Aku dan mak penat masak untuk berbuka, sampai waktu abang2 dan bapak duduk atas meja. Mak hanya makan di lantai

Beberapa minit nak berbuka berbondong – bondong la masuk kaum lelaki ni, siap cop tempat tengah – tengah, senang nak ceduk lauk, bukan nak bagi ruang dekat mak. Bapak aku dengan muka bangga baca doa berbuka puasa, konon itulah tugas TERPENTING, TERPAYAH, TERSUSAH, TERAMAT MULIA di bulan puasa

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Kalau artikel ni tersiar, terima kasih kepada admin, kalau tak, takpa. Macam ni lah, aku terus kepada luahan aku je. Keluarga aku ni ikut patriarki dengan bahasa mudahnya, lelaki mendominasi dan berkuasa dalam satu – satu organisasi, termasuklah keluarga.

Adik beradik aku ramai, 8 orang, 4 orang laki, 4 orang perempuan. Aku adalah anak bongsu, perempuan. Bapak aku pegang kuasa veto, apa-apa pun kena laki – laki dulu. Nak bagi contoh la patriarki keluarga aku ni, dulu – dulu, kakak aku nak guna motor famili untuk pergi kerja, dia nak guna sementara waktu je sebab nak tunggu cukup gaji nak beli motor lain.

Tapi tak boleh, bapak aku cakap abang aku lagi perlu, padahal abang aku tu duk kat umah ja tunggu habis cuti semester. Merujuk pada tajuk aku, aku rasa semua perempuan boleh faham kot perasaan aku. Bab dapur di bulan puasa.

Aku tak tahu la famili korang camne, tapi famili aku, perempuan ja masuk dapur. Bapak aku dengan anak – anak laki dia tu, masuk dapur bila makanan dah masak ja. Lepas makan, tinggal, tak basuh pun pinggan, Aku tak tahu la ceruk budaya lapuk b0doh mana dorang belajar ni.

Aku menyampah dengan budaya lapuk Melayu yang perempuan ja yang kena basuh pinggan. Aku sekarang ni duduk dengan mak ayah aku. Tapi kalau bulan puasa 7 lagi adik beradik aku akan ikut giliran la balik, dalam 4 minggu tu.

Kalo waktu kakak – kakak aku balik, aku suka sangat. Yela, sekurangnya takdela aku dengan mak aku je kan duk masak kat dapur, bapak aku memang goyang kaki la tengok tv, takpun tido, sampai masuk waktu berbuka. Kalau abang – abang aku balik, aku memang tak suka, rasa muka aku ni, asam gelugur lagi manis la kot.

Tapi ok la, kakak – kakak ipar aku semuanya rajin, stok masuk dapur. Tapi aku kesian la, dah la kak ipar aku busy masak, siang sayur ikan ayam, tolong kitorang kat dapur, tu pun abang aku tak boleh nak tolong jaga anak – anak saud4ra aku.

Kalau anak buang air ke melalak ke, abang aku suruh budak – budak ni pi dekat kak ipar aku yang tengah sibuk masak. Loh, apsal? Tahu buat anak je, jaga anak tak mau? Tak guna punya lelaki. Tapi abang – abang aku je camni, dengan bapak aku la, memang geeng tak berguna.

Sebabnya, abang – abang ipar aku ok ja, masuk dapur dan kalau kakak aku cakap takpa takyah tolong, abang ipar aku pergi main dengan anak – anak dia. Beberapa minit nak dekat berbuka tu, berbondong – bondong la masuk spesies kromosom XY ni. Menyampah aku.

Dah la tu siap cop tempat tengah – tengah, senang nak ceduk lauk, bukan nak bagi ruang dekat mak, aku atau kak ipar yang penat masak. Kadang – kadang tu kalau ramai sangat dekat meja makan famili (meja makan kitorang muat 12 orang) dorang buat taktau, asalkan dorang dapat duduk.

Takde la nak tanya kak ipar aku nak duk mana, anak – anak nak makan dengan siapa. Kan jaga anak tu kerja eksklusif pompuan (sarcasm). Nak tak nak yang perempuan ni lah yang kena duduk bawah atas lantai, makan. Aku tak kisah je, aku bukan high class ke ape, tapi apsal perempuan yang kena duk atas lantai?

Eg0 tu tercalar ke kalau yang laki – laki makan duduk atas lantai? Mak aku pun kena duk bawah, memang kurang ajar abang – abang aku. Pastu bapak aku dengan muka bangga baca doa berbuka puasa, konon itulah tugas TERPENTING, TERPAYAH, TERSUSAH, TERAMAT MULIA di bulan puasa.

Aku selalu kalau masa  abang – abang aku balik, aku takde selera sangat. Aku selera masa kakak – kakak aku balik ja. Kalau kakak dan abang balik dalam hari yang sama, tu pun aku jadi tak selera. Lepas berbuka, tinggal bersepah camtu ja.

Alasan dorang, eh nak kejar tarawih ni. Dah kitorang perempuan ni tak nak tarawih jugak ke? Kadang – kadang tu, sebab tak sempat, kitorang tinggal dulu, lepas balik tarawih baru basuh semua. Tu pun bila balik dorang tak tolong basuh.

Dah balik tarawih tu, laki – laki sambung lagi makan, kadang – kadang habiskan lauk yang kitorang simpan untuk sahur nanti. Nasi tu selalunya akan masak lebih, tapi habis jugak. Dorang tahu je tu untuk sahur tapi kalau dah tak cerdik tu, tak cerdik sampai hujung hayat la gamaknya.

Bila aku suh dorang masak nasi tu untuk sahur, dorang cakap ye – ye nanti. Tengok – tengok kak ipar aku yang pi tanak. Apekehal? Aku pun tak faham apesal kakak – kakak ipar aku ni manjakan laki – laki dorang. Nak kata b0doh, semua lepasan U.

Aku tahu ja dah kahwin, kena patuh dekat laki, tapi aku rasa tahap ni dah melampau sebab kak ipar aku yang practically jadi ketua keluarga, handle sumer. Famili aku ni kira besar, saud4ra mara pun ramai. Kalau nak dekat raya tu, semua akan berkumpul dekat rumah mak long aku.

Kami berbuka puasa ramai – ramai. Tapi tulah, s4kit mata aku tengok, laki – laki duk atas kerusi, gelak – gelak, pompuan duk dapur masak, ulang alik hidang susun susun lauk. Lepas makan, zuppp, berdesup laki – laki start moto gi surau, tolong angkat pinggan ke sink pun tak, tinggal la pompuan – pompuan ni kemas basuh pinggan berpuluh – puluh tu.

Aku beberapa tahun ni memang aku tak pergi pun majlis berbuka puasa situ, aku malas. Asyik orang sama kena basuh pinggan, kena buat kerja. Penat. Bapak aku membebel ape per4ngai tak pergi bertemu mata saud4ra mara balik, nanti kenduri kahwin takde orang datang, aku menjawab aku tak nak kahwin.

Raya pun, aku dah berapa lama tak pi beraya umah kawan – kawan aku. Dorang yang selalu datang rumah aku. Aku tak sempat. Kena bagi duit raya dekat tetamu, pi buat air, pi topup lauk, layan tetamu, masak. Nak semayang pun kena laju – laju, sebabnya bapak dengan abang – abang aku dah melaung ni rendang ayam tak cukup ni, air teh dah habis ni!

Dorang tu takde tangan kaki ke?! Baju raya memang aku tak pakai, aku pakai baju ala – ala nak pi bersenam, seluar trek dengan tshirt ja. Memang tak pakai mekap ke barang kemas ke ape, aku berjam – jam rotate dengan kakak – kakak aku, kak – kak ipar, abang – abang ipar aku tolong angkat masuk pinggan cawan kotor.

Ni semua salah bapak aku la. Pi ajar anak – anak laki dia pasal budaya patriarki tak berguna tu. Masalahnya kalau la abang – abang aku ni golongan berfikir, dorang tahu dorang hidup cara salah. Tapi tak, dorang pilih status quo, sebabnya selesa, dorang tak nak sama – sama galas tanggungjawab, serah sumer tanggungjawab dekat pompuan, dorang goyang kaki, heaven.

Aku kesian dekat kakak – kakak ipar aku, aku fikir dorang mesti berjuta – juta lagi bahagia kalau bukan dengan abang – abang aku. Aku pikir, sebab ajaran kuno bapak aku ni, abang – abang aku kahwin bukannya nak bina famili, cumalah mencari pengganti tugas mak aku untuk basuh baju dan pinggan dorang.

Selain akad nikah, patutnya kena ada akad lain untuk menantu perempuan. Mak mertua sambil pas baton dekat menantu perempuan, baca, “Aku paskan baton ini, sebagai simbolik kau mengambil alih tugas aku, untuk menjaga anak lelaki aku (yang sudah berumur 25 tahun tapi tidak pernah basuh pinggan) dengan mas kahwin seterika, mesin basuh dan sabun Sunlight, tunaiiiiiiii. Sah.”

Puasa tahun ni, aku tak tahu la aku boleh tahan ke tak. Tahun lepas, banyak kali jugak aku menangis. Dah la aku letih balik kerja, pastu kena masuk dapur terus masak. Masa wuduk untuk Asar tu, aku tak tahu la bape kali aku basuh muka untuk cover air mata aku, bukak air der4s – der4s, sebab aku geram sangat, tiap – tiap tahun aku hadap benda sama, str3ss.

Kalau aku m0gok taknak tolong, mak aku yang dah tua tu sorang – sorang kat dapur, kau sampai hati ke nak buat camtu? Aku buat kesimpulan, tak kira la laki ke perempuan, kalo tak tolong masuk dapur atau tak basuh pinggan, dorang tu manusia paling lemah paling tak berguna dalam kamus hidup aku. Dan bapak aku dengan abang – abang aku top on the list. – Cili Kering

Komen W4rganet :

Mujahid Faham : Ibu bapa generasi Y atau lelaki perempuan generasi Y, Z yang belum kahwin patut buat perubahan. Didik diri dan orang – orang di bawah kita tentang tanggungjawab bersama. Rumah dan hotel tu ada beza.

Even orang yang kerja di hotel pun dibayar gajinya. Takkan nak buat macam tu pula kepada orang – orang yang ‘bekerja’ di rumah. Kita pun kena ada common sense. Nama pun tinggal serumah maka tak terlepas daripada tanggungjawab yang sama.

Kita mandi, pakai baju, makan, tidur di rumah yang sama. Alih – alih sebeIah pihak je yang kena buat 2 kali ganda kerja sebab sebeIah pihak lagi hanya buat macam ‘hotel’ dan rumah bukan sekadar tempat tinggal tetapi tempat orang rasa bahagia.

Apalah gunanya sibuk – sibuk memasak, basuh pinggan. Yang sorang lagi makan kenyang – kenyang, siap pergi solat tarawih tutup orang – orang di rumah terkial – kial basuh pinggan dan fikir menu nak masak untuk sahur.

Bulan puasa bulan ibadah. Sama – sama galakkan semua orang dalam rumah pegang sejadah, tasbih, Quran bukan pegang ayam, pis4u, kuali, pinggan. Memasak tu bagus tetap bekerjasama untuk memasak lagi bagus. Bincang dengan pasangan / pihak satu lagi.

Keluarga awak perempuan ramai takkan tak boleh ‘Iawan’ dengan lelaki – lelaki tu.. gunakan str4tegi.. contohnya:

– Bincang bila waktu perempuan period.. yang period boleh buat pahala buat kerja – kerja dapur

– Bincang dengan lelaki masing – masing buat menu simple, satu set menu.. cukup. Contohnya masak nasi ayam, esok masak mee goreng. 4 orang di dapur madak mee goreng cukup 30 jam siap masak. Tak perlu la satu meja tu penuh juadah. Yang lelaki – lelaki jangan nak komen masak simple kalau dah tak nak tolong di dapur. Cukup 1 jenis air, 1 nasi,1 lauk,1 buah.

– Sorok makanan untuk sahur.. biar lelaki tahu yang nak makan ada dsiplin. Kalau dia raja, biar perempuan Raja di dapur. Kena minta izin dulu nak ambil makanan lain kepada orang dapur. Ni jenuh nk bangun pagi masak untuk sahur sebabkan si lelaki sambung makan lagi lepas tarawih sedangkan yang lebih berbuka tadi nak makan untuk sahur. Walhal bangun tahajjud waktu Ramadhan yang paling baik, makanan untuk sahur tu per4ngat sahaja.

– Tetapkn peraturan waktu hujung minggu gantung kuali untuk fokus ibadah. Maknanya makanan sahur dan berbuka setiap hujung minggu beli di pasar malam atau di masjid.

– Bagitahu yang 10 malam terakhir kita berbuka dan bersahur di masjid sahaja atau berbuka dengan juadah yang simple.

#kalau dah teruk sangat, beli pinggan pakai buang, tak perlu basuh pinggan. Baru lelaki belajar nak membantu sebab dia tahu kos nak beli pinggan tu nak keluarkn duit sebab si lelaki malas nak basuh pinggan.

#si lelaki, galakkan pasanganmu lebih beribadah di bulan Ramadhan dengan beri sokongan supaya masak simple, tolong basuh pinggan, belikan makanan, ajak berbuka di masjid. Pahala dapat, Ramadhan lebih berkat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?