Bekas kekasih ajak aku tinggal rumah dia dan di rumah dia pun ada ibu dan adik perempuan dia. Dia tak pernah nak buat benda pelik – pelik dekat aku. Dia cuma nak bantu aku. Bila suami tahu, dia bawak orang dari pejabat agama ke rumah bekas kekasih dan menuduh kami berkhaIwat.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, ini adalah akaun fake aku. Maaf kalau luahan aku ni agak panjang dan aku minta sangat para pembaca tak kecam aku sebab apa yang aku tanggung ni pun dah cukup berat.
Nama aku Rara, berumur 25 tahun, sudah berkawin dah masuk 3 tahun. Aku kenal dengan suami aku dari dia belum ada apa – apa, sampai sekarang simpanan kitorang dah jejak 500k. Kami simpan duit dalam akaun dia.
Kehidupan kami sederhana saja tak mewah tapi semua cukup makan. Aku susah payah kumpul duit dengan dia sebab dulu pernah susah sampai seminggu makan roti ja, aku 3 kali keguguran mungkin belum rezeki. Suami aku baik, baik sangat – sangat dan aku sayang dia sepenuh hati aku.
Tapi satu je, suami aku nak sangat anak, bukan aku tak boleh mengandung, cuma belum rezeki. Bila dah gugur memang aku kena jarakkan supaya fizikaI em0si aku kuat semula. Walaupon belum ada anak, dia layan aku baik sangat – sangat dan keluarga mentua pun baik.
Entah kenapa, sejak akhir – akhir ni aku jadi tak sedap hati, asyik gelisah hati tak tenang sangat, macam ada benda yang akan jadi tapi aku berfikiran positif. Aku perasan sejak kebelakangan ni suami aku asyik busy je, kadang – kadang dia bagi alasan balik rumah mak dia tanpa aku.
Sedangkan sebelum ni takde pun dia buat macam tu, pergi tanpa aku. Satu hari aku nak sangat pergi satu mall ni tapi aku dah whatsapp suami aku mintak izin, tapi cuma 1 tick je, aku call pun tak dapat. Jadi aku keluar jela sebab aku macam nak sangat pegi satu tempat ni.
Tempat jual barang – barang baby, nak healing sorang – sorang. Aku pun tak tahu la kenapa nak sangat pergi. Aku tengok barang – barang baby, tiba – tiba ternampak suami aku dengan prempuan lain dan perempuan tu tengah mengandung. aku terus ambik gambar diorang kemudian aku pergi tegur, “hai zaff lama tak jumpa?”
Suami aku terus berubah muka, cuak. Aku pun salam dengan perempuan tu tanya isteri ke? Dia rangkul pinggang suami aku dan mengaku yang dia isteri Zaff. D4rah terus naik, masa tu mata dah berpinar gelap nak pengsan.
Aku terus ucap tahniah dan ‘bye’ dan gerak balik rumah. Hmmmmmm aku tak tahu nak katawa atau sedih atau nak meraung. Aku tarik nafas panjang – panjang, aku drive balik. Sampai rumah aku buat macam biasa dalam sejam, suami aku sampai rumah.
Dia tarik aku dia jelaskan dan mengaku dah kahwin lain sebab nak anak, aku cuma senyum je. Aku tak tahu la kenapa hati aku kuat masa tu, tapi kalau ikutkan hati memang habis aku kerjakan tapi aku redha sebab aku sedar, aku tak mampu nak bagi anak.
Aku cuma cakap besok pagi – pagi aku mintak dia transfer separuh daripada duit simpanan kitorang, lepas tu tukar nama kereta atas nama aku. Bila semua dah selesai. Aku mintak untuk dilepaskan tapi dia merayu tak nak, jadi aku diam.
Aku cuma menangis mengadu dekat Allah, depan suami aku buat biasa. Aku kemas pakaian aku pack siap – siap, lepas dia pergi kerja aku lari. Mesti korang kecam aku sebab lari dari rumah tapi aku dah tawar hati. Aku mesej suami, cakap aku nak keluar rumah..
Dia cuma baIas, “ok hati – hati” Mungkin dia ingat aku keluar untuk beli barang kot. Aku cari hotel jauh dari tempat tinggal kami. Aku nak tenangkan hati aku, biar la dia berbahagia dengan buah hati baru dia dan bakal anak dia.
Dia whatsapp aku tanya aku kat mana, aku cuma baIas aku nak menyendiri dan aku cakap jangan sesekali libatkan orang lain. Sebab aku tak ceritakan hal ni pada sesiapa pun. Maksudnya jangan tanya sesiapa aku pergi mana, kawan – kawan atau ahli keluarga aku.
Aku suruh rahsiakan kalau taknak aib dia trsebar. Yela, kalau keluarga tahu aku lari dan g4duh, mesti masalah rumahtangga kami akan tersebar. Aku taknak. Aku nak bertenang dulu sorang diri. Kadang – kadang aku termenung fikir, aku susah payah dengan dia daripada takde apa – apa sampai dah ada rumah, kereta, senang – senang je dia cari perempuan lain alasan ‘anak’.
Sampailah baru – baru ni aku berhubung semula dengan bekas kekasih. Aku bersumpah, selepas kejadian ini, baru aku berhubung dengan bekas kekasih. Bila em0si dah kusut, tiba – tiba bekas kekasih aku datang semula.
Bukanlah kami bercinta ke apa, hanya aku luahkan masalah aku. Dia ajak aku tinggal rumah dia dan di rumah dia pun ada ibu dan adik perempuan dia. Dia tak pernah nak buat benda pelik – pelik dekat aku. Dia cuma nak bantu aku.
Masalahnya bermula bila suami tahu aku tidur di rumah bekas kekasih, terus suami bawak orang – orang pejabat agama ke rumah bekas kekasih dan menuduh kami berkhaIwat. ALLAHU dugaan apakah ini? Suami menuduh aku lari dengan lelaki lain, menuduh aku nusyuz dan mendakwa kalau aku tidak layak menuntut apa – apa termasuk harta sepencarian sebab aku nusyuz.
Aku dah cuba terangkan tapi suami tak percaya, sedangkan semua masalah ni berpunca daripada dia. Satu lagi masalahnya, sekarang aku baru perasan yang saya hamil dan suami juga tak mengaku kalau ini adalah anak dia.
Sedangkan hanya dia yang pernah menyentuh aku. Ya Allah, dugaan apakah ini? Apa yang perlu aku buat untuk memperbetulkan keadaan? Buntu sangat. Aku tahu aku salah langkah pergi rumah bekas kekasih aku tu tapi kami bukan duduk berdua – duaan.
Komen Warganet :
Anne Angel : Sebenarya laki kau memang ada niat nak ceraikan kau dan dia ada niat nak bolot semua harta. kalau dia sayang dekat kau, takkan wujud yang ke 2. Tapi atas keb0dohan kau, pergi duduk dengan jantan lain, m4kin senang lah alasan dia nak cerai kan kau.
Tapi takpa, sebab kau nusyuz lari dengan jantan, memang kau tak layak dapat nafkah, tapi kalau kau bercerai, kau boleh tuntut harta sepencarian dan kalau betul anak dalam kandungan kau tu anak dia, kau boleh tuntut nafkah anak.
Mia YouRa : Macam ni la. Nasi dah jadi bubur. Lantak la kan bercerai sebab ape. Janji ko bercerai jela. Bina hidup baru. Apa – apa pun jaga anak baik – baik. Pergi la ko kahwin dengan ex ko 2. Dah habis cite.. tuntut hrta sepencrian.. dapat tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.