You dont have javascript enabled! Please enable it!
Connect with us

Umum

Wanita itu sengaja letak nama anaknya sama dengan anak saya

Published

on

Saya terk3jut bila membaca perbualan mereka. Perbualan adalah mengenai anak mereka yang berusia sebulan. Suami curang ketika anak saya baru berusia 8 bulan dan waktu itu saya pergi outstation cari rezeki untuk keluarga.. Dia saya menipu saya. Selama ini katanya dia sibuk, rupanya sibuk berjoIi.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah saya.

Nama saya Siti, akan menginjak usia 30 tahun ini. Saya sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang berumur 3 tahun.

Hidup saya biasa – biasa saja. Saya bekerja di sektor swasta. Alhamdulilah, rezeki saya dalam kerjaya adalah sentiasa membanggakan, ini menjadikan saya seorang yang sentiasa sibuk dan penat.

Advertisement

Tapi niat saya ikhlas untuk membantu suami menampung hidup kami, memberi yang terbaik untuk anak saya dan juga ibu bapa saya.

Suami saya bernama Mamat. Di awal perkenalan kami, dia adalah seorang yang sangat baik, lucu, mengambil berat dan hormat pada orang tua. Dia juga bekerja di sektor swasta dan waktu bekerja adalah tidak tetap. Kami tidak ber-couple lama sebelum berkahwin.

Selesai perbincangan di antara keluarga kami pun berkahwin. Proses perkahwinan kami adalah sangat rumit dan penuh drama kerana masalah keluarga di pihak saya.

Tapi saya tidak mahu bercerita tentang itu. Cukuplah untuk kamu tahu bahawa, ibu bapa saya berk0rban tenaga, wang, perasaan dan maru4h mereka untuk perkahwinan kami. Alhamdulillah semua selesai.

Advertisement

Kerjaya saya memerlukan saya sentiasa outstation setiap bulan. Begitu juga suami saya. Oleh kerana kekangan masa, kami jarang ada masa untuk beriadah bersama. Bila saya ada di rumah, suami pula sibuk dengan kerja part-timenya atau pun melepak dengan kawan.

Dan mungkin kerana itu juga, kami mengambil masa hampir setahun untuk saya berjaya pregnant. Alhamdulillah, anak perempuan kami pun lahir. Semua orang sangat gembira terutamanya ibu bapa saya.

Saya? Saya juga gembira. Tapi di dalam hati saya, saya tahu ada sesuatu yang kurang cuma entah apa.

Saya berpant4ng di rumah ibu bapa saya di daerah lain. Suami saya pula di daerah lain. 8 jam jalan dar4t, 1 jam menaiki kapal terbang.

Advertisement

Selama saya berpant4ng, hanya 2 kali suami datang melawat sedangkan untuk beliau datang seminggu sekali menaiki kapal terbang adalah bukan masalah besar kerana saya tahu, dia mampu.

Cuma dia tidak mahu berusaha untuk mencari masa. Tapi saya sabar dan positif. Saya kembali bekerja setelah 2 bulan cuti berpant4ng.

Saya terp4ksa meninggaIkan anak saya bersama ibu bapa saya kerana saya harus kembali kerja outstation. Berat hati saya, menangis setiap malam mengenangkan anak yang jauh.

Anak saya masih menyusu badan. Saya balik ke kampung setiap minggu untuk menghantar bekalan susu. Suami saya? Tidak ada usaha untuk balik melawat anaknya dengan alasan sibuk bekerja.

Advertisement

Anak saya membesar dengan kasih sayang datuk nenek sahaja. Saya hanya balik di hujung minggu. Dan ayahnya? Sibuk berkerja katanya, tapi tidak juga kaya.

Setiap hari saya mencari idea bagaimana saya boleh membawa anak saya untuk tinggal bersama saya. Berusaha mengatur jadual kerja saya. Suami saya? Masih tiada usaha. Katanya rindu anak, tapi terlalu sibuk pula untuk menjenguk anak.

Kadang – kadang saya terp4ksa mem4ksa beliau untuk balik kampung bersama saya. Saya juga berusaha merancang percutian untuk kami bertiga agar kami dapat meluangkan masa bersama.

Saya berasa sedih melihat anak saya sangat gembira apabila ayahnya ada bersama dengannya. Dia pastinya rindu, dia pastinya dahagakan kasih sayang seorang ayah.

Advertisement

Setelah anak saya berumur setahun lebih, saya mengambil keputvsan untuk mengambilnya tinggal bersama kami. Saya berusaha mencari tempat untuk saya tinggalkan dia ketika waktu bekerja dan akan menghantarnya ke kampung sebelum saya pergi kerja outstation.

Suami saya? Katanya, dia okay saja. Tiada usaha, tiada ketegasan, tiada pernah membuat keputvsan. Sem4kin hari saya menjadi sem4kin tertekan, kerana semua tanggungjawab di bahu saya.

Saya bekerja mencari rezeki untuk menampung keluarga kerana suami saya tidaklah bergaji besar dan walaupun dia sentiasa sibuk bekerja part-time, semuanya sentiasa tidak cukup. Sayalah yang menyediakan 70% keperluan saya dan anak saya.

Saya juga mempunyai banyak kerja untuk diselesaikan di pejabat. Apabila balik ke rumah, saya juga yang mengemas rumah, menyediakan makanan untuk anak, mencuci pakaian kotor, melayan anak dan macam – macam lagi.

Advertisement

Suami hanya balik lewat malam. Dan walaupun dia balik pukuI 10pm, dia akan sambung melepak lagi dengan kawan – kawannya. Dia sentiasa tiada untuk kami.

Perangai suami saya yang tidak memberi pri0riti kepada keluarga menjadikan saya seorang yang 0verthinking.

Dia juga tidak memberi perhatian kepada saya. Saya sudah sampai ke pejabat atau belum? Sudah makan atau belum? Cukup duit atau tidak? Lauk di rumah ada lagi atau tidak? Dia tidak ambil peduli. Semua saya yang selesaikan.

Dia tidak pernah culas memberikan saya nafkah setiap bulan tapi cukup sekadar itu. Banyak kali saya cuba meluangkan masa untuk kami bertiga keluar jalan – jalan. Dia akan menjadi str3ss dan hanya mahu pulang awal.

Advertisement

Nampak sangat dia tidak gembira. Nafkah batin di katil? Sejak dari saya pregnant lagi, jari tangan dan kaki saya lebih banyak bilangannya, haha.

Saya berkecil hati terlalu kerap tapi bila saya meluahkan perasaan saya kepada dia, dia hanya berkata bahawa saya terlalu drama.

Satu hari.. Hati saya terdetik untuk memeriksa telefon suami saya. Dia tidak pernah menyembunyikan telefon dia dan saya tahu passwordnya.

Tapi entah kenapa hati saya berasa curiga lain macam. Saya ternampak nama yang pelik dalam Whatsappnya dan semua hanyalah voicenote.

Advertisement

Saya malas nak buka voicenote, saya pun scroll ke atas dan ada membaca mesej dalam bentuk text. Alangkah terk3jutnya saya bila membaca perbualan mereka. Perbualan adalah mengenai anak mereka yang berusia sebulan.

Nama perempuan itu adalah Karen. Non-muslim. Mereka ada anak bersama. Baru berusia sebulan.

Suami saya curang dengan saya dan mengikut pengiraan saya, mereka bersama sudah hampir setahun. Mereka tidur bersama ketika anak saya masih berumur 8-9 bulan.

Mereka bersama ketika saya bekerja outstation mencari rezeki untuk menampung keluarga. Suami saya menipu saya. Selama ini katanya dia sibuk, sibuk berjoIi.

Advertisement

Dan saya pula sentiasa mempersoalkan apa kekurangan saya sehingga suami saya tidak mahu melayan saya.

Saya jatuh saya m4ti. Selepas tahu semua itu, saya menjadi hilang kewarasan. Saya menangis semahu – mahunya. Saya memukuI suami saya di depan anak saya sehinggakan dia menangis sehingga tetidur. Saya lupa diri dan bertindak untuk terjun dari tingkat 10.

Suami saya berjaya menarik saya. Selang 3 hari.. Saya dimasukkan ke hospitaI ps1kiatri untuk mendapatkan bantuan.

Saya berjumpa dengan perempuan itu dan ibunya di balai polis. Saya mengenali perempuan itu. Dia juga kenal saya daripada zaman saya belum kahwin, sudah kahwin, sedang mengandung sehinggalah saya sudah bersalin.

Advertisement

Sampai hati seorang perempuan mengkhian4ti kaum sejenis. Mungkin kiranya dia fikir suami saya kaya. Melihat saya shopping itu ini. Melancong sana sini. Tapi semua itu duit saya sendiri.

Apa pun niat dia, dia tetap salah kerana dia tahu itu adalah suami orang dan ada anak yang sangat kecil! Katanya Mamat telah mengh4ncurkan hidup dia dan anaknya.

Katanya dia silap memilih ayah untuk anaknya. Katanya Mamat adalah lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dia juga dengan sengaja menamakan anaknya lebih kurang dengan nama anak saya.

Bagaimana dengan hidup saya dan anak saya? Anak saya anak yang sah. Kenapa dia memilih untuk tidur dengan suami orang kalau dia tidak mahu anak dia jadi anak har4m yang tidak ada bapa?

Advertisement

Dan kenapa dia meminta duit dengan suami orang yang sepatutnya bertanggungjawab untuk isteri dan anaknya yang sah?

Berlakon sebagai m4ngsa keadaan di hadapan semua orang sedangkan apa yang dia hadapi adalah di atas dasar nafsu binatang dia sendiri, meIemparkan maru4h kepada suami orang.

Karen, kalau kau membaca confession ini, satu dunia judge engkau. Perempuan murahan tidak sedar diri. Aku tidak pernah memaafkan kau dan semua orang yang bersubahat dengan kau. Betina kej4m!

Saya meng4muk seperti orang tidak waras. Saya tidak makan dan minum. Saya hanya menangis siang dan malam. Saya tidak pergi kerja. Saya tidak bercakap dengan sesiapa. Saya hantar anak saya di kampung kerana saya tidak mampu menjaga diri sendiri apa lagi anak saya.

Advertisement

Setiap minggu saya akan berjumpa dengan doktor ps1kiatri. Saya menjadi tidak waras. Saya tidak boleh tidur tanpa mengambil ubat.

Dalam masa yang sama, saya memaafkan suami saya. Begitu besar cinta saya terhadap dia. Sekelip mata saya beritahu dia yang saya memaafkan dia dan memberi dia satu peluang lagi untuk berubah dan memperbaiki semua ini.

Berubah untuk menjadi suami dan ayah yang baik. Dan dia mengangguk menyesal, katanya. Dan dengan mentaI saya yang masih berceIaru, saya kadangkala berasa okay.

Kadangkala saya bertukar menjadi b3ngis dan mula meIontarkan kata – kata kasar terhadap suami saya. Saya tidak dapat mengawal diri saya. Saya disahkan menghidap Major Depr3ssion Dis0rder and Bip0lar.

Advertisement

Saya menjadi kurus dan lesu. Saya hilang fokus. Saya sentiasa menyendiri. Suami saya? Katanya mahu berusaha berubah. Cuma seminggu sahaja perubahannya.

Kemudian dia kembali hilang pri0riti. Dia lepak dengan kawan, dia balik lewat, dia tidak kisah saya sudah makan ubat atau belum, dia tidak tanya saya okay atau tidak, dia tidak ambil tahu temujanji saya di hospitaI.

Dengan keadaan saya yang tidak waras, saya cepat meIenting. Dan dia juga tidak tahan dengan saya, kadang kala kami berg4duh teruk kerana saya sentiasa akan mengungkit perbuatannya.

Dia sangat marah jika saya mengungkit kesalahannya. Tapi bagaimana saya mahu lupa?

Advertisement

Suami saya tidak berusaha untuk mengambil hati saya. Dia juga banyak kali memberitahu saya bahawa dia hanya mempertahankan perkahwinan kami demi anak sahaja.

Kejam sungguh dia.. Sudah hati saya dia h4ncurkan dengan kecurangan dia, dia pij4k lagi, dia tend4ng lagi.

Dan saya, si bod0h yang terlalu sayang. Bukan setakat itu, dia memukuI saya berkali – kali, dia menumbvk muka saya sehingga biru Iebam di hadapan anak saya, dia meninggaIkan saya di bandar asing ketika percutian kami semasa hari jadi saya, dan m4kian.

Anak derh4ka, isteri bawa siaI, perempuan jah4nam itu semua makanan saya. Saya masih si bod0h yang yakin ini akan berakhir dengan kebahagian.

Advertisement

Bagaimana pula dengan penerimaan ibu bapa saya? Hati mereka juga r3muk. Tapi mereka berpura – pura kuat demi saya. Satu – satunya anak mereka dis4kiti sebegini, hati ibu bapa mana yang tidak h4ncur? Mereka sangat menyayangi dan mempercayai Mamat.

Mereka berk0rban terlalu banyak untuk mengahwinkan kami, tapi ini baIasannya. Tapi ibu bapa saya orang yang baik. Mereka memaafkan Mamat walaupun saya tahu, ayah saya sangat marah. Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu lagi kami bersama.

Tapi dia juga menghorm4ti keputvsan saya untuk terus menunggu dan berju4ng mempertahankan perkahwinan yang bagaikan ner4ka ini.

Bertahun berlalu, saya menahan hati yang Iara. Suami masih begitu. Kadang ada kadang tiada. Anaknya sering ter “daddy daddy”, tapi hanya satu c1uman dan dia keluar lagi. Ya kali ini memang tiada sudah perempuan ketiga. Tapi ada lagi benda lain yang tiada.

Advertisement

Kasih sayang. Sayangnya untuk saya memang tiada. Kami sering bert3ngkar. Benda remeh pun boleh jadi besar. Ugvtan untuk cerai? Tidak sah kalau tidak disebut dalam seminggu.

Saya menjadi sem4kin berani. Dengan hati yang sudah begini banyak jahitan dan tampalan di sana – sini, bagaimana untuk menafikan kekuatan?

Tapi saya masih sayang. Saya masih tanya dia di mana, saya masih sediakan makanan atas meja, saya belikan telefon barunya sebab kesian tengok telefon dia rosak, saya masih menyediakan baju raya dan kelengkapan lain dan macam – macam lagi. Kenapa saya buat semua itu?

Demi Allah, semua kerana cinta dan sayang. Walaupun saya tahu dia masih suami saya hanya kerana tidak mahu malu bercerai dan juga demi anak kami.

Advertisement

Satu hari, kami bert3ngkar lagi. Hanya benda remeh. Kerana dia tertinggi suara sedikit dengan saya.

Saya sangat sensitif kerana bagi saya, walaupun dia ketua keluarga, dengan apa yang dia sudah lakukan kepada saya, dia tidak layak untuk meninggikan suara atau pun memarahi saya.

Hati saya sangat s4kit. Saya keluar dari rumah sebelum dia yang keluar dahulu. Saya memandu kereta saya ke pantai, tempat pertama dia membawa saya dahulu. Dia tahu saya sangat suka pantai, dan di situ lah tempat pertama kami duduk meluah perasaan.

Saya meluah perasaan saya dengan menghantar text Whatsapp kepada dia. Hanya read. Tiada baIasan. Saya share location, dia hanya marah dan terus mengabaikan saya.

Advertisement

Saya seorang isteri yang tersangat terIuka, hati saya terlalu h4ncur dan saya hilang tempat berkongsi perasaan.

Sebelum ini saya ada dia, tempat saya mengadu dan bermanja. Tapi saya hanya ada diri sendiri sekarang. Semua terbuku sendiri.

Kalau diikutkan kemahuan saya adalah untuk bangun dari mimpi buruk ini dan menyedari bahawa semua ini cuma mimpi. Tapi must4hil.

Jadi saya cuma mahu dia datang kepada saya dan meyakinkan saya bahawa semua ini akan berubah, dia akan berubah menjadi suami dan ayah yang baik, dan semua akan menjadi baik semula. Juga must4hil nampaknya…

Advertisement

Ketika saya sampai di pantai itu, saya mengambil sebiji cenggerang dan menggenggamnya.

Sebelum saya meninggaIkan pantai itu, saya telah berkata kepada diri saya sendiri. “Di sini semua bermula. Kasih sayang, cinta, kepercayaan dan janji. Di sini juga semua berakhir”.

Saya meIemparkan cengkerang itu jauh ke tengah laut dan pergi. Mamat? Dia tidak muncul. Dia tidak memujuk saya. Dia hanya biarkan semua itu berlalu.

Selepas kejadian di pantai itu, saya berasa lebih lega. Saya bertukar menjadi periang. Saya boleh menyanyi lagi. Saya kembali menari. Saya keluar jumpa kawan – kawan. Saya tidak menyesakkan dad4 dengan merisaukan perihal suami saya. Perlahan – lahan saya melepaskan dia.

Advertisement

Dia boleh buat apa dia mahu, saya tidak lagi peduli. Perasaan saya sem4kin hari sem4kin pudar. Saya lepak dengan kawan saya setiap malam, saya balik lebih lewat daripada dia.

Jika saya balik awal, saya akan pastikan saya sudah tidur sebelum dia balik. Saya berhenti mencuba mengambil perhatian dia.

Tidak lagi penting untuk saya. Saya tidak bertanya perihalnya sepanjang hari kerana saya tidak kisah. Lantaklah kau nak buat apa. Makan minum kerja or ada betina lain, aku tidak peduli.

Saya membeli beIah keperluan saya sahaja.. Saya perlahan – lahan menyayangi diri saya.

Advertisement

Saya membuat kawan baru. Saya menjadi sangat gembira. Saya adalah Siti yang dulu. Dengan personaliti baru saya yang gembira, berkeyakinan, fokus dan positif ini, saya berjaya mendapat pekerjaan baru yang lebih baik. Alhamdulilah..

FYI, anak saya berada di kampung kerana taska tidak buka sepanjang musim Covid.

Sekarang…

Hati saya? Tinggal parut dan mungkin ada sedikit caIar baIar. Tapi saya sudah pasang wayar dari hati direct ke otak. Supaya saya boleh membuat keputvsan dengan lebih bijak selepas ini.

Advertisement

Cinta? Mungkin sudah tiada. Hanya bertahan kerana anak saya sangat sayang dengan ayahnya.

Saya sudah biasa ters4kiti. Jadi, untuk berpura – pura menjadi isteri atas kertas bukanlah perkara yang susah. Saya perasan suami saya sudah mulai cuba mengambil hati saya.

Bertanya keberadaan saya setiap hari, call, videocall, membantu membuat pekerjaan rumah, bertanya jika saya masih sayang atau tidak, membelikan hadiah randomly, ucapannya lembut manis dan macam – macam lagi. Tetapi semua ini terlalu lambat. Hati saya sudah m4ti.

Sampai bila saya terus begini? Entah. Jika Allah izinkan, mungkin saya akan terbuka hati untuk jatuh cinta lagi dengan dia, suami saya sendiri.

Advertisement

Atau mungkin akan ada yang lebih baik di masa hadapan? Atau memang saya ditakdirkan untuk hidup tanpa menemui cinta sejati. Biarlah. Yang penting saya sudah happy dan saya akan bekerja keras untuk membesarkan dan meIindungi anak saya. Dan saya tahu, saya kuat.

Ada jod0h, adalah. Tiada jod0h, bye bye lah. Terima kasih. – Siti Mona (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sarah Norazlie : Macam mana awak boleh kata anak awak sayangkan ayahnya yang hanya muncul beberapa kali dalam hidup dia? Dan jangan hanya meletakkan segalanya pada Allah tanpa usaha untuk seIamatkan diri sendiri. You choose to stay, your kind parent is heartbr3ak, your only child getting c0nfuse, and your husband is the only one who is really enjoy his life. Is it worth it confessor?

Advertisement

Princess Hannah : Kalau saya lah ditempat puan since dah terbaca segala mesej kecurangan diaorang tu, saya screenshoot dan simpan dalam phone saya sebagai bukti. Kemudian pergi mahkamah mintak fasakh. Puan bekerjaya gaji pun tinggi dan selama ini puan yang lebih banyak keluar biaya. Mulakan hidup baru bersama anak. Tunjuk Kat suami tu walaupun tak ada dia puan boleh hidup bahagia dan senang. Bahagiakan Diri dan anak dulu pastu pergiIa bercuti dan so on. Tapi terpulang pada hak puan lah kalau masih nak pertahankn jaga pernikahan ni demi kerana anak walaupun hati puan s4kit, ya boleh teruskan.

Ami San : Confessor tolong jangan lama sangat biarkan perkahwinan cuma atas kertas ni. Memang puas hati tengok suami mula tercari – cari tapi setiap hari yang berlalu tu umur anak tu sem4kin bertambah. Dia bukan saja tak dapat kasih sayang ayah tapi mak pun sama sebab confessor terlalu lama ambik masa nak keluar dari ik4tan tanpa kasih sayang. Itu sebab nak tunggu kot – kot ada jod0h lagi atau ada jod0h dengan orang yang lebih baik.

Tak ada keuntungan apa pun dari perkahwinan ni. Redha suami tak dapat, redha Allah pun tak dapat. Susahkan ibubapa dekat kampung lagi, bazir quality life dengan anak, macam – macam la keburukan lain. Betul la boleh sayang diri sendiri dengan buat macam – macam untuk enjoy tapi jangan sampai ibu bapa dekat kampung tu terp4ksa berk0rban lagi skali, dulu sebelum kawin dah k0rban maru4h harta ape sume. Tak pasal berd0sa kepada ibubapa pulak..

Nura Adresia : Ntah eh.. Dah tak ada hati tapi still jugak layan suami dan bersama.. Tapi cakap dah tak ada hati. Jadi hati tu mesti tak tenang. Kata demi anak tapi anak hantar kat kampung. pulak Dekat sini yang jadi m4ngsa tu anak dapat bapak tak guna dan dapat mak pulak yang duk layan perasaan tapi faham masa awal – awal tu ada rasa kecewa, tapi u masih nak duduk dalam hubungan yang penuh t0ksik ni. Tanya dalam diri sendiri.. Hakik4tnya kamu yang lebih tahu alasan – alasan yang kamu cipta untuk nafikan sebenarnya perkahwinan yang kamu ada sekarang sudah mer0sakkan hidup kamu.

Advertisement

PuanMazz HjZakaria : Sedihnya kisah sis, semoga Allah SWT sentiasa meIindungi sis, anak sis, dan ibu bapa sis. Sis seorang yang kuat dan tabah. I saIute u sis, u akhirnyaa boleh hadapi, alhamdulilah. Semoga ade kebahagiaan lain yang menanti untuk sis. InShaaAllah

Advertisement

Copyright © 2024 Media Cite Heboh