Aku pelik macam mana la sebelum kahwin mata aku boleh buta dengan kekurangan – kekurangan ni

Laki aku ni bila dah kahwin barulah aku nampak banyak sangat kekurangan dia. Dari remaja duduk asrama, belajar luar negara tapi lembap! Nak buat kerja jahit-jahit simple pun tak reti, jemur baju pun tak reti. Memang aku pikir nak bercerai je..

#Foto sekadar hiasan

Assalammualaikum. Terima kasih sebab sudi pilih confession ni untuk disiarkan dan dibaca.

Pertamanya aku memang sudah siapkan mentaI untuk terima segala c4cian, t0hmahan, dll. Sebab aku akan terus straight forward tanpa perlu berlapik – lapik.

Dalam ni aku akan banyak kutuk orang lain dan angkat diri sendiri. Aku minta maaf awal – awal kalau buat kalian rasa tak senang. Tapi aku perlukan teguran dan nasihat untuk diri aku. Untuk itu orang perlu tahu situasi aku dan membuat penilaian berdasarkan apa yang aku tulis.

Aku dah berkahwin sejak beberapa tahun. Tapi aku dan suami hidup PJJ atas tuntutan kerja. Kami tak ada masalah atas perkara ni. Bahkan kami sendiri tak selalu beria – ria untuk berjumpa.

Jumpa setakat setahun sekali pun memadai. Dan kami juga buat family planning supaya belum ada anak buat masa sekarang.

Sebelum kahwin kami bercinta tak lama. Tapi sebab masing – masing rasa serasi maka berkahwinlah. Aku pun dulu memang jatuh hati dengan dia. Bagi aku dia hampir sempurna.

Tapi lepas kahwin masing – masing tunjuk perangai masing – masing. Dan aku tak suka banyak benda yang ada pada dia. Aku pelik macam mana la sebelum kahwin mata aku boleh buta dengan kekurangan – kekurangan ni.

Dan kami juga kerap berg4duh atas macam – macam perkara. Disebabkan itu aku rasa macam nak cerai sebab aku rasa macam tak nak hidup dengan dia sampai ke tua.

Dalam otak aku, kami pun belum ada anak, jadi masih sempat untuk buat keputusan, tak perlu pertimbangkan hal anak.

Sebenarnya aku dan suami dah pun berbincang bab ni. Suami aku kata dia sedia melepaskan aku. Tapi dia kata kalau boleh pertahankanlah. Sebab dia sangat sayangkan aku.

Dan aku pun masih sayang je juga dengan dia. Tapi sebab aku tak suka dengan perangai – perangai dia jadi aku pun tak kisah dah kalau tak bersama.

Kami pun selalu berg4duh dan aku selalu marah dia (bersebab). Bila g4duh pula aku selalu sebut perkataan cerai. Memang banyak sangat – sangat dah d0sa aku.

Aku rasa lagi lama bersama lagi la banyak d0sa. Dia kata kalau betul – betul dah tak nak dekat dia bagitahu segera. Sebab dia tak nak sia – siakan masa dia bersama aku, sebab umur dia pun dah meningkat.

Tapi ada beberapa faktor yang buat aku berat untuk cerai. Tu aku tulis bawah – bawah nanti.

1) Aku tak berapa suka untuk bersama dengan dia sebab aku rasa dia ni agak lembab. Aku rasa menyampah bila orang terangkan sesuatu kat dia, lepastu dia akan tanya balik benda sama.

Atau dia ulang balik benda yang orang tu bagitahu untuk double triple confirm, walaupun benda tu orang dah terangkan banyak kali. Tambahan pula benda – benda tu sepatutnya sekali dengar pun dah dapat tangkap.

Lepastu selalu sangat bila aku bagi tahu sesuatu, dia respond macam faham. Tapi hakik4tnya dia buat endah tak endah je. Lepas dah lama – lama, bila aku tanya balik, dia kata tak tahu. Padahal aku dah pernah bagi tahu.

Jadi aku rasa menyampah dan benda ni boleh menimbulkan perg4duhan. Kenapa kau tak peka dengan apa yang orang cakap. Kau ni lembab ke?

Dan dia juga selalu buat – buat tahu. Bila orang tanya dia, tapi dia tak tahu jawapan, dia akan pusing – pusing atau reka jawapan. Kalau tak tahu cakap sajala tak tahu. Kenapa perlu tipu. Aku tak suka orang yang tak jujur.

2) Dia banyak tak tahu benda – benda simple. Jemur baju tak reti. Menjahit simple – simple tak reti. Ik4t rambut pun tak reti! Beza softener dengan sabun basuh baju pun tak tahu.

Macam – macam lagiIah tak tahu. Benda – benda basic yang umumnya orang umur dia patut tahu. Sedangkan dulu dia sekolah asrama dan belajar luar negara. Aku tak faham kenapa dia tak ada basic life skills dan knowledge macam ni.

3) Aku tak suka tengok dia makan. Lahap. Kunyah pun sambil terbuka – buka mulut, berbunyi kuat pulak tu. Lepastu com0t – com0t. Kalau ada family gathering aku sampai perlu pesan berkali – kali supaya makan dengan lebih sopan.

Ayah aku seorang yang kemas. Adik beradik aku orang yang judgementaI. Aku tak nak ayah aku ada pandangan buruk terhadap dia, sebagai orang yang kurang adab bila makan. Dan aku pun tak suka kalau adik – beradik aku kutuk suami aku dalam diam.

4) Dia selalu bersangka buruk dengan orang lain. Seolah – olah macam semua orang tu nak buat jahat dan berniat buruk dekat dia. Memang la kita kena sentiasa berhati – hati, tapi kenala berpada – pada. Contohnya aku dulu jenis mudah simpati pada orang dan selalu bagi sedekah.

Tapi suami aku selalu cakap “orang tu tipu, orang ni tipu, jangan mudah tertipu, diorang bukannya orang susah pun”. Sampai satu tahap aku jadi terpengaruh dan mula jadi kedekut dalam bab memberi.

Bukan dalam hal ni saja, kalau nak membeli dengan orang pun, dia selalu meragui penjual tu. Kononnya penjual tu nak tipu kita la. Memang la benda tu boleh jadi tapi apa sebabnya yang kau nak cakap macam tu? Tak pasal2 semua orang kau pukuI sama rata.

5) Dia kalau marah selalu diam sambil berkerut. Kalau dia diam dan move on tak apa, tapi dia ni jenis marah sambil bermasam muka. Bila aku dah buat baik dekat dia (kira nak lupakan perg4duhan), dia susah nak maafkan.

Masalahnya bila aku tanya “ok ke tak” dia jawab “ok” tapi dalam masa yang sama masam muka. Kalau tak ok tak payah la nak jawab ok. Dah macam perempuan pulak. Susah sangat nak jujur je dan cakap aku salah kat mana.

Aku memang jenis pemarah, tapi bila aku marah mesti bersebab. Kalau aku tak puas hati aku akan cakap dekat dia kenapa dan aku perlukan dia untuk jawab, bagi penjelasan dan def3nd diri dia. Aku nak setelkan masalah ni melalui perbincangan.

Kalau ternyata aku yang salah AKU MEMANG AKAN MENGAKU. Tapi dia akan terus menangkan aku “yela awak betul”/ “ye saya salah”/ “ye saya penipu”. Padahal bukannya dia maksudkan pun cuma dia malas nak layan.

Akhirnya kalau berg4duh akan sentiasa terg4ntung tanpa penyelesaian. Sentiasa macam ni. Aku dah tegur dia tapi dia kata dia malas nak panjang – panjangkan. Dah tu kalau dia jawab macam tu je tapi masam muka sampai 3 – 4 hari pun jadi panjang juga.

6) Dia tak pandai layan perempuan. Kalau aku merajuk dia tak reti nak pujuk. Dia tak tahu apa yang perempuan nak. Kalau waktu awal – awal kahwin dulu lagi teruk.

Sampai aku perlu bagi skema jawapan apa tindakan yang perlu dibuat kalau perempuan buat macam ni, macam tu. Tapi walaupun aku cakap banyak kali pun dia tetap tak reti nak amalkan. Tak r0mantis pula tu. Dia mana pandai nak buat surp1ise – supr1se ke, bagi ayat – ayat manis ke.

7) Dia ni kurang common sense dalam macam – macam – macam – macam perkara. Ataupun kesed4ran sivik contohnya tak kisah parking kereta dekat tempat parkir OKU.

8) Dia tak pandai jaga penampilan diri. Selekeh je. Rambut pun tak reti sik4t. Kalau keluar pun pakai tshirt2 buruk dan  lama. Bila suruh beli baru macam2 alasan dia bagi, katanya dah banyak baju kat rumah.

Padahal semua baju 10 tahun lepas punya, pun buruk – buruk juga. Biasanya akulah yang belikan baju elok sikit untuk dia, atau kemaskan apa yang patut. Tapi sampai bila?

9) Libido rendah (tak boleh la nak cerita panjang. Yang rasa je faham.)

10) Aku selalu rasa tak disayangi. Bila dia tengah sibuk mesti dia akan selalu marah – marah dan mencuka. Disaat aku memerlukan dia mesti dia tak ada menemani aku.

11) Dia tak ada pekerjaaan tetap.

12) Bila aku hadapi tekanan atau mentaI br3akdown, suami aku bukanlah orang yang aku akan atau boleh cari untuk bercakap atau luahkan. Sebab suami aku bukan jenis memahami.

Ataupun kalau aku ada masalah lain yang melibatkan perasaan, aku tak boleh nak cerita kat suami aku. Kiranya aku tetap sunyi walaupun dah bersuami.

Dan banyak lagi benda yang aku kurang senang tapi tak tulis dekat sini. Tolong jangan cakap “awak patut jaga 4ib suami” sebab aku memang tak pernah bagitahu pasal benda – benda ni dekat sesiapa pun. Paling kurang kat sini kita saling tak mengenali.

Dan aku pun penat simpan.

Aku nak luahkan. Aku nak tahu pendapat. Macam mana aku nak minta pendapat kalau aku tak cerita.

Berbalik pada perkara kat atas, apa yang buat aku berat untuk cerai, yang pertama aku tak nak malu. Keduanya family in law aku baik sangat terhadap aku.

Mak mertua aku pun nampak sayang sangat dengan aku. Ketiga sebab suami aku banyak je kebaikan. Aku fikir sebenarnya suami aku ni ok je. Cuma aku yang susah nak menerima.

Dan aku fikir mungkin orang lain lebih layak dapat suami aku. Orang yang solehah mesti dapat terima suami aku dengan baik dan hidup bahagia.

1) Dia sanggup buat apa sahaja asalkan kita bahagia, contoh belanja makan walaupun tengah tak ada duit, bawa jalan – jalan tempat kita nak pergi walaupun sibuk (tapi sebenarnya aku tak suka bila dia tak jujur. Kalau tak mampu bagitahu. Aku tak suka buat orang rasa terbeban.)

2) 100% setia dan jenis tak pandang perempuan lain.

3) Walaupun slow, dia kuat ingatan. Dia akan ingat bila dating pertama, dekat mana, pakai baju apa.

4) Walaupun tak pandai tapi dia selalu ada usaha untuk bantu kita buat kerja rumah. Contoh kalau aku masak dia akan tolong basuh pinggan. Kiranya bertanggungjawab la, bukan jenis goyang kaki.

Jadi apa yang perlu aku buat? Teruskan atau tak? Mohon beri nasihat dan cadangan solusi. Aku sangat hargai. Terima kasih semua.

Komen Warganet :

Nur Ain Abd Hamid

Saya ada seorang kenalan macam tt. Pung pang pung pang cerita yg buruk – buruk. Sekali si suami lafaz cerai terus dah macam orang tak siuman. Kesimpulannya, jangan cakap ikut lepas. Perkawinan saling melengkapi. Pelan – pelan la tt ubah suami. Jangan terus ingat harini cuba esok lusa dia akan berubah. Tak. Cuba sampai berjaya. Ingat, kalau nak senaraikan 10 keburukan orang memang mudah laju ja menulis. Tapi kita bukan sempurna.

Bak kata Mak Mira Filzah, perkawinan tak akan sempurna kalau sempurna yang dicari.

Betapa ramai manusia yang mengharapkan jod0h datang. Tapi tt dah berjod0h nak pulak berpisah.

Nur Syahida Mohd Yussoff

Sis, jangan terlalu rasa sempurna. Manusia ni ada kekurangan, cek balik kekurangan kita sendiri before kita judge org lain. Pasangan ni kan saling melengkapi. Kalau rasa ada yang tak ok dengan dia, bincang dengan dia elok – elok untuk berubah. Sama – sama sokong dia untuk berubah lebih baik.

Atikah Jamaludin

Ok la tu apa suami awak, ade juga kebaikannya. Apa kata awak senaraikan kekurangan awak pula atau awak tanya kat suami awak apa kekurangan awak dan apa yang suami awak tak suka tentang awak selama berkahwin ni. Bukan apa takut jadi depr3ssion je bila diluah oleh suami. Nak kata yang semua orang ada kekurangan yang tersendiri. Rumah tangga ni akan jadi bahagia bila ada toIeransi dan komunikasi tu sangat – sangat kena jaga.

Semoga dipermudahkan untuk awak. Doa banyak – banyak semoga Allah bagi petunjuk.

Ayda Raimi

Hal remeh je.. tapi kau yang payah nak terima.. aku pun kadang terganggu lelaki makan berbunyi ni tapi mana ada lelaki makan sopan kepit – kepit pun! Kau nak jumpa gitu nyah – nyah jeee adoo. Benda simple pun nak g4do ke. Aku ni pun jenis garang dengan laki aku, geram kadang – kadang tapi fikir balik, laki aku ni pun mesti pernah je geram dengan kepala angin aku ni. Rasa bersalah kat dia dan kami sama – sama always minta maaf sebelum tidur. Accept the fIaws. Downgrade urself. Bende remeh sangat kau ni, happy-happy sudah. Kau rasa dia lembab, ko tukar feeling tu jadi geli hati sebab dia jenis blur. Bahan-bahan la dia.. bahan funny la..jangan merepek benda tak elok. Diri kau tu be happy dulu, mesti kau rasa husband kau ni seronok. Aku ingat lakinya kaki pukuI ke ambik dad4h.. hal cemetot nak cerai. Huh

Satirah Jamaluddin

Aku rasa kau ni kene bertenang lebih sikit. Berbalik dengan agama, masalah perempuan ni bila ada sesuatu perkara tak mengikut expectation dia, sikit – sikit nak cerai. Masing – masing tak boleh nk berbincang ke apa dah? (Sebab tu ler kuasa cerai dekat tangan lelaki kalau tak asal g4duh hal kecik ke tak puas hati. mengidam itu ini tak dapat beli padahal kedai sececah j, .tak reti menjahit lah ape sume nak bercerai je keje agak nye). Dah nama pun suami isteri, akan nampak kekurangan masing – masing jadi sama – samalah perbaiki ler. Owh kau lupa yer, isteri kan cerminan suami, ke kau pun sama macam suami kau? Cuma beza dia dekat sini, suami kau ni tak de lah nk buat luahan dekat sini..haha. Kita yang perempuan ni jangan nak acah – acah good je sentiasa..muhasabah diri balik.. sama – sama perbaiki diri..

Sumber : – Mai (Bukan nama sebenar) via iiumc