Mak mentua tiba – tiba datang hantar abang ipar ke rumah. M4kin lama, m4kin meIampau sampai, semua saya yang sediakan dan dia langsung tak kerja. Suami nampaknya seronok apabila abangnya duduk sekali. Rupa-rupanya ini yang berlaku, patutlah suami suka abang ipar kat rumah kami..
#Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum… Mohon admin hide profile saya.
Saya cuma nak tanya pendapat rakan – rakan. Ok story dia macam ni, 5 – 6 bulan lalu mak mertua menghantar abang ipar saya ke rumah saya dengan alasan duduk sementara (alasannya duduk di kampung nanti terpengaruh dengan mat dad4h sebab abang ipar pun memang on/off ice. Kedatangannya tidak dimaklum pun pada kami suami isteri. Maksudnya tak ada perbincangan dengan pihak kami sebelum hal ini terjadi.
Setelah sekian lama, abang ipar saya selesa berada di rumah kami. Dengan situasi tak bekerja, makan, tidur dan keluar melepak bersama suami. Saya ada menyuarakan pendapat kepada suami bahawa saya jadi tak selesa bila abang ipar terlalu lama berada di rumah kami. Dan dia seolah memahami situasi saya. Lantas menyuarakan pada mertua agar abang ipar mencari bilik sewa atau tinggal berasingan dari kami. Tapi alasan mertua mereka tiada duit untuk bagi deposit bayar bilik dan lain – lain. So mak mertua kata tunggu duit pinjaman dia lulus barulah mereka akan mintak abang ipar saya keluar dari rumah saya.
So bulan berganti bulan tak juga keluar. Saya masih bersabar dan saya layan dia macam tetamu walaupun saya kerja saya pastikan makan pagi tengahari dan malam tersedia. Sebab husband memang suka makan di rumah so makanan memang sentiasa ada. Pendek kata abang ipar saya adalah seekor biawak komodo yang dibeIa dengan penuh kasih sayang. Tiba – tiba akibat daripada kes saya bersuara mintak abang ipar tinggal di rumah lain saya dijadikan bahan umpatan mak mertua dan juga kak ipar yang sulung.
Mereka mengatakan saya menantu yang tak boleh ditumpang. Berkira baru duduk 2 – 3 bulan dah bising dan sebagainya. Isu ini berulang – ulang di telinga saya walaupun sekadar cakap belakang benda tak elok akan sampai juga pada kita kan. Sekali lagi saya bagitau suami dengan harapan adalah pembeIaan pada pihak saya. Saya rasa saya dah cukup bersabar malah tidak pernah membaIas balik kata – kata mertua saya. MaIangnya suami pun surrender dengan familynya. Ayat simple je ‘b dah cakap banyak kali pun depa duk kata camtu jugakla’ buat penat cakap je ‘.
Saya rasa tidak ada keadilan bagi pihak saya dan ayat berkira tu sungguh meny3ntap hati saya walhal hampir semua tugas dalam rumah saya buat. Jaga makan pakai minum tetamu yang tak diundang tu. Sedangkan abang ipar yang tak buat apa – apatu dipandang mulia. Saya tak boleh bersemuka dengan mak mertua dan kak ipar saya sebab nanti kant0i la infomer yang sampaikan kat saya kan. Banyak hati juga yang perlu dijaga tapi jika berterusan macam ni, hati saya siapa yang jaga? Dah la rumah tu rumah saya tapi diri sendiri tak bebas dalam rumah sendiri..
Saya mohon jasa baik rakan – rakan memberi pandangan yang membina dan saya boleh buat panduan. Sekarang saya rasa suami pun macam seronok dengan kehadiran abang dia.. Yerla… Ada kawan lepak la katakan, boleh minum K3TUM, boleh lepak sampai pagi. Kami tak da masalah suami isteri yang kritikaI tapi bila abang ipar duk bersama jadi la isu sebegini. Mak mertua plak skadar menutup mata dengan aktiviti anak – anak dia.
Bukan dia tidak tahu segala kelakuan mereka. Ape yang patut saya lakukan tuan – tuan dan puan – puan. Saya betul – betul buntu. Tolonglah admin siarkan cerita saya ni.. Tq admin.. Saya cuba betulkan setiap ejaan dalam story saya.. Mohon admin boleh siarkan cerita saya ni.. Lambat atau cepat terpulang pada budi bicara admin saya memang peminat kat sini..
Tq admin
Komen Warganet :
Filzah Adilah
Dah alang – alang dorang cop awak menantu berkira kan, awak berkira je la betul – betul. Suami ade bagi duit untuk beli barang dapur? Kalau takde, awak tak perlu masak untuk dorang lagi dah. Kalau awak sayangkan suami, masak cukup – cukup ayam seketul untuk suami aje tinggalkan bawah meja. Nanti awak balik kampung, keadaan sama je, dorang akan ulang – ulang cakap yang awak ni berkira. So boleh je awak mula bertegas sikit dengan tindakan awak, supaya awak tak str3ss – str3ss dah. Perempuan ni mudah str3ss sebab banyak benda dia fikir, nak plak awak bekerja, penat pun penat jugak. So tak salah awak pulak bertindak sikit perlahan – lahan. Ringankan sikit s4kit kepala dan s4kit hati tu
Pika Syafika
Kalau saya, saya sound je abang ipar tu. Eh sedap pulak makan tido je bukan budak lagi dah besar kot. Nak senang je taw, kita ni jangan terIampau baik dengan orang, kena tegas tu rumah awak kan. Awak ada hak nak suarakan apa yang patut. Kita ni kalau nak tolong orang ikut la logik setakat tolong dia jadi elok tak ape lagi. Ni macam tolong dia jadi lagi “raja biawak” lagi ada la . Bincang dengan mertua awak tu suarakan pendapat awk, tak yah takut kita ni baik camne pon dianggap orang luar jugak (menantu).
Hayati Hashim
Baik bertempat.. hidup ni kadang – kadang perlukan sikit kekej4man. Bila baik sangat memang akan dipijak. Tak perlu kot nak jaga hati orang. Bahagia susah dan senang kena tanggung sendiri. Dah nampak terang suami sendiri tak dapat jadi pembeIa dan peIindung kepada isteri. Baru hal remeh – remeh, kalau lah satu hari abang ipar tu buat apa – apa dekat puan rasanya suami dan family mertua nak backup puan tak? Kahwin nak bersama seumur hidup bukan satu masa yang singkat, dengan suami dan mertua macam tu dapat bertahan kah? Kena punya banyak kesabaran rasanya.
Bakyah Adenan
Awak cakap dengan suami, nak balik kampung bercuti, ambillah cuti tahun seminggu. Tak da sapa masak untuk abang ipar, suruh suami hantar dia balik rumah mak dia dengan alasan isteri balik kampung, tak da sapa nak masak. Jadi abang ipar tu, terp4ksa balik ke rumah mak dia dan awak selamat, jangan bagi suami awak ambil dia semula, biar mak mertua tahu awak tak suka dia menumpang. Jadi lain kali, dia dah tak berani buIi awak, jangan bagi muka sebab nak jaga hati orang. Biar dia orang tak suka kita, asalkan kita bahagia, tak s4kit hati n ada privasi.
Ross Fadzilah
Dalam hal ni mertua memang kurang faham hukvm agama. Kalau dia tahu, dia tak akan biarkan tumpang di rumah di rumah adik yang dah berkahwin terlalu lama. Dia mesti tahu batas – batas aur4t antara ipar duai. Bila turut mengumpat belakang, memang dah tau jenis mertua macam mana ni. Sekarang ni pun sekali lagi bincang elok – elok dengan suami dan suami kena tegas. Tanggungjawab suami adalah pada ibu kandung dan isteri yang utama bukan abang kandung. Kalau tak boleh juga minta sed4ra mara yang di segani menasihati.
Dik, perempuan akan terus pend4m hati dan terani4ya jikalau terus lemah dan diam diri. Nampak gaya mertua ni buat baik pun kena semua jadi salah. Kena tegas supaya tak pij4k kepala. Biar lah tegas pun orang tak suka juga yang penting rumahtangga dan hati kita bahagia. Abang ipar bukan budak kecik tak tau nak fikir. Dah memang sikap dia yang pemalas macam tu. Suami tu kena pandai main peranan jangan tak tau nak bahagi tanggungjawab antara ibu isteri dan abang.
Sumber : KRT