2 tahun lepas cerai aku langsung tak tengok suami. Jantung laju, badan menggeletar bila dengar bunyi kereta dia

Aku s4kit hati bila anak cerita yang ayah dorang dan isteri baru buat benda sama – sama. Weh, s4kit hati wooo sebab dulu masa dengan aku dia punya benci. Dahla aku bersusah payah besarkan anak, dia bahagia je dengan bini baru tanpa perlu bersusah jaga anak. Dia bawa keluar anak sebulan sekali dalam 6 jam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca sekalian. Aku Nur, ibu tunggal anak 2 orang, 8 dan 4 tahun. Aku dah bercerai dengan bekas suami (aku gelarkan dia Z) dah nak masuk 3 tahun. Puncanya dia nars1stic dan hilang sayang dekat aku.

Betapa siksanya nak bertahan bertahun – tahun dalam rumahtangga tu. Pelbagai usaha aku dah buat untuk bertahan tapi demi mentaI aku dan anak – anak, aku tarik diri. Jujurnya, ketika bercerai aku masih teramat sayang Z, tapi aku kena hadap realiti yang Z memang dah tak ada rasa sayang dekat aku.

Oh ya, Z dah kahwin lain tahun lepas, dengan rakan sekerja dia. Move on memang fasa yang memedihkan. Tahun ni tahun ke-3, dan aku dah sem4kin ok, lebih baik. Belum move on 100% tapi sudah hampir, insyaAllah. Susah sangat nak buang perasaan terhadap orang yang kita sayang.

Aku nak kongsikan usaha yang aku buat untuk move on dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu fizikaI dan maya (online). FizikaI maksudnya Z ada depan dan keliling aku.

a) Usaha secara fizikaI :

1) Aku langsung tak tengok muka dia.

Z datang jumpa anak hanya sekali dalam sebulan itu pun purata 6 jam je dan jarak kami hanya 30km. Ini atas pilihan Z sendiri, bukan atas arahan mahkamah. Bila dia datang nak ambil anak, aku akan pastikan anak – anak dah sedia, beg dah sedia dekat pintu, so bila kereta dia sampai depan rumah, anak – anak terus ke kereta dia dan dia boleh cepat – cepat pergi.

Aku tak nak dengar enjin kereta dia, aku tak nak dengar langsung suara dia dekat depan rumah aku. Selalunya jantung aku jadi laju dan badan aku menggeletar bila dengar bunyi enjin kereta dia. Masa awal penceraian ada beberapa kali dia ada depan aku tapi aku langsung tak tengok muka dia. Aku pandang bawah je. Aku tak tengok muka dia langsung!

2) Bila dia hantar anak balik, aku akan terus mandikan anak untuk buang bau vape Z. Aku tak nak bila civm anak ada bau Z.

b) Usaha secara maya (online)

1) Jangan tengok social media dia langsung!

Ini PALING PENTING dan PALING SUSAH! Aku berjaya buat benda ni selepas 2 tahun bercerai. Lama kan? Aku mampu untuk tak lagi check social media dia iaitu sejak aku dapat tahu yang dia dah ada orang lain. Itulah saatnya. Sebab, aku tak nak tengok status happy – happy dia dengan orang baru, aku tak sanggup.

2) Aku tak simpan nombor Z

Aku tak simpan pun nombor dia ada dalam senarai contact aku. In case em3rgency, aku memang dah hafal nombor dia so aku taip je. Lagi satu alasan aku tak simpan ialah supaya aku nak mengelak terbaca WhatsApp status dia.

3) Delete WhatsApp dia

Kami akan berWhatsApp 100% hanya berkaitan anak. Aku tak nak tengok profile picture dia jadi bila dia WhatsApp, aku akan screensh0t, simpan dalam satu folder dalam laptop sebagai bukti, mana la tau komunikasi ni diperIukan untuk apa – apa urusan mahkamah kelak.

Jadi bila dah screensh0t, aku akan delete. Tapi aku reply dulu la, kalau aku rasa perlu untuk aku reply. Sementara nak tunggu beberapa hari untuk WhatsApp tu keluar tarikh instead of “today” & “yesterday”, aku akan masukkan WhatsApp dia under “Archive”.

4) Terhadkan komunikasi

Sepanjang perkahwinan dan tahun pertama penceraian, aku selalu WhatsApp dia panjang lebar, kadang – kadang untuk menerangkan sesuatu, tapi semua tu sia – sia. Jadi sejak tahun kedua, aku betul – betul limitkan komunikasi.

Aku tak akan tanya dia soalan. Kalau dia nak tau tentang anak, dia kena usaha tanya aku sendiri. Aku tak akan sesekali update dia ap a- apa termasuklah ketika anak kena masuk hospitaI 2 kali tahun lepas. Dia pun jenis tak ambik tau sangat hal anak, jadi tak guna nak update pun.

Ada ketikanya dia macam nak tuduh aku macam – macam atau apa – apa lah yang boleh membuatkan bertik4m lidah, aku tak akan layan conversation useless tu! Aku akan reply contoh “tolong beli susu / ubat anak” (tiber kan? Haha).

Maksudnya, aku tak panjangkan cakap dia yang confirm akan bertekak which is BUANG MASA! Kalau dia WhatsApp nak jumpa anak ke apa ke, sama ada aku tak reply atau aku reply “k” aja. Cukup la dulu bertahun aku WhatsApp dia panjang lebar minta disayangi, sekarang, setiap kata – kata aku tu precious dan bermakna. Aku tak akan bazirkan 1 perkataan pun!

Cara ni bagus untuk elak konflik dan juga ini dapat mengelakkan fitnah contoh mana tau suatu hari aku dituduh nak mengganggu rumahtangga dia. In case la kalau isteri dia baca pun, reply aku hanya emoticon bentuk tangan “alright” atau “k” je, hahaha. Selamat kan?

5) Aku cut terus sebarang komunikasi dengan keluarga dia

Keluarga Z ni baik. Tapi, aku rasa, tak perlu aku nak berkomunikasi dengan mereka melainkan hal em3rgency. Aku rasa ni penting juga demi menjaga hati isteri Z. Keluarga dia pun memang mengelak dari aku so masing – masing mengelak.

6) Aku langsung tak ambik tau siapa isteri dia

Aku hanya tau nama dia, dan dia rakan sepejabat. TU JE! Rupa dia, siapa dia, aku langsung tak ambik tau. Secara teori, isteri Z tak ada salah langsung dengan aku, sebab mereka start hubungan pun lepas kami bercerai, maknanya dia bukan punca penceraian kami.

Tapi aku ni manusia biasa. Untuk mengelakkan aku membenci dia tanpa sebab, aku memilih untuk tak kenal dia langsung. Kalau la terjumpa tengah jalan pun aku tak kenal.

7) Aku tak akan sesekali menganggu rumahtangga mereka

Aku bukan orang baik. Tapi, satu prinsip aku, aku tak akan sesekali menganggu rumahtangga orang lain. Walaupun anak ni masih di bawah tanggungjawab bapa diorang, tapi jujur cakap, Z ni jenis tak bertangungjawab dan tak rapat dengan anak.

Sepanjang kahwin pun tak pernah dia jaga anak. Kalau aku minta tolong jaga dia akan naik angin! Bila anak masuk hospitaI, aku uruskan semua sendiri. Aku cuma minta tolong adik – adik untuk hantarkan kami ke hospitaI. Selebihnya aku urus sendiri.

Cuba bayang tahun lepas dalam tempoh 2 bulan anak aku kena warded 2 kali. Ya Allah menc4barnya. Anak s4kit, aku uruskan pergi kIinik sendiri. Pendaftaran sekolah anak aku uruskan sendiri. Anak nak berjalan – jalan, aku fikir sendiri.

Beli baju sekolah anak dan lain – lain, semua aku beli sendiri. Jadi, aku memang memilih tak nak melibatkan Z sebab dia pun jenis tak rapat dengan anak. Jadi, tak ada alasan isteri dia rasa aku menganggu Z sebab semua aku buat sendiri. Dia jumpa anak tu la, sekali sebulan, 6 jam saja, itu pun bersama isteri dia.

8) Mengamalkan konsep “don’t care, don’t bother”

Tiap kali Z hantar anak lepas jumpa, aku tak akan sesekali tanya anak aku apa dia buat, atau tanya tentang isteri Z. Anak nak bercerita, ok aku dengar. Tapi ak tak akan tanya lebih – lebih. Aku akan jawab “oh ye ke…” the end.

Sebab aku tau bila aku tau details, aku akan s4kit hati contohnya anak cerita Z dengan isterinya macam buat sesuatu sama – sama. Weh, s4kit hati wooo sebab dulu masa dengan aku dia punya la benci, plus dah la aku bersusah payah membesarkan anak, dia bahagia je dengan bini baru tanpa perlu bersusah jaga anak.

So demi jaga hati, never ask! Aku ni sensitive, hati lembut, mudah menangis. Jadi demi hati dan kebahagiaan aku sendiri aku terp4ksa buat semua cara – cara ni. Moga aku akan menuju ke 100% move on cepat – cepat. Aku harap usaha – usaha aku ni, dapat memberi idea ke para wanita di luar sana yang dalam fasa move on juga.

Jangan sedih lama, sayangkan lah diri anda juga. Terus maju ke depan, jangan pandang belakang dah. Nanti Kak Limah kejar, hehehe! Aku pohon korang doakan aku mudah nk besarkan anak – anak ya. Oh lupa, aku dah 1 tahun berhenti kerja jadi title aku sekarang ialah “Jobless Single Mother”.

Double c4baran di situ. Tapi aku tak akan mengalah. Doakan aku dapat cari kerja yang boleh buat dekat rumah sebab aku nak jaga anak. Terima kasih kerana sudi baca dan moga Allah merahm4ti kalian! Sekian… – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Huda Rosli : Kalau nanti bapaknya dah tua, anak – anak malas jaga jangan ek dia kata anak – anak lupa jasa dia, mak dia je tauuu yang tungkus lumus berhempas pulas, bapaknya ambik pun anak dah mandi, bawak keluar kejap hantar balik. Macam outing asrama je.

Nur Syafani : Saya move on dengan cara membenci. Tu je. Tak nak tengok muka, kalau bole bayang pun tak nak tengok. Nanti kalau dia m4ti, saya hantar anak – anak kat kubvr je bagi diorang ziarah bapak dia orang yang dah 3 tahun tak bersua muka. Saya duduk dalam kereta sambil layan fb agaknya. Ntah la. Orang bole cakap apa sahaja. Kita ja yang hadap segala pedih.

Cik Puan QI : Moga Allah permudahkan segala urusan Nur (confessor). Kepada Nur dan yang lain yang mengalami kesedihan, berduka, atau rasa down dalam atas apa sebab sekalipun, bersedih boleh. Itu fitrah, tapi jangan terlalu lama.

Mohon bantuan dari Allah. Letakkan pengharapan dan keberg4ntungan padaNya. InsyaAllah, Allah bantu dalam pelbagai bentuk samada ketenangan, atau kirimkan orang lain (keluarga, kawan – kawan atau seseorang lain) yang lebih menggembirakan dan membahagiakan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?