Gaji bibik tak banyak pun tapi setiap bulan dia kirim duit dekat anak – anak dia di Indonesia. Masa anak bibik nak buat rumah kat sana, bibik siap pinjam duit dekat saud4ra mara aku. Anak dia nak kahwin pun dia pinjam lagi. Sehinggalah bibik pulang sekejap ke sana tapi akhirnya langsung tak pulang bersama hutang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Harap admin siarkan cerita ini kerana aku sudah lama ingin meluah namun tidak tahu harus pada siapa. Aku tak pandai bercerita, tapi aku cuba tulis semampunya. Nama aku Rerama, berusia 25 tahun.
Aku anak kedua dari 8 beradik, jarak umur kami dekat – dekat. Sewaktu aku berusia 7 tahun, ibubapa aku telah mengambil bibik dari indonesia untuk menjaga kami adik beradik serta menjaga rumah, kerana ibubapa aku kedua – dua perlu bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Kata ayah, sebelum mengambil bibik dia betul – betul istikharah supaya dapat bibik yang baik dan dapat menjaga anak – anaknya. Bibik, sudah akhir 40-an usianya waktu mula bekerja di sini. Seorang yang sangat penyabar, penyayang, rajin, amanah, sentiasa buat yang terbaik, disenangi semua.
Sudah kami anggap sebagai ibu atau nenek kami. Dia lah yang menjaga pakai minum kami dari kecil, dengan kudratnya yang m4kin berkurang saban hari dek faktor usia. Gaji yang tidak seberapa nak dibandingkan dengan penat lelahnya, namun itulah peng0rbanan seorang ibu tunggal kepada 5 anak yang merantau mencari rezeki untuk mengirim wang kepada keluarganya yang hidup susah di Indonesia.
Peng0rbanan bibik menjaga kami sekeluarga sangat besar, segala kerja di rumah dia uruskan, tambah lagi bukan mudah nak menguruskan kami adik beradik dengan masing – masing bermacam – macam ragam ketika kecil.
Setahun cuma sekali pulang ke Indonesia selama 2 minggu sahaja. Kami lebih rapat dengan bibik tika itu kerana ibubapa kami sibuk bekerja. Kadang – kadang aku kesal dan kesian, kerana bibik menjaga kami sehingga tua, sehingga sering kepenatan.
Tidur juga kurang cukup, setiap awal pagi sudah bangun siapkan adik – adik aku untuk ke sekolah. Kami hanya ada satu kereta waktu itu, setiap kali ke mana – mana, termasuk pulang ke kampung, kami terp4ksa duduk berhimpit beramai – ramai, bibik terp4ksa meriba adik – adik aku.
Sudahnya m4kin s4kit tubuhnya, tapi tak pernah mengeluh. Ke mana – mana juga bibik aku akan menggendong adik aku yang masih kecil. Sungguh aku bersalah kerana tak banyak mampu meringankan beban dan waktu itu masih bersekolah.
S4kit kami, semua bibik yang jaga. Namun jika bibik s4kit, bibik hanya tanggung sendiri sahaja dan teruskan kerja. Semasa tingkatan 1 – 5, aku bersekolah di asrama penuh. Jadi kurang masa aku di rumah. Waktu itu, adik – adik akulah yang 24 jam di rumah bersama bibik.
Sewaktu tingkatan 6, aku bersekolah di sekolah berdekatan dengan rumah. Saban hari bibik masakkan lauk kegemaran aku, tiap kali pulang dari sekolah sudah tersedia makanan tengahari. Kami banyak bercerita dan lebih rapat waktu itu.
Seluruh keluarga besar aku juga menyenanginya. Setiap kali pulang ke kampung, bibik banyak membantu dan sangat ramah. Ketika siang hari aku di sekolah, seorang sepupu yang rapat dengan aku yang diam – diam menyimpan perasaan pada aku telah beberapa kali datang ke rumah bertemu bibik dan bercerita dengan bibik tentang hasratnya ingin menikahi aku.
Bibiklah orang pertama yang mengetahuinya, malah sebelum aku lagi dan bibik paling teruja. Bibik menyimpan rahsia tersebut daripada orang tua aku kerana tika itu aku masih di tingkatan 6, hehe. Bibik beritahu niatnya bekerja mencari duit adalah semata – mata demi anak – anaknya.
Dia ingin menebus kerana tidak dapat memberi kehidupan yang baik untuk anak – anaknya sewaktu mereka kecil kerana kemiskinan hidup. Setiap bulan bibik akan kirimkan wang gajinya untuk anak – anaknya. Bahkan apabila anaknya ingin membina rumah, bibik mahu membantu dengan duit gajinya yang tidak seberapa serta ada meminjam dengan saud4ra mara aku.
Ketika anak lelakinya ingin menikah, bibik dengan gembiranya bercerita pada kami, dan segera mengumpul duit dan meminjam lagi untuk tanggungan nikah anaknya. Sewaktu aku di tingkatan 6 itu, bibik sudah mula sering s4kit – s4kit dan badan sem4kin kurus.
Umur juga sudah sem4kin berusia namun gagahkan diri mencari rezeki. Kami bawa bibik berjumpa doktor dan disahkan bibik s4kit thyr0id. Tiba hari untuk bibik pulang selama 2 minggu lebih untuk tahun itu. Sebelum ke sekolah pagi itu, aku sempat bersalaman dengannya sekejap sahaja dan tiada kesedihan kerana aku gembira bibik akan berjumpa dengan keluarganya lagi setelah setahun.
Asalnya kontrak bibik memang sudah tamat kerana sudah tiada kudrat dan ingin berehat bersama keluarga, tetapi bibik ingin menyambung setahun lagi demi melangsaikan hutang – hutangnya serta mengumpul wang untuk membuka gerai apabila pulang ke Indonesia buat selamanya nanti.
Jadi aku tidak menjangkakan perpisahan, kerana sepatutnya bibik akan kembali tinggal lagi dengan kami untuk setahun yang terakhir. Sewaktu bibik di Indonesia, kami mendapat panggiIan telefon dari bibik menyatakan dia tidak dapat pulang ke Malaysia kembali kerana s4kitnya sem4kin kr0nik semasa di sana.
Bibik dengan kerisauannya akan hutang dan kesedihannya berpisah buat selamanya dengan adik bongsu aku yang ketika itu baru 4 tahun yang dijaganya seperti anak sendiri. Adik bongsu aku juga masih mengingati bibik sehingga sekarang.
Namun ayah aku menenangkan bibik agar tidak risau akan hutang dan akan menjelaskan pada saud4ra mara kami. Aku sangat terkilan kerana masih banyak yang tidak dapat aku lakukan untuk bibik, belum mampu membaIas peng0rbanannya serta membantunya dari segi wang ringgit ketika itu.
Aku berniat ingin membawa bibik jalan – jalan apabila aku sudah pandai memandu kereta dan ingin belanja macam – macam namun tidak kesampaian. Masih banyak peng0rbanan dan kenangan bersama bibik yang tidak mampu aku ceritakan kesemuanya di sini.
Setelah bertahun – tahun kepulangan bibik, kami lost contact dengan keluarga bibik kerana kehilangan nombor anaknya dan nombor yang lama sudah tidak dipakai. Gambar – gambar bersama bibik juga sudah hilang kerana rosaknya telefon lama, hanya ada sekeping dua yang untungnya aku ada simpan di google photo waktu itu.
Kali terakhir aku berhubung dengan anaknya, 5 tahun yang lalu sewaktu aku di universiti, dinyatakan keadaan bibik kurang baik dan berulang kali dikejarkan ke hospitaI. Aku menangis sendiri kerana tiada apa yang dapat aku bantu ketika itu.
Aku berhasrat apabila sudah bekerja ingin melawat keluarganya di Indonesia. Namun sekarang aku tidak tahu cara untuk mencari dan menghubungi mereka. Aku ada cuba mencari – cari facebook dan instagram anak – anaknya namun hampa kerana nama yang sama sangat ramai.
Aku sentiasa mengingati susuk tubuh tua yang telah setia menjaga kami dengan penuh kasih sayang selama 12 tahun lamanya. Aku sedih kerana kami tidak dapat banyak membantu bibik terutama ketika bibik s4kit jauh di sana.
Pernah terdetik alangkah indah jika aku dapat banyak membantu bibik seperti orang – orang kaya yang mempunyai bibik. Seringkali aku bermimpi bertemu bibik, melawat bibik, bibik kembali ke rumah kami dan aku gembira namun ternyata hanya mimpi.
Yang paling terkesan baru sahaja tadi aku bermimpi bibik sedang s4kit tenat, kurus kering dan suaranya telah hilang. Tanpa sedar, air mata mengalir lagi sewaktu menulis kisah ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan aku sehingga saat ini, tidak mengetahui keadaan orang yang sangat aku sayang sama ada masih hidup atau sudah tiada.
Sejujurnya s4kitnya lebih dari putvs cinta. Kini, aku sudah menikah dengan sepupu aku tersebut, ternyata dia jodoh yang tertulis untuk aku, kalaulah bibik ada pasti dia orang yang paling gembira. Setiap kali teringat, aku hanya mampu berdoa, sekiranya bibik sudah tiada maka semoga Allah mengampunkan d0sa – d0sanya dan di tempatkan di taman – taman syurga atas segala kebaikannya yang tidak dapat kuhitung.
Jikalau bibik masih hidup juga pasti sudah s4kit teruk. Ya Allah, kau IindungiIah bibik walau di manapun dia berada. Dan semoga Allah pertemukan kami kembali, jika tidak di dunia ini, moga – moga satukanlah kami di Syurga kelak.
Aku sangat berharap. Kerana bagi aku, bibik adalah keluarga, bukan orang luar, walau dah lekat panggiIan bibik itu. Tolong aamiinkan doa aku. Sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam di hati, jika ada pembaca yang tahu bagaimana cara nak mencari orang Indonesia yang kita hilang nombor dan alamatnya, mohon kongsikan dengan aku. Terima kasih kerana sudi membaca kisah bibik. – Rerama (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Myzatul Dalinna : Pergi ke agensi yang parent awak ambik bibik dulu. Mungkin dia ada alamatnya atau cara nak contact. Tanya mak awak kot tahu bibik dari daerah mana. Pastu cari kat fb group – group tempatan kawasan tu. Post dan tanya kot ade yang tahu. Mungkin akan jumpa anak beranak dia nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan awak nnti. Mesti bibik pun rindu awak sekeluarga.
Sakura-chi Ichigo : Semoga dapat berjumpa dengan bibik awak. Saya pon sama.. lost contact dengan pekerja mak saya dari Indonesia. Dah anggap macam kakak. Nanti update ye kalau ada progress pencarian awak atas inisiatif yang dicadangkan mereka – mereka dalam ni.
Hidayah Nor : Rerama, cerita kita hampirrrrrrr sama. Saya rindu sosok seorang bibik yang dipanggil kakak. Anak saya menangis sewaktu bibik ni nak balik ke Indonesia. Saya harap awak dapat jumpa balik bibik baik tu. Susah sekarang nak jumpa helper baikkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.