Suami pergi outstation, aku terus failkan cerai. Tapi tak sangka mak dan suami dah plan sesuatu..

Setiap kali aku mengandung suami akan curang dan aku pulak akan maafkan suami. Sampai anak sulung meninggaI, sebulan lepas tahu suami kant0i curang lagi. Akhirnya doa aku dimakbulkan, suami kena hantar ke luar negara, aku nekad failkan cerai. Tapi tak sangka mak bersubahat dengan suami..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak cerita tentang masalah yang aku hadapi dan sekarang aku rasa serabut dan buntu sangat. Takde siapa yang support aku dalam hal ni. Sebelum – sebelum ni aku pernah ada masalah dengan suami dan pernah minta pendapat untuk bercerai.

Ini serba ringkas kronologi kisah aku. Semua bermula masa aku dah mengandung anak pertama, suami aku curang dan aku maafkan.MaIangnya, anak pertama aku meninggaI dunia tapi sebulan kemudian sekali lagi aku dapat tahu suami masih lagi curang.

Aku dengan b0dohnya, maafkan dia.Benda ni berulang bila aku mengandung anak yang kedua. Cycle yang sama dia curang, aku maafkan. Bila mengandung anak ketiga, aku dah tak larat nak ambil tahu tentang kecurangan dia sebab dah terlalu s4kit hati.

Apa yang menyebabkan aku lagi benci, tawar hati dan s4kit hati dengan dia bukan sebab curang semata tapi suami suka caci m4ki aku. Dia tak kira depan anak – anak pun dia akan suka hati caci m4ki. Suka menghentak sana sini.

Aku memang sangat tertekan sampai aku rasa nak bvnvh dia. Aku ulang alik dari tempat kerja sejauh 60km, suami punya tempat kerja pulak 100 meter je. Aku balik kerja penat – penat dapat caci m4ki. Bila hari minggu pun kena caci m4ki.

Bagi aku, dia tak layak nak caci m4ki aku sebab dia patut bersyukur aku bagi banyak peluang pada dia walaupun dia buat aku macam sampah. Lama – lama aku fikir, sampai bila aku nak hidup macam ni? Aku nak hidup dengan dia sampai tua, kalau panjang umur sampai m4ti, mampu ke aku bersabar demi anak – anak aku.

Tapi aku bersabar untuk apa, aku pun mampu untuk besarkan anak – anak aku sendirian sebab kalau ikutkan aku lagi banyak keluar duit untuk kebajikan anak – anak aku. Aku yang selalu ada jaga anak – anak, sebab suami aku selalu outstation.

Aku fikir lagi, betul ke aku nak besarkan anak aku dalam persekitaran t0ksik macam ni. Tengok mak dia kena caci m4ki. Sampai satu tahap aku doa supaya dia m4ti atau dihantar bekerja di luar negara. Sebab nak lari dari dia aku takut sangat, takut aku kena bvnvh atau takut kehilangan anak.

Akhirnya doa aku termakbul, dia dihantar ke luar negara. Sebab aku dah niat, kalau dia pergi luar negara aku akan minta cerai. Dan memang aku mohon cerai tapi sebab dia t3ntera, proses tu agak susah sikit sebab kena jumpa kagat.

Jadi aku terp4ksa tangguh walau aku dah setel semua urusan borang dan juga peguam. Yang menjadi masalah aku sekarang adalah keluarga aku semua sokong beIah dia, terutamanya mak aku. Sebab katanya kalau perempuan ni jadi janda susah.

Aku kadang – kadang rasa nak hempuk je mak aku. Kenapa dia sanggup biarkan aku hidup macam sampah asalkan berlaki. Dan yang paling giIa sekali adalah mak aku ambil anak – anak aku atas alasan suami aku tu izinkan.

Aku memang marah sangat. Aku memang lah ada wasap menyatakan, “dah korang sibuk nak jaga sangat dan rasa diri tu bagus, jagalah!” Kata – kata aku ni dipegang oleh mereka untuk menunjukkan yang aku dah halau dan buang anak – anak aku.

Aku tengah serabut waktu tu, tergamak ke aku nk halau anak – anak, aku marah dekat diorang, anak – anak aku m4ngsa keadaan. 3 hari aku tunggu anak aku dipulangkan dan balik dekat aku tapi tiada apa – apa. Aku akhirnya hantar je baju dan barang – barang anak aku melalui makcik sebab aku fikir nanti diorang sekolah semua macam mana.

Sekarang dah 3 minggu anak – anak memang langsung tak ada hubungi aku. Sihat ke apa memang aku tak tahu. Kenapa aku tak pergi ambil dorang? Sekarang ni, anak – anak aku dilimpahi kemewahan, nak apa semua dapat, seronoklah diorang.

Kalau aku ambil secara p4ksa diorang mungkin akan member0ntak dan bandingkan hidup masa aku dan nenek dia. Kalau aku pergi pula tengok. Masa ni mak aku dan laki aku tu akan cakap inilah akibat kalau nak cerai, nak jumpa anak pun tak boleh.

Jadi nanti aku takut akan mengalah. Kalau aku mengalah, suami aku tu akan buat aku lebih teruk dari ni sebab dia tahu aku tak ada sokongan siapa – siapa. Dia buat aku macam anjing pun tiada siapa yang percaya. Sekarang aku sangat buntu.

Apa yang perlu aku lakukan. Aku rindu anak – anak dalam masa yang sama aku sayangkan diri aku. Apa patut aku buat. Apa pembelaan boleh aku tuntut sementara ni.

Komen Warganet :

NurSyeeraAzman : Pergi ambil anak tu tt. Mana sama kasih sayang nenek dengan mak sendiri. Jangan sebab nak cerai, anak tu diabaikan. Nanti mesti yang jaga dia akan mengungkit dan kutuk tt. Sebagai anak, mesti sedih budak tu.

Waty Ahmad : Kalau u ada bukti kecurangan caci m4ki dia, tunjuk aja kat family semua. Kalau dorang masih sebeIahkan laki u, then hadap je la family t0xic u tu. Yang u pun pergi je la amik anak – anak tu. Mak apa macam tu pisahkan anak – anak dengan mak kandung. U pergi je sekolahkan mak u tu. Tanya dia kalau dia hilang anak – anak apa dia rasa. Dia tak fikir ke perasaan u macam mana.

Nataasha : Anak umur berapa? Tak kan lah anak tak rasa apa dengar bapak caci m4ki mak? Lagi satu lepas mak ambil anak, kenapa u nak hantar baju, patut buat tak tau je. Bila kelengkapan sekolah takde, terp4ksa la anak – anak tu pulang pada u.

Tapi walaupun sekarang anak dengan mak u, tak ada apa kan yang menghalang u bercerai? Sekarang ni pun dah berpisah dengan anak serupa juga la keadaannya nanti lepas cerai bila turn anak dengan bapak. Lagi satu i rasa laki u lebih rapat dengan mak u, u pula jauhkan diri dari mak sendiri.

Maybe u terasa, tapi buat masa sekarang u jangan bagi ruang laki baik dengan mak. Lepas ni apa dia m4ki sila record dengan phone. Kalau boleh pasang hidden camera dalam rumah. Pastu tunjuk dekat mak. Segala keserabutan, sila rujuk pada lawyer.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.