#Foto sekadar hiasan. Hari ni hari jadi aku. Tapi dari pagi aku tak berhenti menangis. Sampai suami rasa kesian bila aku cakap aku tak tahu kenapa aku tak boleh berhenti menangis, yang aku tahu aku terlalu sedih. Air mata jatuh berjurai – jurai.
Aku rasa aku sebak mungkin sebab hari ini ialah birthday sendiri.
Hari ini, 27 tahun yang lepas, emak lahirkan aku. Yang menurut emak, paling s4kit antara semua anak – anaknya, hampir ceaser. Paling lama bepuasa, sampai tidak terdaya dan bertenaga saat mahu melahirkan aku.
Bila dah jadi emak orang, rasa semakin attached dengan emak sebab aku dah rasa dan faham naluri seorang ibu.
Bila tengok emak sekarang, sedih sangat rasa. Emak sekarang sudah mula bongk0k teruk badannya walhal emak baru berusia awal 50-an . Emak pernah jatuh waktu dalam pant4ng lepas melahirkan aku.
Tapi emak tak berurut sebab tak mampu upah tukang urut pun. Masa berpant4ng pun sebenarnya emak tak cukup rehat sebab buat kuih dan nasi lemak, untuk bantu ayah tambah pendapatan keluarga. Pada aku, sebenarnya emak tak pernah pun mampu berpant4ng.
Berbeza sangat dengan aku, ya Allah. Allah rezekikan aku dapat suami yang mampu. Suami upah conf1nement lady sebulan lebih. Conf1nement lady duduk rumah buat semuanya untuk aku. Lagipun aku tak sampai hati sangat tengok emak terbongk0k – bongk0k uruskan aku dan anak dalam pant4ng.
Ingat lagi bening mata emak dan senyumannya, duduk sebelah aku masa hari pertama aku pulang ke rumah selepas melahirkan anak. Emak cakap dia gembira untuk aku, lagi – lagi bila aku dapat penjagaan terbaik dari conf1nement lady. Dia belek – beleknya param, pilis, scrub dan semua yang ada satu – persatu sambil senyum, sesekali aku tengok mak termenung sekejap sambil matanya berair.
Sedih sangat, emak tak pernah pun dimanjakan begitu sepanjang dia lahirkan kami enam beradik. Emak meng4bdikan hidupnya untuk keluarga. Entah s4kit p3rit emak siapa pun tak tahu.
Sebab tu di usia ini, emak banyak sangat peny4kit sebab emak tak pernah sayang dirinya. Tak pernah cuba rehat. Tak pernah ambil tahu kesihatan sendiri, yang emak tahu, asal ahli keluarganya terjaga.
Sedih sangat, Allahu allah.
Bila dah jadi ibu, aku jadi sangat hargai emak. Aku selalu belikan barang – barang yang emak tak pernah ada, selalu balik, selalu telefon, dan emak akan selalu gembira, sambil ucap terima kasih.
Aku saaaangat sedih bila emak ucap terima kasih, sesungguhnya aku tak layak terima ucapan tu.
“Terima kasih Saffiyah, sebab balik ya nak,”
” Terima kasih belikan emak vitamin ni. Emak tak pernah makan vitamin macamni, mesti mahalkan? Susahkan saja,”
” Terima kasih, piah telefon emak,”
Ya Allah semua ni meny3ksa jiwa aku. Mengapa emak baik sangat?
Hari ini, aku ingin seru semua anak – anak yang ada di dunia ini,
Kenang semula peng0rbanan emak kita yang selalu mengenepikan kesihatan, kehendak, keadaan dirinya sendiri.
Jangan sekali – kali s4kiti hati emak kerana ia lebih d3rita daripada kes4kitannya melahirkan dan membesarkan kita.
Selalulah menghargai, tunjukkan rasa kasih dan sayang kita.
Selayaknya syurga di bawah tapak kaki mereka, kerana merekalah semuIia – muIia insan.
Setiap kali birthday kita, telefon emak dan ucapkan terima kasih kerana melahirkan kita.
Belikan mereka hadiah sebagai tanda penghargaan.
Emak, terima kasih lahirkan piah! 27 tahun lepas, piah lahir ke dunia dan sejak itu emak tak pernah sesaat pun lupakan piah, malah lepas piah kahwin pun, emak masih risaukan piah.
Sayang emak!
– Saffiyah
Komen Warganet :
Norshahirah Abd Ghani
Sedihnyaaa, mama saya hari – hari tidur malam lewat. Mama saya keje siang, dia jenis kain kena Iipat, kena basuh, kena sidai, dapur kena kemas, kena iron baju, buang sampah semuanya baru tidur. Bila saya intern or pergi belajar, saya jarang sangat tidur awal, saya akan tidur lambat, sebab saya rasa bersalah nak tido awal, saya tahu mama saya kat rumah tengah penat. Tak layak rasanya nak pejam mata awal – awal. Allah, moga Allah kurniakan syurga dan husnul khatimah untuk bunda kita semua tercinta. Amin.
Nurul Ain
I feel u sis. Dalam 3 orang anak, mak nak melahirkan akak yang paling s4kit, bert4rung nyawa sebab nak lahirkan sekali 2 bayi pada waktu yg berbeza. Akak lahir jam 12.45 tengahari, kemudian menahan s4kit untuk lahirkan yang kedua kembar akak. Sejam menahan s4kit akhirnya, kembar akak meninggaI. Lahir jam 1.45 dah pucat biru. Bagai jatuh ditimpa tangga rasa sedih atas kehilangan dan kes4kitan bersalin hanya Allah yang tahu, katanya. Moga Allah mudahkan urusan mak kita semua, ampuni d0sanya. Setiap kali birthday akak, memang akan buat surpr1se untuk mak. Waktu tu mak akan cakap, perasaan s4kitnya terasa sampai sekarang. Allahu.. Besar peng0rbanan mak nak lahirkan kita. Bert4rung nyawa..
Ruhaiza Samsudin
Confessor kita sama, mama cakap, lahirkan saya paling s4kit sebab saya paling besar (4kg) dan tak ada air ketuban pun keluar masa lahirkan saya. Tapi bezanya saya selalu Iawan cakap mak masa sekolah dulu. Sampai bila saya kahwin dan terp4ksa berpisah dengan mak, baru saya rasa kehilangan, jauh dari kasih seorang ibu. Sekarang sejak jadi ibu saya lebih rapat dengan mama. Tak tau kenapa, mungkin sebab sekarang baru saya faham erti sebenar kasih ibu. Boleh kata hari – hari call, pant4ng suami cuti lama sikit mesti ajak suami balik semenanjung. Rela habis saving beli tiket flight asalkn dapat jumpa mak tapi saya tak kerja, tak mampu nak manjakan mama lebih – lebih. Cuma kasih sayang yang tak berbeIah bagi je saya mampu bagi kat mama. Hulur kat mama pun atas ihsan suami. Nasib baik dapat suami yang pemurah. Mama, ayah.. adik sayang mama dan ayah dunia akhir4t. Semoga Allah tinggikan darjat kedua ibu bapa kita dan masukkan mereka ke dalam syuga Firdaus tanpa hisabNya.. aamin.
Nurkhadijah Abdul Rahim
Allahu, sedih sangat, menitis air mata bila membacanya. Tak terbaIas jasa dan peng0rbanan seorang ibu. P3ritnya s4kit melahirkan tak akan pernah dirasa melainkan seseorang yang pernah melaluinya. Sebagai anak perempuan khususnya, kita juga bakal menjadi seorang ibu apabila diizinkan Allah kita berkahwin dan memiliki zuriat sendiri kelak. Kita juga akan melaluinya dan sebagai anak lelaki, walaupun anda tak mungkin akan melaluinya, tetaplah menghargai jasa dan peng0rbanan seorang ibu. Semoga kita sentiasa menjadi anak yang terbaik dan berbakti kepada ibu ayah kita. Anak yang tulus hati dan luhur akhlaknya lahir dari didikan serta asuhan ibu bapa yang beragama dan berakhlak. Semoga kita dan ibu bapa kita dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki serta diberkati dan dirahm4ti Allah dunia dan akhir4t…
Surujah Jurut
Teringat dengan arw4h mak yang dah meninggaI pada 2003. Mak pernah bagitau dia s4kit bersalin 2 hari 2 malam sebelum saya lahir. Kesian mak tak sempat untuk ku baIas semua peng0rbananmu. Al-fatihah buat arw4h mak semoga rohmu ditempatkan bersama orang yang beriman.