Setiap kali raya, suami wajibkan balik kampung dia dulu. Raya keempat baru boleh balik kampung saya

Dulu sebelum kahwin, saya yang siapkan semuanya untuk kelurga dekat kampung. Beli kain langsir, buat kek hinggalah rendang. Bila dah kahwin, suami suruh utamakan rumah sendiri tapi habis semua kuih muih saya dia angkut balik kampung mertua. Kerana sayang saya turutkan. Selepas lahir anak kedua, otak saya baru berfungsi..

#Foto sekadar hiasan. Dulu sebelum saya berkahwin, isu rumahtangga kurang menarik perhatian. Pada saya bila dah tak ada jodoh, cerailah apa masalah. Tetapi setelah berkahwin, baru saya tahu bahawa masalah rumahtangga ini terlalu berat dan sukar untuk diatasi.

Tambahan lagi bila saya lihat kiri kanan teman pejabat juga melahirkan kesukaran mereka menghadapi masalah keluarga. Ada kata mertua jadi punca, lebih banyak kata  suami tak bertanggungjawab dan tak kurang juga rimas dengan per4ngai suami yang lebih utamakan diri sendiri berbanding keluarga.

Terus terang biar saya ceritakan, kata mertua, saya isteri yang tak mahu bekerjasama dan tidak mengikut ajaran agama. Dah dapat suami baik, saya sengaja mengelak dan sering salahkan suami. Benar beliau kenal anaknya, tetapi saya lebih kenal si Akim lebih mendalam, sebagai suami dan tahu isi hati dan per4ngai dia yang sebenar.

Per4ngai Akim jika dengan ibunya lain, dengan saya lain. Walaupun baru tujuh tahun berkahwin ketika itu, tetapi saya faham sikapnya. Dia tak tunjuk per4ngai b3ngis depan ibunya, tetapi dengan isteri, bukan setakat b3ngis, tetapi perengus, panas baran dan suka mengumpat, terutama suka memburukkan ibu bapa dan adik beradik saya.

Memang kami kahwin suka sama suka, terlebih cinta konon sehingga dia sanggup datang jumpa ibu bapa saya di kampung. Tujuannya konon untuk menunjukkan bahawa dia tak kisah berkahwin dengan orang kampung. Sebab dia orang pekan, duduk taman, ayah ibu kakitangan kerajaan dan adik beradik bijak pandai, semua sekolah asrama.

Tak macam keluarga saya, bapa cuma buruh, ibu tak bekerja, adik beradik lima orang semua bersekolah setakat tingkatan lima, kecuali saya dapat masuk kolej. Jadi bila keluarga tak berapa have have maka sayalah tempat mereka menumpang kasih dan meminta bantuan.

Tetapi maIangnya bila berkahwin baru saya kenal per4ngai suami, dia cuba ubah corak hidup saya. Dan cuba jarakkan saya dengan ibu bapa saya. Masa dalam honeymoon, saya ikut apa kehendaknya. Tahun pertama berkahwin, hari raya katanya wajib ke rumah mertua, tiga hari di sana, raya keempat baru ke kampung saya.

Apalah yang ada, rendang ketupat raya pertama dah habis. Kalau sebelum kahwin, saya yang siapkan semuanya, daripada membeli kain langsir, buat kek hinggalah rendang. Adik yang lain, siapkan kuih muih sahaja. Tapi kami gembira.

Bila dah kahwin, saya tak dapat nak bagi ibu duit setiap bulan, apa lagi untuk sambut raya macam dulu. Suami kata kita mesti sediakan rumah kita dulu. Ok saya patuh. Jadi saya beli kuih untuk rumah kami sahaja, tapi bila nak balik beraya, semua kuih muih suami suruh angkut bawa balik rumah ibunya. Apa hal?

Teringat nak bagi ibu duit setiap bulan macam dulu. Tapi tak dapat. Lepas kahwin hujung minggu kalau tidak bertandang ke rumah adik beradik dan saud4ra maranya, suami ajak berjalan ke pantai atau mana sahaja. Sebab suami suka berjalan. Ke rumah emak saya NO!

Kerana baru kahwin, manisnya masih ada, semuanya saya ikut. Tapi yang parah sayalah. Kalau ke rumah saud4ra Akim, saya disuruh tempah bilik hotel. Sudah pasti saya kena bayar. Sediakan duit petrol dan tol selain duit makan minum.

Saya ikut sahaja kerana sayang suami. Bila mengandung, balik rumah ibunya, Akim suruh bapanya pasang air cond untuk bilik kami. Peliknya bila sampai, Akim suruh saya bayar duit air cond pada bapanya. Saya ikut juga, malulah kalau kata tak cukup duit. Nanti Akim suruh cucuk duit.

Malamnya ingat boleh tidur dengan tenang, tetapi penuh dengan anak saud4ra tumpang tidur sama sebab luar panas. Demikianlah keadaan setiap kali kami balik, bilik penuh dengan anak saud4ra Akim. Ingatkan dapat sejuk tapi badan dan hati jadi panas.

Dua, tiga tahun saya sabar ikut apa sahaja kehendak Akim. Tetapi apabila suami minta duit gaji saya masukkan ke dalam akaun bank miliknya, saya keberatan. Agaknya ketika itu, saya mula terfikir kalau dah gaji saya jadi milik dia, apa hak saya.

Saya tak mahu jadi seperti nasib kawan pejabat yang setiap hari dapat RM10 untuk duit makan dari suaminya. Hinggakan nak beli pakaian sendiri pun susah, sebab suami tak izinkan. Keengganan saya mula menampakkan per4ngai Akim mula berubah.

Selalu marah – marah, jarang nak berbual seperti dulu, suka membisu, sehinggakan nak layan anak pun dia malas. Lebih teruk lagi, Akim suruh saya beli barang keperluan dapur. Kemudian mula tak berselera dengan masakan saya.

Lebih meny4kitkan hati, kalau adik beradik atau ibu bapa saya datang ke rumah, Akim balik rumah lepas jam 10 malam, alasannya banyak kerja. Kalau balik kampung beraya, dia tak masuk rumah, apa lagi tidur di kampung.

Lepas hantar saya, dia balik ke rumah ibunya yang jarak lebih 60 km. Esoknya dia datang lagi ambil saya konon balik ke rumah, tetapi dia bawa saya beraya ke rumah saud4ranya. Sedangkan ke rumah kakak dan abang saya berdekatan rumah ibu pun dia tak pernah beraya, alasannya sibuk.

Selepas dapat dua orang anak, agaknya otak saya mula berfungsi, mula terfikir mengapa Akim membezakan antara rumah ibunya dengan rumah ibu saya. Mungkin kerana kami orang susah. Sedangkan dia tahu keadaan keluarga saya sebelum kami berkahwin.

Bila diri mula merasa perbezaan yang dicipta Akim, membuatkan saya berfikir sampai bila nak jadi seperti ini. Cukup jelas dia sayang keluarganya dan saya ditarik supaya menjauhi keluarga sendiri. Takkan saya nak buang ibu bapa sendiri?

Per4ngainya berat sebeIah Akim cukup jelas bila saya ajak pergi kenduri saud4ra mara sebelah saya, memang dia tak pernah pergi. Alasannya sibuk. Peliknya kalau kenduri keluarganya, bukan setakat saya mesti pergi, tapi saya mesti tempah hotel, duit tol, petrol dan makan minum.

Alasannya dia bayar duit servis kereta sebab jalan jauh. Waktu itu saya ikut saja, maklum tengah berkasih sayang. Bila dah ada anak, dia nak buat cara yang sama. Sedangkan saya kena keluar duit untuk bayar pengasuh anak, beli susu dan lampin, kena beli barang makan.

Bila saya minta Akim tolong bayarkan duit pengasuh, katanya tak cukup duit sebab bayar petrol, tol dan sewa rumah. Sedangkan duit sewa rumah sama banyak dengan duit upah pengasuh. Jadi saya lebih banyak keluar duit belanja keluarga berbanding dia.

Keadaan jadi lebih sesak bila Akim beli kereta baru. Dia mula minta saya bayar bil utiliti kerana dia perlu bayar ansuran kereta. Tapi dia fikir tak tanggungan saya lebih banyak, kena siapkan makan minum, susu dan lampin dua orang anak, upah pengasuh, petrol dan tol kereta ke tempat kerja.

Sekarang dia suruh tambah bayar bil utiliti? Habis dia bayar apa? Kerana belanja bertambah saya minta bantuan Akim, jawapannya tak cukup duit. Keadaan tambah p4rah bila nak raya. Dia tetap ke rumah ibunya suruh saya siapkan kuih raya dulu, selain duit petrol dan tol.

Lebih teruk dia suruh saya tempah hotel berdekatan sebab bilik yang kami guna dah jadi bilik adiknya yang baru kahwin. P4rah memang p4rah! Oleh kerana saya selalu kata tak cukup duit, dia tuduh saya bagi ibu duit, sedangkan sejak kahwin saya tak bagi ibu duit sebab ikut perintahnya.

Kecuali hari raya saya hulur RM200 kerana itu saja yang saya mampu. Tapi Akim tuduh saya bagi ibu duit setiap bulan. Tuduhan dia membuat saya rasa bersalah dengan ibu. Kerana saya selalu kata tak ada duit, Akim desak minta serahkan semua duit gaji biar dia uruskan semua.

Tetapi saya masih berfikir. Akim suruh cari pengasuh baru sebab yang ada terlalu mahal. Apa dia fikir mudah cari pengasuh yang boleh dipercayai? Desakan Akim membuatkan jiwa saya bertambah runsing. Kalau saya bagi ibu duit sekalipun, apa salahnya.

Ibu bapa saya membanting tuIang membesar dan belanjakan duit untuk saya dapat belajar, jadi apa salahnya saya membaIas budi mereka. Saya pernah bersuara pada Akim sejak bekerja, cuma lima tahun sahaja saya bagi ibu bapa duit setiap bulan.

Selepas kahwin, saya tak bagi langsung sebab Akim larang. Sekarang sudah enam tahun saya membantu Akim menguruskan keluarga. Kalau saya bagi ibu duit, bukan lama sangat mereka boleh hidup, paling lama 10 atau 15 tahun lagi.

Tetapi, jika jodoh kami panjang, saya akan k0rbankan diri dan duit ringgit semua kepada Akim. Mungkin selama 30 atau 40 tahun lagi saya akan mengh4mbakan diri kepadanya. Tetapi Akim berkeras, katanya selepas berkahwin, isteri mesti dengar dan ikut cakap suami, sebab suami sudah ambil tanggungjawab dari ibu bapa saya.

Ambil tanggungjawab apa, sebaliknya saya yang belanjakan banyak pendapatan untuk keluarga. Sedangkan ibu bapa yang besarkan saya tidak menerima imbuhan seperti yang Akim kutip setiap bulan. Akim terima bukan diri saya sahaja, tetapi keistimewaan dan kelebihan yang ada pada saya.

Kalau saya tak bekerja, saya mungkin bukan isterinya. Sejak saya curahkan isi hati, saya nekad tidak beri gaji kepada Akim. Saya kecewa dengan sikapnya yang tidak berapa sukakan keluarga saya.  Sikap dan per4ngai Akim menjadi lebih teruk dan membuatkan saya m4kin runsing.

Dia bukan sahaja pemarah, malah pemb3ngis, dengar suara anak menangis pun boleh jadi bertengkar. Lebih dua tahun saya bertahan dengan per4ngai Akim, akhirnya saya minta cerai selepas dia mengadu pada ibunya. Ibu mertua nasihatkan saya supaya berubah jika mahu perkahwinan kami diselamatkan.

Tetapi hati saya sudah tawar, saya rela bercerai walaupun tahu akan hadapi pelbagai masalah. Namun saya rasa lebih tenang. Pada saya, cinta dan kasih sayang suami pada kita ada hadnya, selagi kita tidak diceraikan. Kerana suami ada kuasa taIak.

Sementara cinta dan kasih ibu dan bapa kepada anaknya tidak ada hadnya, malah boleh membawa kita ke syurga.” Itu cerita Hasmini tentang kelemahannya  selama ini, dan gembira kerana dapat kembali kepada dakapan keluarga. Saya tak takut bergelar ibu tunggal, selagi dia ada kasih sayang ibu bapa. Doa emak telah memudahkan apa juga kesulitan yang saya hadapi salama ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.