Waktu aku pindah diorang mintak kebenaran untuk lepak dekat pangkin depan rumah aku, sampai satu hari polis datang

Penag1h Dad4h Yang Mulia. #Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika cerita saya ni disiarkan. Hanya untuk menceritakan pengalaman & iktibar kepada semua.

Cerita ni bermula masa aku baru pindah ke utara atas tuntutan kerja suami. Company ada sediakan rumah, tapi disebabkan kene share dengan pasangan lain, kami buat keputusan untuk cari rumah sewa je.

Tak selesalah nak duduk sekali dengan orang lain dengan nak jaga aur4t 24 jam lagi. Dalam sebulan lebih cari,dapat la 1 rumah sewa ni. Rumah kampung papan je tapi cukup selesa da untuk kami berdua.

Rumah ni rumah atas jadi ade ruang lah kat bawah rumah tu. Suami aku buat la pangkin kat bawah tu untuk lepak petang – petang.

Rumah ni rumah pusaka, disebabkan takde yang nak duduk, jadi disewakan. Jiran – jiran aku semua sed4ra mara dengan owner rumah ni. Kire rumah atok diorang la.

Dari kecil sampai besar, diorang memang melepak dekat rumah ni. Jadi bila aku pindah masuk rumah ni diorang mintak kebenaran untuk duduk melepak dekat pangkin yang suami aku buat. Kitorang ok je.

So, jadi tempat lepak diorang la malam – malam. Satu hari ni ade polis datang rumah. Dia cakap dapat aduan dari orang kampung mat g1an lepak rumah aku.

So dari situ la aku dapat tahu diorang ni semua penag1h. Polis ni pulak kenal owner rumah, dia plak kep0h pergi report kat owner ni. Owner rumah ni memang tahu la anak – anak sed4ra dia ni penag1h.

So dia pesan jangan bagi diorang melepak lagi dah. Takot apa – apa jadi sebab aku sorang je kat rumah bila suami aku kerja.

Tapi ni dari pandangan aku la, selama diorang melepak dekat rumah aku takde pun diorang ni buat hal ke ape. Baik je.

Takde buat bising pun bila lepak. Kalau suami aku keluar rumah cepat – cepat diorang tanya nak pergi kedai ke, biar diorang yang tolong belikan. Kalau ade sampah ke, diorang tolong sapu. Laman rumah aku bersih je.

Selalu jugak diorang bagi ikan, udang, sotong sebab diorang ni nelayan. So bagi aku, diorang ni ok je.

Tapi tak tahu la kalau baru – baru kenal kan. Then lepas kes polis tu, rumah aku terus sunyi. Takde sape dah depan rumah. Diorang pun aku tak tahu dah lepak mana.

Ok tu intro je. Haaa nampak intro berjela. Yela, nak bagi korang paham. Kang banyak persoalan pulak. Aku bagi nama mamat ni A jela ye. Umo 30an dah.

Satu hari ni A datang rumah aku. A ni memang lepak sekali la depan rumah dulu. Suami aku tanya pergi mana, lama tak nampak. Then A cakap dia da kena buang keluarga.

Ayah dia tak bagi balik rumah dah sebab ayah dia marah la A ni jadi penag1h kan. So, dia tidur bawah jambatan area kampung aku. Masih mengh1sap masa duduk bawah jambatan tu.

A ni mintak tolong dekat suami aku, dia nak kerja. Suami aku cakap “aku taknak ambil kau kerja selagi kau tak berhenti ambil dad4h”. A janji dengan suami aku nak berhenti dah.

Suami aku bagi masa sebulan lebih untuk berubah ,stop dad4h terus sebab dalam masa tu baru ade kerja kosong.

Selama sebulan, A tidur kat pangkin rumah aku wehhh. Aku kesian sangat kat dia tapi kitorang tak tahu nk letak dia kat mana.

Dia pun cakap nak balik rumah tak boleh, nak tumpang rumah kawan semua kaki dad4h. End up, dia sendiri buat keputusan nak tidur situ je & dekat dengan suami aku. So suami aku boleh pantau dia betol – betol berhenti dad4h ke tak.

Tapi perangai dia Alhamdullilah elok. Laman rumah aku bersih je sebab dia sapu. Pokok aku tanam pun dia tolong siramkan. Masa awal – awal berhenti dad4h ni, mengigiI, geIisah A ngadu dekat suami aku kata tak tahan.

Suami aku hari – hari support dia slow – slow lupakan dad4h. A ni tidur cuma ada bantal dan selimut je. Aku nak bagi toto ke tilam ke memang aku takde.

Sebab aku pun tido atas toto. Itu pun hadiah kahwin. Biasa la baru kahwin ni semua takde lagi kan. Ok, A ni selalu dia tidur siang sebab malam tak boleh tidur banyak nyamuk. Pangkin aku open macam tu je.

Nak mandi ke ape pergi pam minyak area rumah. Dekat jela jalan kaki pun tak sempat nak peIuh. Tiap – tiap hari aku masak sekali untuk dia.

Kadang – kadang malam sebelum tidur aku jengah tengok dia kat luar rasa nak nangis sangat. Aku rasa aku susah, tapi bila tengok A ni aku rase bersyukur sangat dah.

Dan tanpa diduga,aku & suami diuji dengan masalah yang sekaligus datang. Terlalu banyak masalah yang tiba – tiba datang berkenaan duit. Kami terp4ksa keluarkan duit simpanan dan gaji untuk selesaikan semua.

Aku ingat lagi, aku menangis sebab tinggal RM150 sahaja untuk sepanjang bulan. Duit minyak kereta, barang dapur untuk sebulan, bil – bil bulan tu & macam – macam lagi berg4ntung pada RM150 sahaja.

Aku cuma beli telur, beras, minyak untuk makan sebulan. Suami aku ulang kali tanya boleh ke aku makan telur je.

Sebak aku tengok suami aku sebab dia mintak maaf tak dapat bagi kemewahan pada aku. Aku cuma jawab, aku tak kisah makan telur je asalkan ade kicap. Eh? Hahaha. Tawa bersama dalam tangisan.

Aku serba salah jugak nak bagi A ni makan telur je. Tapi suami aku cakap itu je yang ade, tak pe lah. Masa suami aku bagi makan, dia bagitau A bulan ni ade masalah sikit so dapat makan telur je.

A memang tak kisah lah sebab kami yang beriyer nak bagi makan hari – hari sebab kesian. A ni nak ambil makan hari – hari pun malu – malu gitu.

2 hari lepas tu, A hilang pergi mana ntah dari pagi sampai petang. Kami ni da risau kalau dia ulang balik perangai lama. Then sebelum maghrib dia bagi salam kat luar rumah.

Suami aku bukak pintu terus dia hulur plastik. Dalam tu ada ayam & ikan. Dia cakap ni ade beli ayam, simpanlah untuk masak sementara ni. Suami aku tak ambik pun. Suami aku tanya mana dapat duit beli ayam & ikan.

A cakap dari pagi sampai petang dia tebas rumput dekat kebun orang. Dapat la RM30 terus dia jalan kaki pergi kedai beli ikan & ayam. Jauh wehh kedai dia bole jalan kaki.

Then baru la suami aku ambil lauk tu. Korang tau tak aku speechless tak tahu nak gambarkan perasaan aku masa tu. Siap ade baki RM4 dia bagi aku suruh simpan sebab dia tak nak pegang duit.

Paham-paham lah dia takut ade duit kang start perangai lama. Esoknya suami aku tanya owner kebun tu, then owner tu cakap memang dia upah A semalam. A mintak tolong sangat bagi lah apa – apa kerja pun.

Kebetulan ade sorang pakcik ni kawan suami aku pun ade kat situ. Pakcik ni cakap dari pagi dia jalan kaki keliIing kampung tanya orang ade apa – apa kerja tak dia boleh buat.

Tapi paham – paham la mentaIity masyarakat pasal penag1h kan. So diorang tak layan sampai la A jumpe owner kebun tu.

Hari tu A hilang lagi. Rupanya dia cari kerja kampung lagi tapi tak dapat. Dan start tu tiap – tiap hari la dia keluar cari kerja kampung. Dapat duit dia bagi aku, suruh buat bayar bil. Buat beIanja barang dapur.

Aku tolak macam mane pun dia tetap p4ksa. Dia cakap itu jela yang dia mampu baIas jasa kami. Dan sekarang, dia da start kerja dengan suami aku dah.

Tak tidur dekat pangkin lagi dah kauuu sebab company sediakan rumah & kereta untuk kongsi 1 rumah. Duit yang A bagi aku, bila suami aku gaji kami ganti balik dengan belikan dia baju, seluar, kasut baru untuk kerja.

Nak taknak kena ambil la kan. Huhu. Aku jadi bank da sekarang sebab gaji A, gaji suami aku semua aku pegang. Nampak? Buat masa sekarang aku aturkan dulu perjalanan duit A supaya tak ke benda har4m tu & untuk simpanan.

A pernah la balik rumah & bagi gaji dia untuk ayah dia. Tapi ayah dia masih tak boleh terima dia lagi. M4ki macam – macam kata duit har4m la apa la.

Kalau nak cerita semua da boleh buat novel ye uollsss. Mungkin benda ni nampak simple dekat orang lain, tapi bagi aku cukup terkesan, tersentuh dengan nekadnya A ni untuk berubah.

Bohong lah awal – awal aku tak pandang jij1k dekat A ni, tapi ALLAH nak tunjuk kat aku semua orang boleh berubah & bertaubat. Kalau la ada bekas penag1h dad4h yang nak berubah, tolong lah support diorang.

Tunjuk yang kita ambil berat kat perubahan diorang. Tapi kalau yang acah – acah nak berubah tu tapi bertahun – tahun macam tu jugak sila kaki kan muka mereka ok. Terima Kasih.

(TAK PERLU TUNGGU KAYA UNTUK MEMBERI) – Bini Suami Aku