Suami balik kerja dengan senyuman tapi aku terpandang jari kaki dia. Aku tersentak. Aku tarik tengok siku dan lutut

Baru – baru ni, suami aku balik dari kerja terus mandi dan menyendiri dalam bilik lain. Selalunya dia akan cari anak dulu. Tiba – tiba dia masuk bilik dan tersenyum, kemudian dia bertanya kepada aku. Okey ke hari ni? Tak sengaja mata tertumpu dekat jari kaki dia dan alangkah terkejutnya aku melihat jari kaki dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua para pembaca, aku nak ringkaskan penulisan aku ni. Aku bukan nak buat ayat panjang – panjang ataupun bebel yang entah apa – apa. Cuma nak share cerita merangkap nasihat dan teguran terhadap manusia yang tak bertanggungjawab.

Aku adalah isteri kepada suami yang membawa Grab selepas di buang kerja faktor kemelesetan ekonomi selepas PKP. Aku juga bekas seorang Akauntan dan berhenti setelah mengalami ‘ket0ksikkan persekitaran pekerjaan’ dek kerana banyak masalah kerana mengandung.

Jadi banyak temujanji dan MC, maka banyak kerja tertangguh atau diserahkan kepada rakan sekerja. Hanya Allah yang tahu betapa aku sayang pekerjaan aku setelah 5 tahun bekerja dan aku JARANG AMBIL CUTI MAHUPUN APPLY segala CUTI kerana aku sangat sibuk.

Tapi mengenangkan anak pertama (umur aku pun dah nak masuk 34, so tua dah) dan menghargai rezeki yang Allah dah beri dalam rahim ni, aku pekakkan telinga dan tetap mengambil cuti untuk memastikan kandungan sihat saja.

Maka bermulalah fasa kesusahan dalam rumahtangga yang kami bina setelah setahun (hampir 2 tahun bulan Jun ni). Dipendekkan cerita, aku berhenti kerja dan suami aku masih membawa grab kerana tidak mendapat kerja yang sesuai,

Sebenarnya bukan memilih kerja, dia hanya memohon kerja yang cukup – cukup memberi kecukupan dalam rumahtangga pun dah bersyukur. Pendek kata tak lah mintak kerja macam yang dia pernah kerja sebelum ni, tapi lepas komitmen makan minum dan lain – lain okey lah kan?

Tapi tak diberi rezeki. Maka aku dan dia saling berjimat dan support each other dan aku bersyukur dengan kesederhanaan ini. Jadi setelah beberapa bulan aku pun selamat melahirkan baby Boy, yang sihat dan tak ada masalah, Alhamdulillah walaupun mak dia selalu s4kit dan bemasalah masa mengandung, Baby sihat walafiat.

Balik pada Tajuk, kerana adanya adik baby. Suami aku pulun bawa Grab untuk mencukupkan keperluan aku dan adik baby ketika dalam pantang maklumlah, aku pantang sorang – sorang sebab mak aku dan mak mertua dah takda nak tolong jaga.

Ambil CL pon mampu seminggu je untuk cukup kuat urus diri. Alhamdulillah baby dan susu tak ada masalah, jadi kuranglah str3ss dalam otak ni. Nak dijadikan cerita, baru – baru ni, suami aku balik dari kerja terus mandi dan menyendiri dalam bilik lain.

Aku pelik lah, tak pernah – pernah dia macam tu. Selalu balik kerja akan kejar anak dulu. Tiba – tiba dia masuk bilik dan tersenyum, kemudian dia bertanya kepada aku. Okey ke hari ni? Ikan tu awak masak apa? (Lauk pantang) aku pun menjawab macam biasa, sebab itu jelah soalan dia hari – hari.

Tak sengaja mata tertumpu dekat jari kaki dia dan alangkah terkejutnya aku melihat jari kaki dia Iuka. Aku terus sentap tangan dia dan melihat siku dia kemudian tengok lutut dia. Aku terus mentaI dan rasa sedih sangat. Aku tahu suami aku berhati – hati ketika bekerja. Lagi – lagi ketika hujan dan jalan licin.

Aku pun bertanya ‘kenapa boleh eksiden’ dia menceritakan ada kereta dari lane paling kanan nak naik flyover dekat paling kiri main sailang mentang – mentang tiada kereta. Dan suami aku sempat break tapi dek kerana jalan licin, dia tak dapat kawal motor dan jatuh.

Kereta tu pulak sebab jalan takda kereta lain dia dah slow boleh LARI MACAM TU JE. Suami aku tak sempat melihat number plat kereta kerana dia blank ketika terjatuh dari motor. Katanya, mujur tiada kend3raan ketika itu, dia cepat – cepat teringat anak dan isteri maka dia gagah bangun dan tolak motor ke tepi jalan.

Dalam hatiku, Ya Allah nasib baik kau perlihara suamiku. Dan aku bersyukur. Pada DRIVER h4ntu tu, kalau kau adalah dia or adalah salah seorang jenis DRIVER YANG DAH L4NGGAR ORANG lepas tu LARI, AKU DOA SUATU HARI NANTI KAU RASA KESEDIHAN KEHILANGAN ORANG YANG KAU SAYANG DENGAN CARA YANG SAMA.

Aku bukan mintak ganti rugi. Sekurang – kurangnya kau berhenti tolonglah angkat m4ngsa yang eksiden sebab kau. Mana hati nurani kau sebagai manusia? Fikir kejar masa sebab tu meluru laju? Fikir kau takut kena keluar duit ganti rugi?

Tak fikir ke kalau jadi apa – apa dekat suami aku atau m4ngsa yang kau Ianggar? Dengan anak tak kenal lagi ayah dia? Kalau yang menanggung ibu ayah dah tua dan s4kit pulak macam mana nasib diorang? Eh hati nurani kau mana haa?

Aku tak boleh brain orang yang sejenis L4NGGAR LARI ni.. Kau ingat ye, kepada sesiapa penah menjadi salah seorang DRIVER GlLA ni, Kifarah ni nyata tau. Apa yang kau buat ni kau akan dapat baIasan bahkan lagi teruk dari itu.

Mentang – mentang hari malam dan takda siapa akan tahu apa kau buat, kau main tinggal je m4ngsa yang tergolek kat tengah jalan tu? Tanggungjawab laaa sikit. Fikir la nyawa orang lain. Kau tak rasa ke nyawa orang tu lagi berharga dari masa yang kau kejar? Dari destinasi yang kau tuju?

Biasalah, orang dalam pantang ni mentaI pun tak stabil. Aku menaip ni pun selepas tidurkan adik baby bangun malam nak susu. Alhamdulillah Allah masih perlihara keluarga kecil aku. Aku berharap sangat suami aku akan ada rezeki lain dan aku harap adalah rezeki aku selepas ini di alam pekerjaan walaupun usia dah lanjut.

Buat pembaca, maaflah karangan aku sedikit out of topic, sebab aku meluahkan apa yang aku rasa dalam hati ni yang dah bercampur aduk, yang asyik teringat – ingat kalau jadi apa – apa dekat suami. Di kesempatan ini juga aku nak mintak Doakanlah rumah tangga kami bahagia hingga ke anak cucu. Aamiin. – Fina (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Mariam Mohamad : Kuatkan semangat dan jangan putuus asa. Suami saya bekas pemandu grab. Waktu anak pertama baby lagi. Nak lepaskan pampers anak, buatlah grab 3 hari. Dapatlah beli pampers anak 1 pek. Sekarang sedikit demi sedikit Allah bantu mudahkan kami. Kalau difikirkan balik, taktaulah cemane kami boleh surviive dulu dengan keadaan macam tu.

Mi DA : Kuat semangat puan. Fasa 5 tahun perkahwinan memang struggIe. Kena banyak sabar, usaha, dan saling melengkapi. Insha allah ada kesenangan di depan hari. Setiap anak bawa rezeki. Kene sabar banyak – banyak dengan ujian. Allah uji sebab Allah tahu kekuatan kita.

Juliati Omar Ali : Bergenang mata saya membacanya. Moga rumahtangga puan sentiasa bahagia dan serba serbi cukup rezeki puan sekeluarga. InsyaAllah. Ada orang nasihat, bila suami pergi kerja, atau bila – bila masa kita teringat kat beliau, kita kirimkan beliau doa dan alfatihah. Moga segala kerjanya lancar dan pulang ke rumah dengan selamat. InsyaAllah..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.