Kesian jue dapat pakwe sengkek macam aku kan. Dahlah jahat, miskin lak tuh

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum admin , terima kasih kerana siarkan confession ini. Aku tak ada tempat nak luahkan perasaan. Jadi aku pilih page ini sebagai medium untuk aku luahkan rasa hati aku. Confession ini berkisarkan perjalanan pahit getir aku dari kecil sampai dewasa. Aku Cuma nak luahkan rasa syukur aku kerana mempunyai isteri yang setia bersama aku ketika aku susah senang.

Kenalkan nama aku Zam. Berumur 32 tahun, mempunyai seorang isteri yang penyayang dan dua orang putera yang comel. Aku bongsu daripada 8 adik beradik. Ayah aku meninggaI ketika aku berumur 4 tahun lagi. Teringat dulu masa pendaftaran di tadika, kakak aku yang menghantar aku untuk daftar di tadika. Saat tuh rase pilu sangat melihat kanak – kanak yang lain semuanya ditemani ibu bapa pada hari pendaftaran. Aku rindu ayah, tapi tak mampu berbuat apa – apa.

Aku cuma anak kampung, rumah kami sekeluarga pon daif. Selepas ayah meninggaI, ibulah bertungkus – lumus kerja siang dan malam untuk sara aku. Setakat hin4an dan ejekan dari teman – teman terhadap aku yang miskin hin4 ni apalah sangat. Aku sudah biasa membesar dengan hin4an orang kampung. Pada umur 16 tahun, tuhan uji aku sekali lagi. Kali ini ibu aku pulak jatuh s4kit. Dia tak mampu lagi nak bekerja sara hidup kami berdua. Kakak dan abang aku? Mereka semua sudah berkahwin dan beranak pinak, mereka jarang ambil tahu tentang aku dan ibu. Aku yang bongsu ini lah yang perlu kuat untuk jaga ibu. Tapi tak apa, untuk ibu yang aku sayang, aku sanggup.

Bila ibu mula jatuh s4kit dan tidak dapat bekerja, aku terp4ksa bekerja part time pada sebelah malam untuk tampung perbelanjaan sekolah aku, Lagipun, aku nak belikan ubat untuk ibu supaya dia cepat sembuh. Tapi akhirnya satu malam tuh, aku tewas. Ketika itu aku lagi 3 bulan nak SPM. Ibu m4kin tenat. Duit belanja aku pon m4kin kurang . Aku tak boleh fokus antara belajar dan kerja part time. Aku buat keputusan untuk ambil dad4h sebab terIampau str3ss.

Aku juga jadi pengedar untuk dapat duit pocket aku. Ya aku hin4, kalian m4ki hin4lah aku. Tak apa, aku sudah biase dihin4. Dengan duit yang ade hasil aku mengedar tuh, aku beli motosikal baru untuk mudahkan aku beli ubat ibu, makanan ibu dan berulang alik dari hospitaI. Dengan hasil duit mengedar jugak, aku belikan ibu ubat yang bagus – bagus, aku nak ibu cepat sembuh, Aku takut hilang ibu. Aku ade ibu jek dalam dunia ini.

Lepas habis SPM, Aku sambung pulak STPM. Walaupun aku ni jahat, tuhan permudahkan urusan pembelajaran aku. Pointer aku agak baik ketika tingkatan enam, jadi aku dapat tawaran masuk IPTA. Berbalik pada perangai aku yang mengedar dad4h tadi, abang ngah aku dapat hidu kegiatan aku. Dia mula memberitahu perihal aku pada abang akak aku yang lain. Mereka mula marahkan aku dan merayu supaya aku berhenti jadi pengedar. Abang akak aku yang lain juga bergilir gilir jaga mak aku yang s4kit.

Mereka mula ambil berat akan aku dan tidak kedekut untuk berikan aku duit poket. Aku? aku mula bersemangat untuk sambung belajar dan berhenti terus daripada menjadi pengedar dad4h. Aku pon dah berhenti daripada ambil barang har4m tersebut.

Kehidupan di universiti turut menguji aku. Aku tak layak dapat pinjaman PTPTN. Jadi di sini aku kene struggIe lagi untuk habiskan ijazah aku. Laptop pon aku tak ade, jadi aku perlu ke library pada waktu malam atau cuti untuk siapkan kerja aku. Waktu malam aku kerja part time untuk dapat duit poket. Cuti semester pon aku kerja untuk carik duit. Aku kurang masa dengan family aku. Cuma hujung minggu kalau ade waktu, aku cvri – cvri balik kampung nak jaga mak aku. Aku pekakkan telinga kalau ade suara – suara yang mengata aku. Ya, aku sedar, aku ni tak berduit seperti rakan – rakan yang lain. Makan pon cuma Iempeng sebab nak jimat duit. Beli tepung, masak sendiri kat rumah sewa. Berat aku masa belajar dulu 46kg dengan tinggi 168cm. Betapa lidinya aku dulu. Awek? Mana ade awek nak kat aku . Dahlah kering, poket pon keringkan. Aku pergi kelas pakai selipar jek. baju berkolar pon tak banyak. Memang seIekeh. Tapi tuh lah aku. Aku jadi diri sendiri. Aku memang miskin.

Ujian bertimpa pada diri aku ketika aku sedang menghadapi final exam semester 4. Ibu aku yang s4kit tenat akhirnya meninggaI dunia. Aku bergegas pulang ke kampung dan mengambil keputusan untuk menangguhkan exam aku. Sayu rasanya melihat tubuh kaku ibu yang telah siap dikafan. Cuma lagi beberapa hari lagi nak masuk bulan Syawal. Aku raya sebagai yatim piatu tahun tersebut. Bila ibu dah meninggaI, abang dan akak jarang balik rumah ibu. Aku? tinggallah aku sorang – sorang dekat rumah usang tuh. Sunyi dan suram rumah tuh tanpa keluarga . Bertambah tambah pedih dan pilu hati aku ni.

Sampai lah satu masa aku kenal dengan gadis yang bernama Jue (sekarang ni isteri aku). Kami kenal di tempat kerja aku. Mula – mula kawan jek, tapi lama – lama kami jadi rapat dan mula bercinta. Jue terima aku seadanya walaupon kami ni beza macam langit dan bumi. Aku pernah berterus terang yang pernah jadi pengedar sebab atas masalah wang, Jue terima aku seadanya dengan syarat aku tak jadi pengedar lagi dan kene mula cari kerja yang halal. Terharunya aku. Jue anak orang berada dan duduk berlainan negeri dengan aku. Kami cuma berhubung melalui sociaI media sahaja. Kalau ade duit lebih, aku turun tempat jue, dan kami jumpe. Kalau jumpe jue pon aku hanya pakai selipar dan seluar sIack jek . Duit pon kongsi – kongsi time dating. Kami cuma berjumpa 2 kali setahun atas faktor jarak dan duit. Kalau ade duit lebih baru aku belikan dia hadiah. Jue tak pernah meminta – minta. Kesian jue dapat pakwe sengkek macam aku kan. Dahlah jahat, miskin lak tuh.

Satu hari tuh moto aku r0sak, ade assignment lak nak kene hantar. Due date sangat dekat. Aku mula geIabah. Aku pergi kelas pon jalan kaki. Nak tumpang kawan? Mana ade orang nak kawan dengan aku yang tak berduit dan selekeh ni. Pergi library computer semua penuh budak – budak ni buat main facebook, tengok youtube. Nak pinjam laptop budak – budak rumah sewa semua sibok main dota kat laptop. Mana nak layan aku. Akhirnya aku mintak tolong Jue, Memandangkan kami jauh, jadi kami cuma mampu video call saja. Jue tolong siapkan assignment aku yang berbaki lagi 30% tuh. Jue type kan assignment aku guna laptop dia semasa kami video call. Lepas dah settle assignment tuh, akhirnya aku boleh hantar assignment tersebut dengan tenang. Sejak tuh aku sedar, Jue jek ade dengan aku masa aku susah selain family aku sendiri.

Jue grad lebih awal daripada aku sebab dia memang budak pandai. Oh ya, jue ni minat niaga. Lepas dia dapat kerja, dia mula kumpul modal untuk niaga. M4kin lama m4kin banyak untung nya. Jue mula ajak aku berniaga sama. Aku pon tolong Jue niaga. Bila untung m4kin bertambah, kami kumpul duit sama – sama untuk bukak kedai. Dalam tempoh tiga bulan, sale kami hampir RM 20 ribu. Alhamdulillah semangat sangat mase tuh. Lepas rezeki niaga mencurah – curah tuh kami pon mula merancang perkahwinan kami. Alhamdulillah tuhan permudahkan usaha kami nak bina masjid, untuk tempoh tiga bulan seterusnya, sale kami meningkat ke 80 ribu. Kami beli kereta second hand secara tunai dan duit lebihnya kami gunakan untuk buat rumah kami. Selepas kawin, sementara kami menunggu untuk rumah siap, kami duduk di kedai kami dulu. Berkat sabar menunggu sehingga enam bulan, akhirnya rumah pertama kami pon siap. Rumah tersebut siap pon hasil duit niaga kami. Alhamdulillah.

Oh ya, lepas tiga bulan pertama kawin dengan Jue, berat aku naik 10kg. Daripada 46kg sampailah 56kg. Dan sekarang berat terkini 65kg haha. Berisi aku. Tuh semua sebab bini aku pandai masak. Hari – hari dia masak untuk aku tak nak bagi aku lapar macam bujang – bujang dulu. Bila dah kawin ni, aku mula rase seronok sebab ade orang yang jaga makan pakai aku. Yerlah, aku last makan sedap – sedap masa umur aku 15 tahun. Lepas mak aku terIantar, aku tak merasa lagi air tangan ibu. Keluarga mentua pon layan aku baik – baik. Mereka layan aku seperti anak sendiri. Sedikit sebanyak terubat rindu aku dekat arw4h ibu dan ayah.

Selepas setahun usia perkahwinan kami, Jue hamil, Gembira betul aku mase tuh. Nak jadi ayah kan. Betullah orang kata, rezeki anak ade dalam perkahwinan. Selepas anak pertama kami lahir, perniagaan kami m4kin maju dan kami telah bukak cawangan dua kedai kami di daerah lain. Bila untung m4kin banyak, aku ren0vate rumah aku sikit – sikit sampai jadi bertambah besar dan cantik. Aku belikan kereta untuk bini aku. Aku juga carikkan pembantu rumah untuk isteri aku untuk ringankan beban dia buat kerja rumah. Setiap bulan kalau aku ke luar negara untuk uruskan perniagaan aku, aku tak lupa belikan hadiah untuk isteri aku. Itu sebagai upah dan tanda terima kasih kerana ade dengan aku masa susah dan senang.

Perempuan diuji ketika lelaki tiada apa apa. Lelaki pula diuji ketika memiliki segalanya. Pernah dengar ungkapan tersebut ? Ya, aku kini diuji dengan kedatangan perempuan – perempuan yang lebih cantik dan muda daripada bini aku bila aku dah mula berharta . Minggu lepas rumah kami didatangi pakcik kampung aku yang berumur 50-an bertujuan untuk meminangkan anak perempuan dia sebagai isteri nombor 2 aku. Alasan pakcik tersebut adalah, anak perempuan dia janda, aku berduit dan mampu membeIa nasib janda tersebut. Tapi aku menolak dengan baik sebab aku pon tak berapa gemar akan perbuatan poIigami. Aku tak bodo0. Aku kenal mana perempuan yang kutip aku masa aku kene buang macam sampah dulu. Aku pon kenal perempuan mana yang hin4 aku masa aku miskin susah dulu. Inshaallah aku tak lupa isteri aku yang berusah senang dengan aku daripada zaman kami bujang sampai lah sekarang.

Setiap malam aku doa pada tuhan semoga rahm4ti perkahwinan kami. Aku sayang sangat bini aku. Aku dah tak ada siapa – siapa selain bini aku dan anak aku di dunia ini. Tiap malam juga aku doakan semoga tuhan rahm4ti dan Iindungi isteri aku. Tiap malam jugak aku lapangkan hati dan fikiran untuk maafkan bini aku agar dia tidur dalam keredhaan –Nya. Untuk Jue, terima kasih kerana memilih bekas pen4gih ini sebagai suami mu. Terima kasih percaya dekat abang untuk buktikan abang mampu bahagiakan keluarga kecil kita. Untuk keluarga mentua, terima kasih terima diri ini sebagai menantu di saat aku tak punya apa – apa. Insha allah saya akan jaga puteri mak abah dengan sebaik mungkin. Korang doakan aku bahagia denga bini aku ya. Jangan lupa doakan anak – anak aku jugak jadi anak yang baik, jangan jadi pen4gih macam aku. Aku doakan yang baik – baik jugak untuk kalian.

Terima kasih.

– ZAM

Komen Warganet :

Mahanimhana Ahmad

One word saud4ra. Alhamdulillah. U know well who are stay with you trough thick and thin. Bahagiakan isteri saud4ra. Percayalah wanita yang terima lelaki dari kosong ni dia memang sayang setuIus hati. Dia cuma nak kesetiaan dan perhatian. Jangan h4ncurkan hati dia dengan duakan dia. Terima kasih sebab berjaya jadi suami yang baik. Moga Allah terus peIihara anda sekeluarga. InsyaAllah.

Nor Haslina

Pastinya ibu Zam telah mendoakan yang baik – baik kerana telah mmbantu arw4h semasa hayatnya. Tidak rugi bersusah payah untuk ibubapa kerana baIasan ALLAH telah nampak di dunia lagi dengan meluaskan rezeki dan mengurniakn isteri dan anak yang membahagiakan. Bersyukurlah kpdNYA.

Ikeen AB

Isteri yang baik dan dimurahkan rezeki yang meIimpah ruah adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada orang yang berbakti kepada orang tuanya. Setiap perbuatan baik atau jahat pasti ada baIasannya. Kisah ini boleh jadi motivasi kepada orang lain. Anak yang baik pasti diakhiri dengan kebaikan. Insya Allah. Semoga tuhan tetapkan hatimu dik bersama isteri bahagia hingga ke jannah. Amiiin

Cik Intan Syazana Hassha’ari

Bro, aku bangga dengan kau bro. Tiada pend0sa yang tidak punyai masa depan, tiada orang yang berjaya yang tidak punyai masa siIam. Semoga your wife and you, yourself kekal hingga Jannah. Semoga Allah jaga you guys.

Rohaya Aya

Alhamdulillah…doa saya agar saud4ra sentiasa tabah dan kuat utk meIawan dug4an – dug4an di luar sana. Al maklum dah senang ni ramai aje yang pandang. Perempuan ni encik, dia tak kisah sesusah mana suaminya.. asalkan jangan dua kan dia dengan perempuan lain. Itu aje nak cakap.. semoga berbahagia.. saud4ra.amin..