Sejak pendemik Covid-19 meIanda seluruh dunia, banyak sektor komersiaI terjejas teruk. Antara yang sangat ketara sudah tentu sektor penerbangan kerana hampir seluruh dunia menyekat pergerakkan secara bebas rakyatnya ke luar negara.
Oleh sebab itu, ramai juruterbang dan juga krew kapal terp4ksa diberhentikan ataupun mengambil cuti tanpa gaji disebabkan syarikat penerbangan juga mengalami kerugian.
Pilot di dar4t
Hal ini samalah seperti dihadapi oleh seorang juruterbang pesawat komersiaI yang sudah 11 tahun berkhidmat dalam bidang tersebut. Ahmad Rashidi Mohd Nazri, 37 telah memilih untuk menjadi ‘pilot’ di dar4t pula selepas terkesan dengan pendemik ini.
Menerusi Facebook Mohd Zulhairi Zainol yang juga merupakan pengasas Amalteam iaitu sukarelawan menguruskan jenaz4h golongan tidak berkemampuan telah menceritakan berkenaan ‘pilot’ baharu van jenaz4hnya.
Pandu van jenaz4h pula
Menurut sumber, Ahmad Rashidi merupakan seorang sukarelawan baharu yang menyertai Amalteam bagi membawa jenaz4h ke destinasi yang dituju. Pada hari tersebut, dia bertugas untuk menghantar satu jen4zah dari Selayang menuju ke Melaka.
Dia turut mengagumi juruterbang itu yang langsung tidak kekok menguruskan jenaz4h dan tidak memilih sebarang pekerjaan walaupn sedang berdepan cab4ran dalam kerjaya.
Waktu cari saham akhir4t
Ketika ditemu bual, Rashidi memaklumkan bahawa sejak Julai lalu dia kembali ke tanah air dan meneruskan kehidupan sambil mencari peluang lagi untuk kembali menyarung seragam juruterbang yang sudah sebati dengan jiwanya.
Dia yang sebelum ini bertugas di sebuah syarikat penerbangan komersiaI terkemuka yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emriah Arab Bersatu (UAE) telah menyertai skim pemberhentian kakitangan susulan pandemik Covid-19.
“Jika sebelum ini saya sibuk terbang ke merata destinasi seluruh dunia namun selepas berhenti kerja, banyak masa terluang dan saya anggap ini adalah waktu terbaik untuk mencari saham akhir4t.”
Walaupun sudah tidak bergelar juruterbang, namun dia puas dengan apa yang dilakukan kepada masyarakat kini. Dia juga berharap keadaan akan kembali pulih dan dapat meneruskan kerjaya sebagai pilot pada masa akan datang.
Semoga Allah meredhaimu
Susulan perkongsian tersebut di Facebook sumber, Rata-rata warganet telah meninggaIkan komen diruangan tersebut dengan memuji apa yang dilakukan oleh juruterbang itu dan mendoakan agar urusannya terus dipermudahkan kelak.
Masya Allah, tahniah abang pilot
Semoga lahir lebih ramai sukarelawan seperti ini
Sumber : Harian Metro (Ekhwan Haque Fazlul Haque), Mohd Zulhairi Zainol, ohmymedia