibu setiap bulan, bertanya khabar tentang ibu setiap hari sebab Hani anak yatim, tak ada sesiapa dah!” kata ibu yang kesal dengan sikap saya yang tidak tahu bersyukur mendapat isteri yang baik seperti Hani.

Saya sedar saya salah, lebih – lebih lagi apabila ibu menceritakan tentang kebaikan Hani selama ini yang saya sendiri pun tidak tahu atas permintaan Hani sendiri. Saya tahu tujuan Hani agar tidak membuatkan saya rasa rendah diri kerana saya hanya sesekali memberikan wang pada ibu. Itu pun tidak seberapa.

Saya nekad untuk memutvskan hubungan dengan perempuan itu. MaIangnya, dia meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai syarat untuk memutvskan hubungan. “Kalau awak tak bagi, saya akan jumpa isteri awak! Saya akan ceritakan segala yang kita berdua pernah buat dibelakang dia” ugvtnya.

Maka saya pun terp4ksa memberikan RM3,000 kepadanya walaupun saya sendiri terp4ksa mengorek simpanan saya di bank. “Lepas ini, awak jangan muncul lagi di depan saya,” tegas saya pada perempuan itu. Penyesalan saya tidak habis di situ bila mana selepas dua minggu, dia menghubungi saya lagi untuk meminta wang sebanyak RM5,000 pula.

Saya tak endahkan permintaannya kerana menyangka yang dia hanya mengacah. Akibatnya perempuan tak guna itu telah menghubungi Hani dan mendedahkan segala – galanya. Dia memberitahu Hani yang dia dan saya telah terIanjur berpuluh – puluh kali dan menunjukkan beberapa gambar selfie kami berdua sewaktu makan angin sebulan yang lepas.

Bagaikan dip4nah halilintar, Hani jatuh pengsan setelah mengetahui semua itu. Sesungguhnya dia tidak dapat menerima hakik4t yang saya telah menipunya selama ini. “Abang tak kerja tak apa, tak nak jaga anak tak apa, tetapi kenapa abang sanggup buat saya macam ini?” soal Hani dalam tangisan hati yang luluh tidak terkata.

Hani meminta saya menceraikannya. Kalau tidak, Hani akan lari jauh – jauh dan membawa Baby sekali. Walaupun berat hati, saya terp4ksa melepaskannya juga. Tetapi Hani baik, dia tetap hantar Baby pada ibu, kirim wang belanja buat ibu dan dia langsung tidak pernah lupa langsung pada ibu saya.

Selepas setahun bercerai, Hani mula s4kit dan badannya sem4kin susut dan menjadi sangat kurus. Dia munt4h – munt4h d4rah. Ibu pujuk Hani agar berkahwin semula dengan saya. Akhirnya Hani setuju setelah ibu puas merayu berkali – kali.

Selepas bernikah, Hani tinggal bersama ibu tetapi kesihatannya tetap tidak berubah, malah sem4kin teruk. Saya membawa Hani berubat ke sana sini, berjumpa doktor, berjumpa ustaz. Doktor kata Hani sihat sahaja, tiada masalah kesihatan. D4rah pun okay.

Tetapi ustaz lain pula jawapannya. Dia mengatakan yang Hani terkena s4ntau. Puas kami berikhtiar. Dari satu ke satu pusat perubatan alternatif telah kami pergi. Akhirnya Hani pergi pada waktu subuh buat selama – lamanya.

Baby pada waktu itu berusia 3 tahun, atas pangku ibu semasa dalam perjalanan menuju ke hospitaI kerana sesak nafas. Walaupun saya memecut kenderaan dengan laju, masih juga tak sempat untuk sampai ke hospitaI untuk menyelamatkan nyawa Hani.

Hidup saya menjadi gelap pada waktu itu. Saya sangat sedih dan saya menyesal kerana pernah berlaku curang di belakang Hani. Semua ini adalah kerana cepat sangat terpengaruh dengan sindiran rakan – rakan dan terlalu mengikut hawa nafsu.

Nasihat saya buat suami di luar sana, tidak perlulah mencari perempuan lain jika isteri anda kurang masa untuk anda. Isteri bekerja ke, surirumah ke, dialah isteri yang terbaik. Jangan jadi seperti saya yang ada isteri pun masih nak berlaku curang dengan perempuan lain.

Nak menyesal pun dah tak ada gunanya kerana isteri yang saya cintai telah pergi buat selama – lamanya. Cukuplah Baby sebagai peneman serta pengubat rindu saya pada Hani. Ibu pula banyak menasihati dan memberikan semangat buat saya dalam menjalani hidup sebagai ayah tunggal.

Untuk mencari pengganti Hani, hati saya dah tawar untuk menjalinkan hubungan dengan mana – mana gadis. Mungkin saya sudah ph0bia atau mungkin dih4ntui rasa bersalah terhadap Hani setiap masa. Maaf jika perkongsian ini tidak seberapa kerana saya sekolah sampai SRP sahaja.

Itu pun Hani masih mahu menerima saya sebagai suami. Tolong doakan untuk Hani ya, semoga Hani di tempatkan di kalangan orang – orang yang beriman. Abang rindu sangat pada Hani..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.