Kemain lentok budak praktikal tu dekat suami aku, siap lap-lap mulut. Aku intai pakai spek, pakai mask, dorang tak perasan

Suami aku ni licik tapi dia ingat isteri dia ni b0doh ke. Hari ke-4 aku follow suami, aku duduk meja belakang dioang. Kemain manja, siap lap – lap mulut. Aku rekod semua yang jadi. Sebelum dorang bangun, aku pergi duduk semeja dengan dorang. Terkedu semua orang. Aku mulakan langkah part 1..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saja aku nak kongsikan dekat sini sementara masih segar dalam ingatan. Kisah baru sahaja berlaku, beberapa bulan yang lepas. Intro sikit ya. Aku ni si isteri, penjawat awam gred 44.

Suami kerja swasta dengan gaji separuh dari gaji aku. Atau 1/3 tak tau lah. Memang sebahagian besar belanja keperluan dan kehendak atas aku, maklumlah isteri mithali. Tapi tak kisah sangat sebelum ni, sebab suami bukan kategori culas nafkah.

Masih ada duit untuk aku belanja. Baik kan suami aku? Bermula kisah tak baik bila kant0i suami berskandal dengan budak praktikal dekat company dia. Kisah macam mana boleh kant0i tu ialah dari fon, dia memang licik.

Banyak yang dia padam segala bukti. Tapi dia lupa yang isteri dia pun bukanlah b0doh sangat. Lepas dah rasa confirm suami berskandal, aku diam – diam ikut suami masa dia rehat. Pinjam kereta kawan dan ambil cuti. Sebab suami cakna kereta kami. Dari jauh pun boleh nampak.

Hari ke 4 aku ikut, okey kant0i dia makan semeja dengan kawan – kawan lelaki dia serta skandal dia si intern tu duduk sebeIah dia. Aku duduk di meja belakang mereka. Aku rekod semua yang jadi. Alahai bukan main lentok, lap – lap mulut.

Kawan – kawan pun sama gelakkan je. Aku order minum je, pakai spek hitam, pakai mask. Tapi jelas dengar diorang takde kutuk – kutuk aku. Nasib baiklah kan. Jeng jeng jeng. Sebelum diorang bangun dah siap makan, aku pergi duduk semeja dengan diorang.

Terkedu semua orang. Krik krik betul. Mujur ada seat kosong, meja tu ada 8 seat tak salah. Aku tanya perempuan tu, sama tempat kerja ke. “Ya, saya intern sama company”… dah takde dah aksi – aksi manja. Semua diam termasuk laki aku yang gagah perkasa tu.

“Ohh. Yeke. Hari ni last ye intern awak, esok awak tak payah datang dah. Result awak fail,” gitu je aku bagi. Muka dia dah gelabah. Turn laki aku pulak nak kena ganyang. Mungkin dia ingat aku lemah selama ni sebab selalu berk0rban untuk dia.

“Motor besar merah papa tu dah lama tak bayar dengan mama. Papa lupa ke mama yang beli cash buat pinjaman sebab papa kata interest kedai mahal? Ada RM12000 lebih lagi belum bayar, jangan buat – buat lupa.” Saja aku cakap biar semua kawan dia tau.

“Papa lupa ke dengan apa yang mama bayarkan bulan – bulan? Duit papa habis ke minah intern ni ke? Spender papa pun papa yakin ke duit papa? Bila last beli beras?” Bunyi macam tegang kan? Tapi tak sebenarnya. Macam sarcastic gitu. Aku senyum senget.

Kejap je kat meja tu, terus nak bangun, aku cakap, “Mama order kopi ais, tolong bayar kalau ada duit. Takde duit pinjam dengan budak intern tu. Ni baru part 1 ye papa.” Aku terus pergi. Pergi ke mana? Jumpa bos diorang..

Perempuan, macam muda lagi… Lewat 30-an rasanya. Kebetulan bos dia memang jenis tak keluar makan. Aku tunjuk bukti kedai makan tadi (recording). Dan aku bagi kata dua, “Gagalkan budak intern tu dan berhentikan serta merta. Bagi warning letter dan report ke atasan tentang suami saya. Jika tidak, saya akan report sendiri dengan HR yang boss tu tak cakna kebajikan pekerja.”

Boss tu menurut sahaja tapi rasanya bukan sebab uguutan aku, tapi lebih kepada kesian nasib isteri yang dicurangi. Tengah – tengah bincang tu, budak intern tu ketuk pintu, datang minta maaf. Tak pasti macam mana dia tau aku ada di dalam. Aku  senyum dan terus keluar.

Ke mana lagi aku nak pergi ye. Sebab nekad nak ajar suami yang gatal ni. Aku balik rumah mak mertua. Masa tu dah jam 2 petang. Perjalanan sejam setengah, aku balik juga. Dalam perjalanan aku call mak mertua bagitau, “kemas – kemas barang, saya nak ambil  mak, anak mak buat per4ngai.”

Mak mertua aku ni memang kiriman Allah dari syurga. Tak pernah sebeIahkan anak sendiri jika anak sendiri yang salah. Sentiasa ada untuk menantu. Hampir jam 5 aku sampai semula ke tempat kerja suami membawa mak mertua.

Masa dalam kereta dah cerita panjang tentang per4ngai suami, dah siap plan sikit nak cakap apa nanti. Suami baru nak balik terk3jut tengok ada mak mertua kat luar kereta aku. Ni pembaIasan part 3 lah kiranya. Aku suruh suami panggil budak intern tu.

Aku cakap, “Ini lah mak… bakal menantu mak… boleh lah mak berkenalan…” Depan – depan tu akhirnya suami bersuara…”Mama nak apa… papa minta maaf… balik rumah kita bincang.” Biasalah em0si isteri kan… tapi tiada setitik air mata pun keluar.

“Papa dah ada orang lain kan, teruskan lah. Ceraikan mama atau macam – macam lagi mama boleh buat yang papa tak sangka. Motor tu mama punya kan? Tinggalkan je lah kat situ, balik sendiri je… jalan kaki ke tumpang orang ke… tinggal je motor tu kat guard… nanti malam mama ambil.”

Terus aku masuk kereta dengan mak mertua, balik rumah. Sejujurnya bukanlah niat sampai nak cerai. Tapi kena ajar golongan tak bersyukur ni. Betullah. Mungkin sebab kita dah banyak tolong dari segi kewangan, then dia rasa dia mampu. Padahal haprak.

Masa kat rumah, suami sampai takde lah lambat sangat, dia tumpang kawan. Perbincangan tiga pasang mata dan telinga antara aku, suami dan mak mertua dijalankan. Aku tak prefer bincang berdua dengan suami sebab aku takut em0si dan tak tetap dengan pendirian aku.

Aku suruh pilih antara aku dan budak intern tu, of course lah suami pilih aku kan. Mak mertua memang bantai suami cukup – cukup. Tapi aku tak ingat sangat butirannya. Aku suruh suami call budak intern tu buat loud speaker. Suruh minta maaf dan minta move on.

Last aku sempat bercakap dengan budak tu, kalau ye pun janganlah ambil laki orang. Dia senyap je dan minta maaf. Tapi kalau dia nak harapkan aku tarik balik request dengan boss dia tadi, memang tak lah. Pengajaran, kalau dah bersedia nak ambil laki orang, bersedia juga dengan kemampuan isteri pertamanya.

Aku tak minta semua contohi aku, sebab per4ngai aku memang tak semenggah. Sila selesaikan dengan cara lebih baik jika sayangkan keluarga kita. Tapi dalam keadaan aku tu, tu je yang terlintas dalam sehari, maka tu lah kejadiannya.

Apa yang jadi? Budak intern tu memang fail dan perlu repeat intern di tempat lain. Suami ditahan bonus dan dapat warning letter. Setiap kali gaji suami akan serahkan semua kepada aku dengan kerelaan dia sendiri, saya akan bagi duit belanja dia ikut minggu.

Hubungan kami masih h4mbar, tapi aku ada nampak usaha suami nak pulihkan hubungan kami. Aku cuma harap suami tak curang lagi, sebab aku akan stand by sampai part 10 untuk ajar dia kalau dia curang lagi. Doakan kami.

Komen Warganet :

Noor Lia Muhamad Nor : Erm orang nak berbini kau pun nak berbini. Dah berbini pun masih tak sedar diri. Spender pun puan isteri yang beli, motor pun pun isteri yang bayar, berskandal pulak kat ofis, dasar tak kenang jasa.

Budak – budak intern ni, kalau rasa sambil intern nak cari laki tu, carilah yang bujang, tak payah sambil intern nak meny0ndol pulak. Member ko grad, ko extend sebab repeat intern, tu makannya meny0ndol rumahtangga orang. Emo lah baca confession kali ini.

Norain Noordin : Puas hati baca. Kalau ada yang komen suruh bercerai tu bukan senang nak bercerai. Lagipun belum sampai tahap terIanjur. Fikir anak – anak. Mak mentua pun baik. Ye lah memang patut bagi suami pengajaran. Nak kembali bahagia macam dulu memang bukan mudah. Ambillah berapa lama masa yang perlu. Nak buat macam mana. Memang s4kit hati dapat suami macam itu.

Amelia Md Nor : Walaupun ada yang kecam bini g3ngster ni tapi aku sokong dia. Niat dia bukan nak maIukan laki dia tapi sebagai pengajaran supaya laki dia sedar diri sape yang banyak bantu dia dan untuk intern yang ters4kiti tu, jadikan la pengajaran dan iktibar. Jangan mudah termakan dengan ayat manis orang laki. Berhati – hati bila bergaul dan jaga batas.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?