Dia hanya bayar rumah dan bil. Bil pun selalu tertunggak. Paling aku kecil hati bila Hari Ray, aku yang belikan baju – baju untuk anak – anak dan suami sebab dia bagi alasan tak cukup duit. Tapi rupa – rupanya dia beli seluar jeans sendiri bernilai RM200..
Kisah 1. Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kalau siarkan confession aku ni. Aku pernah belajar di salah sebuah IPTA. Tujuan aku buat luahan ini bukan niat nak bukak a1b sesiapa, tapi aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa. Aku keliru, kadang – kadang aku rasa sangat letih dengan semua isu yang aku hadapi.
Aku dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Bekerja sebagai seorang penjawat awam. Suami juga bekerja. Sebagai seorang isteri, seorang ibu dan seorang pekerja, aku rasakan hari – hari aku sibuk dan penuh dengan kerja – kerja yang tak akan habis.
Siang bekerja hakiki, malam jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tapi, aku kadang – kadang letih yang amat bila malam hari apabila kerja banyak di waktu pejabat. Harapan seorang isteri apabila situasi ini, mesti mengharapkan agar suami akan tolong untuk bantu ringankan beban dan uruskan anak – anak.
Namun, itu semua tak terjadi pada aku. Suami susah sangat nak tolong aku. Semua kerja rumah aku yang buat. Kerja dia hari – hari hanyalah main fb dan whatssap sahaja. Ada satu hari, aku sampai meng4muk pada anak – anak bila aku terlalu letih dan anak – anak menangis mintak susu. Suami hanya duduk di ruang tamu dan HP langsung yang tak lekang kat tangan dia. Aku memang dah naik angin sangat masa tu.
Banyak lagi kejadian yang berlaku. Sekiranya aku memang dah tak tahan sangat, aku hanya mampu nangis dalam bilik air. Kadang – kadang aku fikir, ada harga ke aku? Aku ni bernilai ke bagi dia? Sampai dia layan aku macam ni. Mana tanggungjawab dia?
Pasal kewangan pun sama. Duit barang – barang anak, duit susu pampers anak, duit belanja dapur semua aku yang uruskan. Dia hanya bayar rumah dan bil. Bil pun kadang – kadang tertunggak. Kadang – kadang dia pun pinjam duit dengan aku.
Pastu dengan megah dia cakap duit aku habis sebab aku kuat makan. Ye, aku memang kuat makan, tapi semua duit aku. Aku kerja dan dia yang izinkan aku kerja. Aku tak boleh nak bayangkan sekiranya aku tak bekerja, macam mana dengan anak – anak aku.
Cukup ke susu diorang nanti, pampers diorang nanti macam mana? Aku boleh terima sekiranya suami tak mampu, tapi yang aku tengok, suami lebih kepada beli barangan peribadi dia. Contoh, baju raya anak – anak, baju raya dia aku yang beli sebab alasan dia tak cukup duit, tapi, rupanya dalam diam – diam dia beli seluar jeans kat dia yang harga RM200 lebih. Memang menyirap aku. Aku rasa dia lebih pentingkan diri dia sendiri.
Aku sedih, kadang – kadang malu dengan mak ayah kat kampung. Kerja dah lama, tapi tak ada simpanan. Sebab semua gaji aku akan habis tiap – tiap bulan. Risau jugak sekiranya ada sebarang em3rgency.
Tapi, tawakallah. Kadang – kadang balik kampung, ayah aku lak tanya, ada duit tak? Kadang – kadang nak balik, ayah yang bagi duit, aku segan, aku tak ambil pun. Sepatutnya aku yang bagi duit kat mak ayah. Sekarang ni aku rasa betul – betul str3ss. Sekiranya tak mampu dari segi kewangan, cubalah untuk tolong aku uruskan anak – anak dan kerja rumah, Mungkin sejuk sikit hati aku. Tak adalah sampai aku nak meng4muk dengan anak – anak.
Pada suami di luar sana, ingatlah, isteri ini perlukan pertolongan anda. Walaupun dia tak cakap dia nak mintak tolong, tapi kalu anda dengan rela hati tolong isteri, akan dapat lihat bahagia di wajah isteri anda. Isteri yang dah bekerja DAn ada duit sendiri, dia tak pikir pun nak dapat duit dari suami dalam jumlah yang banyak, cukup suami ada waktu susah senang, cukup suami dengar sekiranya ada masalah DAn ckup suami faham sekiranya isteri memerlukan bahunya. mengikut agama kita, semua tanggungjawab menguruskan rumah adalah tanggungjawab suami. Jadi, isteri dah banyak tolong anda.
Jadi, hargailah isteri anda sementara berkesempatan. Cuba bayangkan sekiranya hari – hari yang dilalui tanpa isteri anda disisi. Lengkap tak hidup anda. Semoga aku sentiasa tabah dalam menghadapi ujian Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan aku. – isteri dia
Kisah 2. Assalamualaikum.. Bukan nak mengungkit dan jauh sekali tak bersyukur tapi rasa nk meIuah. Suami bagi nafkah RM50 sebulan, duit untuk barang dapur dan keperluan (minyak kereta, peralatan bilik mandi) semua tu RM150.
Untuk anak pulak RM100 sebab ada seorang je anak. RM50 lagi untUk bayar bil air dan eletrik. Sebelum ada baby saya bekerja tapi selepas ada baby saya surirumah dan buat online je. Bukan setiap hari ada income. Bila hari bekerja suami akan makan untuk malam sahaja di rumah.
Tapi kalau hari tidak berkerja saya terp4ksa masa 3x dengan lauk yang berbeza sebab lauk pagi suami dah tak akan makan untuk tengah hari atau malam. Tapi kadang – kadang dengan RM150 sebulan memang tak akan cukup. Bila saya suarakan dia cakap saya tak pandai berjimat, suka membazir.
Saya nak kerja tapi anak saya selalu meragam. Saya dah buntu. Ada ketika saya terp4ksa guna simpanan saya sampai saya takot saya dah tak ada apa – apa simpanan untuk masa depan saya dan anak. Malah suami saya bukan seorang yang baik untuk tolong bantu isteri. kadang saya masak anak menangis dia buat tak layan je sampai habis main game dalam phone, semuanya dengan handphone.
Sampai saya fikir, cukuplah, saya dah tak tahan nak hadap semua nih. Nak bina hidup baru dengan anak je, tapi dia tak nak lepaskan. Saya aIami tekanan perasaan sekarang, bila anak tidur je saya akan menangis sekuat hati. Saya str3ss sampai tak boleh nak jaga penampilan diri.
Kedua – dua situasi mungkin nampak berbeza tetapi sebenarnya ia berpunca dari masalah yang sama. Tanggungjawab seorang suami dan ayah yang dilupakan. Tak dinafikan zaman sekarang ramai yang mengh4mbakan diri dengan gadget yang tak bernyawa sehingga melupakan isteri dan anak- anak yang lebih memerlukan perhatian.
Ramai pembaca yang memberikan komen dan reaksi tentang luahan yang dibuat. Mungkin penulis dapat mengambil sedikit sebanyak nasihat yang boleh membantu untuk kurangkan beban atau keluar dari masalah yang dihadapi.
Komen Warganet :
Wawa Fazillah : Lepas ni sediakn buku lejar. List kan kat situ wang diterima, jenis barang yang dibeli, tulis 1 per satu. Cth : Beras Merbok 5 kg – RM 13.00. Selepas ni kalau dia cakap tak pandai guna duit tunjuk kat dia.
Suruh dia celik biji mata tu. Dah jadi suri rumah tu, istiqomah buat solat duha dan baca surah al waqiah. Malam bangun solat tahajjud. Insya Allah, bila makanan rohani tu cukup tak ada lah nak rasa tertekan. Setiap kali solat dalam sujud akhir, jangan lupa doa mintak Allah lembutkan hati suami, supaya menjdi suami yang soleh.
Nadiah Mahmod : Sis bagi je list barang dapur suruh suami beli sendiri baru dia tau cukup ke tak. Kalau dia nak makan sis masak je telur RM150 tu mana cukup untuk sebulan. Laki pandai buat anak je bab jaga anak tak reti, geram pula rasa. Kalau tak nak makan sudah, pandai – pandai la dia cari makan sendiri beli lauk sendiri.
Sofiah Atiqah Ahmad : Ramai lelaki macam ni bila baca kisah – kisah dekat media sosiaI. Bertabahlah sis. Usaha meniaga dari rumah, cari pendapatan sndri. Boleh tu, anak belum ramai. Kuatkan semangat. Susah nak ubah orang lain walaupun suami sendiri.
Yang kita boleh buat doakan dia. Part kita usaha terbaik, buatlah macam mana sekalipun sampai dapat bahagia. Kena jaga kesihatan mentaI fizikaI. Kita s4kit siapa nak ambik tau. Sis lepaskan bahagian sis, keperluan sis daripada income sis.
Jaga kesihatan, rasa nak reward diri beli je ikut suka sis. Macam untuk makan tu ikut bajet yang husband beri. Barang dapur minta dia beli. Sis tak perlu terima duit barang dapur dr dia. Dari sini dia akan faham betapa kecilnya nilai RM150 sebulan tu. Moga tabah.
Kita susah, ada org lain jauh lebih susah dari kita.
Lieza Zainudin
Mintak dia yang pergi beli semua barang dapur. Baru dia tau RM100 ceIah ketiak je. Ingat ni zAman RM50 penuh troli. Nak penuh troli tu kedai eco bolehla penuh. Mana – mana yang belum kahwin tu lagi – lagi lelaki, tolonglah belajar dan ikut ibu awak pergi belanja barang dapur baru tau kos untuk belanja sebulan bukan main bedal je bagi kat wife anda.
Kesian tau tak, RM150 tu untuk barang dapur lauk yang boleh beli telur jela. So selama 30 hari makan telur je kalau nak la. Geram spesis laki macam ni. Orang kahwin, dia nak kahwin jugak tapi tak hadam lagi.