Duit hantaran 5k semua saya bagi dekat mak, tapi mak kata tak cukup. Suami hasut benci mak, akhirnya saya tahu kebenaran

Ya Allah! berd0sanya saya pada emak! Bila saya bincang dengan Ikram beri emak sedikit sumbangan daripada gaji saya. Ikram bantah. Katanya untuk apa? Sebagai isteri saya mesti patuh pada suami bukan emak! Semuanya terbongkar masa adik saya kahwin..

#Foto sekadar hiasan. Saya rasa mungkin ramai isteri menghadapi masalah seperti saya, iaitu berbeIah kasih antara ibu dan suami. Bak kata orang tua – tua, di makan m4ti emak, diluahkan m4ti bapak. Itulah masalah besar saya.

Ingkar cakap suami berd0sa, tak dengar nasihat ibu pun berd0sa. Jadi jika anda hadapi masalah seperti saya apa yang anda lakukan? Kerana kita diingatkan jika engkar cakap suami tak civm bau syurga. Maka kita ketepikan ibu kita, ibu yang bersusah payah melahirkan dan besarkan kita.

Sedangkan Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda, sebagai anak kita mesti dengar cakap ibu. Kerana syurga di bawah tapak kaki ibu. Setelah saya fikirkan dan sem4kin saya am4ti, nasib wanita memang sulit. Cakap suami tak boleh dibantah, sedangkan kita ada ibu mesti dihorm4ti.

Pernah saya beritahu pada suami, bahawa saya juga mesti dengar cakap ibu. Tetapi kata Ikram, suami saya, apabila seorang wanita itu berkahwin, maka terputvs hubungannya dengan ibunya. Dan dia mesti dengar cakap suami. Bukan ibunya lagi.

Sebenarnya masalah yang saya lalui ini sudah 8 tahun berlalu. Saya abdikan diri seratus peratus kepada suami. Sebab sejak mula kahwin, malah sedang bercinta, saya diberitahu saya mesti hormat dan ikut perintah suami.

Melihatkan bakal suami ketika itu elok per4ngai, ada didikan agama dan pe’el lakunya, maka saya ikut, lagi pun bila bercakap bab agama memang dia pandai, jadi saya fikir betullah. Maka setiap katanya menjadi pegangan setelah kahwin.

Tetapi sebelum berkahwin, emak nasihatkan saya, bila saya habis belajar, sudah bekerja maka saya hendaklah bantu emak ringankan bebannya kerana di bawah saya ada 3 orang adik yang masih belajar. Saya belajar sampai IPTA maka emak harap saya membantunya.

Masa belajar memang emak bantuan, sebab abang tak belajar tinggi habis SPM abang tak layak naik tingkatan enam dan emak tak mampu hantar abang belajar tempat lain, dan peluang belajar ketika itu tidaklah macam sekarang, banyak kolej swasta dan ada bantuan PTPTN.

Jadi abang bekerja di bengkel membaiki motor. Pendapatannya kata emak asalkan cukup makan pakai sudah memadai, asalkan abang tidak menyusahkan emak minta duit setiap hari. Jadi harapan emak banyak bertumpu pada saya.

Emak bekerja di hospitaI bukan jadi doctor atau jururawat, tetapi bertaraf kuIi aja. Jadi untuk cukupkan belanja membesarkan kami 5 beradik yang masih bersekolah emak terp4ksa jual kuih dan buat nasi lemak bungkus, yang emak letak di gerai – gerai dekat hospitaI. Kami adik beradiklah bantu emak.

Masa ayah ada dulu, bebanan emak ringan jugak, ayah bawa teksi tauke, walaupun pendapatan kecil tapi emak dapat simpan duit untuk belanja sekolah kami. Ayah juga bantu letak nasi lemak di tempat ayah bekerja, dekat stesyen bas.

Tetapi bila ayah meninggaI dunia lebih 12 tahun lalu hidup kami agak tersepit sikit, sebab emak seorang bekerja. Ketika itulah emak banyak nasihatkan kami supaya rajin belajar kerana hanya dengan pelajaran boleh mengubah hidup kami.

Agaknya kerana nasihat dan kesed4ran yang emak berikan itulah saya dan adik – adik berjaya dalam pelajaran. MaIangnya, nasihat emak tak banyak tertanam dalam kepala saya, masa belajar dah jumpa pakwa, dah mula bercinta, saya jadi terlupa dengan nasihat emak.

Malah saya jadi taksub dengan nasihat kekasih dan kemudiannya menjadi suami. Tak sampai 6 bulan bekerja, saya dah heboh nak kahwin. Mak suruh saya sabar dulu, sebab nak kumpul duit belanja kahwin. Tetapi saya ketika itu macam tak sempat – sempat nak kahwin.

Kata Ikram dia hantar belanja RM5,000 bolehlah buat belanja kahwin nanti. Saya pun fikir duit RM5,000 itu besar sangat. Tapi kata emak tak cukup. Lepas kahwin saya terus duduk rumah mertua. Sebab saya lihat majlis di rumah mertua memang meriah, dan hidup mereka lebih baik daripada saya.

Kata Ikram, sepatutnya duit hantaran RM5,000 itu bukan untuk belanja kahwin, sepatutnya diberikan kepada saya untuk bina hidup baru. Seperti mencari rumah sewa, beli perabut rumah dan lain – lain barang keperluan untuk orang baru kahwin.

Saya fikir betul juga, jadi saya diam, fikir saya, emak memang salah. Hati saya mula terdetik “sampai hati emak gunakan duit hantaran kahwin saya?” Nak jadikan cerita saya memang kurang bergaul dengan kawan dan saud4ra mara, minda saya memang tak pernah terbuka dan terfikir bab duit belanja hantaran kahwin ini.

Sejak duduk di rumah mertua saya sem4kin jarang pulang ke rumah emak. Lebih teruk saya beri duit gaji saya pada Iklam, kerana yakin dan percaya inilah cara suami uruskan rumahtangga kami. Lebih maIang saya lupa beri duit pada emak seperti janji saya sebelum kahwin dulu.

Kerana terlalu patuh kata suami. Kami pindah rumah sewa bila adik Ikram hendak kahwin dan setelah mempunyai seorang anak. Tapi saya lihat adik Ikram tidak pulak dibawa pindah oleh suaminya, sebaliknya duduk di rumah emak Ikram dan adik perempuannya urus semua belanja rumah, dia pegang semua gaji suaminya.

Saya mula ternampak kelainan, tapi saya masih patuh pada Ikram. Masa berlalu sem4kin pantas, bila adik saya kahwin Ikram datang pada hari majlis saja, sementara saya dibenarkan pulang ke rumah dua hari sahaja alasan Ikram, saya sedang hamil, tak boleh kerja berat dan tak perlu duduk lama di rumah emak. Saya patuh.

Saya lihat memang banyak perbezaan ketika adik saya kahwin, kenduri bukan sahaja meriah, ramai tetamu dan persiapannya istimewa. Saya lihat hantaran adik RM10K dan adik bantu emak buat semua persiapan dengan duit dia sendiri, selain dibantu oleh 2 orang adik yang lain yang ketika itu sudah bekerja.

Saya tanya mana emak dapat banyak duit buat kahwin. Mak pun bercerita, adik beri emak duit setiap bulan, semua emak kumpul, pertama untuk bantu 2 lagi adik yang masih belajar. Bakinya untuk belanja kahwin mereka.

Semua hantaran kahwin emak gunakan untuk belanja kahwin, bab urusan pakaian pengantin adik sendiri keluar duit sementara adik yang sudah bekerja turut bantu. Saya terkedu. Saya mula rasa amat bersalah kerana selama berkahwin, saya tidak pernah beri duit pada emak seperti saya janjikan.

Adik ada banyak duit sebab dia kahwin lambat dan sempat simpan duit. Malah saya lihat rumah emak sudah banyak perubahan walaupun saya balik rumah emak 2 kali setahun. Bukan sahaja rumah bertambah luas, perabut juga bertambah cantik.

Kata emak semua benda itu adik – adik yang beli. Diam – diam saya mula rasa bersalah, kerana tidak pernah ada perasaan beIas kasihan kepada emak sejak bekerja dan berkahwin, saya lebih pentingkan teman lelaki yang ajak saya kahwin cepat, setelah kahwin, saya lebih pentingkan suami daripada emak sendiri.

Memang jodoh urusan Allah tetapi saya tidak gunakan akal fikirkan masalah emak sedangkan emak pernah nasihatkan saya bantu emak setelah bekerja. Ya Allah! berd0sanya saya pada emak! Bila saya bincang dengan Ikram beri emak sedikit sumbangan daripada gaji saya. Ikram bantah.

Katanya untuk apa? Sebagai isteri saya mesti patuh pada suami bukan emak! Setelah ada 2 orang anak, dan umur sem4kin meningkat, maka saya bertanya pandangan teman – teman pejabat. Lebih banyak bertanya, sem4kin banyak rasa bersalah tertanam di hati saya.

Saya rasa kesal dan berd0sa dengan perbuatan saya selama ini, kerana lebih pentingkan suami daripada emak sendiri. Seorang teman wanita berkata, memang kita diberi tahu syurga isteri di bawah tapak kaki suami, tetapi tidak bermakna sebagai anak kita harus abaikan emak sendiri yang banyak berjasa kepada kita.

Kerana peng0rbanan ibu kitalah, kita jadi ‘orang’ berpelajaran dan bekerjaya. Jika ditakdirkan ibu tidak membanting tuIang, kita tidak berpelajaran dan tidak bekerja, apakah suami kita mahu ambil kita sebagai isterinya?

Lebih penting, isteri harus tanya kepada suami, bukankah sebagai seorang Islam menantu itu wajib menghorm4ti ibu bapa mertuanya dan menganggap mereka seperti ibu bapanya sendiri? Suami janganlah terlalu ghairah beri syarahan, nasihat dan mengingatkan isteri syurga bawah tapak kaki suami, kerana jika tersalah nasihat suami boleh menjerumuskan isteri mereka ke dalam ner4ka kerana menderh4ka kepada ibunya sendiri. Itu nasihat kawan.

Kata – kata mereka membuka minda saya berfikir, saya berusaha mentaati emak saya, dengan meminta suami berikan duit pada emak saya dan izinkan saya menziarahi emak saya dan mengenalkan anak – anak saya kepada keluarga lebih dariapda 2 kali setahun.

Jika tidak dihantar pulang, saya akan pulang sendiri walaupun dengan bas mahupun keretapi. Tetapi bukan mudah. Hidup saya umpama ‘meluruskan benang bersimpul.’ Ikram nasihatkan saya jangan derh4ka, tetapi saya juga tidak mahu masuk ner4ka kerana tidak mentaati emak sendiri.

Saya berusaha baiki kesilapan saya pada emak dengan apa cara sekalipun. Saya sedar, saya di tangga keempat kepada suami, sebab tanggungjawab pertama suami adalah kepada ibu dan bapanya, kedua anak – anaknya ketiga adik beradiknya terakhir barulah saya isterinya.

Jadi setelah berfikir saya perlu jaga diri sendiri. Kerana ditakdirkan sesuatu buruk berlaku pada perkahwinan saya, emak tempat saya kembali. Kini saya sedar tahap saya di mata suami. Ik4tan saya dengan suami semata – mata kerana ik4tan jodoh, tetapi ik4tan saya dengan ibu tidak akan putvs hingga ke akhir hayat. Jadi saya mesti pulihkan hubungan saya dengan emak saya walau apa pun terjadi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?