Bila ‘bersama’ isteri dia macam patung. Kalau aku tegur dia akan terus melenting. Aku syak dia curang sebab aku ni duda

Kalau aku ajak, dia kata penat lah itu lah ini lah padahal kat tempat kerja dia bukan buat kerja berat pun. Aku ni tidur cuma sejam dua saja. Anak nangis nak susu malam – malam, aku yang buatkan. Kalau isteri cuma tau arahkan je. Bab baju dia, tudung dia, seluar dia, aku yang sediakan semua

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum sahabat pembaca semua. Di sini saya nak ceritakan kisah hidup saya yang dicurangi oleh isteri. Saya pendekkan saja ceritanya, kejadian berlaku baru – baru ni. Saya bekerja sebagai chef di sebuah restoran.

Saya bekerja seperti biasa masuk pukuI 4 petang dan balik pukuI 2 pagi. Mula – mula hidup saya normal je macam suami orang lain. Isteri saya kerja pukuI 8 pagi dan balik 5 petang. Alhamdulillah kami dikurniakan baby boy yang comel.

Aku happy dengan kehidupan aku tapi aku ingat panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari. Aku dapat hidu kecurangan isteri dari cara dia layan aku. Dia mula layan aku acuh tak acuh. Kalau ‘bersama’ serupa macam patung tak seperti biasanya.

Kadang – kadang dia langsung tidak ada respond. Ataupun kalau aku ajak, dia kata penat lah itu lah ini lah padahal kat tempat kerja dia bukan buat kerja berat pun. Aku tau pasal dulu aku pernah buat part time kat kilang dia. Buat benda – benda kecil je.

Kalau nak kata penat sebab nak jaga anak ke nak masak ke, aku yang buat semua tu. Untuk pengetahuan pembaca, dari hal dapur sampailah hal anak aku yang uruskan. Aku balik kerja terus mandi kemudian akan jaga dan main dengan anak.

Aku ni tidur cuma sejam dua saja. Anak nangis nak susu malam – malam, aku yang buatkan. Kalau isteri cuma tau arahkan je. Bab baju dia, tudung dia, seluar dia, aku yang sediakan semua. Sebelum aku pergi kerja, aku dah masakkan siap – siap untuk kami makan.

Pagi – pagi sebelum ke kerja, anak aku dah uruskan, rumah aku dah bersihkan sapu, baju aku basuh, baju anak aku basuh. Dia cuma tau – tau semua dah beres. Nak kata aku tak bagi duit nafkah sebulan aku bagi dia RM500.

Susu anak aku yang beli, barang dapur aku yang beli, rumah aku yang bayar. Cuma sesekali dia bantu aku bayar bil tu pun kalau aku tak cukup duit nak bayar. Gaji aku tak lah besar mana tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki walau pun kecil cukup untuk aku dan keluarga kecil aku ni.

Syukur pada Allah bagi rezeki. Aku sendiri pun tak tau puncanya mana silap aku, mungkin aku ni seorang duda agaknya. Ye aku pernah gagal dalam 2 kali dalam pernikahan aku. Yang pertama pun sebab dicurangi juga.

Kawan aku yang tangkap dekat night club. Bekas isteri yang kedua pula, aku sendiri yang tangkap dekat hotel tu pun dah bertahun dicurangi baru aku sedar. Salah aku juga masa tu aku kerja offshore, selalu tak ada kat rumah.

Yang tu anak aku yang cerita, mama ada bawa orang balik rumah dan aku siasat sendiri. Berbalik pada dia ni, aku dapat rasakan dia ada lelaki lain dari gaya dia. Handhone dia dah tukar password. Kalau dia ada kat rumah masuk tandas pun bawa hanphone, kalau dia mandi handphone dia sembunyikan.

Bila aku tanye dia buat – buat tak tau, cakap mana ada tukar password, mana ada sembunyikan. Itu je la alasan dia. Aku pernah cuba buka handphone dia guna password lama dia, tak boleh buka pun, jadi maknanye dah bertukar.

Dia sekarang ni asal aku tegur je melenting, nak marah. Malam – malam pun dia masuk tidur lambat. Aku balik kerja pukuI 2 pagi masih ralit berbaIas watssap. Aku malas nak tegur sebab takut g4duh. Aku bukan jenis takut bini tapi tak nak g4duh.

Aku nak tanya kawan – kawan, takut aibkan dia pulak. Kalau kat sini orang tak tau dia siapa kerana itu aku luahkan kat sini. Tapi aku pun tak ada bukti yang kukuh lagi. Aku ingat nak siasat sebab apa yang dia berubah.

Harap sahabat – sahabat pembaca bagi pandangan pada aku macam mana nak selesaikan kemelut ini. Kesian anak aku masih kecil lagi baru berusia 5 bulan. Harap  apa yang aku rasa tu tak betullah… sekian terima kasih. . – Habib (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?