Suami luahkan rasa malu ada isteri macam aku, tak macam adik beradiknya yang lain

Aku seorang surirumah, suami pula seorang imam muda. Kami sudah 8 tahun kahwin dan mempunyai 4 orang anak. Satu hari aku dengar suami bagitahu anak sulong supaya nanti bila dah besar, cari pasangan yang beragama, cantik, berharta dan keturunan yang baik. “Jangan jadi macam baba.”

#Foto sekadar hiasan. Admin ni fake acc aku ya, mohon hide. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Suami aku ada follow page ni. Nama dalam ni semua nama samaran sahaja. Ditakdirkan aku kahwin muda. Suami aku, boleh dik4ta imam muda.

Kisah kahwin kami mungkin seperti drama tv3. Suami kahwin dengan aku sebab nak aku berubah. Aku terima dengan ikhlas. Memandangkan aku anak yatim. Keluarga aku sangat susah masa tu. Sekarang sudah 8 tahun mendirikan rumahtangga.

Kami dikurniakan 4 cahaya mata. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku? Sebolehnya menjadi yang terbaik untuk suami. 8 tahun berkahwin. Belum pernah lagi kami berg4duh. Aku turutkan semua. Segalanya. Sehinggalah tahun ini.

Adik beradik suami ada 5 orang dan semuanya lelaki. Angah dah kahwin dengan wanita pilihan hati dari Johor. Sudah setahun. Keluarga isterinya pun orang yang berada. Kaya. Tahun ini giliran anyah ( adik ipar ketiga) mendirikan rumahtangga.

Dan isterinya juga dari anak orang yang berada. Dan sejak ketika itu suami mula mengeluarkan putik – putik kata. Aku ingat lagi kata – kata dia pada anak sulung aku yang berusia 7 tahun. “Zaffan nanti kahwin. Cari orang yang beragama. Yang berharta. Yang cantik dan keturunan baik – baik. Jangan jadi macam baba.”

Aku tengah basuh pinggan masa tu. Jujur. Aku terasa hati. Antara empat ciri yang disebut aku satu pun tiada. Dan ayat “jangan jadi macam baba” tu seolah – olah dia menyesali mengahwini aku selama ini. Malam tu aku hantar Zaffan masuk bilik.

Anak sulung aku cakap. ”nanti Zaffan nak cari isteri yang macam mama.” Entah kenapa air mata laju turun ke pipi. Aku sedar kedudukan aku ketika itu. Sampailah pada bulan ramadhan yang lalu. Suami pulang dari mengimamkan tarawih.

Suami menjenguk aku dalam bilik. Aku sedang susukan baby naurah ( anak bongsu kami berusia 6 bulan), tiba – tiba suami mengeIuh berat. Duduk di hujung katil. “Kenapa bang? Jemaah kurang ya?” aku bertanya. “Tak. Ramai je. Andak nak hantar merisik lepas raya ni.” jawab suami.

“Andak (adik ipar ke empat) nak kahwin?” soal aku agak terk3jut. “Ye. Nak kahwin. Bakal isterinya tu anak pengarah xxxxxx.. Kaya. Lawa budaknya”. Suami memulakan cerita. ” “Oooo.. Nanti kenduri boleh la saya tolong – tolong masak bang.”

Terus suami aku bangun dari katil. Ayatnya aku ingat sampai harini. “Abang malu. Adik – adik abang semua kahwin dengan anak orang kaya. Orang cantik – cantik. Abang pulak dapat awak. Sekarang bukan main g3muk lagi. Kerja awak makan tidur duduk kat rumah ni.” Terus aku terdiam.

Benar yang aku duga selama ini. Dia mula menyesali perkahwinan antara aku dengan dia. Abang, Yam g3muk sekarang. Yam sedar lepas lahirkan Naurah, berat yam tak turun lagi. Yam tak sempat nak berbengkung. Yam tak sempat nak bersolek.

Yam tak sempat nak berdandan. Anak kita empat bang. Semua tengah membesar. 1000 kali sehari panggil Yam untuk uruskan mereka. Yam tak pernah cukup tidur. Dengan susukan Naurah dan Adam setiap malam.

Sebab tu Yam mata macam panda. Saat abang diulit mimpi. Yam bangun tengokkan Zara dalam bilik. Yam pergi tengok Zaffan. Yam penat. Tapi yam tak cakap kat abang. 8 tahun yam pend4mkan hasrat. Yam boleh jadi wanita bekerjaya. Bukan tak ada peluang. Tapi ingat tak hukvm yang abang pahatkan pada Yam kalau Yam berkerja?

Abang… Yam redha.. Selama ini. Yam tak pernah mintak apa pun kat abang. Hatta sehelai baju sekali pun. Yam sedar kedudukan yam. Taraf yam. Yam sedar kadang abang malu bawak yam dengan anak berderet.

Tapi yam tunggu. Kalau abang benar sudah sesal dengan yam yang tak ada harta, rupa dan bukan keturunan baik – baik ni. Yam tunggu. Yam tunggu abang lepaskan yam. Dan yam sentiasa doa. Abang dapat isteri yang baru mengikut empat ciri yang abang mahukan dalam islam. Yam tak kan tuntut apa – apa.

Cuma biarlah keempat – empat anak kita berada dalam jagaan Yam. Itulah harta yam dunia akhir4t. Moga abang bahagia bang. Yam mintak ampun dan maaf. Halalkan makan minum Yam dan anak – anak.

Komen Warganet :

N Aisyah R : Di mata lelaki hanya yang cantik yang indah. Di mata isteri hanya cukup yang soleh dan setia menghorm4ti isteri. Lepas ni kalau janda sendiri pasang badan, jaga badan, jangan pulak giIa – giIakan janda sendiri sudah la ye. Tapi ramai perempuan yang cerai hidup dengan suami dan ada anak memilih tidak berkahwin lagi sebab tak nak terik4t dengan apa – apa syarat. Lebih memilih hidup bebas..

Mira FirRa : Kalau bab macam nih hangin je ku baca. Keluar la duit, anak – anak kau jaga, kalau kau kerja carikan pembantu/baby sitter. Masa tu walaupun dia bukan dari kalangan keluarga yang berharta tapi dia cantik, berkerjaya. Silap – silap kau yang makan hati nanti. Dah sedap dapat anak dah berderet, kau menyesal. Jaga la luar dalam bini, bagi nafkah secukupnya. Tak guna punya suami.

Merah Zolkifly : Sesedap hati dia mengh1na sedangkan masa bernikah beriya – iya nak ubahkan isteri menjadi orang yang baik. Bila isteri dah jadi baik, ungkit semula apa yang berlaku sebelum bernikah. Baru nak menyesal?

Nampaknya Yam yang menyesal nikah dengan lelaki macam ni. Kalau saya, rasanya memang dah tawar hati. Isteri g3muk sebab pregnant. Bukan melantak goyang pungk0q dok atas katil 24/7 macam ada orang gaji.

Patutnya bersyukur isteri dapat berikan 4 orang anak. Ini ajar anak cari perempuan yang berharta, cantik pulak. Agamanya yang lepas tak penting. Yang penting, agamanya yang sekarang. Na’udzubillahi min dzaalik. Satu pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri supaya mendidik anak – anak bila dah bernikah, hargailah isteri walau g3muk macam mana sekalipun.

Nurul Hidayah : Takpe la Yam, dia nak yang cantik, mungkin Yam boleh jadikan diri cantik tapi bila dia kata nak yang berharta, eerrrmmm. Semoga Yam terus tabah dan semoga suami Yam tu terima penyesalan dari perbuatan dia. Cuma satu aku nak pesan, bila dah cerai, Yam tuntut la segala yang boleh dituntut..

Roseni Awang : Atas sebab macam ni dulu arw4h bapa kami nak anak – anak perempuan semua ada kerjaya dan pendapatan sendiri sebelum kawin takut diperlakukan begini. Kalau kita ada pendapatan sendiri laki pun tak berani nk buat perangai macam – macam. Bila – bila masa je boleh say goodbye. Pinggan tak retak nasik tak dingin, awak tak hendak saya pun tak hingin, kan!.

Isyiqah Naim : Kalau dari awal kahwin tak pernah ikhlas terima pasangan.. Memang tak akan pernah nampak kebaikan. Asyik nak bandingkan dengan orang lain sampai lupa nak jaga amanah yang Allah bagi. Dah tau nak orang berharta dan cantik. Kenapa dari awal tak cari yang macam tu?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.