2 tahun tertipu bercinta dengan suami orang. Aku pergi kilang dia, tak sempat dia cakap banyak, aku hayun kaki dekat tuttt

Terk3jut aku sambil terpinga – pinga tiba – tiba kena m4ki dalam mesej. Pastu sambung kena m4ki dalam phone. Dia cakap aku ‘bijak’ sangat ke sampai tak boleh detect Mr.N tu suami orang. Takkan tak check background??! Tiba – tiba Kak F menangis..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Idzni, berumur 28 tahun, penjawat awam dan pernah bercinta dengan suami orang. Ops, nanti dulu, jangan marah aku, sebab aku bercinta selama 2 tahun tu, tanpa aku tahu pun Mr.N tu suami orang.

Pandai giIe dia sorok sampai aku langsung tak boleh jangka. Mungkin sebab aku ni sejenis bersangka baik dan banyak fokus bekerja. Isteri dia pun tak tahu dia ada aku. Terkant0i bila isteri dia dapat tahu (I don’t know how), mesej aku tanya siapa aku and so on.

Terk3jut aku sambil terpinga – pinga tiba – tiba kena m4ki dalam mesej. Pastu sambung kena m4ki dalam phone. Aku diam je sampailah kemarahan Kak F (isteri Mr.N) reda sendiri. Aku hanya  minta maaf dan terangkan kat Kak F yang aku tak tahu pun Mr.N ni suami orang.

Suami Kak F ni memang tersangat segak, maksud aku, memang tak terjangka dia ni bukan bujang. Lol. Lagipun tenuk tu (Mr.N) memang banyak je masa dengan aku. Maksud aku, takdelah dia ada waktu hilang ke apa. Sentiasa ada disaat aku memerIukan. T4hi sungguh.

Kena m4ki lagi dengan Kak F. Dia cakap aku b0doh sangat ke sampai tak boleh detect Mr.N tu suami orang. Takkan tak check background??!! Aku masa tu dalam hati, “Ala, akak pun tak sedar kan suami akak ade saya. HAH, samelah macam saya ni, saya pun tertipu tau dengan kelicikan suami akak,” kata aku dalam hati, tertahan nak keluar sebab aku faham je if aku jadik bini pon aku rasa nak meng4muk macam tu.

Aku diam je. Diorang siap ada dua orang anak ye. Hai lah. Kak F tunjuk gambar diorang sekeluarga. Tetibe je Kak F menangis. Janganlah kacau suami akak, dik. Suami akak tu je yang akak ada dan beberapa ayat yang buat aku menitik air mata, sebab Kak F macam merayu dengan aku.

Aku cakap, “Kak, akak takpayah merayu macam ni kak. Akak jangan risau, saya takkan ambil kebahagiaan akak.” Masih Kak F menangis teresak – esak kat tepon. Dahlah time tu aku sayang sangat dengan Mr.N. 2 years dengan dia, takde problem sangat. Semua best je. Semua macam indah je.

Siap dah berangan nak kahwin tema apalah itulah inilah. Jumpe family je belum, sebab parents aku pun dah meninggaI. Parents dia pun dah meninggaI (katanyaaaaa, tak tahulah dia tipu ke apa). Aku fikir masa tu, nantilah dulu if nak kenalkan dengan kakak aku.

Sekali, pom tersi4t hati makcik. Padan muka aku, betullah kata Kak F tu, aku tak check bebetul ke? Huhu. Insiden m4ki ke apa semua ni berlaku masa aku kat office. Lepas kena m4ki tu, aku tenung je PC depan aku sampai otak berserabut.

Petang tu lepas balik kerja, aku terus pergi tempat kerja Mr.N. Dia engineer kilang, so shift kerja dia bermula petang ke malam. Aku doa sesangat dia datang kerja. Mr.N keluar. Dengan muka str3ss dan bersalah. Maybe dia pun kena m4ki dengan isteri dia.

Aku terus tanya, first kenapa ko tipu? Second, ko sebenarnya nak apa dengan aku selama 2 tahun ni, hanat? (Serius aku sebut hanat tu). Terus keluar ko – aku, padahal sebelum ni abang – sayang. Dia jawab dia memang sayang aku dan hati dia dah lama tawar dengan isteri dia bla bla bla (burukkan bini, standard lelaki loser).

Bayangkan eh, aku sayang giIa dengan Mr.N ni time tu. Aku lemah je bila tengok dia and so on, bila dia cuba pujuk aku semua tu, aku cair je tapi waktu tu aku terus split diri aku jadi dua. Satu diri aku yang jahat, satu lagi baik.

Dalam hati aku, aku kena berfikiran w4ras untuk decide aku nak jadi yang mana. Aku pilih jadi jahat. Aku tend4ng private part Mr.N sekuat – kuat hati aku sambil aku jerit : Ko paling terb4bi dalam dunia sebab ko tipu bini ko and ko tipu aku!

(Sile masukkan efek guruh berdentum kilat sambar – menyambar).

Aku naik kereta dan aku blah. Aku lalui 6 bulan selepas itu dengan sangat tersiksa. Mr.N cuba contact aku tapi aku cut semua communications. Social media aku closed, no tepon semua aku tukar. Aku siap pindah rumah ya. Gigih giIa aku masa tu.

Setiap malam aku menangis, doa dengan Allah macam – macamlah, pandang kipas berpusing, mulalah datang keinginan nak buat benda yang tak elok dekat diri sendiri. Mr.N ni cinta pertama aku. Sangat – sangat sukar nak melupakan.

Setiap hari balik kerja je, aku pi joging sampai fit badan aku. Tetiba je dah 6 bulan, tetibe je dah setahun, eh tetibe je dah 3 tahun. Tetibe je semua perasaan aku yang dulu tu dah pudar. Bila fikir balik, kelakar pulak masa aku tend4ng private part Mr.N tu. Rasa macam childishnya aku.

3 tahun tanpa berhubung, menahan sabar walaupun aku tanak sabar pon sebenarnya tapi aku benci jadi penyundal, akhirnya aku bertemu jodoh dengan suami aku sekarang. Alhamdulillah. Sebenarnya aku just nak cakap to all penyondol di luar sana, silelah bersabar dengan ke single an anda, silelah sabar dengan hati yang kosong dan nafsu membuak nak laki orang tu. Sabar ni dapat selamatkan banyak benda. You kenduit. – Idzni (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Lola Asyeila : Betul dah tu sebab hidup ni pilihan. Tapi Mr.N tu memang serabut la hidup dia lepas tu. Awek dah tinggalkan, nak pujuk bini pulak. Macam mana pun rumahtangga dia memang bermasalah lepas tu sebab dek b0doh dia sendiri. Dia rasa selamat selama ni. Bini ni cepat atau lambat dia tau jugak. Dia kenal perubahan laki dia. Nasib tak baik bercerai dia laki bini. So dia hadap la yer.

Airin Estrella : Alasan dia menipu dan sembunyikan status adalah untuk per4ngkap m4ngsa. Bila dah jatuh cinta, susah nak reverse. Time tu akan ada 2 situasi samaada laki tu akan ambil jadi isteri kedua (kalau dia ikhlas) atau dia akan ambik kesempatan sekadar shedap² dia. Percaya lah, lelaki panjang akal untuk man1pulate hidup dan perasaan wanita yang selalu tertipu. Hati – hati.

Hamiatie Abd Hamid : Sondol menyondol tersondol itu semua pilihan. Macam ada kawan aku ni, dia memang big no jugak dengan suami orang. Dan dia memang kentalkan hati terus tak jawab phone apa semua. Pernah tu ada pegawai bank nak ngorat dia. Masa tu dia single.

Aku cakap apa salahnya kawan – kawan ja dulu kan. Siap bawak aku temankan dorang keluar makan. Aku ada tanya, lelaki tu ada fb tak? Kawan aku cakap, hanat tu takda fb. Konon sebab terpaling sibuk dengan kerja dia sampai tak sempat nak berfb bagai.

Aku cakap, tipu la zaman sekarang orang tu takda fb. Paling pun dia mesti ada akaun fb walaupun tak aktif. Cuba ko search nama dia kat fb. Sekaliiiiii amek kau! Keluar muka dan anak bini jadi profile pic. Dan yang bestnya, time dia ngorat kawan aku tu, bini dia tengah tunggu masa nak bersalin ja. Memang betul hanat la jantan siaI spesis macam ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.