Sejak mak mertua duduk dengan kami, aku hidup dalam ketakutan. Entah macam mana satu hari, aku terbangun waktu malam. Masa nak ke dapur aku nampak mak mertua dalam bilik duduk depan cermin sambil sikat rambut panjang sampai ke punggung. Tapi rambut mak mertua aku pendek je. Aku cakap..
#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum admin, aku mengadu ni bukan sebab nak bukak aib mak mertua aku ke apa. Tapi aku mengadu ni sebab aku dalam keadaan ketakutan dan tekanan. Macam ni, mak mertua aku tinggal dengan aku baru 2 bulan yang lalu lepas ayah mertua aku meninggaI dunia.
Aku ok je dia nak tinggal dengan aku dan suami aku sebab aku pun takde mak ayah dah, jadi boleh aku tumpang kasihkan. Tapi min lain pulak jadinya, sejak mak mertua adam setiap masa aku berada dalam ketakutan.
Sejak mak mertua aku tinggal dengan aku macam – macam benda seram jadi kat rumah ni. Suami aku tak tau sebab dia pegi kerja pagi balik pun tengah malam. Mak mertua aku ni rambut dia tak panjang pun cuma paras bahu je tapi ada sekali tu waktu aku tertidur dekat sofa waktu tunggu suami balik, aku terjaga nak pergi minum air dekat dapur.
Aku lalu dekat bilik mak mertua, aku nampak mak mertua tengah sikat rambut depan cermin. Yang peliknya, bila aku perhatikan betul – betul baru aku perasan rambut tu sampai paras punggung padahal rambut mak mertua aku paras bahu je.
Cepat – cepat aku pegi minum air dan lari masuk bilik. Esok tu aku cerita dekat suami aku apa yang aku nampak , tapi suami macam nak salahkan aku. Dia kata, “awak nak kata mak abg h4ntu la?” Lepas pada tu aku memang tak cerita apa – apa dah dekat dia. Aku pendam sendiri je.
Rumah aku pun bila tengah tengah malam je selalu bau hanyir d4rah dan busuk b4ngkai. Ada sekali tu aku ternampak mak mertua aku baling daging ayam mentah dekat halaman belakang rumah sambil mulut dia macam ada cakap sesuatu tapi aku tak pasti apa dia.
Lepas mak mertua masuk rumah, aku pun tanya la, “mak buat apa kat belakang tadi?” Pastu dia jawab, “bagi haiwan peliharaan aku makan.” Pastu aku pun cakap lah, “Aik kita mana ada bela binatang mak.” Pastu dia jawab, “tu binatang peliharaan aku lah kau mana boleh nampak,” terus naik bulu roma aku.
Bila bangun pagi je beranda rumah aku akan penuh dengan pasir, aku pun tak tau mana datang pasir – pasir tu. Suami pulak asyik marah aku sebab beranda penuh dengan pasir padahal aku ni hari – hari dah bersihkan pasir yang tak tau datang daripada mana.
Satu lagi yang buat aku tertanya – tanya, setiap kali malam jumaat mak mertua mesti bukak tempayan yang dia bawak pada rumah dia yang dulu. Mula – mula dia bawak tempayan tu aku tak pelik sebab aku ingat dia nak buat hiasan dekat rumah aku.
Tapi aku mula pelik bila tempayan tu dia biar dekat luar rumah dan biarkan terbuka bila malam jumaat sahaja. Aku pun tak pasti apa ada dalam tempayan tu sebab aku tak berani buka, aku takut. Aku ada bgtau suami, suami cakap mak dia tadah air hujan tapi setiap malam jumaat yang mak mertua aku buka tu mana ada hujan pun, entah apa yang dia tadah.
Sekarang aku dalam usaha untuk bawak ustaz datang rumah aku tanpa bantuan suami aku sebab dia tak percaya. Doakan urusan aku di permudahkan
Komen W4rganet :
Maliza Razman : Saya pernah dengar cerita sahabat saya tapi kisah nenek nye. Kisah sama macam ni.. duduk menumpang di rumah neneknya tapi sentiasa dalam ketakutan. Nenek dia selalu bercakap sorang – sorang dalam bilik yang gelap.
Bila tanya nenek borak dengan sape, dia jawab dengan kawan dia. Bila depan cermin rambut nenek dia nampak panjang walhal rambutnya pendek je. Kalau duduk berdua dengan nenek mesti nenek dia akan tenung muka dia lama – lama.
Setiap malam macam – macam bunyi pelik – pelik, bau busuk hanyir kadang – kadang tu. Lepas tu dia cerita pada suami dia. Rupanya suami dia pun dah lama perasan benda aneh – aneh tu.. Dorang pun pindah rumah then tak tahu ape jadi dah lepas tu. Tapi nenek dia masih sihat lagi sampai sekarang.
Noor Noor : Dari apa yang saya baca ni.. mak mertua awak ada bela saka. Saka ni dia tak boleh buang kecuali dia kena cari pew4ris iaitu tuan baru. Kalau boleh jangan suami jadi pew4ris dia. Sebaik – baiknye bawak la mak mertua pergi berubat sebelum terlambat.
Jangan dibiarkan. Nak panggil ustaz lebih baik diam – diam jer. Jangan mak mertua ni dia akan tahu sendiri. Kalau boleh cuba pasang radio Al-Quran 30 juz. Pasang 24 jam tengok dia senang duduk ke tak??? Semoga urusan sis dipermudahkan segala urusan.. Apa – apa pun berhati – hati la..
Sis Marie : Pasang ayat – ayat quran tanpa ada yang boleh handle, bah4ya. Usyar ustaz yang betul – betul boleh “cuci’ rumah dalam masa sama panggil orang – orang masjid buat majlis keagamaan sekali gus. Kalau suami tanya, senang nak jawab. Kang tiba – tiba ustaz datang sorang kang haa lain citenye tu. Jaga diri jaga solat baca Quran, pastikan awak sentiasa dalam berwudhuk ye. Moga Allah mudahkan urusan awak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.