Aku dan suami kerja kerajaan, kami dapat keluarkan duit KWSP, jadi aku ingat nak ubahsuai rumah yang baru beli. Sekali mak ayah aku suruh belikan motor adik harga RM10k! Aku dah suruh beli motor yang murah sikit tapi diorang tak nak. Siap nak guna nama aku dan suami untuk buat loan aeon credit nak beli motor tu..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, minta tolong hide profile ya please. Ok macam ni, aku nak luahkan untuk dapat sikit pendapat dan untuk tenangkan kepala aku yang serabut dan perasaan aku yang bercelaru ni.
Aku dan suami kerja kerajaan, ada kereta sebiji dan baru beli rumah apartment yang baru siap. Suami ada personal loan yang akan habis bayar dalam taun depan (loan ambil untuk bayar deposit rumah kami). Bawah nama aku ada loan PTPTN time study dulu, ada loan kereta 2 buah (1 memang kereta aku sendiri, 1 kereta yang ayah aku pakai beli guna nama aku) dan kami suami isteri join loan untuk rumah kami tu. Aku sekarang tengah tunggu hari nak bersalin anak sulung kami. Alhamdulillah preparation nak sambut baby dah siap sepenuhnya.
Masalah aku bukan dalam rumahtangga tapi dengan family aku sendiri. Ok macam ni, aku dengan suami baru keluarkan KWSP kami sebab kami dah dapat taraf berpencen, alhamdulillah. Jadi dengan duit yang ada tu kami niat nak ubah suai la rumah sikit sebab rumah sendirikan. Lepas tu ada lah lagi 2-3 perkara yang perlu diuruskan berkaitan rumah ni yang perlu duit juga dan kami pun nak simpan jugak sikit untuk masa depan.
Masalahnya sekarang ni mak ayah aku nak beli motor untuk adik aku ulang alik kat tempat belajar dia kat selatan tanah air. Diorang budget nak beli motor RM 10k. Jadi diorang berhasrat nak guna nama aku dan suami untuk buat loan aeon atau parkson credit untuk beli motor tu memandangkan sekarang dah tak ada loan kedai. Guna nama jela tapi diorang yang bayar diorang tu nanti.
Aku dengan suami agak keberatan sebab rekod financial kami pun dah ada loan – loan lain termasuk kereta yang ayah aku pakai sekarang ni atas nama aku. Jadi aku offer untuk buat pinjaman peribadi yang aku akan guna sikit untuk topup duit renovate rumah dan sikit lagi boleh bagi pinjam untuk beli motor adik aku. Kiranya 1 pinjaman jela tak ade la k0rek lubang sana sini kan.
MaIangnya pinjaman pula tak lepas dengan jumlah yang kami nak, jadi aku sekarang tak mampu la nak bagi mak ayah aku pinjam dengan jumlah yang dijanjikan. Aku cuma dapat bagi separuh dari jumlah asal. Itu je sehabis mampu aku nak tolong. Aku jugak ada nasihat mak ayah dan adik aku supaya cari motor yang harga ok sikit sesuai dengan budget lagipun untuk pakai ulang alik belajar je.
Aku dulu pun naik bus je tapi dorang berkeras macam nak jugak beli motor harga 10k tu untuk adik aku. Siap cakap ‘korang nak renovate apa sangat rumah korang tu, setakat rumah besar tu je takkan sampai 60-70k.’ Hmm, terkilan aku dengar, memanglah bukan semua duit tu nak guna untuk buat rumah tapi aku dan suami nak juga duit cash kat tangan untuk masa depan, sebab kita tak tahu masa depan nanti apa yang akan jadi.
Jadi sekarang aku ni dalam diIema, kalau aku bagi nanti, bising suami aku. Sebab betul jugak apa dia cakap, kami kena fikir masa depan jugak tambah – tambah nak ada baby ni. Tapi kalau tak bagi, family aku macam anggap aku ni mampu je nak tolong tapi saja tak nak tolong semaximum yang boleh. Pening la, apa pendapat warga FB semua? Adakah aku patut tolong jugak family aku dapatkan motor 10k adik aku tu atau aku patut tolong semampu aku je? Serba salah sebab aku je yang boleh tolong, aku dua beradik je. Aku jugak dah jelaskan satu – satu apa aku kena buat dengan duit yang ada tu tapi family tetap macam tak nak cuba faham.
Komen Warganet :
Norhayu Zohari : Berpada – pada la sis dalam tolong keluarga. Sis ada tanggungjawab sendiri, yang adik sis tu plak satu hal. Duk study lagi nak pakai motor mahal, beli yang second hand sudah la. Tak pun naik bas je la, parents sis ni patutnya kena la bertolak ansur dengan anak menantu bukannya tambahkan bebanan anak menantu.
Firah Nasir : Sis, sekarang sis dah kahwin, yang wajib ikut cakap ialah cakap suami, bukan maksud tolak keluarga, tapi sis dah tolong banyak kot, hulur juga dah tu buat loan kereta lagi tu tuk ayah. Itu pun tak nampak lagi agaknya keluarga sisi ni. Kalau jadi kat saya, saya dah buat pek4kkan aje, sebab dah tolong memacam, lagi nak gunakan kita.
Shahana Mohammad : Mesti nak beli motor Y suku ni. BerIagak sangat, belajar pun belum tentu habis dan dapat kerja nak demand motor mahal – mahal. Silap – silap haribulan dia dah habis belajar nanti, time mak ayah sis suh dia sambung bayar motor, confirm dia tak bayar. Buat baik berpada pada sis. Saya dah hadaplah benda ni. Adik beradik walaupun lahir dari rahim ibu yang sama, tapi hati dan perangai memang takkan sama. Bila senang, lupa dar4tan, rasa dia yang bagus, tak akan kenang budi kita. Bantu setakat termampu je sis, dengar cakap suami, sebab syurga kita pada suami kita. Kita nak hidup kalau boleh lama dengan suami kita. So dengarlah cakap suami.
Mak O Leha Ramlee : Sebab itu harus dirahsiakan hal – hal bersangkut duit walau siapa juga. Jangan hebohkan kita ada duit KWSP la, nak ubah suai rumahlah dan sebagainya. Hanya jadi diIema dan persengketaan. Tt seorang isteri jadi suami berhak untuk menentukan keputvsan. Adik tu pun bukan main demandnya. Dah tentu ke esok keluar u terus dapat kerja dan bergaji besar. Ukur baju di badan sendirilah. Nak berIagak kerja jangan menyusahkan orang. Yang ibu bapa tu manjakan anak tak bertempat.
Mila Yusila : Nak bantu pun kena tengok kewangan sendiri dik. Memang la adik beradik tapi duit tu kan hak kita. Setiap org mesti ada perancangan untuk menstabiIkan keluarga sendiri. Lagi – lagi yang baru berkahwin dan baru nak ada anak. Dah bantu sebahagiannya tu pun dah cukup dik. Bukan tak ade motor 2nd harga 5k yang masih elok lagi. Hanya untuk pergi dan balik dari hosteI ke k4mpus je kan. Nak bergaya pakai duit sendiri tak apa. Bukan nak mem4ksa pinjam duit org.