#Foto sekadar hiasan. Ini kisah aku yg seorang rider biasa, dan juga seorang suami. Semalam isteri aku yang sarat mengandung menangis sebab aku terlelap awal dan guna bantal dia. Biasalah, orang mengandung. Kadang mereka ni tidur 2 jam sahaja sebab s4kit badan yang teramat sangat. Aku tak rasa, tapi aku tahu yang mengandung takda yang senang.
Subuh ni puas aku pujuk isteri aku, dia tak henti mengalirkan air mata sambil badan gerak – gerak kemas rumah. Satu malam dia tak dapat tidur. Nak buat macam mana, aku letih sangat. Sampai tidur m4ti tak perasan dia struggIe nak tidur. Puas aku tawarkan nak beli macam macam. Semua dia geleng. Nak suap makanan pun dia geleng. Beg, baju, kasut, semua dia tak nak. Sepanjang kami kahwin, tak pernah dia mintak aku belikan barang kehendak dia. Aku buntu, aku mesej kakak aku, mak aku, tanya macam mana nak pujuk. Akhirnya isteri aku yang penat mengemas dan tak cukup tidur tu pun rehat kat sofa. dia termenung.. aku tanya dia, sayang nak apa? Dia pun bersuara. Urut dan bantu dia tidur. aku cakap okay. Dia terus tersenyum riang, bagaikan anak kecil yang baru dapat gula – gula. Hati aku sebak .
Isteri aku suri rumah. Tapi sebelum kahwin, dia bekerja dalam bidang perubatan. Masa aku kenal dia, dia masih freehair. Tak tahu jalan arah mane nak tuju dan sentiasa keseorangan. Takda mak ayah. Lepas kenal, aku mintak kawan – kawan perempuan aku bantu dia dari segi semangat. Sampai dia bertudung dengan sendiri. Tak sampai setahun, kami kahwin. Dia pun buat keputusan jadi suri rumah. Dia selalu dengar orang sekeIiling dia tanya, tak takut ke berg4ntung sepenuhnya kat suami? Dia cuma senyum. Dia cakap tak. Dia yakin dengan aku.
Aku cakap kat dia, kalau nak kerja atau nak sambung belajar, bagitau je. Aku izinkan. Dia cuma jawab tanggungjawab dia kat aku. Takpelah, dah itu dia nak. Tapi aku tak miss tanggungjawab aku. Aku sediakan dia tempat tinggal. Aku belikan pakaian dia. Setiap hari aku tanya dia nak makan apa . Aku akan belikan sebelum pergi kerja, tak nak dia lapar kat rumah. Aku tak kesah sangat dia masak ke tak sebab bagi aku, kami makan bersama pun aku dah cukup bahagia. InsyaAllah cukup je rezeki kami hari – hari. Dia kan amanah aku.
Isteri aku rajin kemas rumah. Kadang kadang aku suruh dia rehat dia takmau. Aku tak nak orang ingat kami ni hidup berprinsipkan tradisi0nal tapi isteri aku tetap berkeras dengan tanggungjawab dia. Kadang – kadang technician atau posmen datang rumah masa aku takde, dia akan kol aku sampai dapat. Kalau tak dapat, dia tak keluar pun ambik barang tu. Dia cakap, dia takut keluar takde izin. Lurus? Tak. Bila buat lawak, isteri akulah paling over. Dia suka baca buku inggeris , macam encycIopedia macam tu.
Dia lagi pandai dari aku dan lagi pandai dari kawan – kawan dia sebab dialah aku hafal nama nama consteIIation stars yang dia selalu kongsi. Aku cuma rider yang tak minat membaca. Tapi dia tetap berkeras cakap, open minded is open minded, tanggungjawab is tanggungjawab, tak sama. Kalau suami tak izin keluar, kenapa nak keluar? Dia pulak tanye aku. Takpelah.. Biarlah orang nak kata kami old fashion atau tak bahagia. Tapi sebaliknya, rezeki itu cukup. Walaupun dia tak bekerja. Dan setiap hari balik kerja, kami berkongsi cerita antara satu sama lain. Dia cerita buku dia, aku cerita pasal bos aku.
Berbalik hal pagi tadi, kenapa aku sebak? Aku sebak sebab aku ambil hak dia sebagai isteri. Aku ambil tempat tidur dia. Dia tak mintak pun benda lain. Akhirnya urutan dan tidur jugak dia mahukan. Kadang aku tak faham kenapa lah isteri aku nak dengan rider macam aku. Ikutkan dia boleh ada masa depan yang cerah dengan pemikiran dia yang minat belajar tu. Aku tahu kita tak boleh ramal apa akan jadi, mungkin besok bangun tidur, hati aku berubah, dia tak takut. Tapi walaupun aku cintakan isteri aku sangat harini, aku tetap takut.
Disebabkan takut tu, aku buat akaun bank atas nama isteri aku. Aku langsung takde hak kat akaun tu. Tiap bulan aku akan masukkan duit dalam bank tu, sebagai backup. Aku takut apa – apa jadi kat aku sebab aku cuma rider yang takde epf atau socso mahupun insurans. Aku pun bukan orang kaya. Sekurangnya kalau apa – apa jadi, aku tahu aku tak tinggalkan dia mcm tu je.
Isteri aku takde media sosiaI, bukan aku suruh dia tutup ke apa. Memang dia tak minat. Dia cuma subscribe the star online supaya tak miss berita apa yang jadi. Kadang lepas dia habis kemas rumah, dia baca buku atau search wikipedia kat laptop. Susah jugak aku nak adapt dengan bahasa kamus dia pada awalnya, tapi aku tak kesah lah. MusicaIIy pun dia tak tahu apa benda apetah lagi artis artis Malaysia. Kadang dia terbaca pasal artis kat the star, dia tanye aku tu siapa, kenapa dia masuk news. Aku acah jela aku pun tak kenal. Nak buat mcm mana, aku kenal pun sebab news feed aku dah terkeluar benda benda macam tu.
Bila aku baca suami – suami yang layan isteri diorang macam sampah, aku rasa nak menangis je. Mungkin aku ade soft sp0ts untuk para isteri ni. Lagi – lagi yang buat isteri mereka macam h4mba, makan pula hasil pekerjaan isteri. Alahai, isteri ni amanah untuk kita jagalah diorang sebaiknya. Mereka takkan meIawan kalau kita bagi sepenuhnya nafkah yang patut kita bagi.
Kecuali kes – kes yang memang isteri tu bersalah. Aku taktahu lah. Aku rasa sedih sangat bila tengok isteri aku tiap hari jaga rumah. Tapi dia selalu tersenyum macam anak – anak bila aku bukak pintu rumah. Aku sedih pasal dia, dia pulak tak rasa sedih pun. Hai isteri, ketaatan kau memang tak terhingga. Semoga kita bahagia begini sampai ketua biarlah kita tak kaya pun, asal kan kita mampu untuk makan tiap hari. InsyaAllah kalau aku ade rezeki lebih, lepas ni aku akan cuba untuk dapatkan kerja yang ade epf atau socso. Demi amanah aku yang tunggu kat rumah.
Aku plan nak bawak isteri aku jalan – jalan tiap minggu. Pegi tasik je, itupun dia dah happy macam dapat emas. Lepas ni aku taknak dah ambik tempat tidur isteri aku. Br0ken sangat hati tengok. Tapi penat jugak nak pujuk satu malam kot dia menangis. hm… aku pulak tidur m4ti. Adoii..
Bersabarlah wahai isteri isteri di luar sana. Kalau tak bagitau nak apa, kami suami takkan faham. Aku tulis ni pun sebab aku nak luahkan je kesedihan aku. Aku cari – cari kerja tak dapat .. walaupun aku ade diploma. inilah hakik4tnya graduan sekarang… doakan aku berjaya.. sekian.
– Ezad
Komen Warganet :
Aina Aminah
Semoga anda menjadi suami yang terbaik buat isteri anda, juga anda berdua menjadi ibu bapa yang terbaik buat zuriat anda. Usaha dan berdoa sungguh – sungguh. InsyaALLAH, rezeki tu ada. Pelihara dan hargai amanah dan ‘harta’ yang anda ada sekarang.
Semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa juga bentuk rezekinya dan hubungan kalian kekal hingga ke jannah. Seronok baca confession kamu. Selamat menimang cahaya mata ya.
Nieyza Rosz
Bini kalau housewife, ko bawak ronda pusing pekan pon happy dah. Yang tak happy tu kufur nikmat. Lepas bertahun – tahun kerja pastu baru 6 bulan jadi housewife baru aku tau perasaan happy bile nampak laki aku balik kerja.. Huhu kalah anak – anak.
Zahra Masoumah
Confessor, tahniah anda menjadi suami yang benar – benar bertanggungjawab. Takpe dia sedih pun yang penting awak dah t3bus rasa sedih dia dengan urut dia.
Saya nak cerita pengalaman saya, suami saya dah berkawin dah 3 tahun dengan saya. Rezeki dia selalu susah sampai pernah saya cuti tanpa gaji masa saya pregnant dulu sampai dia rasa kesian kat saya, sebab dia rasa saya susah lepas kahwin dengan dia sebab saya dari family orang senang family saya dulu tak pernah rasa susah pasal duit. Sebab dia macam confessor berbakti pada isteri, alhamdulillah dia dah dapat tawaran keje company Europe based kat Malaysia.
Orang lain datang interview punya susah sampai 2-3 kali saringan interview, dia kene interview kejap dan senang je kebetulan nak dijadikan cerita sebab skill dia ada tu memang orang nak sangat untuk position tu tapi company lama dia tak pernah appreciate dia.
Sebab apa? Sebab saya selalu pesan kat dia keje tu ibadah keje leklok inshallah ada hasil Allah bagi dan dia pun selalu jaga saya dan anak baik – baik. Alhamdulillah.
Inshallah En confessor jadikan pengalaman saya sebagai pencetus semangat untuk cari keje lagi ok! Oh jangan lupa selalu bersedekah jugak antara punca rezeki suami tu pun luas.
Fied Harun
Seronok baca confession ni.. susah nak jumpa suami yang berfikiran macam confessor ni. Cadangan akak jika awak boleh menyimpan bulanan untuk persediaan kewangan jika ada pape pada awak dik, awak msti boleh bayar hibah takaful serendah RM20 sebulan. Sekurangnya jika esok berlaku apa – apa, awak dah ada hibah untuk isteri paling kurang pon RM50K.
Ann Fardan
Bersemutnya baca kisah ini. Mungkin ramai suami macam ni tapi tak ramai suami yang ada kelebihan em0si untuk luahkan benda – benda camni. Salah satu sebabnya confessor ni rapat dengan mak dan adik beradik perempuan sebab tu nilai keprihatinan terhadap emosi isterinya lebih dari suami – suami lain kat luar tu.
Namun janganlah kita banding – bandingkan suami kita dengan suami orang. Apa yang Allah jod0hkan untuk kita itu adalah yang terbaik selagi bagi nafkah. Siapkan tempat tinggal, jaga kita dan anak – anak kita. Tak pukuI bant4i kita, itupun dah kena banyak syukur sebagai isteri.
Hidup berumahtangga tak akan selamanya nak bersemut – semut je semata. Cinta itu kekal dalam jiwa tapi perjuangan alam rumahtangga penuh duk4 Iara tawa gembira. Tiada yang sempurna kecuali yang maha Esa. Ibarat pesan mak saya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka. Sukalah apa yang kita ada. Buat suami – suami yang baik – baik dan rajin berkhidmat untuk anak isteri di luar sana. Andalah hero yang tidak didendangkan. Tapi Allah melihat dan moga Allah membalas kebaikan anda semua.