Lepas aku kerja, aku jadi lupa diri. Tambah lagi aku dah jumpa Norman, lelaki yang aku cinta. Tapi masalah datang bila ibu dan pak tak restu hubungan kami. Aku nekad tinggalkan diorang dan aku nekad tinggalkan agama aku sendiri. Sehinggalah bila aku terjumpa ibu dekat pasar, aku menyorok..
#Foto sekadar hiasan. Selama ini saya hanya menulis kisah cinta. Namun kali ini luahan dari seorang anak betul – betul beri sejuta pengajaran buat Nad. Selamat membaca. Aku gapai secangkir kopi, ku hirup perlahan. Terasa sunyi dan sepi seluruh hidup aku.
Punya rumah namun tiada erti bila ianya tak terisi. Aku bangkit berdiri, berjalan menuju ke jendela rumah. Melihat pasangan tua yang sedang duduk di laman rumah. Tanpa sedar airmata aku menitis. Aku menyeka airmata perlahan dan rasa rindu itu menyelubungi diri.
Terima kasih kepada penulis kerana sudi mengolah semula kisah hidup aku. Semoga menjadi pengajaran buat semua. Sesungguhnya, tiada apa yang mampu aku lakukan, hanya berdoa saban hari, memohon keampunan di atas segala d0sa yang aku lakukan. Ibu, aku rindu dirimu. Bapa, aku ingin memeIukmu lagi.
Selepas tamat persekolahan pastinya impian setiap ibubapa mahu melihat anak mereka melangkah membina masa hadapan yang cerah dan baik. Pasti ada anak muda yang terfikir ibubapa mereka terlalu menekan dan ianya dilakukan agar kita membaIas budi mereka.
Pernahkah kamu terfikir, mereka mahu kita berjaya kerana mahu diri kita sendiri hidup senang? Mereka tak mahu kita merasa susah seperti mereka dahulu. Bapa aku seorang pesara tent3ra manakala ibu hanya suri rumah sepenuh masa.
Sejak kecil aku melihat ibu membantu menambah isi pendapatan rumah dengan menjual kuih muih dan nasi lemak. Makan kami cukup begitu juga keperluan yang lain. Bapa seorang yang tegas. Namun dalam ketegasan itu aku tahu, dia penyayang orangnya.
Dipendekkan cerita, aku berjaya menyambung pelajaran secara diploma. Saat itu banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk aku. Pakaian, bagasi dan keperluan perbelanjaan sementara menunggu elaun. Aku jadi sedih bila bapa katakan hanya dia seorang sahaja yang dapat menghantar ku kerana wang perbelanjaan tidak cukup untuk menampung sekiranya ibu turut pergi.
Aku jadi marah dan katakan bapa tiada sediakan simpanan untukku. Entah apa kuasa magik yang bapa pakai, akhirnya mereka berdua dapat menghantarku ke kolej. Bapa mengangkat barang – barang ku begitu juga ibu. Terpancar kebahagiaan di wajah mereka.
Semasa belajar, asal belanja tidak cukup, aku akan meminta pada bapa. Dan bapa akan selalu mengirimkan wang untukku. Begitulah kehidupan ku sehingga tamat pengajian. Semua serba serbi ditanggung oleh bapa. Sehingga aku mendapat pekerjaan, aku mula lupa siapa diri aku.
Aku berkenalan dengan seseorang yang bagi aku membawa makna dalam hati. Aku mula alpa dan leka akan tanggungjawab aku terhadap ibu dan bapa. 4 tahun kami bercinta, kami memutvskan untuk melangkah ke alam seterusnya iaitu alam perkahwinan.
Namun bahagia yang ku mahu tidak direstui kedua orang tua ku. Aku jadi sedih dan marah. Apa salah ku hingga aku sanggup dikecewakan oleh ibubapa sendiri?
“Dia tak sesuai dengan kamu.” Bapa membentak.
“Kenapa pak, kenapa?!”
“Ayu sudahlah. Dengar cakap kami, Ayu.” Ibu bersuara.
“Mana ada di dunia ini perempuan yang menanggung lelaki. Cac4tkah lelaki itu tidak bertanggungjawab demi dirinya sendiri? Bagaimana bila sudah kahwin nanti, semua duit kamu akan dikikis! Kamu mahu makan pasir? Sudah kamu yang bekerja, beranak, kamu juga yang bagi makan dia? Buka mata Ayu! Nikmat itu hanya sementara!”
Kata – kata bapa membuat aku terIuka. Aku sedar, Norman tidak bekerja malah perbelanjaannya aku tanggung. Aku juga sudah menyerahkan kad kredit dan kereta aku kepada dia. Wang hasil aku melakukan pinjaman sebanyak RM35,000 digunakan Norman untuk membuka kedai kecil juga h4ngus bila kedai itu tidak mendapat sambutan.
Kerana cinta aku sanggup berk0rban. Kerana sayang aku rela hidup bersamanya. Dan kerana dia, aku buang ibubapa ku. Ya Allah, ampunilah aku! D0sa terbesar yang ku lakukan, aku melangkah keluar dari agama ku sendiri dan mengikut jejak Norman, ya dia bukan beragama Islam.
Aku tahu apa yang aku lakukan itu salah namun kerana cinta, aku sedia lakukan apa sahaja. Aku keluar dari rumah dan menyewa sebuah rumah lain untuk aku dan Norman tinggal. Kami hidup sudah seperti suami isteri yang sah.
Aku bahagia walau tak tinggal bersama ibubapa ku lagi. Suatu hari aku menerima panggiIan telefon ibu. Aku m4tikan. Berkali – kali dia menelefon, aku tak endahkan. Aku pernah terserempak dengan ibu ku di pasar, aku mengelak dan menyembunyikan diri.
Sehingga satu saat aku nampak ibu tersadung di kaki lima, aku berlari mahu membantunya namun langkah aku m4tikan bila Norman menghalangku. “Nanti dia m4ki hamun kau depan orang ramai. Jangan.” Aku turuti kata Norman. Aku pulang dengan rasa hampa.
“Jangan pernah balik ke sini lagi!” Aku teringat – ingat laungan bapa saat aku mengangkat beg masuk ke dalam bonet kereta. Ibu hanya duduk di tangga rumah dan menangis. Aku menyeka airmata dan terus berlalu. Aku melihat cermin sisi, ibu mengejar ku namun dia tersadung dan meraung.
Aku teruskan perjalanan. S4kit hatiku pada mereka saat itu tiada tandingannya. 2 tahun aku hidup bersama Norman dalam rumah yang ku sewa, bahagia yang ku rasa itu ternyata hanya sementara. Norman sem4kin berubah.
Sering balik lewat dan matanya merah. Bila aku bertanya dia ke mana, dia hanya diam. Aku hanya mampu bersabar. Dan tak ku duga aku hamil. Aku rasa sangat bahagia saat itu. Namun tidak bagi Norman. Dia menuduh aku melakukan hubungan sulit di luar saat aku keluar bekerja.
Dan pelbagai m4ki hamun dia lontarkan padaku. M4ki hamun bertukar menjadi hayunan tangan dan tali pinggang. Aku did3ra saat sarat hamil. Aku tak tahu kenapa aku mampu bertahan. Dan seringkali itu juga Norman akan meminta maaf dan takkan ulangi lagi.
Namun itu hanyalah kata manis nista yang diguna untuk memujukku. Sehingga suatu masa aku melihat sendiri dengan mata kepala aku Norman menghisap n4jis bernama sy4bu atau batu. Aku kecewa. Aku marah. Sedang hamil 4 bulan, aku r4mpas benda yang berada dalam tangan Norman.
Aku hempas ke lantai. Aku angkat meja tempat Norman melakukan kegiatannya. Aku halau dia keluar namun tindakan aku sia – sia saat Norman men4mpar kepalaku dan menarik rambutku, dia mengh3mpas kepalaku ke dinding.
Kami berg4duh besar dan Norman mer4mpas kunci kereta dan dompet milikku. Habis semua wang simpanan ku digunakan. Aku mahu melaporkan pada polis, aku sedar tindakan itu hanya sia – sia. Aku hanya mampu bersabar sehingga kandungan ku berusia 5 bulan.
Allah Maha Kuasa, nikmat menjadi seorang ibu itu ditarik. Aku kemaIangan dan masa itu Norman yang memandu. Kereta kami berpusing dua kali sebelum jatuh ke dalam gaung. Ya Allah, kuasa Allah Maha Besar, aku selamat dalam kemaIangan itu.
Namun satu demi satu nikmat di tubuhku ditarik. Rahim dibedah, kandunganku tidak dapat diselamatkan. Tulang belakangku bengkok dan sekarang hanya memakai satu plate yang dimasukkan. Aku tak boleh mengandung lagi.
Ya Allah. Dan Norman? Dia koma selama sebulan. Semasa di hospitaI, aku selalu didatangi bayangan putih membuatkan aku jadi ketakutan dan sering menangis. Doktor merujuk aku ke bahagian psiki4tri dan akhirnya aku ada teman untuk meluah.
Doktor dan staff psiki4tri sangat baik padaku. Ku lihat jururawat menahan airmata saat aku menceritakan betapa aku rindu pada ibu dan bapa. Tapi aku malu. Sesungguhnya aku malu. Aku bersendirian di wad selama sebulan lebih sehingga aku betul – betul boleh berdiri dan berjalan semula.
Aku bersyukur sehingga kini aku masih bernafas. Keluar sahaja dari hospitaI aku mahu pulang ke rumah ibubapa ku. Aku mahu sujud dan civm kaki mereka. Aku mahu menelefon mereka, namun pada waktu aku berfikir, biarlah aku datang dengan sendiri.
Sesungguhnya aku rindu pada insan bernama ibu. Aku rindu mencivm dan menyalam tangan seorang bapa. Dalam perjalanan balik ke rumah menaiki teksi, aku terus minta pemandu teksi menghantar aku ke rumah kedua orang tua ku.
Namun harapan ku h4ncur, mereka tiada di rumah. Aku bertanya pada jiran, dia mengatakan mereka berangkat ke Mekah. Ya Allah, IindungiIah mereka berdua. Lalu aku pulang ke rumah dan menunggu penuh sabar.
Sebulan selepas itu, pihak hospitaI menelefon ku dan mengabarkan keadaan Norman. Dia sudah sedar dari k0ma namun Norman bukan lagi seperti dulu. Perwatakannya berubah menjadi agresif menyebabkan pihak hospitaI terp4ksa mengik4t tangan dan kakinya.
Segala caci m4ki Norman keluarkan untuk aku. Katanya aku lah punca kami kemaIangan dan anak dalam kandungan ku anak h4ram. Ya Allah Ya Tuhanku. Allahuakbar. Aku menarik nafas dalam dan bersabar. MentaI Norman tidak lagi stabil.
Dan satu lagi dugaan maha berat ialah polis menemui beberapa peket syabu milik Norman semasa kemaIangan dan dalam poket seluar Norman. Aku disoal siasat dan pihak polis mengatakan Norman kini di bawah jagaan mereka.
Aku akur. Dan saat ku lihat Norman kini digari di atas katil, airmataku menitis. “Kau lah cinta yang aku dambakan, cinta yang aku agungkan sehingga aku sanggup meninggaIkan kedua orang tua dan melangkah keluar dari agamaku. Dan kau jua lah yang mengh4ncurkan segalanya.”
Bertahun – tahun aku hidup dalam d0sa. Aku melangkah menuju ke masjid berdekatan. Aku bingung apa yang hendak dilakukan. Aku hanya duduk di sana dan menangis. Aku lupa bagaimana cara hendak bersujud dan bersembahyang. Fikiran aku bercelaru.
Aku menerima panggiIan dari jiran rumah ibubapaku. Dia mengatakan mereka sudah pulang. Ya Allah sungguh aku tak sabar hendak menemui mereka. Aku bersiap dan bertolak ke sana. Ya Allah, aku rindu. Jantungku berdegup kencang.
Melihat pintu rumah aku jadi gemuruh. Aku melangkah menaiki tangga yang memisahkan pintu rumah dan tanah. Aku mengetuk pintu rumah. Tanpa ku duga airmata ku mengalir. Aku terdengar suara ibu. Aku memegang d4daku yang sebak. Ya Allah aku rindu.
“Siapa tu bang? Tak pernah pula ada orang nak datang.”
“Kita pergi tengoklah.”
Sayup – sayup kedengaran suara mereka berdua. Saat pintu terbuka, tiada kata yang mampu diucapkan. Aku melihat ke arah mereka berdua dengan airmata yang bercucuran jatuh membasahi pipi. Aku lihat ibu terk3jut melihatku. Bapa pula hanya mendiamkan diri. Mata ibu berkaca dan bibirnya bergetar.
“Ibu, Ayu…. minta.. maaf.”
“Mah, kita tak kenal siapa orang ni. Entah orang asing dari mana.” Tegas bapa bersuara. Ya Allah aku sendu saat itu. Bapa menarik tangan ibu dan ingin membawanya masuk ke dalam rumah.
“Pak, ampunkan.. Ayu pak.”
Aku merangkak menyentuh kaki mereka berdua. Aku terasa bapa menjauhkan kakinya. Ibu pula terduduk dan menyentuh kepalaku.
“Mah, kita tak ada anak Mah. Anak kita dah m4ti dalam kemaIangan.”
Ya Allah, sampai hati bapa kata begitu tentangku. Aku tahu dia jadi begitu kerana terlalu kecewa pada ku. S4kit di hatinya yang membuatkan dia keras dan tegas.
“Ayu… sihat?”
Aku mengangguk pada pertanyaan ibu. Ibu memegang bahuku. Bergetar seluruh tubuhku. Aku rindu sentuhan itu. Aku menangis semahunya. Tak mampu ku bertahan lagi.
“Jom masuk, ibu ada masak…. mesti Ayu suka…” Aku pantas menganggukkan kepala. Aku memeIuk ibu dan menangis semahunya. Ibu mengusap lembut kepalaku. Aku lihat bapa berlalu ke ruang tamu dan duduk di atas kerusi yang biasa dia duduk dan membuka surat khabar.
“Bu….” Aku tunjuk pada bapa. Ibu tersenyum dan menurunkan tanganku.
“Tak apa, Ayu ada ibu.” Ibu mengucup dahiku. Aku memeIuk ibu sepuasnya.
Semasa makan bapa langsung tak bersuara. Aku mengaut lauk untuk bapa dan ku letakkan ke dalam pinggannya. Bapa berhenti makan dan bangun. Ya Allah h4ncurnya hati ku saat itu. Ibu membelai belakang tubuhku meminta ku bersabar.
Malam itu aku minta izin untuk pulang dan akan datang keesokan harinya lagi. Ibu minta aku terus tinggal bersama mereka. Namun aku menolak dengan baik. Aku perlu memujuk semula seorang insan yang sangat terIuka iaitu bapa.
Kehadiran ku hanya akan membuat dia marah. Jadi aku merancang akan datang pada waktu siang sahaja. Aku datang lagi membawa buah tangan dan barang dapur. Bahagia ku rasakan ibu menyambutku dengan baik. Bapa pula hanya mendiamkan diri.
Aku membantu ibu di dapur dan setelah siap makan malam, ibu menyuruhku memanggil bapa. Bapa ketika itu sedang berehat di biliknya. Jantungku berdegup kencang. Aku takut bapa akan memarahi aku. Saat melangkah, bergegar seluruh tubuhku. Ya Allah.
Bilik itu dig4ntungi dan dihiasi dengan gambarku. Dari bayi sehingga hari aku konvokesyen. Aku menekup mulutku. Aku tak mampu menahan airmata saat ku melihat bapa yang tidur dan memeIuk bingkai gambarku serta telekung yang biasa aku gunakan di rumah.
Aku keluar dari bilik dan terduduk di luar bilik. Menangis semahunya. Ibu seakan memahami apa yang berlaku. Ibu mendapatkanku. “Bapa rindu dengan Ayu. Lama dia tunggu Ayu balik. Setiap hari dia tunggu Ayu. Bapa sampai demam tunggu Ayu. Bapa selalu ambik tahu soal Ayu. Dia tak sabar tunggu Ayu bersalin. Dia sayang Ayu tapi dia tak tahu macam mana nak tunjuk. Maafkan dia ya Ayu. Tapi percayalah bapa sayang pada Ayu. Cuma Ayu fahamkan bapa tegas orangnya.”
Aku memeIuk ibu dan menangis semahunya. Aku tak mampu bertahan. Malam itu, aku tidak pulang ke rumah. Kami makan bersama. Bapa seperti biasa, tidak bersuara. Semasa bapa mahu masuk ke bilik tidurnya, aku memeIuk bapa dari belakang. Air mataku mengalir.
“Ayu sayang bapa. Maafkan… Ayu.” Bapa tidak menolak. Dia hanya membiarkan sahaja. Aku menangis teresak – esak. D4daku turun naik. Aku tahu, sekeras – keras hati bapa, ada lembutnya. Aku akan berusaha melembutkannya.
Lama kami begitu akhirnya bapa melepaskan peIukanku dan masuk ke biliknya. Hati ku luluh lagi. Ibu mendapatkan ku. Malam itu aku tak boleh tidur. Aku duduk di ruang tamu dan berehat di atas kusyen. Dalam kesamaran cahaya itu aku dengar suara halus dari bilik tengah iaitu bilik untuk solat.
Aku menghampiri dan membuka pintu perlahan. Aku terk3jut saat melihat bapa sedang duduk sujud memegang tasbih. Aku terkedu. Aku menutup semula pintu dan melangkah ke bilikku. “Ayu.” Aku terk3jut dengan suara itu. Aku menoleh dan melihat bapa menghulurkan ku sesuatu. Aku tunduk dan meminta maaf.
“Maafkan Ayu, Ayu tak da niat mahu menghendap tadi.”
“Ambil ni.”
Aku mengangkat wajah dan melihat bapa menghulur kain telekung ku. Aku tak mampu berkata – kata lagi. Bapa terus berlalu ke bilik tidurnya. Apa maksud bapa? Ya Allah. Siang menjelma dan aku menceritakan pada ibu. Ibu tersenyum.
“Bapa rindu melihat Ayu memakai telekung dan mengaji.” Jawapan ibu buat aku terkedu.
Ya Allah. Terasa sesak d4daku saat ibu membawaku mengaji dan belajar agama semula. Bergetar seluruh tubuhku. Beberapa hari selepas itu, ibu membawa kami sembahyang berjemaah. Ya Allah, sebak d4daku.
Aku salam tangan bapa dan airmata aku mengalir. Terasa lembut tangannya memegang kepalaku. Aku tunduk menangis semahunya. Aku rindu memeIuk bapa. Aku mengangkat wajah. Ya Allah, Allahuakbar. Bapa menangis merenungku.
Bibirnya bergetar. Dia menarikku dan mengucup dahiku. Aku peIuk tubuh separuh abad itu. Menangis semahunya. Bapa kucup pipiku, menggenggam tanganku erat dan mengucupnya.
“Bapa minta maaf sebab kasar dengan Ayu. Hanya Allah yang tahu, bapa… sayang sangat pada Ayu, nak… Rindu…”
“Bapaaaa…. maafkan Ayu….”
“Bapa dah maafkan Ayu…. bapa halalkan semua makan minum Ayu… Ya Allah, syukurlah, anak aku dah balik. Doa aku kau makbulkan Ya Allah… alhamdullilah.”
Kami bertiga berpeIukan seeratnya. Bahagia yang sangat ku rindukan. Kasih sayang dari orang tua yang tiada tandingannya. Ya Allah, terima kasih!
Selama setahun selepas segala tragedi, aku bahagia hidup bersama kedua orang tuaku. Kebahagiaan yang tidak ternilai. Namun tak ku duga aku didatangi kakak kepada Norman yang memulangkan semula jumlah wang yang telah Norman gunakan bersama barangan ku yang tertinggal di rumah Norman. Sebak d4daku melihat wanita itu.
“Syukurlah kamu selamat Ayu.”
“Terima kasih kak.”
Dan bagaikan batu menghempap diri bila kakak Norman menceritakan hal sebenar. Rupanya diriku telah disih1r ilmu hitam. Ya Allah! Dan sebab itu kami kemaIangan kerana Norman gagal memenuhi ritual yang seharusnya dia jalankan setiap 3 bulan.
Norman menggunakan ilmu penunduk untukku agar aku menurut segala kemahuannya. Aku menekup mulut, terk3jut yang tak terhingga. Aku merenung ke arah bapa, dia hanya berwajah sayu. Aku teringat kembali betapa orang tua menghalang hubungan kami berdua.
“Cukup satu nyawa terk0rban, benda tu akan kenyang. Selepas ini dia akan menuntut lagi dan kami sedang cari cara macam nak buang benda tu selamanya. Norman di penjara. Yang jadi m4ngsa keluarga kami.”
“Ya Allah kak. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya tak sangka dia sanggup gunakan saya.”
“Ya Ayu. Kami rasa bersalah pada Ayu. Mak yang suruh kakak bagi balik semua ni pada Ayu. Kakak minta maaf Ayu. Kakak malu dengan apa yang Norman dah buat pada Ayu.”
“Setiap yang melakukan kesilapan pasti akan diampunkan. Mintalah keampunan dari penciptaMu.” Bapa bersuara. Kakak Norman mengucapkan terima kasih. Selesai makan tengah hari bersama kami, dia beredar pulang.
“Sebenarnya, bapa minta bantuan ustaz untuk sembuhkan kamu. Masa kamu di hospitaI, kami ada datang tapi Ayu tak kenal kami. Ayu meracau dan sampai baIing barang pada kami. Memang masa itu remuk hati kami. Tapi bapa tahu ada sesuatu yang menghuni Ayu supaya Ayu benci kami dan lupa akan kami.
Ustaz Awie yang tolong Ayu. Dia sembuhkan Ayu dari jauh. Dan masa itulah hati kami sekali lagi h4ncur bila dapat tahu Ayu sudah diberi penunduk oleh lelaki itu sampai sanggup membelakangkan kami. Kami memasang niat mahu mencari asal usul lelaki itu dan kami berjumpa dengan ibunya namun kami dihalau.
Kata ustaz Awie rumah mereka di setiap sudut ada yang jaga. Balik dari kampung mereka tu, ibu demam teruk dan munt4h. Mujur ada Ustaz Awie. Bapa tau satu hari nanti Ayu akan balik pada kami. Doa kami termakbul.”
Aku tak mampu berkata apa – apa. Ya Allah. Begitu banyak salah yang ku lakukan, mereka masih mencariku. Ya Allah. Begitu besar kasih dan sayang kedua orang tuaku. Aku pantas memeIuk mereka berdua, mencivm mereka dan sujud memohon keampunan. Bapa memegang bahuku, meminta agar aku berdiri.
“Yang lalu biar berlalu. Syukur alhamdullilah Ayu anak bapa dan ibu dah balik.” Bapa berkata sambil mengucup dahiku. Tenang sungguh rasanya. Dan kini, hanya tinggal aku sendiri. Ya Allah. Kedua orang tua ku sudah kembali ke rahmatullah.
Sedekahkan Al-Fatihah pada mereka. Pengajaran buat diriku. Selamanya akan ku semat dalam hati. Seburuk mana pun sifat seorang anak, ibubapa mana tidak sayangkan anak, bukan? Yang penting kita sebagai anak perlu membuka langkah, memohon keampunan dengan hati yang ikhlas pada mereka.
“Akan porak perandalah kehidupan tanpa restu dan doa kedua orang tua kita.” SayangiIah kedua orang tua kita selagi mereka masih ada.